Program NILAM
1.
Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?
Program galakan membaca yang
dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah Program ‘Nadi Ilmu
Amalan Membaca atau Program NILAM yang telah mula dilaksanakan pada tahun 1999.
Pelaksanaan Program NILAM ini dimulakan hasil daripada keputusan Mesyuarat
Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran
Malaysia pada tahun 1998. Program ini dilaksanakan bermula dengan Tahun Satu
bagi sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan bagi sekolah menengah dan
rekod pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga mereka tamat persekolahan.
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan
Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca
yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan
sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka
tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca
di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di
Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan
dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di
sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas
Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca
bertarikh 22 Mei 1998.
Suatu tamadun atau bangsa hanya
dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama
dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan
tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan
pelbagai program galakan membaca di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun kesan
daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan
demikian Kementerian Pelajaran perlu mencari pendekatan baru bagi
melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan
secara berkesan.
Matlamat Program NILAM ialah
supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid.
• Menjadikan murid banyak membaca
• Menggalakkan sekolah terus
menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini
• Membaca dan merekod bahan
bacaan
Murid perlu membaca buku yang
sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul,
bilangan mukasurat, penerbit dan sinopsis atau peta minda tentang buku yang
dibaca ke dalam buku rekod.
• Mengesahkan rekod dan
mengumpul data
Tugas guru adalah untuk
mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid dan ia merupakan
tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod hendaklah dikumpulkan oleh
guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah atau guru
penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan murid perlu
dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan sekolah
tersebut untuk dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Bahagian
Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Memberi Pengiktirafan dan
Ganjaran
Sekolah dan semua peringkat
Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada
murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka
mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan memberikan
buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku
yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.
Program NILAM mempunyai dua tahap.
Tahap pertama ialah untuk membina kemahiran dan menanam minat membaca
sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini dikenali sebagai JAUHARI. Tahap kedua
pula membantu pencambahan penggunaan bahan dalam gerakan membaca. Tahap ini
dikenali sebagai RAKAN PEMBACA (RP).
TAHAP JAUHARI
Tahap Jauhari menggalakkan murid
menambah bilangan bacaan mereka dan ia dijalankan pada dua peringkat
persekolahan :
a. Sekolah Rendah
Murid pada peringkat ini wajib
membaca banyak buku sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar
(Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu). Mereka perlu berusaha untuk mencapai
tahap pembacaan seperti berikut :
b. Sekolah Menengah
Murid pada peringkat ini wajib
membaca banyak buku apabila mereka mula belajar di Tingkatan Satu atau
Peralihan. Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti
berikut:
Tahap RAKAN PEMBACA (RP)
mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Setelah membaca
sejumlah 100 buah buku murid layak memasuki tahap RP. Tahap ini memberi
penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain
supaya suka membaca. Walau bagaimanapun aktiviti Tahap JAUHARI masih
diteruskan.
Pengiraan markah bagi aktiviti ini
diberikan mengikut jumlah aktiviti atau sesi aktiviti (dan bukan jumlah
bilangan pendengar, kecuali aktiviti meminjamkan buku) yang dijalankan
mengikut kesesuaian umur murid seperti :
- Bercerita (1 sesi = 5 markah)
- Bicara Buku (1 sesi = 5 markah)
- Ulasan Buku (1 sesi = 5 markah)
- Meminjamkan buku (1buku x 5
peminjam = 5 markah)
• Murid pada tahap Rakan Pembaca
ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP :
Program NILAM mengalakkan murid
membaca di mana jua walaupun selepas tamat waktu persekolahan.
Walaubagaimanapun, satu masa membaca di Pusat Sumber Sekolah atau di sudut
bacaan kelas wajar dimuatkan dalam jadual kelas terutamanya matapelajaran
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menjalankan aktiviti membaca.
Waktu lain juga boleh
diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahiran
membaca, contohnya aktiviti dalam Minggu Pusat Sumber Sekolah, Minggu Bahasa
atau mata pelajaran lain.
Murid juga boleh meluangkan masa
sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti
membaca seperti Bicara Buku dan menulis ulasan buku.
Melihat kepada statistik data yang
dikumpul setiap tahun berkaitan pelaksanaan program ini, kita dapati
penglibatan murid-murid kian meningkat dengan statistik pada akhir 2010
menunjukkan penglibatan pelajar sekolah rendah dalam Program NILAM Tahap
Jauhari ialah 90.66%% berbanding 89.92% pada tahun 2009. Manakala, bagi
sekolah menengah pula, jumlah pelajar yang menyertai program NILAM di Tahap
Jauhari ialah 87.11% berbanding dengan penglibatan 85.25% pada tahun 2009.
