Puisi tradisional
Pantun dua kerat ( nasihat )
Berapa jauh wujud dengan sifat
Sejauh lutut dengan pelipat
Sarang semut dalam gelap
Orang selimut selalu lelap
Hitam-hitam pucuk kawa
Sungguh hitam dipandang lawa
Emas , perak tembaga suasa
Malas bergerak tidak merasa
Buah sintang buah senikul
Satu memegang satu memikul
- Syair
pohon buluh
Menara tinggi banyak bertingkat
Di sana tiada bilik bersekat
Tiada bertangga naik melekat
Mata mata menjaga segenap pangkat
Yang ada sedia panji-panji bendera
Hingga sampai ke kemuncak menara
Banyak ada ia bersaudara
Yang ada pula bersama gara
Selalu dipandang dilihat adanya
Tinggi rendah dijerat pangkatnya
Besar kecil ikat binanya
Terlalu kuat pula asasnya
Ikatnya licin di luar di dalam
Gelapnya di dalam seperti malam
Air tak tiris seperti kolam
Ikat tingkatnya tak Nampak alam
Puisi moden
- Kita
umpama sehelai daun
Kita umpama sehelai daun
Bertunas segar dihujung ranting
Lalu melebar dan merimbun
Tempat bercanda ungags meriang
Di bawah redup bebayang mentari
Andai kikir jasa dan bakti
Di mana lagi tempat bernaung
Dari tusukan bahang memijar
Unggar kecil tidak berkudrat
Kita umpama sehelai daun
Bakal kering sampai waktunya
Usahlah angkuh keupayaan diri
Sehingga lupa makhluk duafa
Ingin bernaung mencari hidup
Jadilah sehelai daun
Hijau menunas menyegar mata
Kering gugur menjadi baja
- Kuingin
berterima kasih
Sesekali kuingin berterima kasih
Kepadamu hujan bagai tetamu
Jiwa pun menjadi dingin
Api amarah menjadi terpadam
Sesekali kuingin menyemai budi
Kepadamu tanah yang hidup
Kerana perutmu setia menghamilkan
Rezeki buat petani
Sesekali kuingin berbisik kepadamu
Ikan-ikan yang riang
Liar di belantara samudera
Kerana sudi membebaskan derita nelayan tua di
pondoknya
Sesekali kuingin kalungkan kagum
Kepadamu pejuang negara
Kerana tanganmu pernah berdarah
Darah kesetiaan seorang warga
Kepada watan tercintanya
Sesekali kuingin pula menjadi bunga
Menebarkan keharuman
Di taman-taman keresahan hidup
Menyerahkan keinsafan
Kepada keangkuhan perang
Alangkah indahnya dunia
Andai semua merenung
Kekosongan hidup ini
- Aku
Tidak ada manusia lain
Di pantai ini
Kecuali diriku
Kususur pasir panjang
Sambil kubayangkan
Aku ini Adam
Hari inilah aku tercipta
Dan pertama kali melihat
Laut langit dan pohon
Kelmarin aku belum ada
Tidak terdengar olehku
Bunyi ombeak itu
Tidak terasa olehku
Sentuhan angina ini
Bertiup di mana-mana
Bahkan aku tidak tahu
Kulit kerang dan ru
Pernah wujud di sini
Tuhan
Aku percaya Kau pencipta
Kerana aku baru ada
Kunci bahasa
Bahasa bermaruah
Tidak berbilur bahasa di lidah
Bahasa berbuah
Tidak kering bahasa diperah
Bahasa bersejarah
Tidak luput bahasa bertingkah
Bahasa berwasilah
Tidak putus jambatan ukhuwah
Bahasa berbudi sudah
Tidak lokek pada ummah
Bahasa begitu indah
Tidak habis berbahasa bermadah
Berikan maksud pantun ini :)~
BalasPadam1.berapa jauh wujud dengan sifat,
sejauh lutut dengan pelipat.
2.sarang semut dalam gelap,
orang selimut selalu lelap.
3.hitam-hitam pucuk kawa,
sungguh hitam dipandang lawa.
4.emas,perak,tembaga,suasa,
malas bergerak tidak merasa.
5.buah sintang buah senikul,
satu memegang satu memikul.
(Nama saya Arfan, saya murid dari sklh Sri Desa IGCSE Centre)
apa maksudnya
BalasPadam