KATA HUBUNG
1)
Kata yang
menghubungkan dua atau lebih kata, frasa atau ayat.
2)
Jenis kata
hubung iaitu:
(a)
Kata hubung
gabungan – dan, atau, tetapi, serta,
maka, kecuali dan sebagainya.
(b)
Kata hubung
pancangan – agar, kerana, supaya, selama,
yang, untuk dan sebagainya.
(c)
Kata hubung
berpasangan – baik… mahupun, bukan
sahaja… tetapi, walaupun… tetapi dan sebagainya.
KESALAHAN UMUM KATA HUBUNG
1.
Perkataan bila adalah kata tanya, manakala apabila
adalah kata hubung yang menunjukkan masa, tetapi kedua-duanya tidak boleh
ditukar ganti dalam sesautu ayat tertentu. Contohnya:
(a)
Saya makan
nasi bila lapar. (û)
(b)
Saya makan
nasi apabila lapar. (ü)
2.
Kata hubung kerana tidak boleh hadir selepas kata
sendi oleh sebaliknya hanya perkataan
sebab yang patut hadir kerana sebab adalah kelas kata nama dan untuk membentuk frasa
sendi, kata sendi mestilah diikuti oleh kata nama. Contohnya:
(a)
Oleh kerana
sakit, dia ke klinik. (û)
(b)
Oleh sebab
sakit, dia ke klinik. (ü)
3.
Kata hubung hingga, sampai dan sehingga tidak memerlukan kata sendi ke selepasnya. Contohnya:
(a)
Saya tunggu
awak hingga ke petang. (û)
(b)
Saya tunggu
awak hingga petang. (ü)
4.
Hanya kata
hubung bahawa boleh hadir sebagai
komplemen selepas kata kerja transitif,
kata adjektif dan sebelum kata nama. Contohnya:
(a)
Dia
memberitahu yang dia akan ke sini.
(b)
Dia
memberitahu bahawa dia akan ke sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan