Isnin, 29 April 2013

Kerja kursus sejarah .... ulasan saya

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013

ULASAN SAYA TERHADAP SOALAN / REAKSI PELAJAR

1. yang saya cuba buat huraian  setakat ini ialah  contoh penulisan bagi penanam pisang / penanam ubi dan penternak itik.

2. saya telah memasukkan serba sedikit cara huraian bagaimana ianya dilakukan denga beberapa penerangan terutama untuk elemen 1,3 dan elemen 2 dapat dihuraikan mengikut tajuk kajian saya.
Bagi elemen 3 anda tidak perlu merujuk kepada tajuk spesifik anda untuk menghuraikan/ menulis esei berkaitan dengan penerapan nilai ini sebab soalannya tidak merujuk pada tajuk kita. jadi kita hanya menulis karangan tersebut mengikut tajuk / soalan yang diberi dan bukan berkaitan dengan tajuk kajian kita.

3. para pelajar yang meminta saya membuatkan huraian tentang perkara lain / selain daripada tajuk yang saya buat hendaklah menggunakan cara yang saya cuba huraikan mengikut tajuk dengan disesuaikan dengan tajuk anda. saya tidak dapat menulis mengikut setiap tajuk yang dikehendaki setiap seorang daripada anda. ( saya sediakan asas sahaja bagi awak buat rujukan bagaimana ianya dihuraikan untuk hasil kajian . penerangan saya dimasukkan ke dalam huraian bertanda warna merah sebagai penerangan lanjut bagi disesuaikan dengan tajuk awak.

4. saya hanya akan membalas kepada beberapa masalah teknikal yang dihadapi oleh pelajar bukan tentang cara huraian pada hasil kajian.

5. harap memahami keadaan saya.apa yang saya lakukan ialah satu bentuk bantuan dan bukannya satu keperluan untuk semua pelajar. saya sekadar membantu .

6. sebarang masalah masukkan di bahagian ini sebab saya akan merujuk tajuk ini sahaja selepas ini.

23 ulasan:

  1. kalau pertukangan ( tukang jahit ) macam mne?same je ke?untuk elemen 3

    BalasPadam
  2. cikgu, kalau takde biodata pengusaha ni takpe ke? ataupun wajib ade?

    BalasPadam
    Balasan
    1. biodata pengusaha kalau kita nak buat untuk orang sumber masukkan . tak banyak maklumatnya - nama , alamat, umur, no kad pengenalan itu aja

      Padam
  3. Cikgu.. Mcm mane nk buat kos pengendalian?? Xtau nak buat.. Sbb kat blog nie xde contoh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. awak buat apa ?

      contoh penanaman pisang.
      - kos - benih tanaman / baja/ upah menanam / baja/ racun/ upah memetik buah/ kos pengangkutan/

      - menternak ikan
      - benih, makanan ikan , penjagaan kolam ikan , pagar, dll

      peniaga pasar malam
      - sewa bulanan / mingguan/ pengangkutan/ leketrik/ upah pekerja

      Padam
    2. Kalau sya buat jahitan,kos pengendalian nk bt mcm mna cikgu?

      Padam
  4. Cikgu tajuk kajian saya ialah perikanan tepi pantai. saya tak tahu macam mana buat elemen 2 hasil kajian Prospek no. c) reaksi/penerimaan masyarakat dan d) saranan dan harapan

    BalasPadam
    Balasan
    1. prospek nelayan tepi pantai
      - kawasan tangkapan ikan dekat dengan tempat kediaman/ jadi kos tetap untuk bahan api
      - hasil tangkapan boleh dijual di pasar/ gerai/ pasar malam oleh peniaga sendiri atau dijual kepada peraih
      - permintaan tetap untuk segala jenis ikan


      saranan/ harapan
      - tanya nelayan tu apa harapan dia dalam usaha dia meningkatkan taraf / pendapatan dia
      - biasanya dia jawab - kalau boleh ada pinjaman untuk membeli bot baru/ jaring baru/ harga minya subsidi / program khas untuk nelayan
      - mungkin dia nak menambah bot untuk menangkap lebih banyak ikan untuk menambah penadapatan

      Padam
  5. cikgu , ade x contoh temubual/dialog ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sya tak sempat buat lagi. nnti saya mintak pelajar saya tuliskan. mungkin lagi dua tiga hari.

      Padam
  6. cikgu, rumusan untuk folio ini di bahagian mana ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. selepas hasil kajian pada elemen 2

      Padam
  7. cikgu,macam mane nak tulis kos pengendalian bagi sate ye ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. tanya orang tu apa kos dia
      - biasanya sewaan/ api/ air/ upah pekerja
      - kos bahan mentah ( daging/ ayam / perut/ minyak/ gas / lidi - kira sebulan

      Padam
  8. salam cikgu,hasil kajian yg maklumat asas tentang lokasi/tempat kajian tu kan kena buat peta 1 ms lain.Jadi,tentang pihak yg mengusahakan/individu/kelompok masyarakat yg mengusahakan tu saya nak kena buat selepas peta atau pun sebelum peta?

    BalasPadam
  9. cikgu kalau pasal nelayan .. tajuknya apa ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tajuk kajian kerja kursus ini ialah nelayan ( pesisiran pantai/ laut dalam ) pilih satu

      Padam
  10. Cikgu, saya nak buat mengenai Ekonomi tradisional..Tajuknya apa?

    BalasPadam
  11. cikgu.. nak buat prospek yg keropok lekor punye mcm mane ?

    BalasPadam
  12. Macam mna nak buat Hasil kajian untuk tukang jahit baju?

    BalasPadam