CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 9 April 2013

Sej T 4 Bab 4


BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN


1.                  KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SEBELUM DILANTIK MENJADI  
      RASUL

            Kelebihan atau keistimewaan keturunan Rasulullah.
·                    Berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang terkenal
      contoh  Qusai bin Kilab dan Abd.Mutalib menjadi peneraju  
      kepimpinan Makkah  sejak zaman jahiliah
·                    Keturunan nabi sering dirujuk kepada Hasyim iaitu moyang nabi
·                    Qusai ialah pemimpin Arab Quraish yang mentadbir Makkah 100 ahun sebelum kelahiran Nabi
·                    Keluarga Nabi Menguasai  Makkah , Kaabah dan telaga zamzam
·                    Keluarga nabi bijak dalam pentadbiran Makkah  dan mahir dalam   
      perniagaan.
·                    Datuk nabi iaitu Abdul Muttalib pernah menerajui kepimpinan Makkah. Pada zaman jahiliah
·                    Keturunan nabi dihormati oleh kabilah  Arab lain

.
               Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.
·                    Nama penuh Muhammad bin Abdullah (bermaksud terpuji)
·                    Bapa baginda Abdullah bin Abd. Muttalib
·                    Ibunya Aminah binti Wahab
·                    Baginda dilahirkan pada 20 April tahun 570 M bersamaan 12 Rabiulawal  tahun Gajah.
·                    Bapa baginda meninggal dunia sewaktu dalam kandungan ibunya.
·                    Diserahkan di bawah jagaan dan susuan Halimatus Sa’adiyah.
·                    Sewaktu berusia 6 tahun  ibunya meninggal dunia.
·                    Baginda dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib
·                    Setelah datuknya  meninggal dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib
·                    Baginda pernah mengembala kambing bapa saudara
·                    Usia 12 tahun mengikuti rombongan perniagaan ke Syam.
·                    Kerasulan baginda diramalkan oleh pendeta nasrani Buhaira.
·                    Menjalani perniagaan Khadijah binti Khuwalid

              Sifat-sifat luhur dan terpuji Rasulullah:
·                    Baginda Memiliki empat sifat terpuji yang utama iaitu siddiq (berkata benar), amanah (dipercayai), tabliq (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana)
·                    Baginda digelar  al amin iaitu  orang yang boleh dipercayai dan tidak pernah berbohong.
·                    Terkenal sebagai seorang yang amanah  - mendapat kepercayaan Khadijah bt Khualid – serahkan modal besar untuk diperniagakan.
·                    Seorang tokoh pemimpin unggul dan berwibawa – contohnya dalam usia 35 tahun  menyelesaikan sengketa antara kabilah Quraisy.
·                    Sebagai ketua keluarga yang menjadi idola manusia –ctnya sering membantu isteri memasak dan menampal pakaian dan bersihkan rumah
·                    Mengamalkan cara hidup sederhana
·                    Sentiasa merendah diri – ctnya dalam pergaualan tidak pandang kedudukan
·                    Penyayang – sayangkan orang tua dan kanak-kanak.
·                    Bersifat pemaaf – cthnya waktu pembukaan kota Mekah 630m- orang arab yang serah diri diampun dan dibebaskan.
·                    Seorang yang bijaksana dan mampu menyelesai masalah-cthnya dalam perjanjian Hudaibiyah 628m.Kandungan perjanjian berpihak kepada Quraisy tetapi baginda terima sebagai hikmah untuk sebarkan Islam.
·                    Kuat beribadat  dan sentiasa abdi diri kepada Allah - contohnya mengasingkan diri di gua Hirak.


Kerasulan dan penerimaan wahyu

·                    Menerima wahyu sebagai nabi akhir zaman dalam usia 40 tahun. Tarikh menerima wahyu pada 6 ogos 610m bersamaan 17 ramadan.
·                    Menerima wahyu melalui malaikat Jibril.
·                    Wahyu pertama ialah surah al-Alaq ayat 1-5 yang memerintah orang Islam membaca
·                    Isi kandung wahyu pertama menggalakkan umat Islam menuntut ilmu
·                    Wahyu kedua al-Muddasir , ayat 1-7 menandakan pengistiharan Nabi Muhammad saw- sebagai pesuruh Allah.
·                    Perlantikan Nabi sebagai rasul adalah pembawa rahmat kepada seluruh alam sejagat.
·                    Baginda menyampaikan wahyu Allah kepada umatnya secara bijaksana dan terancang.
·                    Baginda berusaha membetulkan akidah masyarakat jahiliah .
·                    Ajarannya menggesa umat meninggalkan amalan keji seperti membunuh, menindas dan mencuri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan