MEMODENKAN PETIKAN PROSA KLASIK - sumber - telegram bm spm
Memodenkan petikan prosa klasik bermakna memindah atau menukar bahasa
klasik atau lama menjadi bahasa Melayu baru atau moden. Biasanya, petikan yang
dipindahkan atau dimodenkan itu diambil atau dipetik daripada satu atau beberapa
perenggan sesebuah hikayat yang khusus menampilkan bahasa klasik, kuno ataupun
lama.
TEKNIK MEMODENKAN PETIKAN PROSA KLASIK
Membaca dan
memahami petikan
1.
Baca keseluruhan petikan sehingga faham.
2.
Berikan tumpuan terhadap persoalan atau isu utama dalam petikan.
3. Buat beberapa
catatan tentang watak-watak, latar
tempat dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam petikan.
Menganalisis dan
menulis serta memindahkan petikan prosa klasik menjadi petikan prosa moden
1. Pelajar perlu ingat
bahawa jawapan yang ditulis mestilah dalam bahasa Melayu moden.
2. Gariskan
perkataan-perkataan bahasa klasik yang dapat ditukarkan.
3. Jangan pindahkan
secara ayat demi ayat. Sebaliknya, fahamkan maksud keseluruhan petikan dan ceritakan semula.
4. Jangan menokok
tambah dengan butir-butir atau fakta-fakta yang tidak terdapat dalam petikan.
5. Nama-nama khas
seperti nama watak, tempat dan peralatan tidak boleh ditukar.
(mestilah
dikekalkan)
6. Kata “pun” dan “lah” hendaklah
ditinggalkan. Contoh:
Bahasa klasik: maka seketika itu pun berputeralah tuan puteri itu
seorang anak lelaki.
Bahasa moden: Selepas
itu, Tuan Puteri melahirkan seorang anak lelaki.
7. Elakkan menggunakan
perkataan-perkataan lama seperti arakian,
hatta, sebermula, alkisah, syahdan, sekali sepertua dan lain-lain serta
perkataan-perkataan yang tidak lagi digunakan sekarang. Perkataan klasik yang ada dalam
petikan tersebut, perlulah ditukarkan kepada bahasa moden. Ini penting kerana jika anda
mengekalkan perkataan klasik tersebut, markahakan dipotong kerana tidak
menepati arahan soalan.
8. Bahasa Istana tidak perlu diganti dengan
perkataan lain atau perkataan yang seerti dengannya.
9. Ayat-ayat panjang,
berbelit-belit dan tidak jelas hendaklah dipecahkan kepada beberapa ayat supaya pendek dan
jelas maksudnya.
Contoh:
Maka Sultan Melaka pun hairan melihat paras puteri Cina itu, disuruhnya
masuk Islam, telah sudah maka baginda pun berkahwinlah dengan puteri itu,
beranak Paduka Seri Cina, ayah kepada Paduka Isap.”
Jawapan:
“Sultan Melaka takjub apabila melihat kecantikan Tuan Puteri Cina itu.
Baginda lalu menitahkan supaya Tuan Puteri itu memeluk agama Islam. Selepas
itu, baginda berkahwin dengan puteri itu dan mendapat seorang putera bernama
Paduka Seri Cina yang menjadi ayah kepada Paduka Isap."
10. Tukarkan struktur ayat
pasif menjadi struktur ayat aktif.
bahasa klasik: maka oleh Hang Tuah dipalang kepada dua orang
yang mengamuk itu terbelah dua.
Bahasa moden: lalu Hang Tuah memarang dua orang yang mengamuk itu dan terbelah
dua.
11. Tukarkan ayat-ayat songsang
kepada ayat biasa.
Contoh:
Ayat songsang : “Hendaklah
diperliharakan kamu sekalian dan dia”
Ayat biasa : “Kamu sekalian hendaklah memeliharanya”
12. Perbualan atau Cakap Ajuk yang
terdapat dalam petikan (jika ada mestilah ditulis dalam perenggan baru atau boleh juga ditukarkan menjadi ayat Cakap Pindah yang telah dimodenkan, tetapi ditulis dalam satu perenggan sahaja.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan