LATIHAN BM KLASIK - BM MODEN
Teks klasik 1
Dengan tiada berapa
lamanya samapailah mereka itu ke negeri Daha itu. Maka Raden Inu segan masuk
lalu menanti di luar istana. Maka disuruhnya Jerude dan Kartala masuk
bersama-sama dengan Mahadewi akan menghadap Kebawah Duli Sang Ratu Daha itu.
Maka tatkala
dilihat oleh Sang Ratu akan Mahadewi datang dengan balut matanya, sungguhpun
selama ia pergi tiada dikenangnya, akan tetapi pada masa bertemu itu timbullah
belas dan kasihan di dalam hatinya serta teringatlah ia pada isterinya yang
sudah meninggal diracuni itu. Lagi pula baharulah ia tersedar akan dirinya dan baharulah
diketahuinya akan segala kejahatan Paduka Liku itu kerana pada masa itu
rupa-rupanya segala hikmat dan ubat-ubatan Paduka Liku itu telah hilang
kemanjurannya.
Senaraikan nama-nama watak:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Senaraikan latar tempat:
1.
2.
Senaraikan isi penting:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Jawapan (Teks moden):
Teks klasik 2
Setelah dilihat oleh isterinya Seri
Rama, yang bernama Sita Dewi, keduanya bertari-tari dan melompat-lompat, maka
kata Sita Dewi kepada Seri Rama:
“Ya, tuanku, tangkaplah kijang dua
ekor itu akan permainan hamba,”
Maka kata Seri Rama: “Tiada hamba
mahu akan dia mati, hanya hamba hendak dengan hidupnya juga,”
Setelah Seri Rama mendengar kata
isterinya itu, maka Seri Rama pun segera mengambil panahnya lalu turun dari
rumahnya. Maka kata Seri Rama memanggil Laksamana seraya berkata:
“Hai, Laksamana, tinggallah adinda
menunggui kakanda Sita Dewi, aku pergi mengikut kijang dua ekor itu,”
Setelah Seri Rama berkata demikian,
maka baginda pun berjalanlah. Setelah kijang itu melihat Seri Rama datang
mengikut dia, maka kijang itu pun larilah. Maka diikutnya juga oleh Seri Rama.
§ Senarikan nama-nama
watak:
§ Senaraikan latar
tempat:
§ Senaraikan isi
penting:
§ Jawapan (Teks
moden):
Tiada ulasan:
Catat Ulasan