CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 27 Julai 2010

PENILAIAN KURIKULUM 3- Sejarah Ting 2

PENILAIAN KURIKULUM 3
SMK FELCRA BUKIT KEPONG
SEJARAH TINGKATAN 2

Arahan : Kertas soalan ini mengandungi 50 soalan. Jawab semua soalan.
Fokus : Bab 3 , 4, 5

1. British telah meluaskan pengaruhnya ke Tanah Melayu. Apakah nilai yang perlu ada pada penduduk pada masa ini ?
A. Kesetiaan kepada negara B. Menghormati perlembagaan
C. Berani menentang penjajah D. Kerjasama antara kaum

2. Sultan Zainal Abdin enggan mengiktiraf Perjanjian Bangkok 1909. Mengapakah baginda berpendirian demikian ?
A. Kedaulatan negeri tergugat B. Kehilangan tahta kerajaan
C. Dipaksa menerima ketuanan Siam D. Bercanggah dengan perlembagaan negeri

3. Senarai berikut merupakan kuasa kuasa Eropah yang bersaing di benua Afrika dan Asia
- British
- Perancis
- Jerman
Apakah faktor yang menyebabkan persaingan kuasa Eropah tersebut ?
I. Menguasai tanah jajahan II. Menguasai bahan mentah
III. Memperkukuh angkatan tentera IV. Mendapatkan tenaga buruh mahir
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

4. Jadual berikut menunjukkan rancangan kuasa besar untuk membuka pertempatan di Asia Tenggara
- Perancis – Segenting Kra
- Jerman – Pulau Langkawi
- Rusia – Ujung Salang

Bagaimanakah British menghadapi persiangan kuasa Eropah tersebut ?
A. Menjalinkan hubungan dengan pemerintah tempatan
B. Memberi bantuan ketenteraan
C. Menandatangani perjanjian dengan Siam
D. Menandatangani perjanjian denga kuasa- kuasa Eropah

5. Berikut menerangkan tindakan yang diambil oleh sultan .

 Sultan Kelantan – memberi konsesi tanah kepada Duff Development Company
 Sultan Terengganu – menerima permohonan Amerika Syarikat untuk membuka pertempatan di Pulau Redang

Mengapakah tindakan ini diambil
A. kelemahan pengaruh Siam B. kelemahan pengaruh British
C. Kegagalan Perjanjian Bangkok 1909 D.Kegagalan Perjanjian Sulit British –Siam 1897

6. Di bawah merupakan nama pegawai British di negeri Melayu pada tahun 1902
- W.A. Graham – Kelantan
- Meadowe Frost – Kedah
- H.E. Duke – Perlis
Apakah peranan mereka ?
A. Residen B. Wakil British C. Residen Jeneral D. Penasihat sultan

7. Perjanjian Perisytiharan British –Siam 1902
Apakah kepentingan perjanjian di atas kepada negeri Melayu utara ?
A. mendapat hak wilayah asingan B. menguasai negeri
C mengukuhkan pengaruhnya D. menempatkan residen

8. Perjanjian Bangkok 1909.
Mengapakah sultan di negeri Melayu utara enggan mengiktiraf perjanjian ini ?
A. mereka tidak dibawa berbincang B. tidak dibenarkan memerintah
C. tidak mahu menerima penasihat British D.tidak mahu menjadi negeri naungan Siam

9. Pada 1910 George Maxwell dilantik sebagai penasihat British di Kedah. Beliau telah ...
I. menggunakan kalender Masihi
II. tidak menapis surat rasmi
III. penasihat British ialah ketua pentadbir
IV. menggunakan Bahasa Inggeris dalam bidang perundangan

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

10. Berikut merupakan tindakan Tunku Mahmud di Kedah .
 Menggunakan kalender hijrah
 Mengutamakan perlantikan orang Melayu dalam pentadbiran
 Menggunakan Bahasa Melayu dalam penulisan rasmi

Apakah nilai yang ditunjukkan dalam tindakan baginda ini ?
A. Jati diri B. Toleransi C. Diplomasi D. Hemah tinggi

11. Berikut merupakan tindakan yang dilakukan oleh Kapten Meadowe di Perlis
 Penggubalan undang-undang
 Penubuhan Jabatan Hasil dan cukai
 Penubuhan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Kadi
Apakah tujuan beliau mengambil langkah ini ?
A. menjaga keamanan B. Menarik pelabur luar
C. mengukuhkan kuasa British D. Menjaga kebajikan penduduk

12. Bagaimanakah Sultan Zainal Abidin III mengekalkan kedaulatan negeri Terengganu selepas Perjanjian Bangkok 1909
A. Menggubal perlembagaan B. Memperbesar angkatan tentera
C. Menjalin hubungan baik dengan British D. Menghantar bunga emas kepada Siam

13. Apakah kepentingan Surat Sungai kepada Kangchu di negeri Johor ?
A. berkuasa ke atas buruh Cina di kawasan ladang
B. berkuasa memungut cukai lada hitam dan gambir
C. berkuasa membawa masuk buruh Cina ke Johor
D. berkuasa mengawal penanaman lada hitam dan gambir

14. Negeri Johor berjaya mengekalkan kedaulatannya sehingga tahun 1914. Faktor utama yang membawa kejayaan ini ialah ..
A. Perpaduam rakyat B. Pertahanan yang kuat
C. Pembangunan ekonomi D. Pemerintah yang bijaksana

15. Maklumat berikut berkaitan dengan Temenggung Ibrahim
 Anak kepada Temenggung Abdul Rahman
 Mendirikan pusat pentadbiran di Tanjung Puteri
Bagaimanakah beliau memajukan ekonomi Johor
I. membawa masuk buruh Cina II. memperkenalkan Sistem Kangchu
III. mengurangkan kadar cukai eksport IV.menyediakan kemudahan di pelabuhan
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

16. Dalam Sistem Kangchu , Surat Sungai digunakan untuk..
A. memerintah kawasan tersebut
B. melombong bijih timah
C menguasahakan pertanian di tebing sungai
D.menjalankan perdagangan di muara sungai

17. Senarai di bawah merupakan sumbangan Sultan Abu Bakar kepada permodenan negeri Johor
 Menjamin keamanan
 Memodenkan pentadbiran
 X
Apakah X ?
A. memindahkan pusat pentadbiran
B. menggubal perlembagaan negeri
C memperkenalkan tanaman dagangan
D. membuka kawasan perlombongan

18. Pada 1885 Sultan Abu Bakar telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan British. Perjanjian ini membolehkan Sultan Abu Bakar ..
I. diiktiraf sebagai pemerintah Johor
II. berhubung dengan kuasa barat lain
III. meluaskan perdagangan dengan negara Eropah
IV.berhubung terus dengan kerajaan British di London

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

19. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1885 dianggap penting kerana..
A. melahirkan negara bersifat demokrasi
B. ianya menjadi asas institusi kesultanan
C. digunakan untuk majlis mesyuarat negeri
D. menjadi garis panduan bagi institusi raja berperlembagaan

20. Antara sumbangan Dato Jaafar Bin Mohamad kepada Johor ialah ..
A. memartabat Bahasa Melayu
B. melukis peta pembangunan negeri
C mewajibkan pendidikan kepada semua rakyat
D. mengawal hubungan Johor dan British

21. Mengapakah Sultan Abu Bakar sering melawat England ketika memerintah Johor ?
A. Melanjutkan pelajaran
B. Menguruskan perniagaan
C. Menziarahi kaum keluarga
D. Mempelajari teknik pertanian moden

22. Pada 1868 Ratu Great Britain menganugerahkan gelaran Maharaja kepada Sultan Abu Bakar. Apakah kesan peristiwa ini ?
A. penasihat Inggeris dilantik di negeri Johor
B. kedudukan baginda setaraf dengan residen British
C. pegawai British dilantik ke dalam pentadbiran negeri
D. kedudukan baginda lebih tinggi daripada pegawai British yang lain

23. Bagaimanakah Sultan Brunei mentadbir Sarawak sebelum kurun ke -19 ?
A. melantik pegawai British B. melantik pembesar tempatan
C menempatkan pembesar Brunei D. menabalkan raja tempatan.

24. Pada 1830-an sultan Brunei telah melantik Pangeran Indera Mahkota mentadbir Sarawak. Mengapakah sultan berbuat demikian ?
I. memajukan negeri II. menguasai kekayaan
III. mengukuhkan kuasa IV. menjamin kedaulatan negeri
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

25. Kedatangan Pangeran Indera Mahkota telah dianggap merugikan pembesar tempatan . Mengapakah ianya dikatakan demikian ?
I. dilucutkan jawatan II. dikerah tanpa upah
III. hilang kuasa pentadbiran IV. hilang punca pendapatan
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

26. Pemerintahan Pangeran Indera Mahkota di Sarawak mengakibatkan kebangkitan penduduk tempatan untuk menentangnya. Apakah kesan langsung daripada peristiwa tersebut ?
A. pentadbiran Sarawak diselaraskan
B. penyerahan Sarawak kepada Brooke
C Pengeran Indera Mahkota disingkirkan
D. Pengembalian kuasa pembesar tempatan

27. Dialog di bawah mungkin berlaku di istana Brunei.
Sultan : Beta hendak kamu pergi ke Sarawak dengan segera untuk menyelesaikan masalah di situ.
Pangeran Raja Muda Hashim : perintah dijunjung Tuanku
Berdasarkan dialog tersebut apakah masalah yang perlu diselesaikan oleh beliau ?
A. pengutipan cukai B. Penguasaan hasil antimoni dan emas
C. pemberontakan penduduk D. Pergaduhan antara kaum


28. Perjanjian 1841 telah ditandatangani antara James Brooke dan Pangeran Raja Muda Hashim. Mengapakah perjanjian tersebut dianggap penting kepada James Brooke ?
A. dapat mengutip cukai B. dapat berdagang
C menjadi pemerintah D. memonopoli hasil perlombongan

29. Apakah kelebihan yang dimiliki oleh James Brooke sehingga berjaya mempengaruhi Pangeran Raja Muda Hashim memohon bantuan James menamatkan pemberontakan pembesar Sarawak ?
A. memiliki modal yang besar
B. memiliki kelengkapan perang
C. memiliki sejumlah kapal perang yang banyak
D. memiliki pengalaman menghapuskan pemberontakan di tempat lain

30. Pada 1841 , James Brooke telah membedil bandar Kuching . Tindakan ini bertujuan ..
A. memusnahkan kubu lanun
B. mematahkan percubaan pemberontakan
C. menamatkan pemberontakan Datuk Patinggi Ali
D. memberi amaran kepada Pangeran Raja Muda Hashim

31. Pada 1846 Sultan Omar Saifuddin bersama dengan pembesar tempatan telah melancarkan serangan ke atas James brooke . namun usaha mereka gagal . Kesan kegagalan ini kepada James Brooke ialah ..
A. diiktiraf sebagai pemerintah Sarawak yang merdeka dan berdaulat
B. boleh melaksanakan pungutan cukai di kawasan yang telah ditetapkan
C. boleh memerintah Kuching
D. berhak memungut cukai di Kuching

32. James Brooke melibatkan pembesar pemimpin tempatan dalam pentadbiran di Sarawak. Apakah tujuan James Brooke berbuat demikian ?
A. menjimatkan kos pentadbiran B. memenuhi kehendak sultan Brunei
C mengatasi masalah kekurangan pegawai D. dapatkan sokongan penduduk tempatan

33. Tidak banyak sekolah didirikan untuk masyarakat dayak atau bumiputera oleh James Brooke. Mengapakah ia mengambil tindakan sedemikian ?
A. kekurangan kewangan
B. masyarakat tidak meminta atau mendesak
C. mengekalkan cara hidup tradisional
D. mengelakkan penentangan oleh kaum pribumi

 dianggotai oleh residen Bahagian Pertama dan empat orang Datu Melayu
 Bertujuan menasihati James Brooke
 Membuat dasar dan meluluskan undang-undang

34. badan yang melaksanakan fungsi di atas mungkin sekali ialah
A. Majlis Negeri B. Majlis Tertinggi C. Mahlis Bahagian D. Majlis tempatan

35. Hasil hutan yang manakah antara berikut bukan dihasilkan di Sarawak
A. sarang burung B. Rotan C. Getah jelutung D. ubi

36. Persatuan Sementara Borneo Utara Berthad berusaha untuk mendapatkan Piagam Diraja daripada kerajaan British. Mengapakah persatuan tersebut perlu berbuat demikian ?
I. menambah modal II. menguatkan pertahanan
III. memajukan perniagaan IV. mengukuhkan kedudukan

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

37. pada 1881 kerajaan British menyerahkan Piagam Diraja kepada SBUB. Ini membolehkan SBUB ...
A. menghalang pertapakan kuasa asing lain B.meluaskan pengaruhnya
C mendapatkan modal untuk berniaga D. mempunyai kuasa untuk mentadbir

38. Pada 1888 satu perjanjian telah ditandatangani iaitu Perjanjian Perlindungan Borneo Utara. Bagaimanakan British mengukuhkan pengaruhnya di Sabah melalui perjanjian tersebut ?
A. menguasai hasil buminya B. mengawal hubungan luarnya
C menentukan pegawai pentadbirnya D.menetapkan bidang kuasa gabenor

39. Semasa pemerintahan SBUB di Sabah , Sabah terbahagi kepada sepuluh daerah dan setiap daerah diketuai oleh seorang pegawai daerah.
Apakah tanggungjawab pegawai daerah ?
I. memungut cukai II. Menjadi majistret
III. melulukan undang-undang IV. Menguruskan pembahagian tanah

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

40. Ketua Kampung di Sabah juga digelar Orang Tua. Apakah tugas ketua kampung dalam sistem pentadbiran SBUB
I. menasihat Residen II. Menjaga keamanan
III. melaporkan kes kecurian IV. Menguruskan pembahagian tanah
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

41. Mengapakah SBUB mengekalkan pemimpin tempatan dalam pentadbirannya di Sabah ?
A. membalas jasa B. Menjimatkan kos
C. memberi latihan kepimpinan D. Mengambil hati penduduk tempatan

42. Apakah tugas Hakim Mahkamah Anak Negeri semasa pemerintahan SBUB di Sabah ?
I. mengendalikan kes sivil II. Mengendalikan undang-undang barat
III. mengendalikan hal ehwal tempatan IV. Melaksanakan hukum adat

A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV

43. Pada 1882 SBUB memperkenalkan matawa wang di Sabah. Apakah kesan penggunaan wang ini kepada Sabah
I. menggalakkan pelaburan II. Memudahkan aktiviti perdagangan
III. meningkatkan taraf hidup rakyat IV. Mengeluarkan hasil pengeluaran

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

Landasan keretapi
 Dari Wweston ke Beaufort
 Dari Beaufort ke Jesselton
 Dari Tenom ke Malalap

44. Apakah kesan pembinaan landasan kereta api ke kawasan tersebut ?
I. meningkatkan pembukaan ladang getah
II. menjadi pelabuhaan perdagangan antarabangsa
III. menggalakkan penghijrahan penduduk peribumi
IV. memudahkan pengangkutan hasil keluaran dari pedalaman ke pelabuhan
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

45. Apakah kesan penggunaan mata wang yang diperkenalkan oleh syarikat Borneo Utara British ( SBUB ) pada tahun 1882 ?
I. menambah pelaburan
II. meningkatkan taraf hidup peribumi
III. memudahkan kegiatan perdagangan
IV. meningkatkan pengeluaran hasil tanaman tradisional
A. I , II dan III B. I , II dan IV C. I,III dan IV D. II,III dan IV

46. - Mendapat pasaran yang tinggi di negara China
- nilai eksport pada tahun 1926 bernilai 125 000 dolar

Apakah bahan yang dimaksudkan dalam pernyataan di atas ?
A. sagu B. Kayu balak C. Sarang burung D. Antimoni

 lada hitam
 ubi kayu
 tebu

47. Mengapakah British memajukan tanaman dagangan di atas ?
A. buruh yang ramai B. Permintaan yang tinggi
C. kemudahan pengangkutan D. Penggunaan teknologi tinggi

Seberang Perai menjadi pengeluar gula terbesar bagi Negeri-negeri Selat pada tahun 1830-an.
48. Apakah faktor yang menyumbang kepada kemajuan Seberang Perai di atas
A. peningkatan harga B. Kemajuan infrastruktur
C. kemasukan modal asing D. Kemasukan buruh India

49. Mengapakah tanaman buah pala , ubi kayu dan tebu kurang mendapat sambutan menjelang kurun ke-20?
A. kekurangan tenaga buruh
B. Kos pengeluaran yang tinggi
C. kemerosotan harga di pasaran
D. Sekatan ekonomi antarabangsa

50. Apakah tujuan utama British memperkenalkan pertanian dagangan di Tanah Melayu ?
A. mendapatkan semula pulangan modal
B. mengeksploitasi hasil bumi
C memantapkan sumber ekonomi
D. menambah kekayaan


1840 – James Brooke menamatkan penentangan di Sarawak
1841 – James Brooke menjadi Gabenor Sarawak
1846 – James Brooke diiktiraf sebagai Raja Sarawak yang merdeka

51. Apakah kesan daripada kesemua perisiwa di atas
A. penghapusan cukai berlebihan di Sarawak
B. penubuhan majlis undangan negeri
C pemansuhan kuasa pembesar tempatan
D. tamatnya pemerintahan kesultanan Brunei

Dialog di bawah mungkin berlaku antara penduduk Sabah.

Penduduk A : kita bersusah payah bekerja tetapi kita tidak dapat menikmati keuntungannya
Penduduk B : semakin hari semakin susahlah hidup kita

52. Mengapakah penduduk Sabah mengalami keadaan tersebut semasa pemerintahan SBUB ?
B. pelbagai jenis cukai dikenakan
C. pertanian sara diri diperkenalkan
D. pengeluaran hasil eksport membebankan
penuruan harga hasil pertanian

Isnin, 19 Julai 2010

Jadual Percubaan PMR Negeri Johor

Jadual percubaan PMR Negeri Johor
( Pindaan )

2/8/2010 ( Isnin )
- 08.00 – 10.00 pagi - Bahasa Melayu 2
- 10.30 – 11.45 pagi - Sejarah
- 12.00 – 01.00 th - Bahasa Melayu 1

3/8/2010 ( Selasa )- Tiada Peperiksaan / Program Lembaga Peperiksaan

4/8/2010 ( Rabu ) - Tiada Peperiksaan / Program Lembaga Peperiksaan


5/8/2010 ( Khamis )
08.00 – 09.00 pagi – Bahasa Inggeris 1
09.30 – 10.45 pagi – Geografi
11.30 – 1.00 th – Bahasa Inggeris 2

6/8/2010 ( Jumaat )
08.00 – 09.45 pagi – Matematik 2
10.45 – 12.00 oagi – Matematik 1

9/8/2010 ( Isnin )
07.45 - 08.45 pagi – Bahasa Cina 1 / Bahasa Tamil 1
09.00 – 11.00 pagi – Pendidikan Islam
11.30 – 1.00 th – Kemahiran Hidup

Ahad, 18 Julai 2010

komsas T4

Pantun Empat Kerat ( Pantun Budi )

Maksud
1. sebagai pesanan bahawa orang yang berbudi hendakah dikenang ( menghargai budi )
2. orang yang berbudi pasti akan disebut-sebut walaupun sudah meninggal dunia ( nilai ikhlas )
3. jasa dan budi orang sentiasa dikenang walaupun sedikit
4. seseorang yang menganggap kasih yang diterima sebagai hutang dan berasakan hutang tersebut tidak mampu dibayar untuk jangka masa panjang

tema
- budi ayng terdiri daripada akal budi , budi bahasa , budi pekerti dan budi bicara

persoalan
- ketinggian nilai budi
- sikap mengenang budi
- budi yang mengikat hubungan sesama manusia

unsur keindahan / gaya bahasa
1. pengulangan kata – terang bulan terang di paya
2. simile – kasih tuan saya terima sebagai hutang seribu tahun

Pantun Jenaka dan sindiran

Maksud pantun
1. isteri yang ccantik tidak akan dianggap sempurna jika dia tidak tahu melakukan kerja-kerja dapur
2. jika sesuatu pekerjaan itu dilakukan oleh orang yang bukan ahlinya orang lain akan mentertawakannya
3. orang yang pernah berkuasa tidak akan dapat berbuat apa-apa kepada rakyat biasa apabila kuasanya telah tiada
4. keupayaan seseorang yang biasanya dianggap sebagai orang bawahan akan menimbulkan kebimbangan kepada orang atasan
5. apabila orang bawahan mendapat kuasa dan berjaya menjatuhkan orang berada di tempat yang tinggi dan berpengaruh , tentulah akan menimbulkan kehairanan pada pandangan umum

Tema
- menyampaikan sindiran untuk memberikan pengajaran kepada kita

persoalan
- kepentingan membuat kerja –kerja dapur bagi kaum wanita
- sesuatu yang luar biasa itu memnbawa petanda buruk dan orang yang melihatnya akan berasa bimbang
- kekuasaan yang tidak akan kekal kuasanya
- keupayaan orang yang laizmnya / biasanya dianggap lemah tetatpi mampu melakukan perkara yang mengagumkan

melunas rindu - watak Fuad

Perwatakan

FUAD / JOSHUA / ABDUL HALIM
- berusia 27 tahun
- tinggi / segak dan berwajah Melayu
- anak kepada Robert Lim / Roslan dan Mariana
- dilahirkan dengan anama Abdul Halim
- dibesarkan delam keluarga Cina dengan nama Joshua dan kemudian kembali kepada Islam dengan nama Fuad
- guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia
- berpendidikan tinggi
- memiliki ijazah pentadbiran perniagaan dari Amerika Syarikat

