CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 17 September 2024

LATIHAN SEJARAH T5

 SET 2

1. Rakyat akan meminum air tadahan Inskripsi Telaga Batu dalam upacara persetiaan rakyat kepada pemerintah kerajaan Srivijaya.

Apakah tujuan upacara tersebut dilakukan?

A. Meluaskan pengaruh                                B. Mengangkat sumpah

C. Menunjukkan kesetiaan                            D. Lambang pemerintahan

 

2. Laksamana berperanan dalam membantu kegemilangan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah peranan laksamana?

A. Menetapkan kadar cukai                          B. Menjadi penasihat sultan

C. Mengawal keselamatan pedagang                       D. Menguruskan perbendaharaan kerajaan

 

3. Mengapakah gerakan nasionalis di Burma digerakkan oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat?

A. Menuntut hak rakyat                                B. Menggugat penganut Buddha

C. Penentangan golongan Mandarin                        D. Perkembangan fahaman komunis

 

4. Maklumat berkaitan corak perjuangan nasionalisme di Tanah Melayu.

          Nama tokoh- karya

          Abdul Rahim Kajai - Cerpen Cerita Awang Putat

          Samsuddin Salleh- Cerpen Di Sini Kita Bukannnya Orang Dagang

Apakah persamaan isu dalam karya tersebut?

A. Membela nasib bangsa                              B. Pengukuhan hukum adat

C. Mengangkat martabat wanita                  D. Pembaharuan pendidikan vernakular

 

5. Perjanjian Versailles ditandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman pada 28 Jun 1919. Apakah isi kandungan perjanjian tersebut?

1 menghadkan saiz angkatan tentera          II menamatkan sekatan ekonomi

III mewudukan negara baru                         IV menyerahkan tanah jajahan

A. I dan II                    B. I dan IV                   C. II dan III                 D. III dan IV

 

6. Tokoh berikut berkaitan perjuangan gerakan anti-Jepun.

·         ALBERT KWOK

Apakah sumbangan beliau?

A. Melancarkan pemberontakan Jesselton   B. Menentang Parti Komunis Malaya

C. Menggerakkan Operasi Semut                  D. Menubuhkan Force 136

 

7. Mengapakah Pentadbiran Tentera British (BMA) di Tanah Melayu gagal melaksanakan tugasnya?

I. Menyatukan pelbagai kaum                      II. Mengiktiraf hak peribumi

III. Menghalang peningkatan inflasi             IV. Mengawal wabak penyakit

A. I dan II        B. I dan IV       C. II dan III                 D. III dan IV

 

8. Gagasan Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu bagi menggantikan British Military Administration (BMA).

Perkara manakah yang terkandung dalam Perlembagaan Malayan Union pada 1 April 1946? 

A. Taraf naungan                               B. Dasar dekolonisasi

C. Raja Berpelembagaan                    D. Syarat kewarganegaraan

 

9. Maklumat berikut merupakan gabungan yang mencadangkan Perlembagaan Rakyat bagi menentang cadangan Jawatankuasa Kerja yang diterajui oleh British.

Nasionalis Melayu Radikal- Gabungan PUTERA -AMCJA

Mengapakah kedua-dua gabungan tersebut bertindak demikian?
I  Pandangan ditolak                                      II  Proses tidak demokratik
III  Gagal menyatukan persekutuan             IV Hak kerakyatan dinafikan

A. I dan II                    B. I dan IV       C. II dan III                 D. III dan IV

 

10. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?

I hak semua kaum terjamin                          II  Majlis Raja-Raja dibentuk

III pembentukan sebuah persekutuan          IV mengiktiraf kedudukan agama Islam

A. I dan II                    B. I dan IV       C. II dan III                 D. III dan IV

 

11. Gerakan Komunis Antarabangsa telah menganjurkan dua persidangan di Culcutta India pada tahun 1948

·         Persidangan Kongres Belia Asia

·         Persidangan Parti Komunis India

Apakah kesan persidangan tersebut terhadap Parti Komunis Malaya?

A. Kerjasama menentang Jepun                                B. Penubuhan pasukan keselamatan

C. Perjuangan bersenjata dilancarkan                      D. Rundingan penyatuan parti politik radikal

 

12. Maklumat berikut berkaitan dengan usaha British menangani ancaman komunis di Tanah Melayu

17 JUN 1948 : UNDANG-UNDANG DARURAT DISYTIHARKAN

Apakah peristiwa yang menyebabkan undang-undang tersebut diisytiharkan?

A. Pembukaan cawangan Parti Koumintang                        B. Pembunuhan pengurus ladang Eropah

D. Perubahan dasar pentadbiran British                   D. Penentangan Kesatuan Sekerja

 

13. Maklumat berikut berkaitan dengan penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum pada Januari 1949.

Isu - Persediaan ke arah berkerajaan sendiri

Peranan CLC - X

Apakah X ?

A. Menetapkan hala tuju pentadbiran negara                                

B. Mencadangkan pilihanraya secara berperingkat

C. Memberikan pengiktirafan terhadap pemerintahan beraja       

D. Mengekalkan sistem pentadbiran tradisional

 

14. Pembentukan Sistem Ahli oleh British di Tanah Melayu adalah selari dengan dasar dekolonisasi yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berdasarkan Piagam Atlantik.

Bagaimanakah British menyokong dasar tersebut?

A. Menghalang pengaruh luar                                              B. Memperkukuh kerjasama politik

C. Memberi kuasa autonomi kepada kerajaan                     D. Melatih pemimpin tempatan dalam pentadbiran

 

15. Apakah kepentingan pilihanraya dalam konteks negara yang berdaulat?

A. Membentuk sebuah kerajaan                                B. Menggalakkan penubuhan parti politik

D. Menjamin ketelusan pentadbiran                         D. Mengekalkan warisan bangsa

 

16. berikut merupakan Kabinet Kerajaan Persekutuan 1955.

Bagaimanakah kabinet tersebut berperanan dalam perkembangan sejarah kemerdekaan tanah air?

A. Mengukuhkan kuasa Raja-raja                B. Mengkaji semula syarat kerakyatan

C. Menetapkan hala tuju kerajaan negeri                D. Mengurangkan kuasa pentadbiran British

 

17. Maklumat berikut berkaitan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Suruhanjaya Reid 1956

·         Sir William Ivor Jennings- Britain

·         Sir William Mckell- Australia

·         Hakim B Malik- India

·         Hakim Abdul Hamid - Pakistan

Apakah peranan Suruhanjaya tersebut?
I. Memperuntukkan hak sama rata untuk semua kaum
II. Mengadakan referendum dalam kalangan penduduk
III. Memastikan sistem persekutuan yang kuat
IV. Menerima pandangan pelbagai pihak.

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

18. Parti berikut telah menolak syarat kewarganegaraan yang longgar dalam draf perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

·         PARTI NEGARA

·         UMNO

Apakah alasan yang diberikan oleh parti tersebut?

A. Kedudukan orang Melayu tergugat                      B. Kemerdekaan negara sukar di capai

C. Institusi pemerintahan beraja terhapus               D. Semua sekolah mempelajari bahasa Inggeris

 

19. 3(1) Agama di Negeri Persekutuan ialah agama Islam; akan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dalam mana-mana jua negeri dalam Persekutuan.

Apakah rumusan anda tentang peruntukan tersebut?

A. Tolak ansur                        B. Sedia berkorban                  C. Kerjasama               D. Prihatin

 

20. Bagaimanakah kerajaan berperanan dalam menangani isu antarabangsa di peringkat awal kemerdekaan?

A. Menyusun strategi ketenteraan                            B. Menggalakkan penglibatan swasta

C. Menyelaras perundangan serantau                      D. Memperkukuh hubungan luar negara

 

21.  berikut merupakan lambang yang diperkenalkan di Malaysia sebagai negara yang berdaulat?

·         JATA NEGARA

Mengapakah lambang tersebut perlu dihormati?

A. Memperkasakan sistem demokrasi           B. Memperkukuh institusi kehakiman

C. Mengiktiraf hak yang sama rata              D. Menanam semangat patriotik

 

22. Apakah peranan rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara Malaysia?

A. Memastikan keberkesanan pendidikan                B. Menggubal dasar perundangan

C. Menyanjungi adat dan warisan                            D. Membentuk dasar pentadbiran

 

23. Maklumat berikut berkaitan sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan

PENTADBIRAN BRITISH DI NEGERI-NEGERI SELAT MEMPERKENALKAN CHARTER OF JUSTICE

Apakah kepentingan undang-undang tersebut?

A. Menghalang campurtangan luar                         B. Menyekat ideologi bersifat radikal

C. Melindungi kepentingan penduduk                     D. Mengutamakan golongan imigran

 

24. Perkara yang manakah terkandung dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan 1965?

I. Imigresen                                         II. Kewangan             

III. Struktur Mahkamah Atasan        IV. Jawatan Yang di-Pertua Negeri

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

25. Pernyataan manakah yang menerangkan fungsi Majlis Raja-Raja Melayu?

A. Memperkenan perubahan sempadan negeri       B. Mencadangkan rang undang-undang

C. Menentukan draf belanjawan negara                  D. Menyemak sistem pengasingan kuasa

 

26. Mengapakah konsep pengasingan kuasa penting dalam amalan demokrasi berparlimen?

A. Mengelakkan campur tangan luar                       B. Meningkatkan pemerintahan yang adil

C. Mewujudkan pemerintahan yang adil                 D. Mendapatkan pengiktirafan antarabangsa

 

27. Senarai Persekutuan memperuntukkan kuasa Kerajaan Persekutuan. Perkara yang manakah terletak dalam Senarai Persekutuan?

A. Tanah         B. Biasiswa      C. Pelajaran                D. Perumahan

 

28. Antara berikut, manakah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bagi meyelaraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

I. Majlis Keselamatan Negara                                    II. Majlis Air Negara

III. Majlis Tanah Negara                                IV. Majlis Kewangan Negara

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

29. Maklumat berikut berkaitan dengan perjuangan nasionalisme di Tanah Melayu

KONSEP MELAYU RAYA DIPERJUANGKAN UNTUK MENGGABUNGKAN TANAH MELAYU DENGAN INDONESIA

Mengapakah konsep tersebut tidak dapat dilaksanakan?

A. Penguasaan tentera Bersekutu                  B. Kedaulatan Indonesia diisytiharkan

C. Ancaman ideologi komunis                       D. Reaksi masyarakat peribumi

 

30. Pilih pernyataan yang berkaitan dengan intipati Perjanjian Malaysia 1963.

I tarikh pembentukan Malaysia adalah pada 16 September 1963

II pembahagian kerusi parlimen bagi semua wilayah adalah setara

III kuasa menubuhkan kabinet negeri diberikan kepada Sarawak dan Sabah

IV  British mengiktiraf kedaulatan Sarawak, Sabah, Singapura dan Malaysia

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

31. Apakah langkah yang diambil oleh Malaysia untuk mengatasi masalah Peristiwa 13 Mei 1969?

A. Pelaksanaan pungutan suara

B. Meminta bantuan serantau

C. Pembentukan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)

D. Kerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

 

32. Bagaimanakah kerajaan mengatasi isu berikut selepas merdeka?

- Peluang pekerjaan terhad

- Kadar pengangguran tinggi

A. Menubuhkan pusat latihan vokasional dan teknikal

B. Memperlbagaikan pengeluaran komoditi negara

C. Melancarkan program pembangunan bersepadu

D. Mengawal kemasukan buruh asing

 

33. Berikut merupakan logo Majlis Sukan Universiti
                            (MASUM)
Mengapakah sukan tersebut diadakan secara bergilir-gilir?

A. Melahirkan semangat berpasukan                       B. Menggalakkan integrasi antara negeri

C. Meningkatkan mutu sukan universiti                  D. Mengeratkan hubungan atlet

 

34. Prinsip Rukun Negara yang kelima ialah ialah kesopanan dan kesusilaan.

Mengapakah kita perlu menghayati prinsip tersebut?

A. Meningkatkan taraf hidup rakyat                                    B. Mengekalkan persamaan hak

C. Mewujudkan komuniti berdaya saing                  D. Melahirkan masyarakat yang bertoleransi

 

35. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dalam tempoh 10 tahun bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju berdasarkan wawasan 2020.

Bagaimanakah dasar tersebut merapatkan jurang ketidakseimbangan pembangunan wilayah?

A. Memperkasa pertanian pintar                  B. Pembukaan bandar baru

C. Pelaksanaan pasaran bersama                  D. Menyusun subsidi bersasar

 

36. Apakah impak pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dalam pembinaan kemakmuran negara.

A. Kemunculan golongan pertengahan        B. Amalan percukaian diperkenalkan

C. Perubahan sistem pentadbiran                 D. Mendapat pengiktirafan antarabangsa

 

37. Apakah peristiwa yang membuktikan Malaysia mengamalkan dasar berkecuali pada tahun 1970-an?

A. Menentang dasar Aparteid                                    B. Memeterai perjanjian FPDA

C. Memanfaatkan rancangan Colombo        D. Menjalinkan hubungan dengan China

 

38. Maklumat di bawah berkaitan dengan cantuman nama tiga buah negara di Asia Tenggara

MAPHILINDO

- MALAYSIA                    - FILIPINA                      - INDONESIA

Mengapakah MAPHILINDO ditubuhkan oleh negara-negara tersebut?

A. Membanteras komunis                              B. Menamatkan persengketaan

C. Meningkatkan ekonomi serantau             D. Membentuk kerjasama ketenteraan

 

39. Peta berkaitan dengan kerjasama Malaysia dengan negara serantau

LINGKUNGAN KAWASAN SIJORI-GT
Apakah manfaat yang diperoleh Malaysia dalam kerjasama tersebut?

A. Menambat pertukaran ringgit                  B. Mendapatkan bantuan kemiskinan

C. Mengurangkan monopoli pasaran           D. Menyelesaikan pertindihan sempadan

 

40. Malaysia lantang bersuara terhadap pertubuhan dunia seperti kerelevanan organisasi PBB. Mengapakah Malaysia bertindak demikian?

A. Penyalahgunaan kuasa veto                     B. Pembangunan tidak seimbang

C. Memonopoli kutipan cukai barangan      D. Membantah perundangan antarabangsa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan