CONTOH PERISTIWA PENTING TERPILIH DALAM NOVEL DI HADAPAN PULAU
1. Peristiwa Tuk Marzuki menemui Aziz yang sedang menangis kerana terkenangkan ayahnya yang sudah tiada lagi dan berjanji untuk membawanya ke pulau walaupun tidak pasti masa dan ketikanya. (muka surat 6)
2. Peristiwa Syed Fikri seorang saudagar Arab, melayani serta menasihati anak-anak kecil seperti Aziz dan Lazim supaya mengaji Quran dan bersembahyang. (muka surat 18)
3. Peristiwa penduduk kampung mengalami pelbagai keperitan akibat peperangan seperti terpaksa berlindung di dalam shelter untuk mengelakkan serangan bom. Contohnya Tuk Marzuki dan Dorani bersembunyi di dalam longkang apabila terdengar bunyi siren. (muka surat 30).
4. Peristiwa Tuk Marzuki pulang ke Merlimau untuk mendapatkan bekalan makanan (beras) sementara Afidah dijaga oleh Mak Ketong. (muka surat 52)
5. Peristiwa Tuk Marzuki terbunuh dalam kejadian letupan bom di shelter. (muka surat 94)
6. Peristiwa Afidah menangis dan meratap di kubur Tuk Marzuki sambil ditemani Aziz. (muka surat 99)
7. Peristiwa Afidah menangis kerana kelaparan. Aziz turut bersedih serta mengajak berikhtiar untuk pergi ke kem askar.(muka surat 148)
8. Peristiwa Aziz dan Afidah pergi mencari makanan di kubu lama yang berhampiran dengan kubur lama walaupun tempat tersebut dikatakan berhantu. (muka surat 154-155)
9. Peristiwa Aziz menemui Rosiah melakukan maksiat di sebalik busut di kubur lama dengan seorang askar. (muka surat 156)
10. Peristiwa Aziz dan Afidah mengambil upah membeli todi untuk mendapatkan wang bagi membeli makanan. (muka surat 160)
11. Peristiwa Aziz dan Afidah menemui Mahmud (Kapten Hebat) sedang mngerang kesakitan dan tidak boleh berjalan kerana penyakit tokak dilututnya. Aziz cuba membantu Kapten Hebat tetapi dia enggan. (muka surat 168)
12. Peristiwa Aziz dan Afidah menemui bangkai Mokmeng, monyet peliharaan Mak Ketong yang sudah kehilangan sebelah tangan dan sebelah kaki kerana dimakan Kapten Hebat. Aziz hampir tidak percaya Kapten Hebab sanggup memakan Mokmeng kerana kelaparan. (muka surat 169)
13. Peristiwa Mak Ketong, Aziz dan Afidah yang berazam untuk pergi ke Pulau Petaka bagi mencari kehidupan baru. (ms 177-178)
CONTOH PERISTIWA PENTING TERPILIH NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
1. Pristiwa Tuan Robert diculik oleh orang-orang Sakai ketika sedang bersiar-siar
untuk mengambil gambar. Tuan Robert tiba-tiba telah dikepung sekumpulan
orang Sakai yang bersenjatakan sumpit. (muka surat 15)
2. Peristiwa majlis sambutan kaum Sakai dan pelantikan Tuan Robert sebagai Batin Putih. (muka Surat 20-21)
3. Peristiwa Perempuan Tua enggan menjual kulit harimau putih kepada Tuan Robert kerana Tuan Robert hendak mengaku bahawa dia yang menembak harimau tersebut apabila balik ke England nanti. (ms 25
4. Peristiwa perempuan tua menceritakan kisah silamnya melahirkan anak seorang diri dalam hutan setelah ditinggalkan oleh rakan-rakannya kepada Tuan Robert
(muka surat 32).
5. Peristiwa Perempuan Tua mengajar perempuan-perempuan sakai agama Islam di rumahnya. (ms 39)
6. Peristiwa Tuan Robert yang memandang rendah terhadap kebolehan dan ilmu orang-orang Sakai, telah dikenakan cenuai oleh perempuan tua. (muka surat 40)
7. Peristiwa Tuan Robert tergila-gilakan gadis sakai walaupun dia mengetahui perempuan tersebut badannya kotor dan baunya busuk. (muka surat 42)
8. Peristiwa Tuan Robert menjalani adat perkahwinan kaum sakai. Tuan Robert terpaksa berlari mengelilingi busut untuk menangkap perempuan Sakai tetapi dia tidak berjaya. (muka surat 44)
9. Peristiwa Tuan Robert mati akibat terjatuh dari pokok, iaitu salah satu upacara perkahwinannya bersama gadis sakai. Tuan Robert terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan perempuan Sakai tetapi dia tergelincir lalu terjatuh. (muka surat 46 )
10. Peristiwa Tuan William ditemui oleh Kusina dan dibawa menghadap Ratu Bongsu (muka surat 48)
11. Peristiwa Tuan William menawarkan pelbagai ganjaran kepada Ratu Bongsu seperti menawarkan lima ribu ringgit setiap bulan dan sebuah rumah untuk mendapatkan puncak Gunung Tahan. (muka surat 55-56)
12. Peristiwa Ratu Bongsu menolak tawaran lumayan daripada Tuan William untuk mendapatkan puncak gunung Tahan sebagai tempat istirahat orang Inggeris. (muka surat 58)
13. Peristiwa Tuan William menulis surat kepada ketua kerajaannya agar menghantar dua buahkapal terbang dan satu tan gas racun bagi mengebom kawasan puncak Gunung Tahan untuk menakluk kawasan tersebut. (muka surat )
14. Peristiwa serangan kapal terbang Inggeris ke puncak Gunung Tahan yang memusnahkan istana Ratu Bongsu. Tuan William yang terkunci di dalam istana Ratu Bongsu turut terbunuh. (muka surat 80)
15. Peristiwa Ratu Bongsu merawat Mem William yang cedera dalam kejadian kapal terbang terhempas. (muka surat )
16. Peristiwa Ratu Bongsu melamar Mem William. (muka surat )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan