Sumber
Koleksi Peribahasa Melayu, Simpulan
Bahasa Dan Maksud
1. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di
air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah
diperoleh.
2. Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di
samping budaya hidup yang baru.
3. Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan
orang
4. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang
tetap utuh.
5. Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
6. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam
mesyuarat.
7. Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama
yang lain dan saling membantu.
8. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
9. Bara yang digenggam biar sampai jadi
arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar
hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
10.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di
negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di
negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
11.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka
kecil lagi.
12.
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat
dalam adat
13.
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau
mengerjakan sesuatu.
14.
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan
penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
15.
Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara
yang dilebih-lebihkan.
16.
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
17.
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang
susah bersama.
18.
Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau
orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
19.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat
yang kita diami atau tinggal.
20.
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan
keadaan
21.
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh
seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya
22.
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak
mahu berusaha dan bersusah payah
23.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk
mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
24.
Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa
usaha
25.
Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal
isterinya.
26.
Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal.
b. Kehidupan yang senang.
27.
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama
berhasil juga.
28.
Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
29.
Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah
memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
30.
Biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
31.
Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat
sesuatu bencana.
32.
Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu
perkara.
33.
Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
34.
Berbesar Hati
Maksud : Gembira.
35.
Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah
jagaan kita.
36.
Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara
37.
Batu Penghalang
Maksud : Halangan
38.
Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan
sendiri.
39.
Meninggi diri
Maksud : Sombong
40.
Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.
41.
Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka
menolong).
42.
Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
43.
Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.
44.
Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong
45.
Murah Hati
Maksud : Pemurah.
46.
Tangan Kosong
Maksud : Hampa.
47.
Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan
yang terlalu tinggi.
48.
Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di
sesuatu tempat
49.Ibarat negeri berubah rasam;
ibarat tahun berubah musim.
Orang yang tidak tetap kedudukannya.
50.
Ikan di hulu tuba di hilir.
Perbuatan yang sia-sia
51.
Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.
Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang
belum lagi diperoleh
52.
Ikut hakim memiat daging:sakit di awak sakitlah orang.
Sesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan
adil.
53. Intan dikalungkan di leher anjing.
Memberikan sesuatu (barang, nasihat) kepada
orang yang tidak mahu atau bukan pada tempatnya.
54. Ingat ranting yang akan melenting, dahan
yang akan mencocok, duri yang akan mengait.
Hendaklah selalu beringat tentang segala
bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan.
55. Alah sabung, menang sorak.
Ertinya:~ Biarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga cakapnya.
56. Satu dijentik, sepuluh rebah.
Ertinya:~ Seorang yang dikata-katai sekalian yang mendengar ikut merasa.
57. Anjing menyalak bukit, takkan runtuh.
Ertinya:~ Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan
binasa kebaikannya.
58. Sigai dua segeragai.
Ertinya:~ Perkara yang satu ada sangkut-pautnya dengan perkara yang
lain.
59. Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata
diulang-ulang.
Ertinya:~ Nasihat yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya.
60. Mengembalikan manikam ke dalam cembulnya.
Ertinya:~ Memikirkan kembali apa-apa yang telah terkatakan
61. Seperti kaca terhempas ke batu.
Ertinya:~ Hati yang hancur kerana dukacita.
62. Kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak
tahu.
Ertinya:~ Bertanya sesuatu yang sudah diketahui.
63. Kerana mulut badan binasa.
Ertinya:~ Mendapat kecelakaan kerana perkataannya.
64. Kilat beliung sudah di kaki, kilat pisau
sudah ke tangan, kilat cermin sudah ke muka.
Ertinya:~ Orang yang bijaksana dengan mudah menangkap hujung kata atau
kias seseorang.
65. Ada seperti tampaknya
apung-apung.
Ertinya:~ Barang yang dihajati telah ada tetapi belum tentu dapat
diambil atau dipakai.
67. Dalam menunduk dia menyonggeng.
Ertinya:~ Lahirnya dia menerima dengan baik, tetapi hatinya sendiri
membantah.
68. Jauh boleh ditunjukkan, dekat boleh
dikakukkan.
Ertinya:~ Kebenaran sesuatu perkataan yang diucapkan boleh diuji, kerana
ada tanda dan buktinya.
69. Air mata jatuh ke dalam.
Ertinya:~ Berdukacita dengan diam-diam.
70. Bagai haruan di dalam tuar.
Ertinya:~ Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah
71. Dibuat kerana Allah, menjadi murka Allah.
Ertinya:~ Dilakukan dengan maksud baik, tetapi diterima orang dengan
curiga.
