CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 31 Mei 2010

MODUL TB 7 - KESALAHAN TB

Contoh soalan :

Rumah besar di atas bukit itu gelap apabila bekalan letrik terputus selepas penyambaran kilat pada malam tadi

Contoh Jawapan :

Rumah besar di atas bukit itu gelap apabila bekalan elektrik terputus selepas disambar kilat pada malam tadi


Soalan SPM 2004

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan.
Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Nawi selalu menasihatkan kawan-kawannya agar tabah dalam menghadapi cabaran
hidup tetapi ketika musibah menimpa dirinya, dia tidak dapat menanggongnya.

(ii) Kebanyakan pelancung lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau yang cantik di
pesisiran pantai Malaysia.

(iii) Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai progrem kemasyarakatan supaya
hubungan antara kaum dapat dipereratkan.

[6 markah]
Soalan SPM 2005

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan.
Kenal pasti kesalahan- kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana mengayakan sumber alam semula jadinya.
(ii) Guru bimbingan itu telah memberikan keterangan yang jelas tentang profesyen sebagai pakar bedah.
(iii) Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengenengahkan moto yang berteraskan perpaduan belia semalaysia.
[ 6 markah ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan