CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 6 Mac 2021

BAB 1 KEDAULATAN NEGARA

 

NOTA SEJARAH TINGKATAN 5 TAHUN 2021 ( SPM 2021 )

KANDUNGAN

 

Bab 1 – Kedaulatan negara

1)     Konsep Kedaulatan

o   Ditakrifkan sebagai kekuasan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas serta mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara

o   negara – kemerdekaan negara mulai 1957

o   pembentukan Malaysia pada 1963 mengukuhkan / memantapkan negara

o   takrifan

§  bahasa yunani – supernuus atau superanus – agung/ tertinggi . merujuk kepada negara yang bebas dan merdeka

§  bahasa inggeris – sovereignty / negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan

§  bahasa arab – daulah/ kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

§  bahasa Melayu – daulat / kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara

o   pandangan tokoh

§  Aristotle – kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara. Merujuk kepada kerajaan yang terikat oleh undang-undang

§  Ibnu Khaldun – kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara berasaskan semangat kekitaan bangsanya.

§  Jean Bodin – kuasa tertinggi dalam sesebuah negara, mempunyai sifat kekal dan mempunyai kuasa tidak terbatas untuk membuat undang-undang, mentafsir dan melaksanakannya

§  Tunku Abdul Rahman – kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat

§  Tun Dr Mohamed Salleh Abas  - kedaulatan merupakan asas negara yang merdeka , memiliki kebebasan pada peringkat antarabangsa bersama dengan hak dan kuasa untuk mengatur urusan dalam negara tanpa telunjuk asing

o   Jenis kedaulatan

§  Kedaulatan tradisional- pemerintahan berkuasa mutlak / mempunyai kuasa sepenuhnya untuk semua urusan negara. negara kedaulatan raja-raja Melayu. Ianya diperkukuh melalui konsep taat setia kepada raja

§  Kedaulatan moden

·         Muncul seiring dengan revolusi yang tersetus di negara England dan Perancis

·         Dikaitkan dengan kuasa rakyat ( menentang raja ) dan kerajaan yang mempunyai perlembagaan

·         Juga dikaitkan dengan konsep negara bangsa ( gabungan pelbagai negeri/ menjadi negara)

§  Kedaulatan undang-undang

·         Merujuk kepada kerajaan dan rakyat terikat dengan perlembagaan dan undang-undang yang ada

§  Kedaulatan antarabangsa

·         Merujuk pada pengiktirafan oleh PBB terhadap sesebuah negara/ tidak boleh dicabuli/ dicerobohi oleh negara lain

·         Prinsip persamaan kedaulatan dari segi undang-undang antarabangsa ( semua negara yang merdeka adalah bebas dan berdaulat )

 

2)     Ciri negara Yang Berdaulat

o   Mempunyai   pemerintahan – untuk menjaga kestabilan politik/ keamanan, pertahanan dan ekonomi

o   Mempunyai sempadan –sempadan darat/.air/ udara/ memudahkan pentadbiran

o   Mempunyai perundangan – untuk memelihara kesejahteraan / menjamin keadilan dan melindungi rakyat

o   Mempunyai rakyat – penduduk sesebuah negara/ pelbagai kaum/ agama/ budaya/ disatukan melalui bahasa dan budaya/  perkongsian identiti nasional

3)     Kepentingan Mewujudkan negara Berdaulat

o   Keberkesanan pentadbiran

§  Member kebebasan kepada negara untuk menjalankan urusan pentadbiran tanpa campur tangan pihak luar

§  Peranan jemaah menteri dan pelbagai kementerian yang ditubuhkan

§  Pengagihan kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri

§  Adanya undang-undang / perlembagaan

o   Kemakmuran ekonomi

§  Memajukan taraf hidup rakyat

§  Mempelbagaikan eknomi – pertanian/ perindustrian/ perdagangan

o   Kesejahteraan sosial

§  Melaksanakan dasar sosial

§  Dasar – bahasa/ kebudayaan/ sukan/ rukun negara

§  Pupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat

o   Kecemerlangan hubungan luar

§  Jalin hubungan dengan negara luar/ hubungan diplomatik

§  Ada dasar luar yang jelas

§  Buat hubungan antara negara/ pertubuhan serantau dan antarabangsa

4)     Langkah Mempertahankan Kedaulatan

a.       Mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi

§  Pemerintah

·         Wujudkan pentadbiran yang cekap

·         Elakkan amalan rasuah dalam pentadbiran

·         Agihan ekonomi yang adil

·         Laksana undang-undang menurut perlembagaan

§  Rakyat

·         Setia kepada raja dan negara

·         Sokong dasar kerajaan

·         Wujudkan kestabilan politik

·         Pupuk kerjasama sesama rakyat

·         Patuhi undang-undang

b.       Mengekalkan perpaduan kaum

§  Pemerintah

·         Gubal dasar dan undang-undang

·         Memastikan dasar yang dilaksanakan berkesan

·         Rangka program/ kempen/ aktiviti ke arah pemupukan kaum

·         Dana kewangan untuk program integrasi kaum

§  Rakyat

·         Guna bahasa kebangsaan

·         Hayati rukun negara

·         Memahami/ menghormati kepelbagaian dalam masyarakat

·         Amalan toleransi/kerjasama

·         Melibatkan diri dalam program kemasyarakatan

 

c.       Memupuk patriotisme ( cinta yang mendalam terhadap negara/ sanggup mempertahankan sejarah/ bangsa/ undang-undang/ warisan/ budaya )

§  Pemerintah

·         Anjurkan sambutan Hari Kebangsaan/ hari pahlawan

·         Mata pelajaran Sejarah – pupuk nasionalisme

·         Kempen/ filem / program ke arah patriotik

·         Abadikan tokoh/ berjasa pada nama bangunan/ jalan dll

§  Rakyat

·         Menghormati lambang negara – lagu/ jata

·         Sanjung adat/ warisan

·         Menaikkan nama negara dalam pelbagai bidang/  mengharumkan nama negara

·         Menghargai jasa tokoh negara/ negarawan

 

d.       Mengukuhkan pertahanan negara

§  Pemerintah

·         Gubal undang-undang dan peraturan lindungi keselamatan negara

·         Menjalinkan kerjasama pertahanan

·         Memodenkan sistem pertahanan / pembelian peralatan

·         Pasukan keselamatan sentiasa bersiap sedia

§  Rakyat

·         Peka pada isu keselamatan negara

·         Mengelakkan membocorkan rahsia negara

·         Menganggotai pasukan sukarelawan pertahanan – wataniah/ rela

·         Sanggu berkorban demi negara

ISI KANDUNGAN SEJARAH TING 5 2021

 

NOTA SEJARAH TINGKATAN 5 TAHUN 2021 ( SPM 2021 )

Kandungan

 

Bab 1 – Kedaulatan Negara

1)     Konsep kedaulatan

2)     Ciri negara yang berdaulat

3)     Kepentingan mewujdukan negara berdaulat

4)     Langkah mempertahamkan kedaulatan

 

Bab 2 – perlembagaan persekutuan

·         Latar belakang

·         Sejarah penggubalan

·         Ciri utama

·         Pindaan 1963 dan 1965

 

Bab 3 – Raja Berperlembagaan  Dan Demokrasi Berparlimen

·         Latar belakang

·         Sejarah dan kedudukan institusi Majlis Raja-Raja

·         YDA dan raja dalam perlembagaan

·         Amalan demokrasi dan pengasingan kuasa

·         Keunikan amalan demokrasi berparlimen di Malaysia

 

Bab 4 – Sistem persekutuan

·         Latar belakan

·         Kuasa kerajaan persekutuan dan negeri

·         Kerjasama kerajaan persekutuan dan negeri

·         Faktor mengukuhkan

 

Bab 5- Pembentukan Malaysia

·         Konsep gagasan Malaysia

·         Perkembangan idea dan usaha

·         Reaksi tempatan dan negara jiran

·         Langkah pembentukan Malaysia

·         Perjanjian julai 1963 dan perisitiwa pengisytiharan Malaysia

·         Konfrantasi dan usaha menangani

 

Bab 6 – Cabaran selepas pembentukan Malaysia

·         Cabaran dalaman Malaysia

·         Pemisahan Singapura

·         Menangani ancaman komunis

·         Isu pembangunan dan ekonomi

·         Tragedi hubungan antara kaum

 

Bab 7 – Membina kesejahteraan negara

·         Perpaduan dan integrasi nasional

·         Dasar pendidikan kebangsaan

·         Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan perpaduan

·         Sukan sebagai alat perpaduan

·         Rukun negara sebagai tonggak kesejahteraan

 

Bab 8 – Membina kemakmuran negara

·         Pembentukan DEB

·         Pelaksanaan DEB

·         Pembentukan DPN

·         Pelaksanaan DPN

·         Pencapaian DEB dan DPN

 

Bab 9 – Dasar luar Malaysia

·         Latar belakang

·         Asas penggubalan

·         Malaysia dalam PBB

·         Malaysia dalam Komanwel

·         Cabaran mengukuhkan dasar luar

·         Malaysia dalam ASEAN

·         Malaysia dalam nam ( pergerakan negara tanpa pihak )

·         Malaysia dalam OIC

 

Bab 10 – Kecemerlangan Malaysia di persada dunia

·         Malaysia dalam isu global kontemporari

·         Peranan Malaysia dalam hubungan ekonomi antarabangsa

·         Pelibatan rakyat dalam isu kemanusiaan dan keamanan

·         Usaha mengekalkan kelestarian global

·         Wawasan Malaysia menuju masa hadapan

Selasa, 9 Februari 2021

KARANGAN BM PERANAN IBU BAPA MENANGANI MASALAH DISIPLIN PELAJAR

 

  1. PERANAN IBU BAPA DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR

Dalam mendepani era globalisasi dekad ini,masalah disiplin dalam kalangan remaja menjadi bualan hangat yang sentiasa mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat kita. Disiplin adalah kelakuan yang berteraskan peraturan yang telah ditetapkan oleh sesebuah institusi yang harus dipatuhi.Namun demikian,kita acap kali tersentak dengan polemik ini yang dicetuskan sendiri oleh remaja sekali gus telah mencalarkan nama negara.Masalah disiplin pelajar sering terpampang di dada-dada akhbar dewasa ini seperti buli dan ponteng sekolah.Dalam hal ini,ibu bapa amat berperanan bagi membentuk akhlak anak-anak.Jadi,pelbagai langkah yang elektif dan proaktif harus dijalankan secara drastik oleh ibu bapa agar masalah disiplin pelajar dapat diminimumkan.

Pada realitinya,ibu bapa merupakan golongan paling hampir terhadap remaja.Dalam konteks ini, didikan ibu bapa sejak kecil sebagaimana peribahasa melayu iaitu melentur buluh biarlah dari rebungnya,harus diaplikasikan oleh ibu bapa di rumah.Pada waktu yang sama,ibu bapa harus menjadi ‘role model’yang terbaik buat anak-anak.Sebagai tamsilannya,sekiranya ibu bapa mahu anak-anak menunaikan sembahyang dan berakhlak baik,ibu bapa harus memulakannya terlebih dahulu.Fakta menyatakan,anak-anak mudah terangsang melalui penglihatan,pendengaran dan perlakuaan di sekelilingnya.Demikianlah sekadar menyambil kata-kata mutiara Nescaya,di dunia ini tiada gagal yang ada hanyalah pintu kejayaan yang tertunda.Oleh itu,ibu bapa harus memberikan contoh yang terbaik buat anak-anak bagi membentuk disiplin yang mantap dalam diri anak-anak.

Selain itu,tanpa menunding jari ke arah lain,ibu bapa harus menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan berkeluarga secara total dan padu.hal ini demikian kerana keikhlasan dapat membersihkan daripada segala kekotoran,begitulah terdapat kata-kata mutiara yang dapat disinonimkan dengan fenomena ini.Sebagai contohnya,ibu bapa perlu melatih anak-anak supaya manjaga pertuturan dan menghormati orang yang lebih tua kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.Dari sudut yang lain,jati diri yang kukuh juga merupakan benteng ampuh untuk menangani masalah disiplin pelajar.Hal ini tercetus apabila,anak-anak akan mempertimbangkan sesuatu sebelum membuat sesuatu keputusan demi menjaga nama baik diri,keluarga dan masyarakat.Tuntasnya,nilai-nilai murni mampu membentuk akhlak anak-anak.

Seterusnya,pengisian masa anak-anak secara efektif oleh ibu bapa mampu mengawal tingkah laku anak-anak.Pepatah Arab ada menjelaskan bahawa masa umpama pedang,jika kamu tidak menghunus pedang itu,maka pedang itu akan menghunus kamu.Menurut kajian yang dikeluarkan baru-baru ini,faktor utama berlakunya masalah disiplin pelajar adalah disebabkan penggunaan masa yang tidak berkualiti.Hal ini kerana pernah terjadi,apabila ibu bapa bekerja,anak-anak mengambil peluang untuk ponteng sekolah.Ibu bapa juga harus diingatkan supaya tidak menghabiskan masa hanya untuk mencari harta dunia malah masa berkualiti harus diberi kepada anak-anak yang masih memerlukan perhatian khusus daripada ibu bapa.Kita sudah pasti tidak mahu menjadi seperti kera di hutan disusukan,anak di rumah kelaparan jadi,luangkanlah masa untuk anak-anak.

Di samping itu,ibu bapa harus mengutamakan pelajaran kepada anak-anak.Hidup tanpa pelajaran sudah pasti kecundang.Sesungguhnya,ibu bapa harus menggunakan peluang yang ada untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah memandangkan kerajaan telah memperuntukkan sejumlah kos yang besar bagi melihat anak-anak Malaysia berjaya dalam bidang pendidikan.Rentetan daripada senario di atas,anak-anak akan menimba pengalaman baru di sekolah berbanding di rumah.Mereka akan bergaul dalam satu komuniti untuk berlumba-lumba menggapai kejayaan di hari muka.Sekadar mengambil kata-kata Abraham Lincoln,janganlah tanya apa-apa yang dibuat oleh kerajaan kepada kamu,tetapi tanyalah apa-apa yang kamu buat untuk negara.Tambahan pula,orang yang terpelajar,mempunyai personaliti yang bermutu dan bebas daripada masalah sosial.Konklusinya,pelajaran mampu meminimumkan gejala disiplin pelajar.

Selanjutnya,ibu bapa harus membatasi pergaulan anak-anak.Pergaulan bebas antara faktor tercetusnya kebejatan ini.Dalam skop ini,ibu bapa harus cakna terhadap rakan-rakan anak mereka agar peribahasa melayu seperti sediakan paying sebelum hujan dapat direalisasikan.Ibu bapa harus menasihati anak-anak supaya bijak memilih rakan sesuai dengan perpatah Inggeris yang mejelaskan jika kamu tua,berilah nasihat dan jika kamu muda,terimalah nasihat.Anak-anak perlu mencari teman yang berwawasan dan berkualiti agar tidak terlibat dalam masalah displin pelajar yang mampu mencalarkan imej sekolah.Akhir kalam,ibu bapa harus mengambil tahu perihal teman-teman anak mereka untuk memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dalam masalah disiplin pelajar.

Kesimpulannya,dengan keizinan Tuhan,kita mampu menangani masalah disiplin dalam kalangan remaja sehingga ke angka sifar.Barangkali lirik lagu Faizal Tahir,”gemuruh” mampu menaikkan semangat remaja dalam menghadapi polemik ini.

Bila bertalu rentak di kalbu,

Hasrat yang tersirat semakinku buru,

Bila bergema laungan gempita,

Harapan bernyala nadiku berganda,

Gemuruh jiwa semangat membara,

Dari puncak ingin ke angkasa,

Bertalukan bintang berkelipan,

Menyerlah jauh dari yang biasa,

Harapan ini bukan sekadar bermimpi,

Segalanya pastikan terbukti nanti.

Oleh itu, remaja dewasa ini perlu menapak dengan menguat segala masalah sosial dengan perasaan yang utuh bagi menggapai sinar baru yang menunggu mereka di megara gading kelak.