72. Dikulum menjadi manikam,
dimuntahkan (= diludahkan) menjadi sekam.
Ertinya:~ Diam itu lebih baik daripada berkata-kata.
73. Seekor kerbau membawa lumpur,
semuanya terpalit.
Ertinya:~ Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa.
74. Berlurah di balik pendakian.
Ertinya:~ Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu
perbuatan, perkataan dan sebagainya.
75. Enggang apa kepada enggang; orang apa
kepada orang.
Ertinya:~ Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar
ialah yang mengerjakannya.
76. Dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk.
Ertinya:~ Perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya
77. Bagai belacan dikerat dua: yang pergi
busuk, yang tinggal hanyir.
Ertinya:~ Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua-dua belah pihak.
78. Buangkan yang keruh, ambil yang jernih.
Ertinya:~ Buang yang jahat ambil yang baik; memulai penghidupan yang
baru.
79. Seperti raja dengan menteri.
Ertinya:~Seia-sekata dalam semua perkara.
80. Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh
disuruh.
Ertinya:~Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya.
81. Dari telaga yang jernih, tak
akan mengalir air yang keruh.
Ertinya:~ Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang
kasar
82. Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau
tidak.
Ertinya:~ Orang yang elok dan tampan tetapi berbudi bahasa
83. Elok basa 'kan bekal hidup, elok budi
bekal mati.
Ertiny:~ Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup,
sesudah mati jadi kenang-kenangan
84. Berhampar lapik, berlicin daun.
Ertinya:~ Bermuafakat mencari penyelesaian yang baik dengan
setulus-tulus hati, tidak ada menyembunyikan perasaan-perasaan yang buruk
85. Batu pun empuk, jangankan hati manusia.
Ertinya:~ Perkataan yang lemak manis dapat menawan hati yang keras.
86. Seperti anjing dengan kucing
Ertinya digunakan untuk menggambarkan dua
orang yang saling berkelahi bila berjumpa susah utk mereka berdamai
87. Seperti ayam dengan itik – like a chicken
and a duck
Ertinya digunakan untuk menggambarkan dua
orang yg mempunyai masalah berkomunikasi - Two people having communications
problems
88. Melepaskan anjing tersepit,
sudah lepas dia menggigit.
Ertinya:~ Menolong orang yang tiada tahu berterima kasih
89. Seberapa panjang sarung, begitulah panjang
matanya.
Ertinya:~ Perangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit
banyaknya ilmu seseorang
90. Umpama semut mempersembahkan paha belalang
kepada raja.
Ertinya:~ Pemberian yang tidak ada ertinya.
91. Ada beras, taruh dalam padi
Ertinya:~ Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.
92. Ada bukit, ada paya
Ertinya:~ Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya.
93. Di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung
Ertinya:~ Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.
94. Kemana angin deras, kesitu condongnya
Ertinya:~ Pendirian yang tidak tetap.
95. Asal ada, kecil pun pada
Ertinya:~ Kalau tak ada banyak, sedikit pun cukup juga.
96. Cencang dua segeragai
Ertinya:~ Sekali jalan, dua tiga pekerjaan selesai.
97. Dikati sama berat, diuji sama merah
Ertinya:~ Pangkat atau kedudukan yang sama.
98. Sampai bersalam, pulang berterajang
Ertinya:~ Masuk ke negeri orang dengan nama yang baik, tetapi pulang
dengan nama yang jahat.
99. Sayangkan kain, buangkan baju; sayangkan
lain, buangkan aku
Ertinya:~ Isteri yang mencari kekasih lain.
100. Dikulum menjadi manikam, Dimuntahkan
menjadi sekam
Ertinya:~ Diam itu lebih baik daripada berkata-kata.
101. Ada angin ada pohonnya.
Ertinya:~ Segala yang terjadi ada sebab-sebabnya.
102. Luka di tangan nampak berdarah, luka di
hati siapa tahu.
Ertinya:~ Hanya diri orang itu sahaja yang tahu akan penderitaan atau
kesedihannya.
103. Berapa berat mata memandang, berat juga
bahu memikul.
Eritnya:~ Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah
juga orang yang menderita kesusahan itu.
104. Seperti kain kasa di atas duri.
Etinya:~ Suatu perkara yang terlalu sukar menyelesaikannya; harus sabar
dan hati-hati.
105. Bibir saya bukan diretak panas.
Ertinya:~ Kata-kata saya bukan sia-sia atau dusta.
106. Buat di alang tahun, belayar di
luar musim.
Ertinya:~ Melakukan sesuatu salah masa.
107. Jangan tercicir di periuk
Ertiny:~ Jangan membuat angkara di mana kita menumpang.
108. Bersihkan halaman sendiri dulu, baru
bersihkan halaman orang.
Ertinya:~ Urus hal sendiri dahulu baru urus hal orang
109. Manusia tahan kias, binatang
tahan palu.
Ertinya:~ Mengajar manusia dengan sindiran manakala haiwan dengan
pukulan.
110. Serkap jarang
Maksudnya; menuduh tampa usul periksa
Contoh: "Jangan pakai serkap jarang, siasat dahulu tuduhan awak
itu." Kata Rahim kepada saya.
111. Jaga mulut
Maksudnya: Pelihara lidah; berhati-hati dalam percakapan
Contoh: Dizaman Jepun dahulu sesiapa yang tidak jaga mulut akan
ditangkap oleh pihak kempeitai.
112. Periuk mengumpat belanga.
Ertinya:~ Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun
buruk juga.
113. Bercakap memandang-mandang, silap lidah
jiwa hilang.
Ertinya:~ Memperkatakan sesuatu hal orang lain hendaklah berhati-hati.
114. Rantai besi dimakan bubuk.
Ertinya:~ Cerita yang tak masuk di akal.
115. Kalau kerbau sekawan dapat
dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi.
Ertinya:~Sangatlah sukar untuk menghadapi manusia kerana tiap-tiap orang
berlainan pendapatnya.
116. Tegang berjela-jela, kendur
berdenting-denting.
Ertinya:~ Pemerintahan yang baik ialah di dalam keras ada lunaknya dan
di dalam lunak ada kerasnya.
117. Salah cotok melantingkan.
Ertinya:~ Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dilakukan dengan sewajarnya,
yang salah hendaklah dibetulkan.
118. Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut
menjadi pulau.
Ertinya:~Yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik juga.
119. Matahari tengah gerhana.
Ertinya:~ Berwajah muram kerana dukacita.
120. Rasa termengkelan di hati.
Ertinya:~ Merasa musykil.
121. Seperti memekik di tengah padang luas.
Ertinya:~ Seruan yang tidak diendahkan orang.
122. Seperti bunyi gung tertangkup.
Ertinya:~ Kata-kata yang tidak jelas.
123. Sebagai ayam diasak malam.
Ertinya:~ Tidak ada daya upaya lagi.
124. Biar, biar naik ke mata.
Eritnya:~ Kecewa.
125. Seperti di atas titian.
Ertinya:~ Dalam kebimbangan.
126. Api padam puntung berasap.
Ertinya:~ Perkara yang telah putus, tetapi ditimbulkan kembali.
127. Agak-agak bertutur malam hari.
Ertinya:~ Mesti selalu beringat-ingat ketika memperkatakan sesuatu.
128. Orang itu empat gasal, lima genap.
Ertinya:~ Orang yang suka berbantah dan berlainan faham daripada orang
banyak.
129. Buruk muka cermin dibelah.
Ertinya:~ Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan.
130. Melentur biarlah waktu rebung.
Ertinya:~ Mengajar anak-anak biarlah selagi kecil, apabila telah besar,
keraslah hatinya dan tidak dapat diajar lagi.
131. Dikacak betis sudah bak betis, dikacak
lengan sudah bak lengan.
Ertinya:~ Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang
atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi.
132. Hujan panas permainan hari, senang susah
permainan hidup.
Ertinya:~Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah.
133. Jangan menumbuk di periuk, bertanak di
lesung.
Ertinya:~ Jangan berbuat sesuatu pekerjaan yang menyalahi kebiasaan.
134. Segigi tajam bertimbal, nak
hujung pangkal menjelma.
Ertinya:~ Orang yang mempunyai dua pendirian.
135. Longgar sendat lapang bertukul.
Ertinya:~ Hanya berpura-pura menerima sesuatu kebenaran tetapi
sebenarnya tidak.
136. Seperti kecek ular.
Ertinya:~ Menceritakan berlebih-lebihan daripada keadaan yang
sebenarnya.
137. Silap cakap kena radak, hilang jiwa
percuma saja.
Ertinya:~ Memperkatakan sesuatu perkara (rahsia
dan sebagainya), hendaklah hati-hati benar, sebab buruk padahnya.
Ertinya:~ Syarak dan adat tidak dapat dipisahkan
Ertinye:~ Jika terjadi suatu perkara atau perselisihan, hendaklah
diperiksa dan diselesaikan di situ juga
140. Mudah luka payah sembuhnya.
Ertinya:~ Mencari perselisihan
sangat mudah, tetapi mencari perdamaian sangat sukar.