CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 18 Ogos 2019

latih tubi bm selangor


LATIH TUBI SELANGOR

1. Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i.               urat
ii.             hiris
iii.           carik
iv.           kepal
v.             berkas
vi.           tongkol

2. Berdasarkan ayat-ayat dibawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberi.

i.          Kamal pergi ke Johor Bahru petang semalam

ii.        Encik Low Ah Ming pengurus besar di Syrikat Maju Teras

iii.      Sumati disambut meriah setibanya di sekolah kerana menjadi pemenang pingat emas Sukan ASEAN

iv.      Pameran batik itu diadakan di Butik Seri Kencana , Kota Bharu

v.        Komputer telapak digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21

vi.       Bangunan bersejarah itu dibina dengan menggunkan batu bata yang bermutu tinggi


3a. Dalam petikan  di bawah ini, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga  kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan  ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Kami selamat tiba di sempadan Kemboja setelah mengharung perjalanan selama dua hari.
Setibanya kami di sana, pihak urussetia dari Kemboja telah menyediakan pengangkutan khas
untuk kami bergerak ke distinasi kami, Kampung Khla Kham Chke. Telatah kanak-kanak yang mahu ke sekolah berpimpin oleh ibu bapa mereka mencuit hati kami sementara menunggu bas bergerak. Para jualan pula, sibuk menguruskan kedai dan memberikan layanan baik kepada pelangan mereka.

3b. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan  ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

I. Kadar pcngangguran yang meninggi dalam kalangan belia di negara ini disebabkan oleh
kekurangan kemahiran terhadap bekerja dalam sektor 3D.

II. Negara Mesir merupakan negara tengah timur yang pemah bergolak kerana ketidakstabilan politik di antara penduduk.

III. Punca utama remaja yang telah diisytiharkan muflis di setiap tahun termasuklah untuk
memenuhi keseronokan peribadi yang melebihi sumber kewangan.
[6 markah]

3c. Berikan maksud peribahasa yang bersesuaian dengan peribahasa di bawah.

(i) Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.
(ii) Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung.
(iii) Sediakan payung sebelum hujan.


Soalan 2(d) - Puisi Moden
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dalam kebun diriku,
aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga susahku
untuk menentang senja dan malam

Dalam parlimen diriku
aku bahas isu onak dan enak
untukku merdekakan warga fikirku
mengelak hidup dikotak-katikkan.

Dalam laut diriku
ombak gelora menampar pantai aman
untuk menguji amal dan iman.

Dalam gergasi diriku
terpedaya jua oleh permainan si kancil
namun sempat sedar dan beringat lagi.

Dalam pentas diriku
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
menghayati skrip demi skrip
yang tak duga klimaksnya.

Dalam dewan diriku
aku tak cemas lagi
oleh kata yang mengekang
aku tak lemas lagi
oleh kata yang menyerang.

Apabila sibermerdeka sampai
ke rumah cabaranku
aku panggil diriku bermesyuarah
menyokong, berkecuali atau menentang
aku ambil keputusan
waktu itu aku kenal batas diri

Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia
aku turun darinya menghadapi hidup nyata
peristiwa datang peristiwa pergi
bagai siang memanggil malam
dan siber merdeka terns berkaca
terus mengalirkan arus ingatan
elakkan dirimu menjadi sia-sia
hamparkan dirimu di persada tuhan.
ABDUL GHAFFAR IBRAHIM
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Apakah nasihat penyajak kepada pembaca dalam rangkap kelapan? [2 markah]
(ii) Pada zaman globalisasi, peranti elektronik semakin meluas seperti cendawan tumbuh
selepas hujan.Pada pendapat anda, apakah cabaran yang dihadapi oleh masyarakat dalam mendepani
era globalisasi? [3 markah]
(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan sekolah dalam
memupuk perpaduan antara kaum dan kekangan mewujudkan perpaduan antara kaum.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perpaduan merujuk satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti serta dapat diterima oleh majoriti golongan etnik di negara ini. Sejarah juga menunjukkan bahawa perpaduan penting dalam sesebuah negara untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan negara. Negara yang mengamalkan perpaduan temyata mampu mencapai kemajuan dan membina peradaban dengan lebih gemilang di puncak jaya. Merujuk Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, penekanan telah diberikan kepada sistem persekolahan yang bercorak kebangsaan. Jelaslah bahawa sistem pendidikan, khususnya sekolah merupakan satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Oleh hal yang demikian, penekanan kepada sikap berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar.

Sekolah juga berperanan dalam memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara
kaum. Hal ini dapat membantu menyuburkan semangat perpaduan kaum dan membolehkan mereka
berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus menitikberatkan aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Semangat perpaduan juga perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi dan moral pelajar. Di samping itu, peranan bahasa Melayu ini perlu dilihat sebagai medium utama yang mampu menyempumakan banyak perkara seperti mewartakan arahan-arahan untuk dipatuhi, menyuburkan nilai manusiawi dan mengukuhkan semangat kekitaan dalam jati diri warga sekolah. Perpaduan sesama pelajar akan dapat dieratkan sekiranya bahasa kebangsaan digunakan secara meluas mencakupi urusan rasmi atau tidak rasmi, dalam perbualan sehari-harian dan menjadi bahasa pendidikan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan.

Pelaksanaan Sekolah Wawasan telah memberikan kesan yang positif dalam menanam sifat perpaduan ke dalam diri pelajar sekolah pada peringkat sekolah rendah lagi. Pelajar dan guru dapat mewujudkan hubungan komunikasi yang baik dengan berkongsi infrastruktur yang sama, sekali gus mewujudkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, pihak sekolah juga boleh menerapkan perpaduan melalui aktiviti kokurikulum di sekolah. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti aktiviti sukan, pengurusan kelab dan persatuan serta aktiviti ceramah kesedaran haruslah dipergiat dan ditingkatkan. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengukuhkan perpaduan dan semangat kekitaan dalam diri pelajar, malah aktiviti ini dapat menjadi platform yang berguna untuk membina daya kepemimpinan diri dan mengasah kemahiran insaniah para pelajar.

Kesimpulannya, di sebalik isu-isu perkauman yang dibakar apinya oleh sesetengah pihak, hakikatnya kita dapat melihat bahawa peranan sekolah sebagai agen penyatuan untuk memupuk nilai perpaduan tidak dikesampingkan. Kepelbagaian merupakan kekuatan kita, namun jika tersilap langkah boleh juga menjadi malapetaka yang bakal menimpa kita pada bila-bila masa. Semua pihak harus mempunyai kesedaran dan sama-sama berganding bahu mempertingkatkan nilai-nilai perpaduan antara kaum dan mewujudkan masyarakat madani yang cinta akan negara dan saling bekerjasama.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Perpaduan Kaum Sekolah Sebagai Agen Penyatuan'
oleh Zulfazlan Jumrah,
Dewan Siswa, Ogos 2017.

Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]

Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggnnakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengasah kemahiran berdasarkan petikan. [2 markah]
(ii) Dalam petikan, pengarang menjelaskan beberapa kepentingan perpaduan dalam sesebuah
negara.
Nyatakan kepentingan-kepentingan tersebut. [3 markah]
(iii) Ibu bapa berperanan penting dalam memupuk perpaduan antara kaum kepada generasi
muda.
Apakah usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memupuk perpaduan antara
kaum kepada generasi muda? [4 markah]


Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]
Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada langkah untuk meningkatkan minat
remaja terhadap permainan tradisional.

Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk meningkatkan minat remaja
terhadap permainan tradisional.
Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.



LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MINAT REMAJA TERHADAP
PERMAINAN TRADISIONAL

Sepak raga
Gasing
Wau
Layang-layang

-          Pendedahan ibu bapa
-          Mengadakan festival permainan tradisional
-          Mengadakan kempen melalui media massa


Bahagian B
-          [100 markah\
-          [.Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]
-          Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yangpanjangnya lebih daripada
-          350 patah perkataan.
-           
-           
1. Penggunaan media sosial telah menguasai kehidupan sebahagian besar remaja masa ini
walaupun mereka mengetahui terdapat banyak keburukan daripada kebaikan.
Sebagai seorang remaja, huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk memastikan
penggunaan media sosial akan memberi faedah kepada diri anda.

2. Pada era teknologi tanpa sempadan ini, masyarakat semakin sibuk sehingga menyebabkan
semangat kejiranan semakin terhakis dalam kalangan mereka.
Huraikan langkah-langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

3. Selaku Setiausaha Kelab Pelancongan sekolah, anda telah menyertai lawatan ke salah sebuah
tempat yang bersejarah di negara kita.
Tulis sebuah laporan tentang keistimewaan tempat bersejarah tersebut.

4. Teknologi perubatan yang semakin canggih telah meningkatkan tahap kesihatan masyarakat di
seluruh dunia.
Ulas pemyataan tersebut.

5. Pantun, gurindam, syair, dan seloka merupakan puisi tradisional warisan bangsa yang semakin
dilupakan oleh generasi kini.
Huraikan peranan pelbagai pihak supaya puisi tradisional tersebut kembali diminati.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan