CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 9 April 2013

NOTA SEJ BAB 2 T5


BAB 2 :   NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA
PERANG  DUNIA KEDUA


a)         Faktor-faktor  pemangkin  nasionalisme   di   Tanah  Melayu  sehingga Perang Dunia Kedua.

Pengenalan Sistem politik Barat dan memusnahkan sistem politik tempatan

·                    British meletakkan seorang Residen
·                    Residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan
·                    Pembesar diberikan pencen
·                    Pembesar digantikan dengan oleh pegawai British
·                    Kesannya perubahan ini menjatuhkan maruah orang tempatan /mencabar sistem tempatan/amalan tradisi 
·                    Keadaan ini telah membangkitkan kebencian penduduk terhadap British


            Perkembangan sistem pendidikan

·                    Melahirkan golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsa
·                    Menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan   menolak penjajahan British
·                    Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu
·                    Mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak  penjajahan

            Dasar British dalam sistem pentadbiran

·                    Menggalakkan sesiapa sahaja datang ke Tanah Melayu
·                    Untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu
·                    Ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini
·                    Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu
·                    Ini menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan
·                    Orang asing menguasai bidang perlombongan, perladangan getah dan perniagaan.
·                    Orang Melayu kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan   oleh British
·                    British membuka bandar baru sebagai pusat pentadbiran
·                    Orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala    
                        kekurangan
·                    Kemajuan ekonomi seperti perniagaan/prasarana / elektrik / perkhidmatan pos/telefon/sekolah/hospital
·                    Telah meningkatkan taraf hidup di bandar
·                    Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran lain di bandar
·                    Dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu
·                    Golongan intelek Melayu menjadikannya sebagai isu gerakan nasionalisme


Pendudukan Jepun menjadi pemangkin terhadap gerakan  nasionalisme.

·                    konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara negara Asia
·                    Untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan dalam kalangan negara tersebut
·                    Jepun menggalakkan orang tempatan bekerjasama/berjanji untuk memerdekakan Tanah Melayu
·                    Kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan/ubat-ubatan /kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan oleh kuasa Barat atau Timur
·                    Semua penjajah tetap zalim/menekan kehidupan orang tempatan
·                    Kesannya, apabila British memperkenalkan Malayan Union tahun    1946, orang Melayu menentang
·                    Mereka tidak mahu dijajah oleh sesiapa pun


            Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari tahun 1945   membangkitkan semangat menentang penjajah

·                    PKM menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam
·                    Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap penyokong Jepun
·                    Gerakan ini mencetuskan konflik perkauman
·                    Banyak orang Melayu terbunuh/rumah dibakar oleh anggota PKM
·                    Dibalas oleh orang Melayu di Perak/Johor Sembilan/Pahang

            Kemunculan mesin cetak

·                    Memberikan kesan kepada penyebaran ilmu  pengetahuan
·                    Mendorong kepada penentangan terhadap British
·                    Melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain, idea menentang penjajah dapat disebarkan



            Gerakan Pan-Islamisme Sedunia memberi kesan terhadap kesedaran
semangat kebangsaan

·                    Merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam
·                    Bertujuan untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam
·                    Gerakan reformis oleh Syed Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir telah tersebar luas
·                    Dalam tulisannya, beliau memberikan kupasan bahawa Islam ialah   cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat
·                    Islam juga mendorong umatnya menuju kejayaan
·                    Tulisannya disebarkan dalam majalah  al-Manar
·                    Gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama



            Kesedaran Politik Serantau

·                    Indonesia yang rapat dengan Tanah Melayu(geografi) dan budaya   telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
·                    Kesedaran politik dan pendidikan Indonesia yang lebih matang telah melahirkan ramai golongan intelektual
·                    Penulis yang hebat telah menghasilkan karya yang menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu
·                    Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan telah tersebar luas dan dihayati oleh penduduk tempatan
·                    Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan penerimaan unsur kegiatan nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu


GERAKAN ISLAH DI TANAH MELAYU

Maksud Gerakan Islah

·                    Gerakan Islah adalah satu gerakan pemulihan yang berusaha membetulkan pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam.
·                    Ia bertujuan untuk memajukan umat Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan Hadis.
·                    dipimpin oleh Kaum Muda setelah tamat belajar di Universiti al-Azhar di Mesir

Tokoh-tokoh /pelopor

·                    Sheikh Tahir Jalaludin
·                    Syed Syeikh al-Hadi
·                    Dr. Burhanuddin al-Helmy
 

             Matlamat / tujuan / isu

·                    menyampaikan idea mereka demi kemajuan umat Islam selaras dengan kemajuan dunia pada waktu itu.
·                    Memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.
·                    Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Melayu
·                    Mengkritik raja yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu.
·                    Mengkritik pembesar Melayu yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu.


            Akhbar/ Majalah

·                    Al-Imam          Neracha           Edaran Zaman             Pengasuh         Saudara

Tokoh-tokoh

Sheikh Tahir Jalaluddin

·                    Tokoh gerakan Kaum Muda.
·                    merupakan seorang tokoh yang menjadi pendukung kepada akhbar al-Imam
·                    menulis dalam majalah al-Manar.

Syed Syeikh al-Hadi

·                    tokoh gerakan Kaum Muda
·                    menubuhkan Jelutung Press
·                    menerbitkan majalah Saudara.
·                    mendirikan madrasah al-Masyhor di Pulau Pinang
·                    mengarang Novel Hikayat Faridah Hanum.

Halangan/Tentangan

·                    Perjuangan Kaum Muda ini telah ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri daripada golongan alim ulama dan telah lama menguasai masyarakat dengan fahaman lama mereka.
·                    Bagi mereka Islam itu hanyalah akhirat dan fardu ain semata-mata sehingga sukar untuk Kaum Muda mempengaruhi masyarakat Melayu megenai ajaran Islam yang sebenarnya.
·                    Gerakan gologan Kaum Muda ini tidak dapat bergerak dengan baik di negeri-negeri Melayu kerana terdapat beberapa undang-undang yang menghalang pengaruh Kaum Muda.
·                    Undang-undang tersebut tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran Sultan.
·                    Risalah dan Buku karya tokoh-tokoh Kaum Muda juga dilarang di bawa masuk ke negeri-negeri Melayu.
·                    Tekanan British dan Kaum Tua tidak dapat menghalang sepenuhnya Gerakan Islah dalam masyarakat Melayu, terutamanya dalam bentuk pendidikan.

Sumbangan

•                     Beberapa buah madrasah telah ditubuhkan oleh kaum Muda yang menjalankan sistem pendidikan Islam.
•                     Pendidikan tersebut meliputi pendidikan untuk dunia dan akhirat seperti fardu ain, ilmu hisab dan bahasa Inggeris.
•                     Kaum perempuan juga diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan.


Akhbar, Majalah Dan Novel ; Penggerak Kesedaran Kebangsaan

·                    Akhbar, majalah dan Novel  memainkan peranan yang penting dalam melahirkan semangat kebangsaan di Tanah Melayu.
·                    Salah seorang penulis terkenal pada tahun 1920-an ialah Zainal Abidin bin Ahmad ( Zaa’ba ) yang merupakan seorang tokoh bahasa, pemikir dan cendekiawan ulung Melayu.
·                    Antara karya yang terkenal yang dihasilkan oleh Za’ab ialah Ilmu Mengarang Melayu dan Pelita Bahasa Melayu.
·                    Pada tahun-tahun 1930-an muncul pula tokoh-tokoh seperti Dato’ Onn Ja’afar dan Abdul Rahim kajai.
·                    Tulisan mereka telah membangkitkan kesedaran untuk memajukan diri dan bersatu padu, di samping mengkritik dasar-dasar British yang menekan orang Melayu.
·                    Akhbar, majalah dan novel yang dihasilkan pada ketika itu ialah untuk menyedarkan dan seterusnya memajukan bangsa Melayu.

Akhbar

·                    Warta Melayu             Lembaga Malaya         Majlis Utusan Melayu
·                    Warta Negara              Fajar Sarawak            

Akhbar dan Isu yang dibangkitkan

Sosial/Pendidikan

·                    Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu.
·                    Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
·                    Menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap negative seperti memilih kerja dan tidak mahu berusaha
·                    Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak.
·                    Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan kerja tangan
·                    Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu
·                    Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi
·                    Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.
·                    Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu

Aspek ekonomi

·                    Kurangkan kemasukan pedagang luar yang mengancam ekonomi tempatan
·                    Galakkan orang Melayu terlibat dalam aktiviti ekonomi
·                    Melarang orang Melayu daripada menjual tanah mereka
·                    Menyeru orang Melayu supaya berjimat cermat
·                    Meminta British mengadakan kampong Khas orang Melayu di Kuala Lumpur
·                    Manakala isu-isu yang dibangkitkan oleh akhbar dari aspek politik ialah
·                    Mengkritk British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
·                    Mengkritik para pembesar dan raja-raja Melayu kerana tidak melaksanakan -kemajuan kepada masyarakat Melayu
·                    Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.
·                    Menuntut diadakan Malay Administrative ( M.A.S) untuk melindungi orang -Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.
·                    Menyeru orang Melayu di seluruh Tanah Melayu supaya bersatu dalam sebuah -pertubuhan kebangsaan
·                    Menentang tuntutan orang luar terhadap politik tempatan


Majalah

Pengasuh

·                    Majalah pengasuh  ini telah membangkitkan isu berikut:
·                    Membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah
·                    Menggalakkan pendidikan dikalangan orang Melayu
·                    Memperluaskan ilmu dalam semua bidang
·                    Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam
·                    Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk

Guru

·                    Pada tahun 19 24, Majalah Guru telah diterbitkan dan pengarangnya terdiri daripada Muhamad Dato’ Muda Linggi, Yusuf Ahmad dan Mohd Sidin Rashid.
·                    Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh Majalah Guru ialah ;
·                    Memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak Melayu
·                    Menyeru perpaduan di kalangan orang Melayu.
·                    Meniupkan semangat Cinta Negara dan menentang penjajahan
·                    Membaiki taraf hidup orang Melayu
·                    Memajukan bahasa dan sastera Melayu
·                    Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa.
·                    Pada tahun 1930, Majalah Bulan Melayu telah diterbitkan oleh Zainon Sulaiman.
·                    Majalah Bulan Melayu ini telah membincangkan isu-isu berikut:
·                    Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor.
·                    Menggalakkan wanita mendapat pendidikan untuk kemajuan diri
·                    Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur
·                    Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa.

Novel 

·                    Novel-novel yang banyak menyempaikan mesej-mesej kesedaran bangsa ialah :
·                    Keris Melaka yang dikarang oleh Ahmad Bakhtiar
·                    Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad
·                    Putera Gunung Tahan oleh Ishak Haji Muhammad
·                    Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid

Keris Melaka Ahmad Bakhtiar

·                    Semangat perjuangan menentang penjajah Barat
·                    Sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah
·                    Gunakan Sejarah sebagai ispirasi dan pedoman untuk mendorong semangat perjuangan bangsa bagi generasi muda

Anak Mat Lela Gila- Ishak  Haji Muhammad

·                    Semangat anak muda menentang penjajah
·                    Hargai warisan bangsa
·                    Semangat cintakan tanah air
·                    Maruah bangsa lebih berharga daripada kesenangan

Melor Kuala Lumpur- Harun Aminurrashid

·                    Emansipasi wanita
·                    Kepentingan pendidikan moden di kalangan wanita Melayu
·                    Membuang pandangan negative yang boleh menghalang kemajuan bangsa


Persatuan Sahabat Pena Malaya ( PASPAM )

·                    Persatuan Sahabat Pena Malaya ( Paspam ) telah ditubuhkan pada 7 April 1934, bertujuan untuk membaiki kedudukan ekonomi dan sosial orang Melayu.
·                    Paspam ialah sebuah bertubuhan yang berlandaskan sastera, tetapi ia cuba menyatupadukan orang Melayu, Sabah dan Sarawak.
·                    Persatuan ini telah dipimpin oleh cendekiawan Pulau Pinang seperti S.M Zainal Abidin B.A
·                    Melalui pertubuhan ini orang Melayu dapat berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri dan bangsa.
·                    Ia juga dapat menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu di seluruh Semanjung Tanah Melayu.
·                    Paspam telah mendapat sambutan yang hangat kerana organisasinya adalah lebih kemas dan mempunyai perlembagaannya sendiri.
·                    Paspam adalah merupakan asas kepada kesedaran perpaduan Melayu.



Kesatuan Melayu Muda ( KMM )

·                    KMM dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob bersifat politik
·                    Bersifat radikal dan anti-penjajah British
·                    Keanggotaan terdiri daripada lepasan MPSI Tanjung Malim,Perak
·                    Menggalakkan pepaduan di kalangan pemuda melayu
·                    Meningkatkan tahap pendidikan orang melayu
·                    Semasa pendudukan Jepun KMM telah bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu
·                    KMM menjadi alat propaganda Jepun dengan membeli akhbar Warta Malaya
·                    Ahli KMM telah mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapatkan sokongan
KMM telah menubuhkan cawangannya di Maahad  Ihya Assyariff di Gunung Semanggol untuk melatih kader-kader yang dikenali tentera semut



Tiada ulasan:

Catat Ulasan