CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 31 Mei 2010

MODUL TB 12-PISAHKAN AYAT

Latihan 1


Pengajaran komponen sastera bukan saja dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu,malah dapat mewujudkan patriotisme dalam kalangan pelajar,membina jati diri,mengukuhkan minat membaca,dan membolehkan pelajar menghargai karya sastera yang banyak berisi pengajaran.



Latihan 2

Pisahkan ayat-ayat dalam petikan di bawah kepada enam ayat dengan mengekalkan maksud dan struktur asalnya.

Komputer dan teknologi maklumat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat masa kini. Bilangan pengguna semakin meningkat setiap hari yang terdiri daripada pelbagai golongan . Keadaan ini telah merangsang sebilangan usahawan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang berasaskan teknologi maklumat.




Latihan 3

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian pisahkan kandungan petikan itu kepada tidak kurang daripada enam ayat dasar. Anda hendaklah mengekalkan struktur dan maksud asalnya.

Warga tua yang memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ahli keluarga. Mereka tidak suka ditempatkan di rumah-rumah kebajikan yang terdapat di seluruh negara. Oleh sebab itu, anak-anak tidak wajar mengabaikan ibu bapa mereka, sebaliknya perlu membelai mereka.


Latihan 4

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian pisahkan kandungan petikan itu kepada tidak kurang daripada enam ayat dasar. Anda hendaklah mengekalkan struktur dan maksud asalnya.


Sasterawan merupakan golongan yang memiliki kesedaran tentang kelemahan dan kekuatan masyarakatnya. Mereka berkarya tanpa memikirkan faedahnya dan mereka mendapat kepuasan serta keseronokan apabila buah fikiran mereka dihargai oleh masyarakat.




Latihan 5

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian pisahkan kandungan petikan itu kepada tidak kurang daripada enam ayat dasar. Anda hendaklah mengekalkan struktur dan maksud asalnya.


Universiti Malaya yang tersergam megah di Kuala Lumpur merupakan universiti yang tertua dan ternama di Malaysia. Mahasiswa dan mahasiswi datang dari seluruh Malaysia kerana hendak menimba ilmu di situ.

1 ulasan: