Latihan Peribahasa 1
Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
1. mencari jalan
2. anak dagang
3. memerah otak
4. batu penghalang
5. lintah darat
Latihan Peribahasa 2
Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
1. kacang lupakan kulit
2. bak cendawan tumbuh selepas hujan
3. bagai kaca terhempas ke batu
4. seperti lembu dicucuk hidung
5. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua
Latihan Peribahasa 3
Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
1. di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
2. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
3. kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
4. sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
5. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Latihan Peribahasa 4
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah ini.
1. Rahmat dan Kamal merupakan sahabat karib sejak kecil dan mereka sering bekerjasama dalam apa jua situasi.
2. Fatimah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh majikannya itu dengan bersungguh-sungguh dan dia sanggup tidak tidur semalaman.
3. Farid tidak menghadapi sebarang masalah ketika menetap di luar negara kerana dia mudah menyesuaikan diri dengan adat resam dan budaya hidup masyarakat setempat .
4. Penduduk kampung itu sering berganding bahu dan menyelesaikan masalah mereka bersama-sama untuk mengekalkan keharmonian hidup yang mereka kecapi selama ini.
5. Kita tidak akan mencapai segala yang dihajati jika tidak berusaha bersungguh-sungguh.
Latihan Peribahasa 5
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah ini.
1. Pinjaman perniagaan peniaga itu sudah diluluskan oleh pihak bank dan hanya menunggu masa sahaja untuk menjalankan perniagaannya sendiri.
2. Adib sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kerana dia mudah faham apa yang diajarkan oleh guru.
3. Pelancong itu merungut apabila mendapati hotel penginapannya tidak
menyediakan segala kemudahan yang dijanjikan semasa dia membuat tempahan dahulu.
4. Pak Ali tidak pernah lupa untuk menyimpan sebahagian daripada pendapatan bulanannya sebagai bekalan semasa dalam kesusahan.
5. Anak-anak sepatutnya dididik sejak mereka kecil lagi untuk memastikan mereka mempunyai akhlak yang cemerlang.
Latihan Peribahasa 6
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Semangat kejiranan masih diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Hubungan ini dikukukuhkan dengan aktiviti bekerjasama dan bergotong-royong sesama jiran tetangga. Mereka akan menghadapi situasi susah dan senang bersama-sama. Amalan ini sudah sebati dalam diri mereka kerana telah diwarisi sejak turun-temurun.
Latihan Peribahasa 7
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Encik Asyraf menjalankan perniagaan runcit di kampungnya. Kebanyakan barangannya dijual dengan harga yang tinggi kerana dia ingin mengaut keuntungan yang lebih. Encik Asyraf juga terkenal dengan sikapnya yang suka berbangga dengan kejayaannya dalam perniagaan. Walau bagaimanapun, isterinya tidak bersikap sedemikian sebaliknya dia sering merendah diri dan tidak keberatan membantu mereka yang dalam kesusahan.
Latihan Peribahasa 8
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Halim bekerja di sebuah syarikat pengangkutan. Dia merupakan seorang pekerja yang rajin dan akan menyiapkan tugasannya sehingga selesai walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Halimah berperanan penting di tempat kerjanya kerana dia sangat berkemahiran dan mampu mengendalikan syarikat dengan baik. Dia sentiasa meningkatkan kecekapannya supaya kebolehannya setanding dengan pegawai-pegawai yang lain.
Latihan Peribahasa 9
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Fatin Nabila merupakan seorang pelajar yang cemerlang di sekolahnya. Semasa mengulang kaji pelajaran, dia akan menjawab setiap soalan yang diberikan oleh gurunya dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat jawapan yang tepat. Fatin Nabila sedar bahawa untuk meraih kejayaan, dia perlu berusaha dengan tekun. Walaupun letih, dia percaya bahawa keperitan yang dialaminya sekarang akan menjanjikan kesenangan pada masa hadapan.
Latihan Peribahasa 10
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
David masih memegang status kerakyatan Malaysia walaupun sudah dua puluh tahun menetap di England. Dia tidak menghadapi sebarang kesulitan tinggal di sana kerana dia mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan masyarakat setempat. David mendapati kehidupan di England tidaklah sehebat yang disangkakan sebagaimana yang sering didengarnya sebelum ini. Namun dia terpaksa meneruskan kehidupannya di sana kerana kontrak kerjanya masih belum tamat.
assalamualaikum cikgu... boleh saya tahu jawapan bagi periabahasa ini?tolong email saya di miszhyenun@yahoo.com terima kasih...
BalasPadamboleh cikgu emel jawapan kepada saya tq leejoeshawn@gmail.com
BalasPadamboleh cikgu emel jawapan kepada saya? Terima Kasih.
BalasPadamsunnyvirus82@gmail.com
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamcikgu saya juga perlu jawapan ,boleh cikgu emelkan ke aneesyass@yes.my
BalasPadamPara peniaga trak makanan dikawasan itu memperoleh hasil lumayan semasa exspo sukan berlangsung selama dua hari bak kata peribahasa......
BalasPadam