Berdasarkan data yang dikumpul pada tahun 2010, purata kadar pembacaan murid
adalah 20 buah buku setahun bagi sekolah rendah dan 10 buah buku setahun bagi
sekolah menengah.
Namun begitu, usaha kita tidak
akan berhenti setakat ini sahaja dalam membentuk budaya membaca dalam
kalangan murid-murid. Kita bertekad untuk mencapai sasaran kita iaitu
penglibatan 100% murid dalam Program NILAM bagi mencapai kadar literasi dan
numerasi yang disasarkan dalam NKRA pendidikan serta menyokong Teras1,
Membina negara bangsa melalui memperkasa bahasa kebangsaan dan seterusnya
membudayakan amalan membaca ini di luar lingkungan persekolahan.
Walaupun cita-cita kita untuk
mencapai penglibatan 100% murid masih belum tercapai namun usaha-usaha giat
dijalankan oleh rakan-rakan kita dalam rangkaian BTP di Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri, Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian dan juga Pusat Kegiatan
Guru. Kita juga mendapat kerjasama yang baik daripada semua rakan-rakan
bahagian KPM yang lain serta Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran
Daerah dalam merangka program-program galakan membaca. Sebagai contoh, kita
juga melaksanakan beberapa aktiviti sokongan bagi memantapkan lagi Program
NILAM ini. Antaranya ialah aktiviti Kem Membaca 1 Malaysia, Khemah Membaca,
Kem Penulis Muda, Jejak Maklumat, Pertandingan Bercerita, Resensi Buku dan
juga pameran-pameran buku yang juga mendapat sokongan dari Majlis Buku
Kebangsaan Malaysia (MBKM), Perpustakaan Negara Malaysia, Institut Terjemahan
Negara Malaysia serta Dewan Bahasa dan Pustaka serta rakan perkongsian pintar
agensi luar seperti Scholastic Malaysia, Microsoft Sdn. Bhd, Sasbadi Sdn.
Bhd., RHB dan juga dari IPTA serta IPTS.
Selain daripada itu, Jemaah Nazir
dan Jaminan Kualiti juga mengambil kira elemen pelaksanaan Program NILAM
sewaktu pemantauan ke sekolah-sekolah. Secara tidak langsung ini menunjukkan
penegasan KPM mengenai peri pentingnya program ini dilaksanakan dan pihak
pentadbir sekolah perlu memberi kerjasama dan perhatian dalam merangka,
mengurus, melaksana dan memantau program-program galakan membaca yang
dirancang oleh Guru Perpustakaan & Media (GPM).
• Projek Pukal - Setiap kelas
dibekalkan 50-100 naskah buku dan pelajar dibenarkan meminjam buku setiap
hari sebanyak mana mampu.
• Bicara Buku - Murid digalakkan
membaca sebuah buku dan berhimpun untuk membincangkan secara kritis tentang
isu-isu dan persoalan yang timbul dalam buku tersebut.
• Anotasi buku - Murid digalakkan
untuk banyak membaca dan membuat ulasan tentang cerita yang dibaca di dalam
buku rekod. Ulasan ini boleh dibentangkan semasa perhimpunan dan murid boleh
mendapat markah Rakan Pembaca untuk aktiviti ini.
• Bercerita - Murid terutamanya
murid sekolah rendah digalakkan untuk bercerita tentang cerita dari buku-buku
yang pernah dibaca.
• Jejak Maklumat - Murid
dikehendaki mencari jawapan kepada soalan-soalan yang berkaitan buku atau isi
sesebuah buku yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah atau sumber bacaan di
kawasan yang disediakan.
Ada dua perkara yang perlu
dimaklumkan bila kita bercakap mengenai trend membaca dalam kalangan
murid-murid. Yang pertama ialah jenis buku yang menjadi minat mereka. Dalam
kajian yang dibuat oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum didapati murid-murid
lebih suka membaca buku-buku yang berkisar mengenai sesuatu yang ”hampir’
dengan mereka, sesuai dengan usia dan persekitaran mereka. Selain dari
buku-buku bukan fiksyen yang berbentuk ilmiah, murid-murid lebih terarah
untuk membaca buku-buku yang berkaitan dengan remaja, hubungan dalam konteks
usia remaja, grafik yang menarik dengan teks yang mudah difahami.
Oleh itu, pihak pentadbir sekolah
yang bertanggungjawab dalam urusan perolehan buku-buku perlulah mengambil
kira faktor-faktor ini dalam usaha membina koleksi di Pusat Sumber Sekolah.
Di pihak KPM, kita ada menyediakan Senarai Bahan Bacaan Pusat Sumber Sekolah
bagi menjadi panduan kepada sekolah-sekolah dalam pembelian bahan-bahan
bacaan di pusat sumber. Senarai ini merupakan senarai bahan bacaan yang
dikemukakan oleh penerbit dan pembekal buku dan telah melalui proses penilaian.
Langkah ini diambil bagi memastikan hanya bahan-bahan bacaan yang berkualiti
saja yang boleh dibekalkan ke sekolah.
Perkara kedua yang membentuk trend
membaca dalam kalangan murid-murid pula ialah bentuk buku yang dibaca. Trend
dan minat murid-murid sekarang lebih terarah kepada sesuatu yang bersifat
teknologi dan ICT. Kita melihat ini sebagai sesuatu yang positif dan Program
NILAM juga sememangnya sentiasa ditambahbaik seiring dengan kemajuan
teknologi sedia ada.
Dalam pelaksanaan Program NILAM
kita meminta murid membaca sebanyak mungkin buku dan kemudian mencatatnya
dalam Buku Rekod NILAM. Buku-buku yang dimaksudkan ialah buku-buku berbentuk
fizikal yang dipinjam dari Pusat Sumber Sekolah, Perpustakaan Awam ataupun
yang mereka beli sendiri. Seiring dengan kepesatan teknologi, Program NILAM
juga menggalakkan mereka membaca buku-buku dalam bentuk digital yang boleh
diperolehi dari Pusat Sumber Digital, e-book dan juga CD/DVD. Malah mereka
juga boleh memuat turun bahan-bahan bacaan dari internet untuk mereka baca
dan simpan sebagai koleksi peribadi mereka. Sekarang ini sudah ada teknologi
di mana buku-buku berbentuk digital boleh ”membacakan” buku tersebut untuk
kita dan boleh disimpan di dalam pemain muzik MP3 dan juga iPod. Dengan
kepesatan teknologi yang semakin memudahkan kita di zaman ini, tidak ada
alasan lagi sebenarnya untuk kita mengatakan bahawa kita tidak ada masa untuk
membaca.
Di peringkat sekolah, galakan yang
berbentuk hadiah dan sijil adalah sebahagian dari pengiktirafan dan ganjaran
yang diberi. Di kebanyakan sekolah, murid-murid yang melibatkan diri secara
aktif dalam Program NILAM akan diberikan ganjaran dan pengiktirafan mengikut
kemampuan pihak sekolah dan biasanya dijalankan sewaktu Hari Anugerah
Cemerlang. Pengiktirafan diberikan mengikut jumlah buku yang dibaca oleh
murid-murid.
Setiap negeri mempunyai satu
program Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Negeri yang diurus setiakan oleh
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dengan kerjasama Jabatan Pelajaran
Negeri masing-masing serta mengikut prosedur penilaian yang diiktiraf di
peringkat SIRIM. Di peringkat ini, murid-murid yang melibatkan diri dengan
aktif dalam Program NILAM akan dinilai bukan sahaja dari segi bilangan buku
yang dibaca tetapi juga kemahiran mereka menjawab soalan-soalan penilaian
yang dijalankan oleh hakim-hakim yang dilantik. Pemenang di peringkat negeri
akan dinobatkan sebagai Tokoh NILAM Peringkat Negeri dan dicalonkan untuk
Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan.
Pemilihan Tokoh NILAM Kebangsaan
dilakukan bersempena dengan Anugerah NILAM Kebangsaan yang telah dilaksanakan
sejak tahun 2003 hasil keputusan mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat
Membaca Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun yang sama. Calon-calon dari
4 kategori iaitu calon Sekolah Rendah Luar Bandar, Sekolah Rendah Bandar,
Sekolah Menengah Luar Bandar dan Sekolah Menengah Bandar akan dinilai untuk
memilih pemenang mengikut kategori dan juga Tokoh NILAM Sekolah Rendah serta
Tokoh NILAM Sekolah Menengah di kalangan pemenang kategori tersebut.
Anugerah NILAM Peringkat
Kebangsaan merupakan pengiktirafan tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat
membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan
masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan menjelang 2020 apabila Malaysia
menjadi sebuah negara maju.
|
Assalamualaikum,
BalasPadamTuan, mohon share bahan-bahan yg dipaparkan dlm blog Tuan...untuk digunakan dlm PdP saya.
Terima kasih byk2... :)