CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 31 Mei 2010

Strategi lulus BM ( lulus sahaja )

Dalam peperiksaan SPM Bahasa Melayu perlu lulus. Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan kepada pelajar beberapa tindakan yang perlu diambil .


Karangan dapatkan antara 40 –50 markah ( perlu cukup patah perkataan / isi yang minima / sesuai dengan kehendak soalan.
Rumusan dapatkan 15 daripada 30 markah penuh
Tatabahasa- dapatkan sekurang-kurangnya 6 markah daripada 20 markah penuh. mesti tahu apa yang boleh kita dapat markah. biasanya dalam bahagian buat ayat dan membetulkan kesalahan ayat/ tatabahasa.

Kefahaman - dapatkan sekurang-kurangnya 10 markah 35 markah penuh. untuk soalan pemahaman , soalan 2 biasanya isi boleh didapati daripada petikan sementara soalan KBKK biasanya boleh menerima idea kita jika kita dapat menghuraikannya dengan ayat yang mudah tanpa memerlukan huraian yang terperinci.

Novel dapatkan sekurang-kurangnya 6 daripada 15 markah. ianya boleh dilakukan jika kita dapat berkenalan dengan semua soalan yang pernah keluar dalam peperiksaan. Soalan banyak yang berulang. jadi cuba kumpulkan soalan dan cara jawapan yang seharusnya kita boleh dapat.
Target yang ingin dicapai


ulasan saya
Karangan

1. Pelajar dapat menulis karangan yang panjangnya melebihi 350 patah perkataan
2. Karangan yang diberikan penekanan ialah jenis karangan gambaran
3. Karangan pelajar tidak terpesong daripada kehendak soalan
4. Karangan pelajar tidak banyak kesalahan bahasa
5. Target markah adalah antara 40 hingga 50 markah

Rumusan

1. Pelajar dapat menulis pengenalan bagi rumusan petikan dengan betul ( 1 /2 M )
2. Pelajar dapat mengenalpasti isi tersurat yang ada dalam petikan ( sekurang-kurangnya 4 isi tersurat ) 2 X 4 ( 8 M )
3. Pelajar dapat membuat kesimpulan daripada petikan 1 x 2 M ( 2 M )
4. Pelajar dapat menulis rumusan yang panjangnya 120 patah perkataan
5. Pelajar mendapat sekurang-kurangnya 5 markah bahasa
6. Target markah adalah sekurang-kurangnya 15 markah daripada 30 markah penuh

Tatabahasa

1. Pelajar dapat membuat 2 ayat daripada perkataan yang diberi ( sekurang-kurangnya 2 daripada 4 markah )
2. Pelajar dapat mengenalpasti dan membetulkan kesalahan ayat ( sekurang-kurangnya 4 markah daripada 6 markah penuh )

Kefahaman

1. Pelajar dapat menjawab soalan kefahaman jenis prosa moden dan puisi dengan ayat yang betul
2. Pelajar mendapat sekurang-kurangnya 10 markah daripada 20 markah keseluruhan

Novel
1. Pelajar dapat menjawab dengan betul soalan novel
2. Pelajar mendapat markah sekurang-kurangnya 6 daripada 15 markah penuh

2 ulasan: