CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 17 September 2024

LATIHAN SEJ T5

 

SET 4

1. Hukum Kanun Melaka turut memberi perhatian kepada isu kekeluargaan. Mengapakah isu tersebut diberi perhatian?

A. Mengelakkan masalah keruntuhan akhlak

B. Menjaga keharmonian dalam keluarga

C. Memastikan adat perkahwinan dipatuhi

D. Mewajibkan ketua keluarga memainkan peranannya

 

2. Apakah peranan pembesar dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?

A. Menggubal undang-undang                     B. Menjalin hubungan diplomatik

C. Memelihara keamanan kawasan              D. Menghadiri majlis gotong-royong

 

3. Maklumat berikut berkaitan dengan isu kasut di Burma

Orang Inggeris memakai kasut semasa memasuki kuil Buddha di Burma

Apakah kesan isu tersebut?

A. Membangkitkan semangat nasionalisme             B. Mencetuskan pembaharuan adat

C. Meningkatkan kuasa bangsawan                         D. Mengukuhkan pengaruh penjajah

 

4. Pada 1930-an, muncul golongan masyarakat India yang lahir di Tanah Melayu dan dikenali sebagai "the Strait born people"

Bagaimanakah masyarakat tersebut memberi kesan kepada perkembangan nasionalisme?

A. Memperjuang hak sama rata                                B. Membentuk identiti tersendiri

C. Mengkritik dasar kerajaan kolonial                      D. Mengutamakan perkembangan negara asal

 

5. Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik (1941-1945) juga dikenali sebagai Perang Pasifik. Mengapakah perang tersebut berlaku?

A. Perluasan ideologi komunis                       B. Pembunuhan bakal maharaja

C. Kegagalan perjanjian damai                     D. Keperluan bidang perindustrian

 

6. Apakah matlamat penubuhan Force 136 pada tahun 1943?

A. Menubuhkan pasukan gerila                    B. Menentang penjajahan British

C. Melatih rejimen askar Melayu                  D. Menjalin kerjasama rakyat

 

7. British Military Administration (BMA) merupakan pentadbiran tentera di Tanah Melayu yang bermula pada 12 September 1945. Apakah peranan pentadbiran tersebut?

A. Menangani demostrasi penduduk                                    B. Menghalang kemasukan penjajah

C. Memulihkan kepercayaan rakyat                         D. Melatih penduduk tempatan

 

8. Maklumat berikut berkaitan dengan penyerahan Sabah.

Mengapakah penyerahan tersebut dilakukan?

I Kedudukan yang strategik                           II Kekayaan bahan mentah

III Kawasan pasaran utama                          IV Kemajuan sistem prasarana

·         Tarikh – 26 Jun 1946

·         Peristiwa – Syarikat Borneo Utara British SBUB menyerahkan Sabah kepada kerajaan British

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

9. Mengapakah orang Melayu tidak menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang ditubuhkan pada 1948?

A. Undang-Undang tradisional tamat                                 

B. Kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan

C. Singapura dipisahkan daripada persekutuan                 

D. Kaum imigran tidak diberikan taraf warganegara

 

10. Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan politik di Tanah Melayu sebelum merdeka

1 Februari 1948 -- Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan

Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap perjuangan orang Melayu?

A. Berkuasa mengawal pentadbiran                         B. Parti-parti politik digabungkan

C. Syarat kerakyatan dipermudah                            D. Diiktiraf sebagai penduduk asal

 

11. Berikut adalah tindakan yang dilakukan oleh pengganas komunis di Tanah Melayu

·         Merosakkan ladang getah

·         Menganggu kerja di lombong

·         Membunuh pekerja ladang

Mengapakah tindakan tersebut dilakukan?

A. Memiliknegarakan sektor perusahaan                 B. Menyusun semula sistem pemilikan

C. Menentang amalan buruh paksa                         D. Melumpuhkan kegiatan ekonomi

 

12. Mengapakah rakyat bergantung pada makanan berikut semasa zaman darurat?

- Jagung

- Keledek

-Ubi kayu

A. Catuan bekalan makanan                                     B. Sekatan perintah berkurung

C. Kerosakan peralatan pertanian                            D. Kemusnahan ladang getah

 

13. Mengapakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuhkan di Tanah Melayu pada Januari 1949?

A . meningkatkan kerjasama antara kaum              B. Mendapat hak sama rata

C. Mengelakkan kekacauan                                      D. Melicinkan pentadbiran

 

14. Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951. Bagaimanakah sistem tersebut selaras dengan proses dekolonisasi kerajaan British?

A. Pemerintahan bebas daripada kawalan berpusat

B. Pemimpin tempatan merangka dasar kerajaan

C. Pengiktirafan terhadap pemerintahan beraja

D. Penduduk tempatan diberi peluang mentadbir

 

15. Apakah kesan penubuhan majlis berikut terhadap Tanah Melayu?

Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955

A. Institusi raja diperkukuhkan

B. British memberikan kemerdekaan

C. Kuasa mentadbir di tangan rakyat tempatan

D. Tanah Melayu bebas daripada ancaman komunis

 

16. Apakah peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955?

I. Menjalinkan kerjasama diplomatik                       II. Mengurangkan kemasukan orang asing

III. Membincangkan isu keselamatan                       IV. Membincangkan soal kewangan

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

17. Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid.

- Menetapkan kuasa Kerajaan Pusat dan kuasa Kerajaan Negeri

-Mewujudkan rupa bangsa kerajaan Persekutuan Tanah Melayu

- x

Apakah X?

A. Menetapkan sempadan negeri                  B. Merangka perlembagaan negara

c. Menggubal syarat kerakyatan                   D. Mencadangkan tarikh pilihanraya

 

18. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

I. Pegawai British menasihati raja dalam pentadbiran

II. Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan

III. Agama Islam sebagai agama persekutuan

IV. Sultan menjadi ahli Majlis Perundangan Persekutuan

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

19. Jawatankuasa berikut ditubuhkan sebagai persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu

·         JAWATANKUASA PERSEDIAAN FIZIKAL

·         JAWATANKUASA SAMBUTAN

Mengapakah persediaan sambutan kemerdekaan tersebut penting?

A. Menonjolkan identiti negara                                 B. Mamatuhi prinsip kenegaraan

C. Mempertahankan perlembagaan negara             D. Mendukung perlembagaan negara

 

20. Maklumat berikut berkaitan satu usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara

RANCANGAN BUKU MERAH

Apakah kepentingan rancangan tersebut?

A. Pembukaan tanah baharu                         B. Pengeluaran makanan mencukupi

C. Pemulihan kesihatan penduduk               D. Projek kemudahan asas

 

21. Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara?

A. Mewujudkan kesejahteraan rakyat

B. Menjadi kuasa politik unggul di dunia

C. Menunjukkan kekuatan angkatan tentera

D. Membuktikan dasar luar mengikut situasi semasa

 

22. Bagaimanakah dasar berikut dapat mempertahankan kedaulatan negara kita?

- DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
- DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

A. Mengekalkan kestabilan politik                            B. Mengukuhkan patriotisme rakyat

C. Memupuk integrasi nasional                                D. Mewujudkan kemakmuran ekonomi

 

23. British telah memperkenalkan Charter of Justice di Negeri-Negeri Selat pada abad ke-19. Mengapakah British memperkenalkan Charter of Justice tersebut?

A. Mempelbagai kegiatan ekonomi                           B. Membendung keganasan komunis

C. Menghalang campurtangan kuasa asing             D. Mengelakkan penindasan terhadap penduduk

 

24. Pernyataan berikut berkaitan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 1963

Apakah faktor yang membawa kepada pindaan tersebut?

A. Pemisahan Singapura                                            B. Pembentukan Malaysia

C. Pembentukan Suruhanjaya Reid                           D. Pengasingan kuasa

 

25. Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen. Apakah hak rakyat dalam sistem tersebut?

A. Melantik Yang di-Pertuan Agong             B. Mengamalkan gaya hidup bebas

C. Memiliki dua kewarganegaraan               D. Memilih pemimpin negara

 

26. Pernyataan berikut berkaitan sistem pentadbiran di negara kita.

-         Sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen yang diamalkan sejak merdeka terbukti berkesan mewujdukan kestabilan dan kemakmuran kepada negara

Bagaimanakah sistem tersebut mewujudkan kestabilan dan kemakmuran negara?

I Rakyat berkuasa membentuk kerajaan                  II Kebebasan mutlak dijamin perlembagaan

III Dominasi satu parti menguasai pentadbiran      IV Kuasa raja mengimbangi amalan demokrasi

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

27. Senarai Negeri memperuntukkan kuasa Kerajaan Negeri. Apakah perkara yang terletak dalam Senarai Negeri?

A. Tanah         B. Pelajaran     C. Kesihatan                D. Pertahanan

 

28. berikut menunjukkan suasana mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri. Mengapakah mesyuarat tersebut dilaksanakan?

A. Melantik ketua kerajaan                                       B. Menyelaras pelaksanaan dasar kerajaan

C. Menyeragamkan undang-undang negara           C. Mengukuhkan kuasa pemerintahan

 

29. Pada tahun 1962, referendum diadakan di Singapura. Mengapakah referendum tersebut diadakan?

A. Menentukan sokongan terhadap pembentukan Malaysia

B. Mengukuhkan kesetiaan rakyat terhadap kerajaan

C. Mengekalkan sistem pemerintahan British

D. Menilai pengaruh parti politik berhaluan kiri

 

30. Rajah berikut menunjukkan berlaku perubahan pada tarikh pengisytiharan Malaysia

31 Ogos 1963 kepada 16 September 1963

Mengapakah perubahan ini berlaku?

A. Ancaman komunis                                     B. Bantahan dari Indonesia

C. Laporan PBB tidak dapat disiapkan          D. Kabinet Menteri lewat bermesyuarat

 

31. Rajah berikut berkaitan kaedah kerajaan menangani ancaman komunis di Sarawak

Apakah kaedah X?

-         Menyebarkan risalah

-         Mengisytiharkan kawasan putih

-         Menawarkan pengampunan

A. Perang Saraf                                               B. Perintah berkurung

C. Pengisytiharan darurat                              D. Pembesaran pasukan keselamatan

 

32. Apakah faktor tercetusnya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969?

A. Penyelewengan dalam pilihan raya          B. Pergaduhan antara kongsi gelap

C. Kebanjiran pendatang asing                     D. Ketidakseimbangan dalam ekonomi

 

33. Perkara berikut berkaitan dengan cadangan aktiviti kokurikulum dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.

- Kegiatan persatuan

- Unit beruniform

- Sukan dan Permainan

Mengapakah aktiviti kokurikulum diberi tumpuan?

A. Memupuk perpaduan kaum                     B. Melahirkan atlet bertaraf dunia

C. Mempelbagai aliran persekolahan           D. Meningkatkan kemahiran teknologi

 

34. Apakah matlamat penubuhan Rukun Negara?

I .Mencipta masyarakat yang adil                 II .Menjamin hak kebebasan rakyat

III .Memperkasa semangat kenegerian         IV Membentuk masyarakat demokratik

 

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

35. Dasar Ekonomi Baru bertujuan membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Bagaimanakah cara untuk mencapai tujuan tersebut?

A. Membuka kampung-kampung baharu               B. Melaksanakan pembangunan wilayah

C. Mengurangkan kemasukan imigran                    D. Mengurangkan saham milik asing

 

36. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) bermatlamat untuk mencapai perpaduan melalui pengagihan kekayaan negara.

Bagaimanakah hasrat tersebut dapat dicapai?

A. Melaksanakan ekonomi kawalan                         B. Mengawal kadar inflasi

C. Memantau pengurusan kewangan negara          D. Mengimbangi pembangunan antara negeri

 

37. Apakah usaha yang dilakukan oleh anggota Komanwel dalam menangani masalah kemiskinan?

A. Melancarkan Program Buku Merah                     B. Melaksanakan Rancangan Colombo

C. Mengadakan Sidang Kemuncak Dunia                D. Menubuhkan Tabung Kemanusiaan

 

38.  berikut berkaitan sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam menangani isu politik negara Islam.

Apakah X?

Isu politik

-         perang Iran-Irag –Malaysia  menghantar tentera pemerhati PBB

-         Kekejaman Zionis Israel di Palestin- X

A. Menyokong kemerdekaan negara                                    B. Menyediakan dana pembangunan

C. Memberi latihan ketenteraan                                D. Menghantar misi pengaman

 

39. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) telah diumumkan pada tahun 1992 di Singapura. Bagaimanakah AFTA boleh memacu kemajuan ekonomi ASEAN?

I Penggunaan mata wang tunggal dikuatkuasakan            II Kemasukan pelabur dari rantau lain dikawal

III Sekatan dagangan dihapuskan                            IV Pasaran terbuka luas

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

40. Senarai berikut berkaitan NGO yang mewakili suara Malaysia di pentas dunia

·         AMAN PALESTIN

·         MUSLIM CARE MALAYSIA

Apakah sumbangan NGO tersebut?

A. Menyalurkan pelbagai bantuan                           B. Melaksanakan sistem kewangan Islam

C. Menubuhkan organisasi negara Islam                 D. Mengukuhkan hubungan diplomasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan