Selasa, 9 April 2013

NOTA SEJ BAB 8 T5


BAB 8 :       PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK
KESEJAHTERAAN

1.         Cadangan Laporan Barnes :
•          semua sekolah vernakular Melayu,Cina dan Tamil dibubarkan         
•          Digantikan dengan sekolah kebangsaan                                            
•          Pada peringkat sekolah rendah bahasa pengantar ialah bahasa Melayu
•          Pada peringkat  sekolah menengah dan peringkat yang lebih tinggi bahasa pengantar  ialah bahasa Inggeris
•          Tentangan terhadap Laporan Barnes  -  masyarakat Cina menganggap bahasa ibunda mereka akan tergugat

2          Cadangan laporan Fenn-Wu          

·                    Sekolah vernakular Cina terus kekal dan bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan
3          Cadangan Ordinan Pelajaran 1952            :          

•          Dua sistem persekolahan yang menggunakan dua bahasa pengantar iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu                                                                       
•          Pengajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan sekiranya ada permintaan daripada ibubapa                                                                         
•          Bahasa Melayu diwajibkan diajar di sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris diwajibkan diajar di sekolah Melayu                                              
•          .Masalah dalam pelaksanaan Ordinan Pelajaran - Tentangan masyarakat Cina          , Tentangan masyarakat dan India , kekurangan kewangan dan ancaman komunis
4          Dua elemen penting Penyata Razak untuk memupuk perpaduan                                  •           Sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk
•          Penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan

5          Cadangan Penyata Razak :                                                                                                
•          Penubuhan sekolah umum ( rendah ) yang menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar
•          Sekolah menengah melayu menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar
•          Sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
•          Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan diajar di semua sekolah

6          Syor/Cadangan Laporan Rahman Talib 1960                                                                  
•          sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan                                          
•          sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan
•          pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa mengira keturunan dan agama                        
•          sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar kapada bahasa Melayu
•          Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah
•          Pelajaran agama Islam diajarkan di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang  mempunyai tidak kurang 15 pelajar Islam        
•          Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat  sekurang-kurangnya 15 orang pelajar
•          Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan

7          Kajian Aminudin Baki :                                                                                                      
•          sistem persekolahan aneka jurusan diperkenalkan                             
•          menyediakan pelajaran  pada peringkat menengah rendah sehingga berumur 15 tahun
•          memberikan pelbagai kursus kemahiran untuk melahirkan tenaga kerja mahir sebagai persediaan untuk pasaran kerja
•          kursus kemahiran yang diajarkan ialah perdagangan , sains rumah tangga , seni perusahaan dan sains pertanian
•          mata pelajaran wajib adalah seperti yang diajarkan di sekolah menengah biasa
8          Jawatankuasa Kabinet 1974

            Objektif  penubuhan Jawatankuasa Kabinet 1974 :

·                    menilai sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan yang sedia ada dapat  melahirkan sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh negara            
·                    mengenalpasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih
Kandungan Laporan  Jawatankuasa Kabinet 1974:

•          penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira ( 3M )
•          kenaikan darjah secara automatik
•          penekanan terhadap sekolah vokasional
•          sukatan pelajaran sekolah swasta
•          bahasa melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan
•          penekanan terhadap kokurikulum dan disiplin sebagai asas perpaduan

            Kesan Laporan Jawatankuasa Kabinet :

•          pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) 1982
•          pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM ) 1988
•          penekanan perkembangan diri pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani  dan intelek

9          Kandungan/ Penekanan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan :
•          memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
•          melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
•          melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketerampilan , berakhlak mulia, bertanggungjawab , berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
•          memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

AKTA BAHASA KEBANGSAAN
Langkah/Usaha/Cara Memajukan Bahasa Melayu

•          Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka                                            
•          Pelancaran Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa
•          Pelancaran slogan “ Minggu Bahasa “ dan “ Bulan Bahasa              
•          Penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seperti Sekolah Alam Syah               
•          Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967                                      
•          Menukarkan bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat                                               
•          Penubuhan Universiti Kebangsaan pada 1977                                  
•          Mulai 1982 bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan bahasa Inggeris                                                    
•          Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah pada tahun 1990
           
Dasar Kebudayaan Kebangsaan

            Sejarah penubuhan :

·                    Lahir daripada gagasan Kongres kebudayaan Kebangsaan yan dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan pada tahun 1971
            Tujuan Dasar Kebudayaan digubal :        
•          Menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia    
•          Bertujuan memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan                 
•          Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
•          Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan
•          Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek kerohanian
•          Mempertingkat  kualiti kehidupan seimbang dengan pembangunan sosio ekonomi
Tiga Prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan  :

•          kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang
•          unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
•          Islam sebagai unsur yang terpenting

SUKAN UNTUK PERPADUAN

Usaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan generasi baru negara kita

•          penyertaan dalam sukan tanpa mengira ideologi       
•          dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat
•          aktiviti sukan tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja
•          aktivit sukan membuka peluang seluas-luasnya kepada mereka yang berminat pada peringkat sekolah, sukan merupakan aktiviti sukan yang digalakkan
•          Majlis Sukan sekolah-sekolah ditubuhkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan                                                                               
•          Temasya Sukan Malaysia ( SUKMA ) diadakan dua tahun sekali    
•           SUKMA dapat mengeratkan perpaduan antara kaum / hubungan antara negeri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan