Latihan 7
Dalam ayat-ayat di bawah ini terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Manusia kadang kala terlupa bahawa setiap perbuatan yang dilakukan oleh mereka itu akan terima pembalasan pada suatu hari nanti.
(ii) Perlaksanaan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di negara kita telah membuktikan bahawa kerajaan menyedari kepentingan bahasa tersebut sebagai bahasa antara bangsa.
(iii) Pihak media-massa sering dipaparkan berita yang sensasi untuk menarik perhatian orang ramai.
Latihan 8
Dalam ayat-ayat di bawah ini terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Syarikat itu ialah yang pertama mewujudkan progrem itu dan akan diperluaskan secara berperingkat-peringkat ke seluruh negara.
(ii) Semangat nasionalisma dalam kalangan rakyat pada zaman penjajah amat kuat dan keadaan ini mengugat kewibawaan kerajaan Inggeris.
(iii) Tayangan vidio bagi menjelaskan peraturan mengundi yang betul diadakan juga supaya keterangan itu lebih efektif.
Latihan 9
Dalam ayat-ayat di bawah ini terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Murid-murid yang ingin mengikuti rombongan itu dikehendakki mendapat kebenaran daripada waris masing-masing, iaitu dengan cara menanda tangani borang yang disediakan.
(ii) Melalui dailek yang digunakan dalam dialog mereka, dapatlah kita mengagakkan bahawa mereka datang dari negara Sepanyol.
(iii) Kompleks membeli-belah itu mengadakan jualan penghabisan setok secara besaran- besaran.
Latihan 10
Dalam ayat-ayat di bawah ini terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah, Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan nya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Pamiran kereta antik di Pusat Dagangan Dunia Putra mendapat sambutan yang mengalakkan daripada orang ramai.
(ii) Bot itu bergerak dengan lajunya ke destinasi yang ditetap supaya sampai ke pengkalannya dalam masa yang dijadualkan.
(iii) Apabila sampai di kilang, pekerja-pekerjanya memeroses susu getah itu sehingga menjadi beku dan kemudian bahan itu dinipiskan dengan mengunakan mesin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan