CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 13 Januari 2017

BM SPM K1 C

SOALAN RAMALAN 11

(KBAT)

Remaja yang sihat dapat membina negara yang maju dan progresif pada
masa depan. Sebagai remaja, jelaskan cara-cara anda mengamalkan gaya
hidup sihat demi kesihatan yang optimum.

[100 markah]

PENDAHULUAN

Remaja – golongan yang menghadapi perubahan fizikal dan mental –
menjaga kesihatan sejak kecil – gaya hidup yang sihat – mencapai
tahap kesihatan yang optimum – memastikan hidup lebih berkualiti –
pelbagai cara dapat saya amalkan – menjadi remaja yang sihat

ISI PENTING

1. makan makanan yang seimbang – menjauhi makanan segera –
mengelakkan diri daripada mengunjungi restoran yang menjual
makanan segera – mematuhi piramid makanan – mendapat semua zat
dan nutrien – membina tubuh yang kuat dan sihat demi masa depan



2. remaja harus bersenam dan bersukan – tidak menjadikan sibuk
sebagai alasan tidak bersenam – sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
– membina stamina yang tinggi – membuang sisa-sisa toksik – berasa
lebih cergas – badan cergas otak cerdas – amalan gaya hidup sihat



3. remaja perlulah merancang jadual kehidupan – berehat jika penat
dan letih – tidak memaksa diri bekerja lebih daripada kemampuan –
rehat dapat membaiki tisu badan yang rosak – menjamin kesihatan diri
– sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna – kesedaran



4. remaja seperti saya harus menjauhi gejala sosial – mengisi masa
lapang dengan aktiviti yang sihat – menjauhi tabiat merokok, kancah
dadah, dan gengsterisme – memastikan diri berfikiran matang dan
memiliki jati diri mulia – diterima kawan dan disanjung oleh lawan



5. remaja harus mendapatkan rawatan jika tidak sihat – membuat
pemeriksaan kesihatan – mendengar nasihat pakar kesihatan – makan
ubat mengikut sukatan dan jadual – membasmi bakteria dalam badan
– otak yang cerdas datang daripada badan yang cergas

PENUTUP

remaja – menjaga kesihatan diri – menghargai nyawa – tidak
menyesal setelah mendapat strok – kadar strok dalam kalangan orang
muda semakin meningkat – penyakit tidak akan menyerang manusia
yang sihat – mengamalkan gaya hidup yang sihat – demi masa depan
yang gemilang 


SOALAN RAMALAN 12

 (KBAT)

Peribahasa Melayu memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia
sebagai panduan dan pedoman. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk
menghidupkan dan mempopularkan peribahasa Melayu dalam kalangan
masyarakat. [100 markah]

PENDAHULUAN

Peribahasa Melayu – pengamatan generasi terdahulu – memiliki
makna yang maslahat – mampu dijadikan pedoman dalam kehidupan
– dicipta dengan penilaian daripada alam semula jadi –
diimplementasikan dalam kehidupan harian – semua pihak harus
memainkan peranan – menghidupkan dan mempopularkan peribahasa

ISI PENTING

1. Pemimpin kerajaan – menjadikan peribahasa sebagai pedoman
hidup – memasukkan peribahasa dalam ucapan – menjadikan
peribahasa sebagai dasar pegangan – mampu mendidik dan memimpin
rakyat – mendewasakan rakyat dengan peribahasa – terus subur

2. Ibu bapa – memperkenalkan peribahasa kepada anak –
memberitahu anak tentang maksud peribahasa – mendedahkan anak
kepada bahan bacaan – membeli kamus peribahasa – membuat
rujukan – memasukkan peribahasa dalam karangan – fikiran matang

3.Pihak sekolah – menampal poster peribahasa – murid diajarkan
peribahasa oleh guru subjek Bahasa Melayu – menerangkan cerita di
sebalik peribahasa – menerangkan penggunaan peribahasa dalam ayat
dan penulisan – menghidupkan peribahasa Melayu – subur dan segar

4. Media massa – menyiarkan rancangan berbentuk peribahasa –
mencerdaskan minda rakyat tentang peribahasa – soalan kuiz dan
pertandingan – menarik minat masyarakat – mengenali dan
menghayati peribahasa – menggunakan ilmu dalam peribahasa kita

5. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) – menerbitkan buku
tentang peribahasa – menjalankan dasar pemerkasaan peribahasa –
mengadakan jerayawara dan bicarawara peribahasa – menimbulkan
rasa ingin tahu rakyat – terus menghidupkan peribahasa Melayu

PENUTUP

Semua pihak – memainkan kepentingan mereka – berperanan untuk
mempopularkan dan menghidupkan peribahasa Melayu – menjadikan
peribahasa Melayu sebagai warisan negara yang agung – semua rakyat
Malaysia harus mengetahui dan memahami serta menghayatinya –
tidak melupakan akar didikan nenek moyang kita – hidup Peribahasa
Melayu! bahasa jiwa bangsa! – hilang peribahasa hilanglah adat dan

budaya – menyuburkan peribahasa Melayu – popular sampai bila-bila


Tiada ulasan:

Catat Ulasan