CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 31 Mei 2010

MODUL TB 4 - kesalahan TB

Latihan 9

1. Sejak pulang daripada seberang laut, Rosli sangat prihatin akan anak buahnya, terutama di dalam soal pendidikan.
Jawapan :
Sejak pulang dari seberang laut, Rosli sangat prihatin akan anak buahnya, terutama dalam soal pendidikan.

2. Hakim menjatuhi hukuman lima tahun penjara dan sebatan terhadap perompak itu setelah didapati bersalah.
Jawapan :
Hakim menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan sebatan terhadap perompak itu setelah didapati bersalah.

3. Guru tidak sempat membincangkan perkara lain-lain yang berkaitan dengan topik perbincangan dalam hari ini kerana kesuntukan masa.
Jawapan :
Guru tidak sempat membincangkan lain-lain perkara yang berkaitan dengan topik perbincangan pada hari ini kerana kesuntukan masa.

4. Budak itu adalah adik saya yang berlainan ibu kerana ayah saya telah berkahwin seorang wanita dari Indonesia sewaktu bertugas di sana.
Jawapan :
Budak itu adalah adik saya yang berlainan ibu kerana ayah saya telah berkahwin dengan seorang wanita dari Indonesia sewaktu bertugas di sana.

5. Beratus buah buku yang baru dibeli itu adalah untuk kegunaan kanak-kanak
prasekolah di tahun hadapan.
Jawapan :
Beratus buah buku yang baru dibeli itu adalah untuk kegunaan kanak-kanak
prasekolah di tahun hadapan.


Latihan 10

1. Tempat itu paling sesuai sekali untuk dijadikan tapak perindustrian dan lokasinya agak jauh dari pusat bandar.
Jawapan :
Tempat itu paling sesuai / sesuai sekali untuk dijadikan tapak perindustrian dan lokasinya agak jauh dari pusat bandar.

2. Ketua kampung itu menyatakan bahawa amalan saling tolong-menolong ialah amat penting untuk memastikan imej kampung terpelihara.
Jawapan :
Ketua kampung itu menyatakan bahawa amalan saling tolong-menolong ialah amat penting untuk memastikan imej kampung terpelihara.

3. Di antara perkara penting yang diperkatakan oleh penceramah jemputan itu ialah masalah penyalahgunaan dadah yang kian berleluasa.
Jawapan :
Di antara perkara penting yang diperkatakan oleh penceramah jemputan itu ialah masalah penyalahgunaan dadah yang kian berleluasa.

4. Saling mengunjungi di antara satu sama lain boleh merapatkan hubungan dan mengerat perpaduan kaum.
Jawapan :
Saling mengunjungi di antara satu sama lain boleh merapatkan hubungan dan mengeratkan perpaduan kaum.

5. Selain dari itu, terdapat beberapa faktor lain yang dapat dikaitkan dengan punca-punca pergaduhan yang berlaku semalam.
Jawapan :
Selain dari itu, terdapat beberapa faktor lain yang dapat dikaitkan dengan punca-punca pergaduhan yang berlaku semalam.
Latihan 11

1. Ketiga orang jurulatih itu memperkatakan masalah sikap sesetengah ahli-ahli
sukan negara yang gagal menyerlah pada musim ini.
Jawapan :
Ketiga-tiga orang jurulatih itu memperkatakan masalah sikap sesetengah ahli-
ahli sukan negara yang gagal menyerlah pada musim ini.

2. Bahan-bahan lain yang mereka bawa untuk menyertai perkhemahan itu adalah makanan, minuman, dan pakaian mandi.
Jawapan
Bahan-bahan lain yang dibawa oleh mereka untuk menyertai perkhemahan itu ialah makanan, minuman, dan pakaian mandi.

3. Acara melontar peluru di dalam Sukan SEA itu telah dimenangi oleh seorang peserta daripada Indonesia.
Jawapan
Acara melontar peluru dalam Sukan SEA itu telah dimenangi oleh seorang peserta dari Indonesia.

4. Dia duduk termenung bila memikirkan masa depannya selepas gagal di dalam peperiksaan SPM.
Jawapan
Dia duduk termenung apabila memikirkan masa depannya selepas gagal dalam peperiksaan SPM.

5. Pihak urus setia kejohanan telah pun mengedarkan senarai nama-nama pelari yang terpilih memasuki ke pertandingan akhir acara lari 100 meter.
Jawapan
Pihak urus setia kejohanan telah pun mengedarkan senarai nama pelari yang terpilih memasuki pertandingan akhir acara lari 100 meter.



Latihan 12

1. Walaupun usianya masih muda, Rimpa dapat mentaksir maksud sajak itu dalam masa yang singkat berbanding pelajar yang lain.
jawapan
Walaupun usianya masih muda, Rimpa dapat mentaksir maksud sajak itu dalam masa yang singkat berbanding dengan pelajar yang lain.

2. Orang yang mengalami tekanan mental akan bertindak agresif apabila tidak boleh mengawal tekanan tersebut.
jawapan
Orang yang mengalami tekanan mental akan bertindak agresif apabila tidak dapat mengawal tekanan tersebut.

3. Doktor pakar itu sedang menjalankan pembedahan dalam bilik pembedahan di Hospital Pakar Puteri.
jawapan
Doktor pakar itu sedang menjalankan pembedahan di dalam bilik pembedahan di Hospital Pakar Puteri.

4. Segelintir pemain yang terpilih mewakili daerah ini dalam pertandingan badminton terdiri daripada pelajar yang berumur antara 13 dan 15 tahun.
jawapan
Segelintir pemain yang terpilih mewakili daerah ini dalam pertandingan badminton terdiri daripada pelajar yang berumur antara 13 antara 15 tahun.

5. Puan Nana tidak akan mensiakan peluang keemasan yang ditawarkan dengan
syarikatnya untuk melancong ke luar negara.
Jawapan
Puan Nana tidak akan mensiakan peluang keemasan yang ditawarkan oleh
syarikatnya untuk melancong ke luar negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan