CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 13 Januari 2017

BM SPM K1 D

SOALAN RAMALAN 4

 (KBAT)

Semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan ahli masyarakat. Oleh sebab itu,
huraikan peranan keluarga dalam pembentukan semangat kejiranan yang kukuh.

[100 markah]

PENDAHULUAN

Jiran – penduduk yang tinggal berdekatan – orang pertama yang dapat
membantu kita – semangat kejiranan semakin dipandang sepi –
dikatakan kurang penting kerana masing-masing bersikap kera
sumbang – keluarga memainkan peranan dalam pembentukan
semangat kejiranan yang kukuh

ISI PENTING

1. Ibu – menjadi suri teladan kepada anak – bertegur sapa dengan jiran
tetangga – berkenalan secara harmoni tanpa melihat warna kulit
waima agama – anak akan mengikut sikap ibu bapa – berkenalan dan
beramah mesra dengan jiran – tak kenal maka tak cinta



2. Bapa – menghulurkan bantuan kepada jiran – membantu orang
yang berada dalam kesusahan – meringankan jiran – menghantar jiran
yang sakit ke hospital – menunjukkan keprihatinan – hari ini hari
orang, esok mungkin hari kita – dibantu jiran pula – bersyukur



3. anak – menghormati jiran – bersalam dengan jiran – mengucapkan
selamat pagi – berkawan dengan anak jiran – pergi ke sekolah
bersama-sama – belajar dalam kumpulan di rumah – sama-sama
menghadapi kesusahan dan kesenangan – berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing – membentuk semangat kejiranan sejak kecil



4. keluarga – mengajak jiran menyertai kegiatan kemasyarakatan –
bersukan, gotong-royong, dan aktiviti riadah yang lain – menjalin
kemesraan dan membentuk gaya hidup yang sihat – menjamin
kerukunan jiran tetangga – jiran bermuafakat membawa berkat



5. sebagai serumpun kejiranan – saling membantu dalam kalangan
jiran – menjayakan majlis, kenduri, dan sambutan yang dianjurkan –
berkongsi kos untuk menjayakan sambutan perayaan – mengadakan
rumah terbuka – hubungan pasti menjadi erat bagai isi dengan kuku

PENUTUP

Jiran – menghubung utama kita jika tiada di rumah – memerlukan
jiran yang bersepakat – muafakat itu berkat – memastikan hubungan
kejiranan kekal kukuh dan kuat – membina perpaduan nasional
melalui semangat kejiranan – hidup berpecah jika tidak bersatu hati –
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh


Tiada ulasan:

Catat Komen