CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 7 April 2017

BM SPM K1 M



SOALAN RAMALAN 15

 (KBAT)

Peribahasa Melayu memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia
sebagai panduan dan pedoman. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk
menghidupkan dan mempopularkan peribahasa Melayu dalam kalangan
masyarakat. [100 markah]

PENDAHULUAN

Peribahasa Melayu – pengamatan generasi terdahulu – memiliki
makna yang maslahat – mampu dijadikan pedoman dalam kehidupan
– dicipta dengan penilaian daripada alam semula jadi –
diimplementasikan dalam kehidupan harian – semua pihak harus
memainkan peranan – menghidupkan dan mempopularkan peribahasa

ISI PENTING

1. Pemimpin kerajaan – menjadikan peribahasa sebagai pedoman
hidup – memasukkan peribahasa dalam ucapan – menjadikan
peribahasa sebagai dasar pegangan – mampu mendidik dan memimpin
rakyat – mendewasakan rakyat dengan peribahasa – terus subur

2. Ibu bapa – memperkenalkan peribahasa kepada anak –
memberitahu anak tentang maksud peribahasa – mendedahkan anak
kepada bahan bacaan – membeli kamus peribahasa – membuat
rujukan – memasukkan peribahasa dalam karangan – fikiran matang

3.Pihak sekolah – menampal poster peribahasa – murid diajarkan
peribahasa oleh guru subjek Bahasa Melayu – menerangkan cerita di
sebalik peribahasa – menerangkan penggunaan peribahasa dalam ayat
dan penulisan – menghidupkan peribahasa Melayu – subur dan segar

4. Media massa – menyiarkan rancangan berbentuk peribahasa –
mencerdaskan minda rakyat tentang peribahasa – soalan kuiz dan
pertandingan – menarik minat masyarakat – mengenali dan
menghayati peribahasa – menggunakan ilmu dalam peribahasa kita

5. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) – menerbitkan buku
tentang peribahasa – menjalankan dasar pemerkasaan peribahasa –
mengadakan jerayawara dan bicarawara peribahasa – menimbulkan
rasa ingin tahu rakyat – terus menghidupkan peribahasa Melayu

PENUTUP

Semua pihak – memainkan kepentingan mereka – berperanan untuk
mempopularkan dan menghidupkan peribahasa Melayu – menjadikan
peribahasa Melayu sebagai warisan negara yang agung – semua rakyat
Malaysia harus mengetahui dan memahami serta menghayatinya –
tidak melupakan akar didikan nenek moyang kita – hidup Peribahasa
Melayu! bahasa jiwa bangsa! – hilang peribahasa hilanglah adat dan
budaya – menyuburkan peribahasa Melayu – popular sampai bila-bila

BM SPM K1 L



SOALAN RAMALAN 13

 (KBAT)

Orang tua-tua pernah berkata bahawa “membaca itu jambatan
ilmu”. Huraikan langkah-langkah untuk membudayakan amalan
membaca dalam kalangan murid sekolah.

[100 markah]

PENDAHULUAN

“Membaca itu jambatan ilmu” – kata orang tua-tua yang
meninggalkan makna yang mendalam – amalan membaca bagaikan
pembangunan modal insan secara tidak langsung – melahirkan warga
yang bijak pandai – pelbagai langkah harus diambil untuk
membudayakan amalan membaca – melahirkan warga yang bijaksana



ISI PENTING

1. Pihak pentadbir sekolah – menaik taraf perpustakaan sekolah –
menjadikan perpustakaan sebagai gedung ilmu – membeli buku yang
berkualiti dan bersesuaian – melahirkan warga sekolah yang suka
membaca – ilmu itu pelita hidup – menerangi hidup kita dengan ilmu



2. Guru pusat sumber – berusaha untuk mempromosikan pusat sumber
– menjadikan pusat sumber sebagai nadi Program Nadi Ilmu Amalan
Membaca (NILAM) – memberitahu anak-anak murid kepentingan
membaca – mendedahkan mereka kepada kepentingan ilmu kehidupan



3. Guru kelas – mencadangkan pembinaan sudut bacaan – murid
mendermakan buku yang berkualiti – menyusun buku di sudut khas –
memudahkan murid membaca buku pada masa lapang – membantu
murid menimba ilmu pengetahuan – meningkatkan pengalaman diri



4. Pengetua sekolah – memperkenalkan kepentingan membaca melalui
kempen membaca – menganjurkan pameran buku di sekolah –
menjemput penulis buku untuk menyampaikan ceramah motivasi
tentang kepentingan membaca – menarik minat murid untuk membaca



PENUTUP

Amalan membaca – penting dalam kehidupan kita – menjadikan kita
berfikiran matang dan rasional – mengatasi masalah dalam kehidupan
– menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan – amalan membaca
mesti terus disuburkan – membaca itu jambatan itu – membina
jambatan ilmu yang kukuh memerlukan usaha yang gigih dan
berterusan – melahirkan warga yang berwawasan dan berilmu! 


SOALAN RAMALAN 14

 (KBAT)

Anda akan menyertai pertandingan menulis cerpen yang dianjurkan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka. Tema cerpen yang diutarakan ialah perpaduan.

Tulis cerpen tersebut selengkapnya.

[100 markah]

PENDAHULUAN

Kampung sentosa – penduduk berbilang kaum – hidup aman damai
– hujan ribut melanda – kerosakan jambatan utama –
menghubungkan ampung ke bandar – penduduk berasa gusar dan
bimbang – berjalan dengan hati yang gundah – menemui penghulu

PERKEMBANGAN

Tok Penghulu muncul di serambi rumah – didatangi Mega, Salim,
dan Tauke Tan – meluahkan kebimbangan mereka – Mega tidak
dapat ke bandar untuk mengambil roti – Salim tidak dapat
menghantar anak ke sekolah – Tauke Tan tak dapat berniaga

KONFLIK

Tok Penghulu meminta cadangan – Salim mencadangkan agar
kutipan wang dibuat – Tauke Tan membantah – kerugian dalam
perniagaan – Mega pula membantah kerana keuntungannya tak
cukup untuk keluarga – Tok Penghulu menggaru kepala – berfikir



Tok Penghulu bimbang akan konflik yang berlaku – membuat
perbincangan dengan orang kampung – mengumpulkan orang
kampung di dewan orang ramai – masing-masing berkumpul dan
menantikan kedatangan Tok Penghulu – masalah mesti diselesaikan

KLIMAKS

Tok Penghulu muncul – menyampaikan ucapan – menceritakan
masalah yang berlaku – kerosakan jambatan utama menjejaskan
kehidupan penduduk – malapetaka datang tanpa diduga – penduduk
harus bersatu padu – menghadapinya dengan tabah – gotong-royong



Penduduk dibahagikan kepada tiga kumpulan – kumpulan pertama
mendapatkan derma daripada penduduk – kumpulan dua dalam
kalangan tukang kayu – kumpulan ketiga suri rumah tangga yang
bercadang untuk memasak untuk penduduk yang bekerja keras

PELERAIAN

Selama 6 jam berusaha – melibatkan 50 orang penduduk – kerja
pembinaan jambatan kukuh berjaya – hasil perpaduan berbilang
bangsa – hidup bersatu padu – mendapat pujian Tok Penghulu –
Mega, Tauke Tan, dan Salim berasa syukur – sedar bahawa
perpaduan amat penting – bersatu kita teguh, bercerai kita roboh –
Tok Penghulu meminta penduduk terus mengekalkan perpaduan

BM SPM K1 K



SOALAN RAMALAN 11

 (KBAT)

Kejayaan atlet Malaysia dalam pertandingan sukan antarabangsa mampu
melonjakkan nama negara dalam bidang tersebut pada peringkat antarabangsa.

Huraikan pernyataan di atas.

[100 markah]

PENDAHULUAN

Sukan – bidang yang penting kepada negara – pelaburan negara dalam
bidang sukan bukan sedikit jumlahnya – berbilion-bilion ringgit
dilaburkan dalam pembinaan prasarana sukan – melahirkan atlet yang
mampu melonjakkan nama Malaysia pada peringkat antarabangsa

ISI PENTING

1. Dalam bidang badminton – Malaysia antara jaguh utama dunia –
pernah meraih Piala Thomas – mengharumkan nama Malaysia –
Misbun Sidek, Jalani Sidek, Rashid Sidek adalah antara nama besar
pada zaman kegemilangan mereka – Datuk Lee Chong Wei – harapan
utama negara – meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik



2. Dalam sukan skuasy – Malaysia memiliki puteri yang tersendiri –
Datuk Nicol Ann David pemenang Piala Skuasy Dunia sebanyak 11
kali – melonjakkan nama Malayisa – memegang rekod juara dunia
terbanyak – banyak berkorban demi negara – tinggal dan berlatih di
luar negara – berjaya melakarkan nama negara di pentas dunia



3. Malaysia – juga ada juara yang hebat dalam bidang sukan akuatik –
Pandalela Renong, gadis daripada Masyarakat Orang Asli di Sarawak
– berpisah daripada keluarga – menempa nama dengan kejayaan hebat
– mendapat pingat gangsa dalam Sukan Olimpik – menjadi harapan
negara kecil seperti Malaysia – mencapai kejayaan lebih gemilang



4. Pasukan hoki kebangsaan Malaysia – pernah melonjakkan nama
negara di pentas dunia – merangkul pingat emas dalam Sukan Asia
dan Sukan Komanwel – memiliki barisan pemain yang profesional
dan digeruni – berani mengasak dan bersaing dengan jaguh hoki dunia
dari Pakistan dan India – menempa nama tersendiri dalam bidang
sukan hoki

PENUTUP

Atlet Malaysia – ada kehebatan tersendiri – berjaya atas nama usaha
dan pengorbanan – tidak berputus ada walaupun pernah menghadapi
kegagalan – berani berjuang demi nama Malaysia – menggalas
tanggungjawab negara – melonjakkan bidang sukan Malaysia –
menjadi idola rakyat Malaysia – bersemangat “Malaysia Boleh” –
berjaya kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.


SOALAN RAMALAN 12

 (KBAT)

Negara-negara Asia merupakan negara pelancongan yang utama. Huraikan bentuk
kerjasama yang boleh dijalankan oleh negara-negara serantau untuk menjadikan
bidang pelancongan sebagai pendapatan utama.

[100 markah]

PENDAHULUAN

Rantau Asia – antara rantau paling “hidup” dan “bernyawa” – banyak
bidang yang sedang mengalami pembangunan pesat – bidang
pelancongan menjadi nadi kehidupan penduduk rantau ini – negara-
negara Asia – bergantung pada kerjasama antara negara di sini –
menjadikan bidang pelancongan sebagai pendapatan utama

ISI PENTING

1. Pemimpin negara serantau perlu mengadakan persidangan –
rundingan meja bulat untuk membincangkan keperluan dan
kemaslahatan industri pelancongan – merangka dasar pelancongan
serantau – menghapuskan penggunaan visa – menarik pelancong asing
– melawat di Asia – menguntungkan negara yang terlibat



2. Kerjasama dari segi kemahiran memajukan pelancongan perlu
dijalankan – mengadakan perbincangan tentang produk pelancongan –
memastikan setiap negara yang terlibat memiliki produk istimewa –
menampilkan keunikan dan kelainan – mengelakkan konflik tarikan
pelancong – meningkatkan pendapatan negara – memajukan negara



3. Perkongsian ilmu – perlu dijalankan di rantau Asia – ilmu
pemanduan pelancongan – ilmu promosi pelancongan – ilmu
pemasaran produk pelancongan – menarik perhatian pelancong –
membeli pakej pelancongan melalui laman web pelancongan serantau
– keuntungan sama dibahagikan – pendapatan negara yang utama



4. Ejen pelancongan serantau – memiliki portal pelancongan tersendiri
– menjadi pusat pengumpulan data pelancong – berguna untuk tujuan
promosi – memudahkan penyebaran maklumat kepada pelancong –
memiliki sistem yang mesra pelanggan – mengutamakan kemudahan
pelancong – memilih Asia sebagai destinasi pelancongan yang utama

PENUTUP

Industri pelancongan – sumber pendapatan utama negara – mesti
dimajukan dengan sedaya upaya – menjenamakan Asia sebagai
destinasi pelancongan termasyhur – pasti dapat meningkatkan
ekonomi negara – peluang pekerjaan dan perniagaan terbuka luas – di
mana ada kemahuan, di situ ada jalannya – sama-sama berusaha
membentuk kerjasama – pelancongan ialah sumber pendapatan utama