CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 31 Mei 2010

MODUL TB 3 - Kesalahan Kata ,Istilah atau Kesalahan Bahasa )

Latihan 1
1. Tidak ramai yang terselamat ketika perlanggaran jalan raya yang berlaku di kilometer
3 lebuh raya Yong Peng ke Johor Bahru.
2. Anak-anak muda sekarang lebih suka berada di rumah daripada melihat
filem di pawagam.
3. Ramai pendatang dari Amerika dan Eropah berehat di Pulau Tioman kerana tertambat
dengan keindahan pulau tersebut.
4. Aisyah yang tinggal di Pulau Phuket Thailand masih mempunyai perhubungan
saudara dengan Mahsuri di Langkawi.
5. Ayah telah membeli beberapa cebis poster untuk digunakan bagi menceriakan dinding
rumah.

Jawapan (Latihan 1)
1. Tidak ramai yang terselamat ketika kemalangan jalan raya yang berlaku di
kilometer 3 lebuh raya Yong Peng ke Johor Bahru.
2. Anak-anak muda sekarang lebih suka berada di rumah daripada menonton
filem di pawagam.
3. Ramai pelancong dari Amerika dan Eropah berehat di Pulau Tioman kerana
tertambat dengan keindahan pulau tersebut.
4. Aisyah yang tinggal di Pulau Phuket Thailand masih mempunyai pertalian
saudara dengan Mahsuri di Langkawi.
5. Ayah telah membeli beberapa keping poster untuk digunakan bagi menceriakan
dinding rumah.

Latihan 2
1. Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Ampang telah berjaya menaiki bukit dan
merentas hutan rimba dalam program menawan puncak Gunung Ledang.
2. Rahmat melahirkan perasaan kecewanya setelah beliau tidak berjaya meletakkan
kaki di puncak Gunung Ledang.
3. Para pengusaha dinasihati supaya cepat berusaha untuk meningkatkan produktiviti
hasil pertanian mereka.
4. Encik Ali dan isterinya sedang menangkap ikan di tepi sungai tersebut dengan
menggunakan beberapa batang joran.
5. Mahkamah telah menjatuhi hukuman maut kepada penjenayah yang kejam itu.

Jawapan (Latihan 2)
1. Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Ampang telah berjaya mendaki bukit dan
merentas hutan rimba dalam program menawan puncak Gunung Ledang.
2. Rahmat melahirkan perasaan kecewanya setelah beliau tidak berjaya mejejakkan
kaki di puncak Gunung Ledang.
3. Para pengusaha dinasihati supaya rajin berusaha untuk meningkatkan produktiviti
hasil pertanian mereka.
4. Encik Ali dan isterinya sedang memancing ikan di tepi sungai tersebut dengan
menggunakan beberapa batang joran.
5. Mahkamah telah menjatuhi hukuman mati kepada penjenayah yang kejam itu.

Latihan 3
1. Mak Tua sedang menyulam tikar mengkuang untuk dihadiahkan kepada anak
saudaranya.
2. Kawasan hutan di sempadan di antara Thailand dengan Kelantan
merupakan kawasan penyusupan barang-barang ke Malaysia.
3. Kawasan semak itu perlu dipotong untuk mengindahkan pemandangan di sekitar
pekan tersebut.
4. Penduduk Kampung Semangat telah berusaha menangkap harimau yang
memakan lembu ternakan mereka.
5. Banyak rumah bertingkat-tingkat dibina di bandar-bandar besar untuk mengatasi
masalah tempat tinggal penduduk kota

Jawapan (Latihan 3)
1. Mak Tua sedang menganyam tikar mengkuang untuk dihadiahkan kepada anak
saudaranya.
2. Kawasan hutan di sempadan di antara Thailand dengan Kelantan
merupakan kawasan penyeludupan barang-barang ke Malaysia.
3. Kawasan semak itu perlu ditebas untuk mengindahkan pemandangan di sekitar
pekan tersebut.
4. Penduduk Kampung Semangat telah berusaha menangkap harimau yang
membaham lembu ternakan mereka.
5. Banyak rumah pangsa/flat dibina di bandar-bandar besar untuk mengatasi
masalah tempat tinggal penduduk kota


Latihan 4
1. Masyarakat Melayu pada umumnya memasak ketupat menjelang Hari Raya.
2. Beberapa ekor harimau yang bertempiaran di pinggir hutan Kampung Tualang telah
dilaporkan membaham beberapa ekor anak lembu kepunyaan penduduk kampung
berkenaan.
3. Bunyi burung pada waktu subuh menandakan hari mahu siang.
4. Dahan-dahan pokok telah tumbang apabila ditiup angin kencang pada pagi semalam.
5. Emak menjaja kuih dengan menjinjing bakul di atas kepala.

Jawapan (Latihan 4)
1. Masyarakat Melayu pada umumnya merebus ketupat menjalang Hari Raya.
2. Beberapa ekor harimau yang berkeliaran di pinggir hutan Kampung Tualang telah
dilaporkan membaham beberapa ekor anak lembu kepunyaan penduduk kampung
berkenaan.
3. Bunyi burung pada waktu subuh menandakan hari hendak siang.
4. Dahan-dahan pokok telah jatuh apabila ditiup angin kencang pada pagi semalam.
5. Emak menjaja kuih dengan menjunjung bakul di atas kepala.

Latihan 5
l. Hujan halus telah turun ketika perlawanan itu sedang berlangsung.
2. Mereka telah belajar berlawan daripada mahaguru silat di pinggir kampung.
3. Encik Kamil menghalau makhluk halus dengan ilmu kedoktorannya .
4. Anda perlu menimbus pokok bunga itu mengikut jarak yang sama supaya
kedudukannya lebih teratur.
5. Tauke pasar besar itu mengupah orang Islam untuk memotong ayam bagi
menghasilkan daging ayam yang halal.

Jawapan (Latihan 5)
l. Hujan renyai telah turun ketika perlawanan itu sedang berlangsung.
2. Mereka telah belajar bersilat daripada mahaguru silat di pinggir kampung.
3. Encik Kamil menghalau makhluk halus dengan ilmu kedukunannya .
4. Anda perlu menanam pokok bunga itu mengikut jarak yang sama supaya
kedudukannya lebih teratur.
5. Tauke pasar besar itu mengupah orang Islam untuk menyembelih ayam bagi
menghasilkan daging ayam yang halal.

Latihan 6
1. Kerja-kerja menimbus jalan yang berlubang-lubang itu dilakukan oleh pekerja dari
Jabatan Kerja Raya.
2. Kerja-kerja pembersihan telah dilangsungkan di kolam tersebut setelah airnya
dibuang oleh mesin penyedut air.
3. Pengikut kursus kem motivasi telah didedahkan dengan cara menyelamatkan diri
ketika sesat di dalam hutan.
4. Mengikut undang-undang Melayu lama, mereka yang melawan kepada raja akan
dihukum bunuh.
5. Kapal kargo itu hanya boleh berlabuh di pelabuhan itu ketika air naik .

Jawapan (Latihan 6 )
1. Kerja-kerja menampal jalan yang berlubang-lubang itu dilakukan oleh pekerja dari
Jabatan Kerja Raya.
2. Kerja-kerja pembersihan telah dijalankan /dilaksanakan di kolam tersebut setelah
airnya dibuang oleh mesin penyedut air.
3. Peserta kursus kem motivasi telah didedahkan dengan cara menyelamatkan diri
ketika sesat di dalam hutan.
4. Mengikut undang-undang Melayu lama, mereka yang menderhaka kepada raja akan
dihukum bunuh.
5. Kapal kargo itu hanya boleh berlabuh di pelabuhan itu ketika air pasang.
Latihan 7
1. Pada tahun lepas, Pasukan Kadet Sekolah Menengah Sri Menanti telah
berjaya menjadi johan dalam perlawanan kawat kaki yang diadakan di Dataran
Tangkak sempena menyambut hari kemerdekaan.
2. Kita perlu memuji perbuatan ahli-ahli persatuan tersebut kerana berjaya mengadakan
mesyuarat agung pada masa yang ditetapkan.
3. Ramai pendatang dari negara-negara Eropah datang ke Malaysia bertujuan
menyaksikan perlumbaan kereta Formula 1.
4. Bonda menangis semata-mata terkenang akan ayah yang telah mati .
5. Perbalahan kecil itu jika tidak diawasi akan mencetuskan pergaduhan yang boleh
meragut nyawa.

Jawapan (Latihan 7)
1. Pada tahun lepas, Pasukan Kadet Sekolah Menengah Sri Menanti telah
berjaya menjadi johan dalam pertandingan kawat kaki yang diadakan di Dataran
Tangkak sempena menyambut hari kemerdekaan.
2. Kita perlu memuji sikap ahli-ahli persatuan tersebut kerana berjaya mengadakan
mesyuarat agung pada masa yang ditetapkan.
3. Ramai pelancong dari negara-negara Eropah datang ke Malaysia bertujuan
menyaksikan perlumbaan kereta Formula 1.
4. Bonda menangis semata-mata terkenang akan ayah yang telah meninggal dunia.
5. Perbalahan kecil itu jika tidak dikawal/diselesaikan akan mencetuskan pergaduhan
yang boleh meragut nyawa.

Latihan 8
1. Pertandingan bola sepak antara Johor dengan Selangor pada hari Ahad lalu
dibekukan kerana hujan lebat.
2. Warganegara asing kerap kali terlibat dengan kelakuan jenayah di negara kita.
3. Pendekar Ali menduduki kemahiran bersilat daripada arwah ayahnya sendiri.
4. Amin sangat benci akan perangai adiknya yang bersifat cuai ketika berbelanja.
5. Majlis itu dimeriahkan lagi dengan gendangan kompang oleh pelajar¬-pelajar Sekolah
Menengah Bukit Indah.

Jawapan (Latihan 8)
1. Pertandingan bola sepak antara Johor dengan Selangor pada hari Ahad lalu
ditangguhkan kerana hujan lebat.
2. Warganegara asing kerap kali terlibat dengan kegiatan jenayah di negara kita.
3. Pendekar Ali mempelajari kemahiran bersilat daripada arwah ayahnya sendiri.
4. Amin sangat benci akan perangai adiknya yang bersifat cuai ketika berbelanja.
5. Majlis itu dimeriahkan lagi dengan paluan kompang oleh pelajar¬-pelajar Sekolah
Menengah Bukit Indah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan