CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 31 Mei 2010

MODUL 9- KESALAHAN TB

1 Kaum Cina dikatakan telah mempunyai ____________ awal di negeri Melaka. (penempatan / petempatan)
2 Belakangan ini, artis itu sering berpakaian ________ mata. (menjolok / mencolok)
3 Hobi Dalila ialah ______________ setem. (mengumpul / mengumpulkan)
4 Mereka sedang ____________ tentang tatabahasa. (berbincang / membincangkan)
5 Proses ________ daerah itu sedang diat dijalankan. (pembandaran / perbandaran)
6 Pengembara itu telah ___________ harta karun yang tersembunyi di dalam gua itu. (menemukan / menemui)
7 Pihak polis akan menyiasat dakwaan itu __________ kepada keterangan pengadu. (berpandukan / berpandu )
8 Stalin adalah antara ___________ fahaman komunis yang penting di Rusia. (pendokong / pendukung)
9 Para pemohon diminta __________ butir peribadi mereka di dalam borang itu. (mengisikan / mengisi)
10 Suria tidak ingin ______________ Razak, pemuda yang sering mengganggunya. (mempersuami / mempersuamikan)
11 Dia ___________ lelaki itu dengan sepenuh hati. (menyintai / mencintai)
12 Muhammad Ali merupakan _________ yang menjadi legenda. (peninju / petinju)
13 Usaha kerajaan untuk ___________ peranan ketua kampung amat dipuji. (memperluaskan / memperluas)
14 Usahlah ____________ perkara yang tidak baik kepada saya. (memberitahu / memberitahukan)
15 Taklimat itu akan diadakan di __________ sekolah. (perkarangan / pekarangan)

LATIHAN 3

Dalam petikan di bawah ini terdapat kata-kata yang salah penggunaan imbuhannya. Cari kata-kata itu dan betulkan imbuhannya. Anda hanya perlu mencatat kesalahan dan pembetulannya sahaja.

Lirik yang mengandung dalam sesebuah nyanyian dengan mudah diresap ke dalam jiwa seseorang. Oleh itu, tidak kehairanan kita kalau anak-anak yang belum tahu bacaan dan menulis terkinja-kinja menyanyi lagu yang meminati mereka.


LATIHAN 4

Dalam petikan di bawah ini terdapat enam patah kata yang perlu diberi imbuhan. Cari kata-kata itu dan tambahkan imbuhannya. Anda hanya perlu mencatat kesalahan dan pembetulannya sahaja.

Demonstrasi jalanan adalah salah satu unsur budaya keras yang perlu dijauhi. Tindakan itu dapat dianggap sebagai salah guna demonstrasi. Demonstrasi jalanan bukan saja jejas keamanan malah dapat menghancurkan negara. Amalan itu akan manfaat oleh negara Barat untuk mewujudkan tidak stabil politik di negara ini. Oleh itu, wajar rakyat yang cinta akan tanah air mengelakkan diri daripada terlibat dengan budaya negatif itu.


LATIHAN 5

Petikan di bawah itu mempunyai beberapa kata dasar tanpa imbuhan. Catatkan kata¬-kata tersebut dan berikan imbuhan yang tepat. Anda hanya perlu mencatat kesalahan dan pembetulannya sahaja.

Penulisan sesebuah rencana sukan merupakan suatu seni yang sendiri. Berten¬tangan dengan pandang umum, tidak semua individu yang mempunyai pengetahuan mendalam dalam bidang sukan dapat hasil rencana tersebut. Sebaliknya, seseorang individu juga perlu memiliki teknik tulis yang unik. Individu tersebut seharusnya mampu memberikan ulasan yang matang tentang kekurangan dan kekuatan para atlet. Yang lebih penting ialah individu itu seharusnya mampu memberikan saranan bina kepada ahli-ahli sukan agar mereka dapat baiki kelemahan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan