CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 9 April 2013

Sej T4 Bab 3


BAB 3 :    TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA


1.         Maksud kerajaan Agraria                                      
·                    kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian , penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai
·                    terbentuk di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah sungai / kawasan pedalaman sepetti kawasan berbukit dan di lereng tanah gunung berapi
·                    contoh kerajaan seperti Dvaravati , Taruma, Sailendra, Angkor , Sukhotai, dan Funan

2.         Ciri-ciri kerajaan Agraria
·                    terletak di kawasan yang subur iaitu di lembah sungai
·                    menanam padi sawah dan padi huma
·                    menanam tanaman sampingan seperti jagung, pisang,keledek dan sayur-sayuran
·                    menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam
·                    mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu,kapur barus, tanduk gading, damar, kayu cendana dan pelbagai jenis buah-buahan
·                    sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan
·                    menangkap ikan di sawah, paya dan sungai
·                    mendapatkan kulit kura-kura
·                    menternak binatang seperti lembu, kerbau, kerbau, kambing dan ayam
·                    lebihan daripada hasil ternakan dan tanaman akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan masyarakat bandar atau penduduk maritim
·                    pembinaan sistem pengairan yang bersumber dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap
·                    raja terlibat dalam pembinaan pengairan
·                    kerajaan bertanggungjawab dalam pengurusan sistem pengairan
3.         Kegiatan ekonomi masyarakat agraria
·                    menanam padi sawah dan padi huma
·                    menanam tanaman sampingan seperti jagung, pisang,keledek dan sayur-sayuran
·                    menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam
·                    mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk gading, damar, kayu cendana dan pelbagai jenis buah-buahan
·                    sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan
·                    menangkap ikan di sawah, paya dan sungai
·                    mendapatkan kulit kura-kura
·                    menternak binatang seperti lembu, kerbau, kerbau, kambing dan ayam
·                    lebihan daripada hasil ternakan dan tanaman akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan masyarakat bandar atau penduduk maritim
4.         Faktor-faktor perkembangan kerajaan Agraria ( Angkor )
·                    Pembinaan sistem pengairan yang baik yang diperoleh dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap
·                    Raja Indravarman 1 terlibat dalam pembinaan sistem pengairan
·                    Kerajaan bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan sistem pengairan
·                    Pembinaan baray yang mampu mengairi tanah
·                    Hasil padi dapat menampung keperluan beras
·                    Kedudukan berhampiran dengan Tasik Tonle Sap
·                    Tanah sekitar yang subur
·                    Iklim panas lembap sepanjang tahun
·                    Sumber ikan air tawar dari Tasik Tonle Sap
·                    Sumber ikan air tawar  dan punca bekalan air minuman daripada Tasik Tonle Sap

5.         Kepentingan Tasik Tonle Sap

·                    Membekalkan sumber air minuman
·                    Limpahan air Sungai Mekong pada musim banjir mengalir ke dalam Tasik Tonle Sap dan tasik menjadi luas
·                    Pada musim kemarau , kawasan sekitar tasik menjadi subur hasil daripada mendapan lumpur
·                    Membekal sumber protein seperti ikan kepada penduduk sekitar tasik
·                    Air dari Tasik Tonle Sap dialirkan ke kawasan tanaman padi dengan menggunakan terusan
·                    Sumber air dari tasik dapat menampung keperluan penanaman padi bagi menyediakan beras yang mencukupi kepada penduduk Angkor

6.         Saling bergantung /melengkapi antara kerajaan agraria dengan kerajaan
            Maritim

·                    Kerajaan agraria mempunyai penduduk yang ramai dan membekalkan tenaga kerja kepada kerajaan maritim
·                    Kerajaan agraria bergantung kepada kerajaan maritim untuk mendapatkan barang mewah dari China dan India
·                    Kerajaan agraria membekalkan beras dan hasil hutan  kepada kerajaan maritim
·                    Beras  menjadi dagangan utama antara kerajaan maritim dengan agraria
·                    Kerajaan maritm mendapatkan bahan mentah seperti kayu untuk membuat kapal  daripada kerajaan agraria
·                    Kerajaan maritm memperoleh gajah daripada kerajaan agraria sebagai kenderaan raja
·                    Kerajaan maritm bergantung kepada kerajaan agraria untuk mendapatkan tukang kayu dan tukang batu yang mahir.


7.         Cara-cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal

·                    Dibawa oleh golongan ksyatria atau tentera penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan takhluk di Asia Tenggara
·                    Dibawa oleh golongan pedagang atau vaisya
·                    Dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta
·                    Melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang disesuaikan dengan budaya tempatan

8.         Pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal

·                    Sistem beraja dengan penggunaan gelaran raja sebagai pemerintah
·                    Raja berada dipuncak pemerintahan
·                    Raja dibantu oleh kerabat diraja , pembesar , Brahmin
·                    Raja berkuasa mutlak dalam pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara
·                    Perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan
·                    Sesiapa yang melanggar perintah raja bermakna menderhaka dan tidak diampunkan
·                    Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
·                    Raja merupakan bayangan tuhan dan lahir konsep dewa-raja
·                    Raja mempunyai kesaktian melalui mitos dan lagenda untuk memperkuat kedudukan
·                    Untuk mengukuhkan kedaulatan raja, diwujudkan pelbagai adat istiadat
·                     pertabalan raja yang dipimpin oleh golongan Brahmin
·                    Raja mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta iaitu  orde kosmos

9.         Pengaruh Hindu dan Buddha dalam kesenian
            i.          Maksud monumen
·                    Binaan atau bangunan yang dibuat daripada batu untuk memperingati
orang ternama atau peristiwa penting
·                    Monumen boleh berupa candi/kuil/wat/stupa/arca/patung

ii.         Kepentingan/fungsi/tujuan candi kepada kerajaan awal di Asia
            Tenggara
·                    Monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha
·                    Sebagai rumah ibadat
·                    Sebagai tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya
·                    Tempat menyimpan patung dewa utama
·                    Lambang keagungan pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya
·                    Melambangkan orde kosmos contoh Angkor Wat dan Candi Borobudur


iii.        Contoh candi terkenal di Asia Tenggara
·                    Candi Dieng di Jawa Tengah , Indonesia
·                    Candi Borobudur di Jawa Tengah , Indonesia
·                    Candi Prambanan di Jawa Tengah , Indonesia
·                    Candi Angkor Wat di Kemboja
·                    Candi Chaiya dan Yarang di Thailand
·                    Candi Lembah Bujang di Kedah
iv.        Patung agama
·                    Patung Avalokitesvara merupakan patung agama Buddha
·                    Patung dewa Vishnu, Siva, Brahma, Durga dan Lingga meruapakan patung agama Buddha
·                    Patung Drawapala dan Nabdiswara menjaga candi daripada dimasuki roh jaha
·                    Melambangkan zaman penciptanya
·                    Melambangkan salah satu pengaruh sama ada Amaravati , Gupta, Palava, Pala atau Cola
·                    Menunjukkan adunan dua tamadu iaitu India dan Asia Tenggara
·                    Gaya India bergantung pada masa patung itu dibuat. Sekiranya dibuat antara abad ketiga hingga kelima Masihi , terdapatlah pengaruh Amaravati
·                    Sekiranya dicipta abad kelima Masihi hingga abad ketujuh Masihi mewakili pengaruh zaman Dinasti Gupta
            vi.        Angkor Wat
·                    Dibina untuk agama Hindu
·                    Terletak enam km ke utara Siem Reap dan melambangkan orde kosmos
·                    Tinggi 213 meter dan keluasan kawasannya 208 hektar
·                    Mempunyai tempat pemujaan pada bahagian tengah sekitar 39 meter dengan teres bertingkat empat
·                    Setiap sudut mempunyai menara
·                    Bahagian luar terdapat tembok
·                    Terdapat ukiran yang menggambarkan epik Ramayana dan Mahabharata
vii.       Candi Borobudur
·                    Mewakili agama Buddha
·                    Terbahagi kepada tiga tingkat yang melambangkan tiga tahap kehidupan iaitu sila , samadhi dan panna
·                    Setiap tingkat mempunyai patung stupa dan patung Buddha
·                    Tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha
·                    Dibina selama 75 tahun

10.       Kepentingan Bahasa Sanskrit dalam kerajaan awal Asia Tenggara

·                    Meningkatkan pencapaian dalam bidang intelek masyarakat
·                    mengandungi maklumat tentang agama, pemerintahan, raja dan undang-undang
·                    Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja
·                    Batu bersurat Sungai Mas berkaitan dengan ajaran Buddha
·                    Inskripsi di Palembang berkaitan dengan pemerintahan dan amaran raja kepada rakyat serta pembesar agar tidak menderhaka kepada raja
·                    Batu bersurat di Lembah Bujang mengandungi arahan dan pemberitahuan kepada rakyat
·                    Bahasa keagamaan
·                    bahasa  yang digunakan dalam urusan pemerintahan
·                    Mengalami penyesuaian dan berubah ke adalam bahasa Melayu seperti dosa, duka, Derhaka, manusia, pahala, rupa , sengsara dan huruf
·                    Berkembang menjadi bahasa ilmu
·                    Bahasa  komunikasi
·                    Memperkayakan bidang kesusasteraan  seperti epik / puisi / prosa jawa penceritaan lisan dan teater

11.       Pengaruh Hindu dan Buddha dalam kesusasteraan

·                    Kesusasteraan India melalui epik Ramayana , Mahabharata serta Puranas
menyumbang kepada unsur mitos yang terdapat dalam kesusasteraan klasik di Asia Tenggara
·                    Pengaruh kesusasteraan India dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkarma
·                    Cerita-cerita dalam Epik Ramayana dan Mahabharata melalui kesusasteraannya telah mempengaruhi penceritaan lisan dan teater seperti wayang kulit
·                    Epik Mahabharata melahirkan naskah hikayat yang diadun dengan unsur tempatan seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa jaya dan Hikayat Sang Samba.
·                    Hikayat Ramayana melahirkan Hikayat Seri Rama

1 ulasan: