SET 12
1 Rajah berikut menunjukkan ciri-ciri Kesultanan
Melayu Melaka.
Ciri kesultanan Melayu Melaka
-
X
-
Rakyat
-
Kedaulatan
-
Lambang kebesaran
Apakah X?
A Raja B
Kerajaan C Pemerintahan D Sultan
2 Maklumat berikut berkaitan dengan peraturan
jenayah dalam Hukum Kanun Melaka.
FASAL 4 - Hukuman Bunuh
Apakah kesalahan yang boleh dijatuhkan hukuman
tersebut?
A Mengubah haluan pelayaran B Membunuh di atas kapal
C Mengingkari arahan raja D Menyamar menjadi pembesar
3 Jadual berikut berkait dengan peristiwa perjuangan
rakyat British di England pada abad ke-17.
1688 – revolusi tercetus kerana Raja James
II telah membelakangkan parlimen semasa membuat undang-undang
Mengapakah peristiwa tersebut dikenali sebagai
Revolusi Keagungan?
A Peralihan kuasa berlaku dengan aman
B Penentangan melibatkan seluruh rakyat
C Perjuangan memulihkan kuasa raja
D Penghapusan sistem birokrasi
4 Maklumat berikut berkaitan nasionalis Tanah
Melayu pada penghujung abad ke-19 dan
awal abad ke-20.
- Tok Janggut
-
Dato Maharaja Lela
-
Haji Abdul Rahman Limbong
Apakah matlamat perjuangan tokoh di atas?
A Menggerakkan pembaharuan pentadbiran
B Mendaulatkan wilayah masing-masing
C Mempertahankan golongan intelektual
D Menghasilkan karya nasionalisme
5 Bagaimanakah Adolf Hitler mengembalikan maruah
bangsa dan negaranya selepas Perang Dunia Pertama?
A Membina angkatan tentera B
Melaksanakan pilihan raya
C Memulihkan krisis pencerobohan D Membangunkan industri baru
6 Pilih jawapan yang tepat berkaitan dengan
sumbangan pasukan berikut.
A. Force 136 Ulu Perak- membentuk gerila
Melayu Perak
B. Force 136 Kedah- menubuhkan
Askar Melayu Setia
C. Force 136-MPAJA –
menubuhkan Rejimen Askar Melayu
D. Force 136 Pahang- membentuk
Wataniah Pahang
7 Parlimen British telah meluluskan
Kertas Putih 6274 yang mengandungi 13 perkara berkaitan gagasan Malayan Union.
Apakah perkara yang terkandung di dalam kertas
tersebut?
A Penentuan bentuk pentadbiran B Penubuhan pertubuhan
kebangsaan
C Pembubaran Parti Komunis Malaya D Penyertaan Singapura dalam gagasan
8 Senarai berikut menunjukkan persatuan di Sarawak.
Barisan Pemuda Sarawak ( BPS )
·
Pergerakan Pemuda Sarawak ( PPM)
·
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS )
Apakah reaksi pertubuhan tersebut terhadap
pengambilan Sarawak oleh Kerajaan British?
I Mengadakan demonstrasi II
Memulau pentadbiran British
III Membuat rundingan tertutup IV
Menghantar surat bantahan
A I dan II B
I dan IV C II dan III D III dan IV
9 Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan
pada 25 Julai 1946 bagi membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948.
Apakah cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa
tersebut?
A Menetapkan hari cuti negeri
B Membentuk Majlis Eksekutif
C Mengetatkan syarat kewarganegaraan
D Melantik Gabenor mengetuai pentadbiran
10 Apakah kesan penubuhan Jawatankuasa Hubungan
Antara Kaum atau Communities
Liaison Committee (CLC) kepada negara kita?
A Memperkukuh pertahanan negeri
B Memberi latihan dalam pentadbiran
C Mengembalikan status Raja-raja Melayu
D Memupuk persefahaman antara pemimpin
11. 16 Jun 1948 – pembunuhan tiga orang pengurus
ladang British di Sungai Siput , Perak
Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
A Memperkenalkan Rancangan Briggs B Mengharamkan Parti Komunis Malaya
C Memperkukuhkan pasukan keselamatan D Melaksanakan Undang-Undang Darurat
12 Berikut menunjukkan anggota Cawangan Khas yang
sedang merancang strategi untuk memerangi komunis.
Apakah kaedah yang digunakan untuk menjayakan operasi tersebut?
A Risikan B
Rundingan C Membina kubu D Serangan gerila
13 Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah
pada tahun 1951.
Apakah tanggungjawab anggota Sistem Ahli?
A Melonggarkan syarat kewarganegaraan
B Mencadangkan undang-undang berkaitan jabatan
C Memastikan keadilan agihan kekayaan negara
D Melaksanakan pilihan raya dengan sistematik
14 Bagaimanakah Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956
menjadi asas kepada pembentukan sistem
pendidikan kebangsaan?
I Memperbanyak sekolah vernakular
II Melalui sukatan pelajaran yang seragam
III Penggunaan bahasa pengantar yang sama
IV Pelajaran percuma kepada semua pelajar
A I dan II B
I dan IV C II dan III D III dan IV
15 En Ali berhajat untuk menjadi calon Pilihan Raya
Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
Syarat manakah yang tidak perlu dipenuhi oleh Encik Ali?
A Berumur 21 tahun ke atas
B Warganegara Persekutuan Tanah Melayu
C Berpengetahuan dalam bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris
D Tinggal di Persekutuan Tanah Melayu dalam tempoh
6 bulan terdahulu
16 Apakah jawatan yang disandang oleh Dato’ Abdul
Razak Hussein dalam kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu?
A Menteri Buruh B
Menteri Pelajaran
C Menteri Kesihatan D
Menteri Pengangkutan
17 Maklumat berikut berkaitan usaha ke arah
kemerdekaan di negara kita.
X – mengadakan perjumpaan sebanyak 118 kali
-
Mengkaji dan membuat cadangan
berkaitan perlembagaan
Apakah X?
A Suruhanjaya Reid B
Majlis Raja-Raja
C Kabinet Pertama D
Sistem Ahli
18 Pernyataan berikut berkaitan dengan agama Islam.
Agama Islam ialah agama rasmi Persekutuan.
Apakah bukti penyataan di atas?
A Tanah Melayu mempunyai ramai orang Islam
B Agama Islam telah disebarkan oleh pedagang
C Termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
D Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam
19 Apakah peranan Jawatankuasa Sambutan dalam
persediaan menyambut pemasyhuran
kemerdekaan negara?
A Mendirikan Stadium Merdeka B
Membuat tempahan bendera
C Menggubah lagu Negaraku D Memilih bunga kebangsaan
20 Peristiwa berikut dilakukan semasa sambutan
kemerdekaan negara kita pada 31 Ogos 1957.
Sebanyak 101 das tembakan dilepaskan.
Apakah simbolik tembakan tersebut?
A Keamanan tercapai B
Rakyat bersatu padu
C Negara yang berdaulat D Memperolehi kemenangan
21 Apakah takrif kedaulatan mengikut Bahasa Yunani?
A Kekuasaan tertinggi pada raja B
Negara yang bebas dan merdeka
C Kerajaan bertindak sebagai pemerintah D
Negara berkuasa terhadap pemerintahan
22. Berikut merujuk sampul surat hari pertama Pos
Malaysia berkaitan dengan
kepelbagaian budaya dan adat resam kaum di Malaysia.
Apakah mesej yang diperoleh daripada sampul surat tersebut?
A Menunjukkan keunikan negara B Mengadakan kunjung-mengunjung
C Mematuhi undang-undang negara D Mengekalkan perpaduan kaum
23 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
bermodelkan Westminster.
Antara berikut manakah yang menjadi terma rujukan utama Perjanjian Persekutuan
1957?
A Kewarganegaraan yang sama
B Ketelusan dalam perkhidmatan awam
C Kedudukan Pesuruhjaya Tinggi British
D Keseragaman bentuk pentadbiran negara
24 Maklumat berikut berkaitan ketua Negeri Sarawak.
Apabila Malaysia dibentuk, Sarawak diketuai oleh
Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanakah Yang di-Pertua Negeri tersebut
menjalankan tugas?
A Mengikut Perlembagaan negeri B
Mengikut perintah kerajaan pusat
C Mengikut peruntukan sedia ada D
Mengikut nasihat Majlis Tertinggi
25 Jadual berikut berkaitan dengan penjajahan
British di negeri-negeri Melayudi Negeri-negeri Melayu dan cara pentadbiran.
- Negeri Melayu Bersekutu – Sistem Residen
-Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu- X
Apakah pentadbiran X?
A Sistem Penasihat B
Sistem Birokrasi
C Sistem Republik D
Sistem Tirani
26 Dialog berikut contoh situasi berlaku dalam
badan eksekutif.
Menteri A: Saya tak setuju dengan keputusan
mesyuarat tadi.
Menteri B: Saya juga tak sokong dengan keputusan dasar kerajaan tadi.
Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh menteri
tersebut?
A Meletakkan jawatan B Meninggalkan dewan
C Membatalkan mesyuarat D Mengemukakan bantahan
27 Jadual berikut menunjukkan pembahagian kuasa
antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri.Pasangan manakah yang betul?
|
KERAJAAN PERSEKUTUAN |
KERAJAAN NEGERI |
A |
Hari cuti negeri |
Kewangan |
B |
Kewarganegaraan |
Pertanian dan perhutanan |
C |
Biasiswa |
Perumahan |
D |
Pertahanan |
Kebajikan awam |
28 Bagaimanakah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri bekerjasama dalam penyediaan perumahan rakyat?
A Kerajaan Negeri melaksanakan Program Perumahan Rakyat
B Kerajaan Persekutuan menubuhkan agensi
pembangunan negeri
C Kerajaan Persekutuan memperkenalkan Perumahan
Awam Kos Rendah
D Kerajaan Negeri menyediakan tanah yang dijual
pada harga yang rendah
29 Cadangan pembentukan Malaysia mendapat reaksi
pelbagai daripada penduduk Sarawak dan Sabah.
Mengapakah penduduk Sabah menentang rancangan pembentukan Malaysia?
A Dipengaruhi Parti Komunis Malaya
B Keinginan untuk mendapatkan kemerdekaan secara
berasingan
C Menganggap Sabah perlu merdeka bersama-sama
dengan Filipina
D Pemimpin-pemimpin Sabah berhasrat untuk
menubuhkan Melayu Raya
30 Tentera Indonesia telah melakukan serangan di
Johor, Sabah dan Sarawak dalam dasar konfrontasi.
Bagaimanakah tindakan Malaysia menangani isu
serangan tersebut?
A Mengadakan rundingan damai B Menuntut campur tangan Brunei
C Melaksanakan sekatan ekonomi D Membawa isu ke Majlis
Keselamatan PBB
31 Apakah tujuan Strategi Counterinsurgency (COIN)
dijalankan?
A Menamatkan ancaman komunis B
Memulihkan kepercayaan rakyat
C Membasmi kemiskinan penduduk D Memajukan ekonomi negeri
32 Senarai berikut berkaitan isu pembangunan
ekonomi yang dihadapi negara kita.
- peluang pekerjaan yang terhad
-
Kadar pengangguran meningkat
Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi isu
tersebut?
A Memberi bantuan kewangan
B Menubuhkan lebih banyak kilang
C Menambahkan pengambilan pelajar universiti
D Meluaskan peluang pekerjaan kepada rakyat
33 Apakah kesan pelaksanaan Dasar Pendidikan
Kebangsaan terhadap negara?
I Menyediakan tenaga
kerja mahir II
Memperkukuhkan perpaduan rakyat
III Menggalakkan kemasukan modal asing IV Meningkatkan kualiti perkhidmatan
A I dan II B
I dan IV C II dan III D III dan IV
34 Mengapakah seluruh warganegara Malaysia perlu
menghayati prinsip Rukun Negara?
A Identiti negara B
Teras nasional
C Falsafah hidup D
Nilai kerakyatan
35 Agensi kerajaan berikut telah ditubuhkan dalam
Rancangan Malaysia Kedua.
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
Apakah peranan agensi tersebut?
A Mengawal selia sektor pertanian
B Membantu dalam penyelidikan pertanian
C Melibatkan petani dalam kegiatan koperasi
D Menjalankan penyelidikan terhadap pertanian
36 Langkah menyusun semula masyarakat dilakukan
dengan pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
Bagaimanakah usaha ini dilaksanakan?
A Pemberian subsidi oleh kerajaan B Penyertaan bumiputera dalam IKS
C Peruntukan pelaburan saham D Penswastaan projek
37 Perkembangan politik, ekonomi dan sosial
antabangsa yang sentiasa berubah telah
mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.
Bagaimanakah keadaan ini ditangani?
A Menyertai pertubuhan Komanwel
B Meningkatkan kemajuan dalam sistem ekonomi
C Mengubah dasar daripada probarat kepada tidak
berpihak
D Menjalinkan hubungan dengan negara sedang
membangun
38 Negara Komanwel merupakan antara rakan dagang
Malaysia.
Apakah manfaat yang diperolehi hasil hubungan ini?
I Bantuan pertahanan II
Cukai yang rendah dikenakan
III Kemudahan kredit dan bantuan dana IV
Program latihan untuk kakitangan awam
A I dan II B
I dan IV C II dan III D III dan IV
39 Tunku Abdul Rahman telah mencetuskan idea
penubuhan pertubuhan OIC
pada tahun 1971.
Apakah matlamat penubuhan pertubuhan tersebut?
A Mengekalkan keamanan dunia
B Menjaga kepentingan masyarakat Islam
C Meningkatkan hubungan perdagangan
D Memperjuangkan hak asasi manusia
40 Senarai berikut merupakan NGO yang mewakili
Malaysia dalam misi kemanusiaan di
Syria.
- Organisasi Humanitarian Care Malaysia
-
Cinta Syria Malaysia
Apakah sumbangan NGO tersebut?
I Membina rumah II
Melancarkan kempen
III Memberi bantuan kemanusiaan IV
Membina infrastruktur yang rosak
A I dan II B
I dan IV C II dan III D III dan IV
Tiada ulasan:
Catat Ulasan