CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 17 Disember 2014

ANTOLOGI TEKS KOMSAS – KUINGIN BERTERIMA KASIH - puis tradisional/ moden

Puisi tradisional

Pantun dua kerat ( nasihat )

Berapa jauh wujud dengan sifat
Sejauh lutut dengan pelipat

Sarang semut dalam gelap
Orang selimut selalu lelap

Hitam-hitam pucuk kawa
Sungguh hitam dipandang lawa

Emas , perak tembaga suasa
Malas bergerak tidak merasa

Buah sintang buah senikul
Satu memegang satu memikul


-          Syair pohon buluh

Menara tinggi banyak bertingkat
Di sana tiada bilik bersekat
Tiada bertangga naik melekat
Mata mata menjaga segenap pangkat

Yang ada sedia panji-panji bendera
Hingga sampai ke kemuncak menara
Banyak ada ia bersaudara
Yang ada pula bersama gara

Selalu dipandang dilihat adanya
Tinggi rendah dijerat pangkatnya
Besar kecil ikat binanya
Terlalu kuat pula asasnya

Ikatnya licin di luar di dalam
Gelapnya di dalam seperti malam
Air tak tiris seperti kolam
Ikat tingkatnya tak Nampak alam


Puisi moden

-          Kita umpama sehelai daun

Kita umpama sehelai daun
Bertunas segar dihujung ranting
Lalu melebar dan merimbun
Tempat bercanda ungags meriang
Di bawah redup bebayang mentari

Andai kikir jasa dan bakti
Di mana lagi tempat bernaung
Dari tusukan bahang memijar
Unggar kecil tidak berkudrat

Kita umpama sehelai daun
Bakal kering sampai waktunya
Usahlah angkuh keupayaan diri
Sehingga lupa makhluk duafa
Ingin bernaung mencari hidup

Jadilah sehelai daun
Hijau menunas menyegar mata
Kering gugur menjadi baja



-          Kuingin berterima kasih

Sesekali kuingin berterima kasih
Kepadamu hujan bagai tetamu
Jiwa pun menjadi dingin
Api amarah menjadi terpadam

Sesekali kuingin menyemai budi
Kepadamu tanah yang hidup
Kerana perutmu setia menghamilkan
Rezeki buat petani

Sesekali kuingin berbisik kepadamu
Ikan-ikan yang riang
Liar di belantara samudera
Kerana sudi membebaskan derita nelayan tua di pondoknya

Sesekali kuingin kalungkan kagum
Kepadamu pejuang negara
Kerana tanganmu pernah berdarah
Darah kesetiaan seorang warga
Kepada watan tercintanya

Sesekali kuingin pula menjadi bunga
Menebarkan keharuman
Di taman-taman keresahan hidup
Menyerahkan keinsafan
Kepada keangkuhan perang

Alangkah indahnya dunia
Andai semua merenung
Kekosongan hidup ini


-          Aku

Tidak ada manusia lain
Di pantai ini
Kecuali diriku

Kususur pasir panjang
Sambil kubayangkan
Aku ini Adam

Hari inilah aku tercipta
Dan pertama kali melihat
Laut langit dan pohon

Kelmarin aku belum ada
Tidak terdengar olehku
Bunyi ombeak itu

Tidak terasa olehku
Sentuhan angina ini
Bertiup di mana-mana

Bahkan aku tidak tahu
Kulit kerang dan ru
Pernah wujud di sini

Tuhan
Aku percaya Kau pencipta
Kerana aku baru ada


Kunci bahasa

Bahasa bermaruah
Tidak berbilur bahasa di lidah

Bahasa berbuah
Tidak kering bahasa diperah

Bahasa bersejarah
Tidak luput bahasa bertingkah

Bahasa berwasilah
Tidak putus jambatan ukhuwah

Bahasa berbudi sudah
Tidak lokek pada ummah

Bahasa begitu indah
Tidak habis berbahasa bermadah


Selasa, 16 Disember 2014

tajuk komsas tingkatan 1 2015



KOMPONEN SASTERA BM
TINGKATAN 1 2015

NOVEL – SEJAMBAK BAKTI – REJAB FI ( 158 muka surat )

-          Kisah di kedai koperasi
-          Mesyuarat melaksanakan harapan
-          Perjanjian membalas dendam
-          Persiapan kedai koperasi
-          Cita-cita dan harapan
-          Persiapan
-          Semangat
-          Mempelajari ilmu perdagangan
-          Kerja rumah
-          Pengakuan
-          Melepaskan dendam
-          Kasih seorang ibu
-          Dendam membawa padah
-          Berita gembira
-          Budi baik dikenang juga
-          Kesan kunjungan
-          Semakin jauh terbang burung
-          Malang tidak diduga
-          Misteri kedai koperasi
-          Tindakan ayah tiri
-          Hidup yang dirundung malang
-          Misteri berakhir
-          Hukuman
-          Memasuki dunia baru
-          Harapan berbunga indah
-          Terbuka rahsia


ANTOLOGI TEKS KOMSAS – KUINGIN BERTERIMA KASIH  ( 76 muka surat )


Puisi tradisional
-          Pantun dua kerat
-          Syair pohon buluh

Puisi moden
-          Kita umpama sehelai daun
-          Kuingin berterima kasih
-          Aku
-          Kunci bahasa

Prosa tradisional
-          Asal padi

Cerpen
-          Oren
-          Hadiah
-          Kuih bakul limau mandarin

Drama
-          Hadiah









tajuk komsas tingkatan 2 dan 3



TINGKATAN 2

Novel – Di sebalik wajah


ANTOLOGI KOMSAS – GEMA SEPI GADIS GENIUS
           
Puisi Tradisional         
           Pantun Dua Kerat (nasihat)
           Pantun Empat Kerat (Muhibah dan Perpaduan)
           Pantun Empat Kerat (Agama)
           Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)
           Syair Perang Saudara di Pahang
           Syair Mendapat Gemala Naga

Sajak  
           Persahabatan
           Hari Guru
           Burung-burung Pagi
           Ketenangan
           Sajak Laut
           Warkah Kepada Generasi

Prosa Tradisional        
           Raja MudaHikayat Opu Daeng Menambun
           Hikayat Inderaputera
           Hikayat Anggun Cik Tunggal

Cerpen
           Anak Penggunting Rambut
           Capa Rengat
           Dendam
           Maaf Kupinta
           Gema Sepi Gadis Genius
           Warkah Daripada Ibu

Drama
           Hemodialisis
           Inflakasta
           Di Sini Bakti Bersemadi          TINGKATAN 3

NOVEL:
Cempaka putih untukmu

 T3 ANTOLOGI KOMSAS – Harga Sebuah Lukisan


Puisi Tradisional         
           Pantun Berkait (Bekerja)
           Pantun Empat Kerat (Muafakat)
           Pantun Nasihat
           Syair li-Attar Gaib
           Syair Berbuat jasa
           Syair Panduan Untuk Para Remaja

Sajak  
           Fragmen Sebuah Kehidupan
           Kata-Kata
           Keusangan Budaya
           Pesan Buat Anak-Anak
           Merdeka
           Rumput
           Seorang Insan Istimewa

Prosa Tradisional        
           Kuda Janggi Gerdana
           Hikayat Marakarama
           Hikayat Patani
           Hikayat Seri Kelantan

Cerpen
           Budi Semangkuk Daging
           Harga Sebuah Lukisan
           Mencari Nafas Baru
           Mutiara Bonda
           Segala Yang Tercinta Ada di Sini

Drama
           Cabaran
           Sebuah Perjuangan