CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 9 April 2013

Nota Sej Bab 1 T5


TINGKATAN 5
BAB 1 :  KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN
NASIONALISME DI  ASIA TENGGARA


Ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di Negara-negara Asia Tenggara

·                    Kuasa barat menubuhkan kerajaan pusat
·                    Barat melantik Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
·                    Mereka melaksanakan pentadbiran melalui biro(jabatan)
·                    Pegawai barat dilantik sebagai ketua biro
·                    Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat.


Ciri-ciri birokrasi yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina.

·                    Sepanyol memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat
·                    Gabenor Jeneral menjadi pemerintah tertinggi di peringkat pusat
·                    Datuk Bandar menjadi pentadbir wilayah
·                    Gabenor kecil menjadi pentadbir Bandar
·                    Encomiendero menjadi pemerintah Encomienda


Maksud Sistem Encomienda

·                    Sistem pentadbiran Sepanyol diperingkat tempatan
·                    pemerintahnya diketuai encomiendero



Tugas-tugas Encomiendero yang diperkenalkan Sepanyol di Filipina.

·                    menjaga keamanan
·                    mengutip cukai
·                    mengkristiankan penduduk barangay


Sebab sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina.

·                    mengenakan cukai yang tinggi
·                    mengenakan kerahan tenaga terhadap penduduk

Perubahan sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia.

·                    pentadbiran dibahagikan kepada pentadbiran pusat dan tempatan
·                    pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
·                    pentadbiran tempatan diketuai dikendalikan oleh pembesar tempatan
·                    pentadbiran tempatan menjalankan tugas dengan pengawasan pegawai Belanda
·                    Belanda menubuhkan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Pertanian
·                    Belanda menubuhkan dewan tempatan
·                    dewan tempatan berfungsi sebagai penasihat pentadbiran Belanda
·                    dewan tempatan tiada kuasa perundangan
·                    Belanda menubuhkan Volksraad
·                    Volksraad merupakan majlis rakyat



Bentuk sistem pemerintahan di Burma sebelum kedatangan British

·                    Burma mengamalkan sistem pemerintahan beraja di bawah dinasti Konbaung
·                    pemerintahan dan pentadbiran diketuai oleh raja
·                    raja dibantu oleh Hluttaw(majlis diraja) dan Wun(pegawai tinggi kerajaan)
·                    Myothugyi menjadi ketua Bandar
·                    Ahmudan menjadi pegawai diraja
·                    Athi merupakan pembesar-pembesar tradisional
·                    raja menjadi penaung kepada sami Buddha.



Perubahan  pentadbiran yang dilaksanakan oleh British di Burma.

·                    menamatkan pemerintahan Dinasti Kounbaung
·                    institusi raja tersingkir
·                    British menghapuskan jawatan pembesar tempatan diperingkat pusat
·                    British melantik pesuruhjaya tinggi  menjadi pemerintah di Burma
·                    British memperkenalkan sistem undang-undang Barat
·                    British memperkenalkan Akta Kampung Ulu Burma dan Akta Perkampungan Burma
·                    Btitish melenyapkan system pentadbiran tradisional Burma
·                    pentadbiran daerah diambil alih olh Myo-ok(pegawai bandaran)
·                    British menghapuskan fungsi raja sebagai penaung agama Buddha
·                    British meletakkan undang-undang Barat sebagai penaung agama
·                    British memperkenalkan majlis Perundangan
·                    beberapa jabatan ditubuhkan seperti jabatan perhutanan,kesihatan dan pelajaran.






Bentuk sistem pentadbiran Indochina sebelum kedatangan Perancis.

·                    diitadbir oleh sebuah kerajaan pusat
·                    pentadbiran diketuai oleh raja berkuasa mutlak
·                    raja memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan
·                    setiap birokrasi diketuai oleh golongan mandarin
·                    pentadbiran ditiru dari pentadbiran Tanah Besar China.
·                    pegawai dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusateraan China


Bentuk  sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Perancis di Indochina.

·                    Pentadbiran diketuai leh Gabenor Jeneral
·                    Gabenor Jeneral bertangungjawab kepada Pejabat Tanah Jajahan di Paris
·                    Leftenan Gabenor menjadi pemerintah wilayah jajahan
·                    Leftenan dibantu leh Residen Jeneral dan Residen Wilayah
·                    Perancis membentuk kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise
·                    kerajaan tempatan diberi kuasa autonomi
·                    kerajaan pusat tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan tempatan
·                    kerajaan tempatan perlu membayar cukai dan kerahan tenaga

Konsep Union Indochinoise yang dibentuk oleh Perancis di Indochina.

·                    Union Indochinoise merupakan Persekutaun Indochina
·                    Persekutuan tersebut terdiri daripada Vietnam dan Kemboja
·                    Perekutan ini juga turut disertai laos pada tahun 1904
·                    Pentabdiran  Union Indochinoise diketuai oleh gabenor Jeneral
·                    Rang undang-undang Union Indochinoise diluluskan oleh parlimen Perancis.

Perubahan yang dilakukan oleh  Raja Mongkut terhadap sistem pentadbiran Thailand.

·                    melantik 80 orang penasihat barat mengetuai pelbagai jabatan
·                    penasihat barat digubakan untuk melatih pegawai tempatan
·                    Penasihat Britain dalam kewangan,pelabuhan dan polis
·                    Penasihat Amerika dalam jabatan kastam
·                    Penasihat Perancis dalam ketenteraan


Sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Chulalongkorn di Thailand.

·                    memperkenalkan majlis Penasihat rendah,majlis mesyuarat tinggi dan cabinet menteri
·                    melantik juruaudit dari Britain
·                    pentadbir dilantik dalam kerajaan berdasarkan tahap pendidkan
·                    memperkenalkan system raja berperlembagan menggantikan raja mutlak
·                    pengaruh pembesar tempatan dan raja dikurangkan.



Kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi barat terhadap sistem pentadbiran Asia Tenggara.

·                    Penunuhan Kerajaan Pusat
·                    Pentadbiran dibahagikan jepada pentadbiran pusat dan tempatan
·                    pentadbiran pusat diketuai gabenor Jeneral/pesuruhjaya tinggi
·                    pembesar tempatan diperingkat pusat dihapuskan
·                    Terhapusnya institusi raja
·                    Raja kehilangan kuasa
·                    Fungsi raja sebagai penaung agama terhapus
·                    Pentadbiran dijlankan melalui biro-biro
·                    Pegawai barat dilantik menjadi ketua biro
·                    Beberapa jabatan ditubuhkan seperti perhutanan,kesihatan pelajaran dan lain-lain
·                    Pengenalan sistem undang-undang Barat
·                    Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat
·                    rang undang-undang di tanah jajahan diluluskan dinegara mereka
·                    British memperkenalkan sistem kehakiman barat
·                    Raja menerima penasihat Barat
·                    Raja terpaksa menerima penasihat barat daripada residen
·                    Residen dan penasihat barat menasihat sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama dan adat istiadat melayu
·                    pembesar tempatan hilang pengaruh
·                    pentadbiran tempatan diambil alih oleh pegawai bandaran.  

Tiada ulasan:

Catat Komen