Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu
rumusan tentang langkah-langkah untuk memulihara sungai di bandar dan kepentingan
memulihara sungai. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
Menjijikkan!
Suatu gambaran kesedihan pencinta alam sekitar apabila melihat keadaan lesu
Sungai Klang dan Sungai Gombak. Keadaan sungai bukan sahaja kotor malah berbau
busuk. Kedua-dua batang sungai yang mengalir di tengah-tengah bandar raya Kuala
Lumpur itu sepatutnya menjadi destinasi yang menarik untuk warga kota beriadah
dan berekreasi, tetapi menjadi tempat paling memualkan kerana persekitaran
sungai telah menjadi sarang penagih dadah yang menjadikan tembok Sungai Klang
sebagai lokasi strategik untuk berlindung daripada pihak berkuasa. Timbunan
sampah di tebing sungai pula menjadi tempat pembiakan binatang seperti tikus,
lipas dan lalat. Oleh sebab itu, pihak penguat kuasa perlu kerap turun padang
untuk memantau pihak yang tidak bertanggungjawab ini daripada mencemarkan
sungai.
Semasa
pelancaran projek River of Life, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) telah mengingatkan betapa pentingnya warga kota mengubah sikap mereka
dalam memastikan kebersihan Sungai Klang dan Sungai Gombak. Ingatan tersebut
disampaikan kerana pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan supaya
air sungai dapat terus mengalir. Namun begitu, usaha-usaha tersebut belum mampu
mengubah nasib sungai di bandar raya itu. Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu
menilai semula kempen mengubah budaya membuang sampah untuk menyedarkan
warga kota. Walaupun banyak pihak berpendapat bahawa undang-undang yang sedia
ada lebih daripada mencukupi untuk menjaga kelestarian sungai, namun pihak
penguat kuasa perlu melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang yang
berkaitan dengan tegas.
Program-program
pemuliharaan sungai yang dilaksanakan oleh DBKL seperti program pemuliharaan
Sungai Klang dan Sungai Gombak, melibatkan masa yang panjang dan kos yang
tinggi. Dalam hal ini, DBKL mesti merangka suatu pendekatan proaktif yang lebih
komprehensif untuk memastikan keberkesanan program yang dijalankan. Pendekatan
tersebut boleh dilakukan dengan menjalankan kajian secara terperinci agar dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Untuk tujuan itu, DBKL perlu mengaktifkan program
sungai angkat selain menambah baik aktiviti pemuliharaan sungai. Kejayaan memulihara
Sungai Melaka sehingga menjadi destinasi pelancongan utama di Melaka boleh
dicontohi. Di samping itu, para pemilik kilang hendaklah bertanggungjawab
menanggung kos pemulihan sungai yang dicemari oleh aktiviti mereka sendiri. Hal
ini demikian kerana mereka tiada masalah untuk membayar denda yang dikenakan
setelah mengaut keuntungan yang berjuta-juta ringgi hasil daripada operasi
kilang mereka.
Dalam
menangani permasalahan ini juga, warga kota mesti bekerjasama bagi meminimumkan
pencemaran sungai agar sungai di bandar dapat dipulihara. Hal yang demikian
tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada mereka untuk mencapai matlamat yang
diinginkan kerana kebersihan sungai di bandar melambangkan cara hidup warganya.
(Dipetik
dan diubahsuaikan daripada
“Memulihara
Sungai di Bandar”
Oleh
Abdul Kadir Mohd. Ayub
Dewan
Masyarakat, Oktober, 2012)
Soalan 2(a) – Petikan
Umum
Berdasarkan
petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata mengubah budaya.
[
2 markah]
(ii)
Pengarang berpendapat bahawa sungai-sungai di bandar sebagai tempat paling
memualkan.
Nyatakan
sebab-sebab pengarang berpendapat sedemikian.
[3
markah]
(iii)
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menjadikan
sungai sebagai destinasi pelancongan?
Ada contoh jawapan x? Untuk soalan rumusan ini.
BalasPadam