watak
1. saudara baru yang taat pada perintah agama / suka sembahyang jemaah / masih belajar mengaji
2. patuh kepada orang tua dan baik budinya / selalu mendapatkan pandangan ibu bapa angkatnya iaitu Pak Islami dan Mak Salmah sebelum membuat sebarang tindakan
3. bertanggungjawab melaksankan tugas / sanggup pulang lewat untuk mengajar pelajar-pelajarnya
4. seorang yang gigih berusaha menawan hati ibu angkatnya / Fuad cuba menggembirakan hati ibu bapa angkatnya dengan membawa Farhana pulang ke rumah. Dia berbuat demikian bagi mengubati kesunyian dan perasaan rindu Mak Salmah terhadap Sofia
5. tabah menghadapi dugaan hidup / walaupun menerima kemarahan Mak Salmah kerana menyebabkan kematian Sofia dan cemuhan orang kampung , namun dia tetap berusaha memperbaiki keadaan .

melunas rindu - tema dan persoalan

Tema

Ketabahan hati seorang saudara baru yang mencari asal usul dirinya

Contoh
Fuad kehilangan ibu semenjak kecil / bayi dan menjalani kehidupan sebagai Joshua dan berhadapan dengan bapa dan bapa saudaranya. Setelah menjalani kehidupan baru , Fuad rindu akan ibunya. Dalam mengubati kerinduannya , Fuad mencari pusara ibunya dan saudara sebelah ibunya. Kerinduannya terubat apabila dia bertemu dengan ibu kandungnya semula yang disangkakan telah meninggal dunia

Persoalan
1. ketaatan seorang saudara baru kepada perintah agama
- Fuad sentiasa menunaikan solat secara berjemaah.
- Walaupun dia terlewat untuk menunaikan solat maghrib secara berjemaah di tetap ke surau untuk menunaikan solat isyak secara berjemaah
- Fuad belajar mengaji dengan tunjuk ajar Pak Ismail sementara menunggu waktu Isyak ( belum tiada pengetahuan asas kerana baru memeluk Islam )

2. sikap mengenang budi
- Fuad sanggup membiayai persekolahan adik-adik sepupunya , Mei Lan dan Ah Soh sebagai membalas budi bapa saudaranya , Peter Lim yang telah membesarkannya selama ini
- Fuad mencuba membalas segala kebaikan Pak Ismail dan Salmah terhadapnya. Fuad membeli sebuah motosikal untuk kemudahan Pak Ismail
- Fuad turut membawa Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah
- Fuad membalas budi ibu bapa angkatnya Peter Lim yang telah membesarkannya selama ini dengan membayar yuran peperiksaan STPM Ah Soh

3. ikatan kasih sayang dalam isntitusi keluarga
- Mariana sangat menyayangi anaknya , Abdul Halim / Fuad yang dilarikan oleh bekas suaminya Roslan. Meskipun gagal menjejaki Abdul Halim/ Fuad , Mariana sentiasa merindui anak sulungnya
- Pak Ismail dan Mak Slamah mengambil berat akan Fuad walaupun Fuad hanya anak angkat mereka
- Mak Salmah sangat sayang akan Sofia sehingga kehilangan Sofia menyebabkan dia terlantar di hospital
- Farhana pulang ke Kuantan dengan segera apabila mengetahui ibunya dirawat di hsopital
- Robert Lim / Roslan( seorang usahawan ) mengirimkan wang untuk kegunaan adiknya Peter Lim sekeluarga pada setiap bulan ( Peter Lim hidup dalam kesusahan )

-

4. sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan
- Farhana melaksanakan tugas sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia dengan penuh tanggungjawab dengan mengadakan program yang sesuai / mesyuarat dan sebagainya sesuai sebagai ketua . Farhana berkelulusan ijazah pendidikan dari London
- Pernah menegur sikap Cikgu Zamani yang selalu ponteng kelas sehingga menyusahka pelajar
- Walaupun Fuda hanya guru sandaran , Fuad tetap melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi sebagaimana yang diharapkan oleh Cikgu Abas

5. keikhlasan dalam memberikan pertolongan
- Fuad membantu Borhan membawa anaknya yang demam panas ke klinik walaupun sudah lewat malam
- Fuad telah menghantar Farhana pulang ke kampungnya setelah megetahyui bahawa Farhana tidak mempunyai tiket perjalanan ke sana
- Pak Said menawarkan diri menemani Fuad mencari pusara ibunya di Lembah Klau

6. redha menerima ketentuan takdir
- Fuad menerima kenyataan bahawa gadis yang dicintainya iaitu Farhana sebenarnya adalah adik kandungnya dengan reda
- Mak Salmah menerima hakikat bahawa anak angkat kesayangannya , Sofia telah pergi meninggalkannya untuk selama- lamanya.

7. sikap tidak amanah
- Cikgu Zamani sering ponteng kelas
- Tindakannya menyusahkan pelajar untuk menerima pelajaran

Selasa, 13 Julai 2010

melunas rindu - sinopsis bab 11 - 19

Bab 11
1. Cikgu Abas rasa marah kerana Cikgu Zamani tidak masuk ke kelas
2. Semasa mesyuarat cikgu Abas melepaskan kemarahannya
3. Fuad terfikir-fikir sama ada dia yang dimarahi oleh Cikgu Abas


Bab 12
1. Farhana menerima sekeping kad hari jadi daripada Fuad
2. Fuad membawa Farhana makan di Restoran Terapung di Taman Syahbandar
3. Fuad mula menyukai Farhana
4. Fuad memperkenalkan Farhana kepada Pak Ismail dan Mak Salmah
5. kedatangan Farhana disambut mesra
6. Fuad menghantar Farhana pulang selepas solat Isyak

Bab 13
1. Fuad pergi ke rumah Cikgu Zamani
2. Jamuan makan itu dihadiri oleh Cikgu Armin Cikgu Azlin dan Cikgu Rosli
3. Cikgu Zamani menasihati Fuad agar mencari perempuan yang baik sebagai isteri
4. Akhirnya Fuad dapat mengagak bahawa Cikgu Zamani menyertai parti politik

Bab 14
1. Perwatakan Robert Lim berubah ( seorang yang berwibawa kepada seorang yang pemarah )
2. Robert Lim dan Chin ke Terengganu untuk memberikan cincin dan gambar Mariah kepada Fuad
3. Fuad tiada di rumah Pak Ismail . Fuad telah ke Kuantan untuk melawat ibu Farhana yang sakit
4. Robert Lim , Chin dan Pak Ismail ke Kuantan mencari Fuad

Bab 15
1. Fuad gelisah kerana Farhana sering bertengkat dengan Cikgu Zamani
2. Fuad menelefon Farhana untuk memberi sokongan kepadanya tetapi Farhana tiada di rumah
3. Rakan Farhana memberitahu bahawa Farhana ke Kuantan melawat ibunya yang sakit lelah
4. Fuad mengambil keputusan mengejut untuk ke Kuantan menuruti Farhana

Bab 16
1. Fuad tia di Hsopital Tengku Ampuan Afzan . Farhana membawa Fuad melawat ibunya di tingkat 4
2. Fuad terkejut apabila melihat nama yang tertera pada kad rawatan ibu Farhana
3. Farhana agak terkejut apabila mendapati nama ibu mereka sama iaitu Mariana Binti Osman.
4. Robert Lim dan Pak Ismail pun tiba di hospital
5. Robert Lim mengesahkan bahawa Mariah , ibu Farhana adalah juga ibu Fuad. Kini mereka berdua adalah adik –beradik.

Bab 17
1. Fuad dn Farhana berpakat menyimpan rahsia sehingga Mariana sembuh
2. Fuad bercadang membuat kenduri kesyukuran di Danau Seberang
3. CCCikgu Zamani ditukarkan ke sekolah lain , manakala Fuad ke Maktab Perguruan untuk mengambil Kursus Bahasa Inggeris

Bab 18
1. Mariana mengimbas kembali ( teringat semula ) kisah silamnya iaitu
a. Ditinggalkan oleh Roslan ( Robert Lim )
b. Mariana gila meroyan
c. Anaknya ( Abdul Halim / Fuad ) dilarikan orang
d. Puluh daripada penyakit dan berkahwin dengan Fakhruddin ( baba Farhana )
e. Akhirnya Fuad kembali ke pangkuan ibunya

Bab 19
1. Fuad membawa Pak Ismail , Mak Salmah dan Mariana ke Mekah mengerjakan umrah
2. Mariana berpesan kepada Farhana agar menjaga adik-adiknya semasa pemergiannya
3. Robert Lim turut mengucapkan selamat jalan kepada mereka berempat.

Melunas Rindu- sinopsis Bab 1-10

MELUNAS RINDU


Biodata pengarang
Nama Hartini Hamzah
Tarikh lahir : 3 September 1970
Tempat Lahir : Selama ,Perak


Bab 1

1. Fuad lewat pulang ke rumah kerana mencari kayu api
2. Fuad pergi sembahyang Isyak di surau. Dia mengetahui anak Borhan demam.
3. Fuad membawa kereta sewa untuk membawa anak Borhan ke Klinik
4. Ketika di klinik , Fuad mencari masa untuk ke bank untuk menyemak baki akaun banknya. Dia mendapati jumlah baki wang dibank bertambah sebanyak RM 200 000 ( bapanya yang masukkan dalam akaunnya )
5. Fuad ingin menggunakan wang itu untuk membeli kereta.


Bab 2

1. Fuad pergi ke Pantai Batu Buruk dengan kereta besarnya
2. Fuad teringat kisah lalu.
3. Hampir setahun Mak Mah membencinya dan dicemuh oleh orang kampung
4. Mak Salmah tidak dapat memaafkan Fuad kerana membawa anak angkat Mak Mah iaitu Sofia pergi ke Kuala Lumpur dan mengakibatkan Sofia meninggal dunia.
5. Fuad telah menguruskan perkahwinan Masnah dengan Borhan dan semua perbelanjaan tersebut ditanggungnya.
6. Fuad terkenangkan Sofia yang tidak pernah mengetahui bahawa mereka bersaudara
7. ketika makan malam , Fuad menyatakan keinginannya untuk membeli sebuah Iswara Aeroback.


Bab 3
1. Fuad , Pa Ismail dan Mak Salmah mengusahakan tanah yang baru dibeli
2. Fuad menamakan Pak Ismail sebagai pemilik tanah
3. Mak Salmah teringat kesedihannya yang kehilangan Sofia walaupun Sofia anak angkatnya.
4. Mak Salmah membenci Fuad sebab membawa Sofia lari ke Kuala Lumpur dan Sofia mati
5. Akhirnya Mak Salmah memaafkan Fuad setelah melihat keikhlasan Fuad
6. Cikgu Abas datang menemui Fuad di kebun untuk mengambil Fuad mengajar murid-murid di SMK Seri Setia

Bab 4
1. Fuad pergi ke SMK Seri Setia untuk menjadi guru Bahasa Inggeris
2. kedatangannya disambut oleh Cikgu Abas
3. Fuad diperkenalkan dengan Cikgu Farhana yang cantik sebagai ketua Panitia Bahasa Inggeris
4. Farhana menerangkan tugas Fuad dan berbincang tentang teknik pengajaran

Bab 5
1. Fuad memulangkan buku Farhana yang dipinjamnya
2. Farhana meminta idea Fuad tentang Program Bahasa Inggeris
3. Fuad mencadangkan Program Mentor-Mantee
4. Fuad menghadiahkan Jaguh kepada Farhana


Bab 6
1. Fuad bertemu Cikgu Zamani di kantin sekolah
2. Fuad mengagumi Cikgu Zamani yang pandai dalam agama dan berbahasa
3. Chin memujuk Fuad menemui Robert Lim membantu perniagaan bapanya
4. Fuad teringat arwah ibunya dan ingin melawat pusara ibunya di Sungai Kuah

Bab 7
1. Fuad bertemu Farhana ketika singgah di stesen bas untuk membeli tiket bas
2. Fuad mempelawa Farhana untuk menumpang keretanya sehingga ke Raub
3. Dalam perjalanan mereka berbual tentang keluarga
4. Fuad singgah di rumah Farhana sebelum meneruskan perjalanan ke Sungai Ruan

Bab 8
1. Fuad tiba di rumah Peter Lim ketika hampir tengah malam
2. Peter Lim sangat uzur
3. Fuad membayar yuran persekolahan Ah Soh dan menanggung perbelanjaan sekolah Ah Soh dan Mei Lin
4. Peter Lim memberi kerjasama untuk membantu Fuad mencari kubur ibunya
5. Fuad ke Lembag Klau dengan Pak Said


Bab 9.
1. Farhana resah menanti panggilan telefon Fuad. Ibunya menegur sikapnya itu.
2. Ibu Farhana teringat akan arwah suaminya Fakhrudin yang meninggal dunia akibat penyakit usus

Bab 10.
1. Fuad dan Pak Said ke Lembah Klau mencari Pak Ngah Isa , jiran datuk Fuad
2. Pak Ngah Lisa menemani Fuad ke Sedeli di Kuala Lipis untuk mencari rumah Mariah , kakak kepada Maria
3. melalui cerita Pak Shamsudin ( jiran Mariah ) ibu Fuad masih hidup
4. Peter Lim meminta Fuad bertemu ayahnya di ibu kota untuk mendapatkan gambar ibunya dan cincin untuk memudahkan pencariannya itu