CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 13 April 2010

NOTA SEJ TING 2 - SISTEM RESIDEN/ NMB

Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar (Teks m/s: 44)
• campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu membawa kepada pengenalan Sistem Residen
• antaranya;
i. Perak (J.W.W. Birch)
ii. Selangor ( J.G. Davidson)
iii. Negeri Sembilan (Martin Lister)
iv. Pahang (J.P. Rodger)
• ia menandakan negeri-negeri ini diletakkan sebagai negeri naungan British
• keadaan ini menggugat kuasa sultan dan pembesar

Sebab-Sebab Sistem Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar
• Residen menjalankan semua urusan pentadbiran negeri
• Residen memaksa sultan menerima nasihat dalam semua perkara pentadbiran (kecuali hal-hal agama Islam dan adat istiadat Melayu)
• nasihat Residen mesti dipatuhi dan dilaksanakan
• Residen mengambil alih kuasa dan hak memungut cukai (oleh pegawai British iaitu Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil)
• Residen menghapuskan amalan perhambaan yang melampaui bidang kuasa mereka (perhambaan – amalan adapt turun-temurun pembesar Melayu)

2.4 Pengukuhan Kuasa British Melalui Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
Teks m/s: 45-46

Faktor-Faktor Pembentukan NNMB (1896):
(i) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen
• Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas
• Residen menjadi terlalu berkuasa
• Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang sendiri
• Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen

(ii) Krisis Kewangan Pahang
• perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak hutang akibat kebangkitan rakyat menentang British
• jika pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan Selangor masalah dapat diringankan

(iii) Perkongsian Perkhidmatan Pakar
• menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor

(iv) Sistem Perhubungan
• sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara Negeri-Negeri Melayu dapat dimajukan

(v) Faktor Keselamatan
• mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan

Langkah-Langkah Ke Arah Penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu:
• Perjanjian Persekutuan ditandatangani pada 12 Jun 1895
• NNMB atau Persekutuan 1896 terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah disatukan pada 1 Julai 1896
• pusat pentadbiran Persekutuan terletak di Kuala Lumpur
• pentadbiran kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada dua iaitu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri
• diketuai oleh Residen Jeneral pertama Frank Swettenham (1896-1900)

Syarat-Syarat Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895:
• Raja-Raja Melayu bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah persekutuan yang akan dikenali sebagai NNMB
• Raja-Raja bersetuju menerima seorang pegawai British sebagai Residen Jeneral
• Raja-Raja bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adapt istiadat Melayu
• Raja-Raja Bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat kerajaan British
• Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-negeri Selat yang juga menjadi Pesuruhjaya Tinggi NNMB

Struktur Pentadbiran Persekutuan 1896 (NNMB)


Pesuruhjaya Tinggi British
(Gabenor NNS di Singapura)



Residen Jeneral
(berpusat di Kuala Lumpur- tinggal di Carcosa tahun 1898)



Residen
Perak Selangor N9 Pahang


2.5 Pembentukan Persekutuan Mencabar Kewibawaan Sultan
(Teks m/s: 47-48)

Kesan-Kesan Pembentukan Persekutuan 1896
• Residen Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, kewangan dan cukai eksport
• kerajaan pusat menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai pegawai-pegawai British seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awam
• penglibatan orang-orang Melayu adalah terhad
• sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal (kecuali hal berkaitan agama Islam dan adat Melayu)
• kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen Jeneral

Kesan-Kesan Kuasa Sultan Dikurangkan
• sultan-sultan NNMB tidak puas hati
• tahun 1897 British bersetuju menubuhkan DURBAR iaitu Persidangan Raja-Raja Melayu bagi mengatasi masalah
• ahli-ahli Durbar ialah;
i. Pesuruhjaya Tinggi
ii. Raja-Raja Melayu
iii. Residen Jeneral
iv. 4 orang Residen (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)
• Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak
• Durbar kedua didakan pada tahun 1903 di Kuala Lumpur

Persidangan DURBAR II (1903) di Kuala Lumpur
• Sultan Perak iaitu Sultan Idris (1887-1916) mendesak British tentang;
i. Pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral
ii. Mendesak kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan
iii. Mendesak bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan ditambah dan dilantik ke jawatan lebih tinggi
iv. Mendesak Bahasa Melayu diiktiraf menjadi bahasa rasmi
• kesan-kesan desakan;
i. British menggantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909
ii. Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha
iii. British bersetuju menyerahkan semula kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri
iv. Tahun 1903-1909 Pesuruhjaya Tinggi NNMB ialah Frank Swettenham

14 ulasan:

  1. Sungguh menarik Dan padat!

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Apakah hubungkait pembentukan persekutuan dengan kedaulatan malaysia? Boleh berikan jawapannya serta huraian dan contoh?

    BalasPadam
  4. Hi, I wonder if Islam is agama rasmi of NNMB? Pls do reply me asap :)I have to hand in my laporan next Monday:) thanks in advance :)

    BalasPadam
  5. cikgu saya tak berape faham kerja khusus tolong ajar kan saya

    BalasPadam
  6. saya rasa gambar yang diatas itu sangat lucu dan ayam boleh bertelur ditepi sofa :}}]

    BalasPadam
  7. Apakah ciri-ciri residen British di tanah melayu?

    BalasPadam
  8. apa pengajaran yg dpat kita peroleh daripada siatem residen

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. Sir, tolong terangkan ciri-ciri Sistem Residen....

      Padam
  10. Sir, tolong jelaskan peranan Residen tersebut sir....

    BalasPadam