Di
Sebalik Wajah
Sinopsis
Cerita
Di Sebalik Wajah mengisahkan seorang remaja iaitu Doktor Fikri yang cacat
kulitnya iaitu balar. Nama Doktor Fikri
diberikan oleh bapanya sempena nama seorang doktor yang telah mendoakan
keselamatan ibunya sewaktu melahirkannya.
Disebabkan nama dan kecacatan kulitnya yang balar Doktor Fikri sering
diejek dan diketawakan. Namun begitu,
dia tabah menerima segala dugaan yang menimpa dirinya. Pertukaran ke sekolah Menengah Kebangsaan
Menggatal banyak memberikan pengalaman baharu kepadanya. Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan
Aziz dapat menerima kehadirannya di
sekolah itu. Mereka berkawan baik sehinggalah
Doktor Fikri dianiaya oleh tiga orang murid iaitu Narius, Jais dan Jamadi yang
juga sering mengganggu murid lain.
Satu
laporan salah laku mereka telah dibuat kepada guru disiplin iaitu Cikgu
Wahab. Hal ini menyebabkan mereka
berdendam kepada Doktor Fikri. Narius
dan kawan-kawannya meletakkan buku-buku perpustakaan dan beberapa dompet ke
dalam beg sekolah Doktor Fikri. Guru
disiplin telah membuat pemeriksaan mengejut ke setiap kelas. Doktor Fikri telah dipanggil dan disoal
siasat namun dia hanya mendiamkan diri.
Selepas kejadian tersebut, kawan-kawannya mula menjauhkan diri kecuali
Josy yang masih setia memberikan perangsang dan semangat serta memintanya
bersabar dengan dugaan yang menimpa.
Semasa
sukan tahunan sekolah, Doktor Fikri gagal menamatkan larian 1500 meter dan
pengsan. Dia juga kehilangan basikal
yang baru dibeli dengan duit simpanannya sendiri. Pada suatu hari seorang murid mengadu kepada
Cikgu Wahab bahawa dia
ternampak Narius dan rakan-rakannya mencuri basikal doktor Fikri. Hal ini dilaporkan ke balai polis. Narius dan rakan-rakannya ditangkap atas pelbagai kesalahan yang dilakukan. Mereka ditahan di lokap. Jais dan Jamadi dijamin oleh keluarga masing-masing. Narius tidak dapat dibebaskan kerana keluarganya miskin. Doktor Fikri dan bapanya dipanggil untuk mengambil semula basikalnya. Semasa di balai polis, Doktor Fikri ternampak Narius sedang menangis di samping bapanya yang sudah uzur. Doktor Fikri meminta ayahnya menjamin Narius.

Semenjak
hari itu, Narius, Jais dan Jamadi insaf dan berubah menjadi baik. Mereka mengaku kepada murid lain bahawa
merekalah yang menganiaya Doktor Fikri.
Namun, pada masa yang sama, Doktor Fikri berhijrah ke Jepun kerana
bapanya bertugas di sana. Setelah
setahun, Doktor Fikri dan keluarganya balik bercuti di Malaysia. Kepulangan Doktor Fikri disambut dengan
gembira oleh rakan-rakannya. Keluarga
Doktor Fikri mengisi cuti mereka dengan bersama-sama mendaki puncak Gunung
Kinabalu seperti yang dihasratkan oleh Doktor Fikri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan