CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 9 April 2013

Sej T4 Bab 8


BAB 8 : PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA
  SEBELUM  KEDATANGAN BARAT



                                  
            1.Pengaruh Islam terhadap Ekonomi:

a)                 Perdagangan

                       Kegiatan  perdagangan semasa  Kesultanan Melayu  Melaka.
·                    Aktiviti perniagaan berkembang
·                    Pedagang tempatan terlibat dengan rangkaian perdagangan Timur Barat
·                    Menyediakan kemudahan pentadbiran yang licin dan teratur.
·                    Wujud jawatan penting seperti syahbandar sebagai ketua pelabuhan
·                    Wujud jawatan laksamana bagi menjaga urusan kelautan
·                    Undang-undang Laut Melaka memperuntukkan undang-undang perniagaan
·                    Wujud sistem sukat dan timbang
·                    Terdapat paling kurang 84 bahasa yang dipertuturkan di Melaka
·                    Urusan perdagangan menggunakan dua kaedah iaitu kaedah pertukaran barang dan
·                    kaedah jual beli.

b)                 Mata Wang

                       Ciri - ciri  yang terdapat pada mata wang di Johor pada abad ke 16.            
§     Diperbuat daripada timah
§     Dikenali sebagai wang katun
§     Berbentuk bulat dan enam segi
§     Tidak mempunyai tarikh
§     Mempunyai tulisan jawi atau Arab seperti Malik atau Sultan al-Adil.
§     Mata wang emas Johor yang tertua dikenal pasti bertarikh tahun 1527.
§     Mata wang emas ini dikenali kupang
§     Mengandungi emas seberat 10 grain (0.65 gram) dan 40 grains (2.6 gram)
§     Ditulis dengan nama dan pangkat sultan yang memerintah dan  yang mengeluarkan mata wang tersebut.
§     Di bahagian belakang pula tertulis  gelaran Islam sultan berkenaan seperti Khalifatul Muslimin                             


                 c) Percukaian
               
                     Sistem percukaian pada  zaman Kesultanan Melayu Melaka.   
        
·                    Cukai paling asas ialah cukai tetap atau cukai import ditetapkan oleh pemerintah
·                    Para pedagang  dari India,Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6 peratus
·                    Pedagang dari China dan Jepun dikenakan cukai sebanyak 5 peratus.
·                    Barang seperti beras dan makanan tidak dikenakan cukai.
·                    Cukai diraja dikenakan terhadap orang asing yang menetap di Melaka
·                    Orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak 3 peratus.
·                    Orang asing dari tempat-tempat lain dikenakan cukai diraja sebanyak 6 peratus.

                    Pengaruh Islam mempengaruhi perkembangan ekonomi  di negeri-negeri
                    Melayu.            

·                     Amalan riba tidak dibenarkan dalam bidang perniagaan di kalangan orang Islam.
·                    Walau bagaimanapun,golongan ceti yang memberikan pinjaman wang dibenarkan .
·                    Penegasan bersabit larangan amalan riba ini dijelaskan dalam Hukum Kanun
·                    Melaka dan Hukum Kanun Pahang.
·                    Pihak pemerintah telah menekankan agar golongan kaya dan berkemampuan
·                    membayar zakat harta.
·                    Kutipan zakat disimpan oleh baitulmal.
·                    Baitulmal berfungsi menyelenggarakan harta kerajaan.
·                    Harta ini akan digunakan bagi kepentingan dan kemakmuran negara.


'>&nb� a n s �+ p\- nbsp;                Batu bersurat dan batu nisan yang ditemui di Asia Tenggara menyerupai ciri buatan India
·                    Kebudayaan masyarakat Asia Tenggara mempunyai perkaitan yang rapat dengan kebudayaan di India



Tiada ulasan:

Catat Ulasan