PENGIMBUHAN
AKTIF
1.
Pengimbuhan
aktif ialah pengimbuhan yang membentuk ayat
aktif.
2.
Terdapat dua
jenis ayat aktif, iaitu ayat aktif
transitif dan ayat aktif tak
transitif.
3.
Ayat aktif
transitif dibentuk oleh kata kerja
transitif aktif, manakala ayat aktif tak transitif dibentuk oleh kata kerja tak transitif aktif.
IMBUHAN
meN-…-kan, dan meN-…-i
1.
Pengimbuhan meN- bermaksud mengimbuhkan awalan me-, mem-, men-, meng-, menye-, atau menge- pada satu kata dasar.
2.
Apitan
meN-…-kan dan meN-…-I bermaksud mengimbuhkan awalan me-, mem-, men-, meng-, menye-, atau menge-, dan akhiran –kan
atau –i pada suatu kata dasar.
3.
Pengimbuhanpengimbuhan
ini berfungsi sebagai pembentuk kata
kerja transitif dan kata kerja tak
transitif. Contohnya:
(a)
Saya membaca buku.
(KKT)
(b)
Saya menyanyi.
(KKTT)
PERBEZAAN
IMBUHAN meN-…-kan DAN meN-…-i
1.
Objek yang
hadir selepas kata kerja berimbuhan meN-…-kan
adalah objek yang tidak bernyawa
atau unsur abstraknya. Contohnya:
(a)
Kami menyiapi tesis. (û)
(b)
Kami menyiapkan tesis. (ü)
(c)
Saya akan memaklumi perkara itu. (û)
(d)
Saya akan memaklumkan perkara itu. (ü)
2.
Objek yang
hadir selepas kata kerja berimbuhan meN-…-i
lazimnya adalah objek bernyawa.
Contohnya:
(a)
Ibu menyuapkan adik nasi. (û)
(b)
Ibu menyuapi adik nasi. (ü)
3.
Jika yang hadir selepas kata kerja berimbuhan meN-…-i itu adalah objek yang tidak
bernyawa, ayat yang dibina itu adalah bermaksud memberatkan pelaku dan bukan perbuatan
yang dilakukannya. Contohnya:
(a)
Dia menyikatkan rambut. (û)
(b)
Dia menyikati rambut. (ü)
IMBUHAN
beR-, beR-…-an DAN beR-…-kan
1.
Pengimbuhan beR- bermaksud mengimbuhkan awalan be-, ber- atau bel- pada suatu kata dasar.
2.
Apitan beR-…-an dan beR-…-kan pula bermaksud mengimbuhkan awalan beR- dan akhiran –an
atau –kan pada suatu kata dasar.
3.
Pengimbuhan beR-, beR-…-an dan beR-…-kan berfungsi sebagai pembentuk kata kerja tak transitif
aktif. Contohnya:
(a)
Kami berkelah di sini.
(b)
Kami ada berbalasan surat.
(c)
Kami bertemankan bulan pada malam itu.
IMBUHAN
teR- DAN teR-…-an
1.
Pengimbuhan teR- bermaksud mengimbuhkan awalan ter- atau tel- pada suatu kata dasar.
2.
Apitan teR-…-kan
pula bermaksud mengimbuhkan awalan teR-
dan akhiran –kan pada suatu dasar.
3.
Awalan teR- dan apitan teR-…-kan berfungsi sebagai pembentuk kata kerja tak transitif aktif. Contohnya:
(a)
Dia tersenyum dari tadi.
(b)
Dia terkenangkan adiknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan