CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 23 Ogos 2019

CUBA JAWAB


LATIHAN 17
1 Kakak jiran di sebelah rumah saya pemurah orangnya tetapi dia suka menceritakan hal orang lain.
A.buah mulut             B. murah mulut          C. mulut besar                        D. bawa mulut
2 Fatimah bergaduh dengan Chua adalah disebabkan Tijah menjadi ................... nya.
A. hati batu     B. kepala batu             C. batu keras               D. batu api
3. Encik Kadir mendapat sokongan....................... dari guru-guru untuk menjadi pengerusi kebajikan.
A. sepenuh hati          B. sepenuh suara        C. sebulat suara          D. sepenuh isi
4. Mak Cik Ara adalah seorang yang .............. sebab itu dia sangat disukai oleh penduduk Kampung Berata.
A. panjang tangan     B. ringan tulang         C. buah mulut                        D. buah tangan
5. Emak selalu membawa .............. untuk kami apabila pulang dari luar negeri.
A. buah-buahan         B. buah hati    C. buah tangan           D. ringan tulang
6. Akibat sikapnya yang ....................... itu, dia sanggup membunuh abangnya sendiri.
A. panas baran           B. gila babi      C. gila pangkat           D. naik angin
7. Akibat sikap yang tidak bertanggungjawab, habis dinding-dinding tandas awam diconteng oleh remaja-remaja yang ................. .
A. gatal tangan           B. lepas tangan           C. panjang tangan     D. buah tangan
8. Ismail ialah satu-satunya anak Encik Bosri sebab itu dia ditatang seperti .................. .
A.minyak wangi         B. minyak hampir jatuh         C. minyak yang penuh          D. minyak masak
9. Orang yang .................. biasanya dia tidak ada kawan.
A. panjang tangan                 B. buah tangan           C. berat tangan           D. depa tangan
10. Orang yang mempunyai ......... yang baik sentiasa disanjung orang.
A. budi bahasa                        B. bahasa bunga         C. budi-budian                       D. mulut berbahasa
11 ............. yang didengarnya dari orang-orang kampung menyebabkan dia sentiasa bersedih dan tidak lalu makan.
A. Makan angin                      B. Naik angin              C. Khabar angin                     D. Mulut tempayan
12. Ain berasa ................. kerana tidak dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik.
A. senang hati             B. terang hati              C. buta hati                 D. susah hati
13. Chua ............. apabila rnelihat wang yang begitu banyak di atas mejanya.
A. cari jalan                B. sua muka                C. besar hati                D. gelap mata
14 .................... yang dilakukan oleh pihak pemberontak itu dapat menawan dua puluh orang duta dari negara luar.
A. Serkap jarang                     B. Serang hendap       C. Panjang tangan      D. Pukul curi
15 "Nampaknya, tahun ini padi kita ................... ", kata Wak Seman kepada isterinya.
A. kurang manis                     B. kurang umur          C. kurang jadi             D. kurang tua
16. Dia suka membeli barang-barang yang berjenama mahal, maklumlah .................. .
A. makan hati berulam jantung                    B. sudah jatuh ditimpa tangga
C. beringat-ingat sebelum kena                    D. besar periuk, besarlah keraknya

17. Sabit digunakan oleh para pesawah untuk _________ padi
A. menuai B. memotong C. mengerat D. mengambil
18. Untuk memperoleh tubuh badan yang sihat serta otak yang cerdas , kita memerlukan makanan yang _______
A. berzat B. bermutu C. seimbang D. berkhasiat
19. Setelah sekian lama _____ suka duka dalam hidupnya , kini beliau hidup selesa di samping keluarganya
A. menjalani               B. merasai                   C. melalui                    D. mengharungi
20. “ Baginda ____ dan kini sedang dirawat oleh ahli nujum negara , ” kata datuk Bendahara
A. beradu                    B. gering                      C. santap                     D. bersiram
21. ______ nya akan singgah di rumah neneknya untuk bertanya khabar , tetapi pada pagi yang malang itu , dia terus ke pejabat .
A. Tentu                      B. Lazim                      C. Ketika                      D. Mesti
22. Penduduk di kawasan tersebut terpaksa _______ air hujan di dalam tong dan tempayan untuk kegunaan harian setelah sekian lama keputusan bekalan air .
A. menyimpan                        B. mengambil              C. Menadah                D. menahan
23. ______ faham antara mereka berlarutan sehingga bertahun-tahun lamanya .
A. Perselisihan            B.Pertelingkahan                    C. Pertentangan                      D.Perbalahan
24. Amat sukar baginya membuat pilihan ________ hendak menerima tawaran tersebut _______ meneruskan pelajarannya di sekolah yang sama .
A. entah......entah                                            B. sama ada ...... ataupun
C. bukan sahaja ...... sedangkan                     D. sedangkan .... tetapi juga
25. Api yang ________ tinggi itu dapat dipadamkan dengan bantuan pihak bomba
A. Menaik                   B. menjulang                                     C. melambung                        C. menyala
26. _______ abangnya yang berpendidikan tinggi itu tidak diterima menjadi ahli , _______ dia yang masih di bangku sekolah lagi .
A. sedangkan ....... inikan pula                                    B. sama ada ........ ataupun
C. walaupun .......... inikan pula                                  D. bukan sahaja ........ tetapi juga
27. Pakaian yang digayakan oleh peragawati terkenal itu kelihatan sungguh ________ dan berjaya menarik perhatian para penonton.
A. ayu                          B.canggih                    C.jelita                        D. anggun
28. ________ nya sudah tidak bermakna lagi dan terpaksalah dia menanggung risiko atas segala perbuatannya .
A. Penyesalan B. Disesali C. Kesesalan D. Menyesal
29. _________ dia tidak dapat melelapkan matanya kerana teringatkan perisitiwa-peristiwa yang ditempuhinya pada siang hari .
A. Bermalaman                       B. Semalaman                        C.Bermalam                D. Semalam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan