CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 31 Mei 2010

MODUL TB 20- AYAT AKTIF II

LATIHAN SPM 11
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Rakyat Malaysia sangat mementingkan perpaduan.
• Perpaduan sangat dipentingkan oleh rakyat Malaysia.

2. Irna mahu menyimpan raket badminton Iswan sebagai kenang-kenangan.
• Raket badminton Iswan mahu disimpan oleh Irna sebagai kenang-kenangan.

3. Pihak kerajaan akan memberikan insentif kepada mana-mana ahli sukan yang berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
• Intensif akan diberikan oleh pihak kerajaan kepada mana-mana ahli sukan yang berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

4. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu akan mengadakan mesyuarat tergempar.
• Mesyuarat tergempar akan diadakan di sekolah itu oleh Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG).
• Mesyuarat tergempar akan diadakan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.

5. Jika saya berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang, saya akan memilih jurusan perubatan.
• Jurusan perubatan akan saya pilih jika saya berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang.


LATIHAN SPM 12.
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Kita seharusnya memperkemas diri kita dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran agar dapat bersaing dengan bangsa lain.
• Ilmu pengetahuan dan kemahiran harus kita perkemaskan agar diri kita dapat bersaing dengan bangsa lain.

2. Pesuruhjaya sumpah itu memperakukan segala dokumen yang diserahkan kepadanya sebelum dihantar ke mahkamah.
• Segala dokumen yang diperakukan oleh Pesuruhjaya sumpah itu sebelum dihantar ke mahkamah.

3. Ah Meng telah menangkap ikan patin di sungai itu.
• Ikan patin telah ditangkap oleh Ah Meng di sungai itu.

4. Mei Ling menggondol tempat pertama dalam acara merentas desa.
• Tempat pertama digondol oleh Mei Ling dalam acara merentas desa.

5. Beberapa kilang yang beroperasi di sepanjang sungai itu telah membuang sisa toksik ke dalam sungai untuk menjimatkan kos operasi mereka.
• Sisa toksik telah dibuang ke dalam sungai oleh beberapa kilang yang beroperasi di sepanjang sungai itu untuk menjimatkan kos operasi mereka.


LATIHAN SPM 13
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Pihak guru sahaja tidak mampu mengawal pelajar-pelajar yang merokok jika ibu bapa tidak mengambil berat terhadap anak mereka.
• Pelajar-pelajar yang merokok tidak mampu dikawal oleh pihak guru sahaja jika ibu bapa tidak mengambil berat terhadap anak mereka.

2. Shafiq mengajak Wan menyaksikan perlawanan bola sepak yang berlangsung pada malam ini.
• Wan diajak oleh Shafiq menyaksikan perlawanan bola sepak yang berlangsung pada malam ini.

3. Asap tebal menyelubungi seluruh daerah itu selama beberapa jam akibat kebakaran kilang mercun.
• Seluruh daerah itu diselubungi oleh asap tebal selama beberapa jam akibat kebakaran kilang mercun.

4. Tujuan kami mengadakan program ini adalah untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik pelajar tahun ini.
• Program ini kami adakan bertujuan untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik pelajar tahun ini.

5. Beliau sentiasa memberi sokongan terhadap usaha yang kami lakukan.
• Sokongan terhadap usaha yang kami lakukan sentiasa diberikan sokongan oleh beliau.


LATIHAN SPM 14
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Mimi membuat bunga telur itu untuk majlis perkahwinannya.
• Bunga telur itu dibuat oleh Mimi untuk majlis perkahwinannya.

2. Halim membawa beg pakaian yang besar ke Sarawak.
• Beg pakaian yang besar dibawa oleh Halim ke Sarawak.

3. Anda mesti makan buah-buahan ini sehingga habis.
• Buah-buahan ini mesti anda makan sehingga habis.

4. Saya menaiki kereta api itu untuk menziarahi nenek saya di Singapura.
• Kereta api itu saya naiki untuk menziarahi nenek saya di Singapura.

5. Peserta gimnastik Austria menggulingkan badannya di atas lantai semasa pertandingan itu.
• Badan peserta gimnastik Austria itu digulingkan di atas lantai semasa pertandingan itu.


LATIHAN SPM 15
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Kerbau jantan yang liar itu merosakkan kebun pisang ayah saya.
• Kebun pisang ayah saya dirosakkan oleh kerbau jantan yang liar itu.

2. Beberapa pelajar telah mengalami kecederaan teruk sewaktu kebakaran asrama itu.
• Kecederaan teruk telah dialami oleh beberapa pelajar sewaktu kebakaran asrama itu.

3. Pengarah syarikat itu mengingatkan semua anak buah beliau agar sentiasa berbudi bahasa sewaktu melayani pelanggan mereka.
• Semua anak buah syarikat itu diingatkan oleh pengarahnya agar sentiasa berbudi bahasa sewaktu melayani pelanggan mereka.
• Semua anak buah beliau diingatkan oleh pengarah syarikat itu agar sentiasa berbudi bahasa sewaktu melayani pelanggan mereka.

4. Sekolah kami telah mengadakan Karnival Keusahawanan beberapa hari yang lepas.
• Karnival Keusahawanan telah diadakan oleh sekolah kami beberapa hari yang lepas.

5. Belia hari ini perlu menguasai teknologi maklumat sesuai dengan kehendak wawasan negara.
• Teknologi maklumat perlu dikuasai oleh belia hari ini sesuai dengan kehendak wawasan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan