CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 9 April 2013

NOTA SEJ BAB 4 T5


BAB 4 : PEMBINAAN  NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA


( a )     Faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
                       

·                    Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union di bawah
Pimpinan Dato’ Onn Ja’afar
·                    Perpaduan di kalangan orang Melayu yang terdiri daripada golongan
Raja dan rakyat
·                    Perpaduan mereka dapat mengatasi pihak yang menyokong Malayan           Union
·                    Keupayaan orang Melayu memujuk British
·                    Orang Melayu mendesak British menghidupkan semula dasar          perlindungan terhadap orang Melayu
·                    Desakan ini meyakinkan British membatalkan Malayan Union
·                    Sokongan bekas pegawai tinggi British mendorong British   membentuk     Persekutuan Tanah Melayu seperti Sir Frank Swettenham dan Sir Cecil        Clementi
·                    Sokongan daripada pegawai tinggi British seperti Sir Malcolm Mac
·                    Donald dan L.D. Gammans menggantikan Malayan Union 
·                    Sikap politik orang Melayu yang sederhana dengan menulis dalam
·                    akhbar,  berdemonstrasi, berkongres, memujuk Raja-Raja Melayu
·                    Mereka juga tidak menentang secara kekerasan (tidak mengangkat
senjata)
·                    British tertarik dengan cara UMNO
·                    Orang Melayu melalui UMNO tidak menuntut kemerdekaan
·                    tetapi hanya menuntut rundingan menolak Malayan Union
·                    British bimbang orang Melayu akan dipengaruhi oleh gerakan radikal          seperti PKMM, API, AWAS dan BATAS
·                    Piagam Atlantik 1945 meminta negara-negara kolonial memberikan
·                    latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan


(b)       Langkah-langkah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948

·                    Bantahan orang Melayu menyebabkan British membatalkan Malayan Union
·                    British menubuhkan Jawatankuasa Ekskutif
·                    Jawatankuasa ini dianggotai oleh 12 orang ahli yang terdiri daripada pegawai kanan British, pemimpin UMNO dan wakil Raja-Raja Melayu
·                    Jawatankuasa Ekskutif mengadakan mesyuarat di King’s House, Kuala Lumpur
·                    Orang Melayu mengemukakan lima tuntutan dalam rundingan dengan  British
·                    Tuntutan itu ialah menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, menolak kerakyatan terbuka, meminta dasar perlindungan terhadap Negeri-Negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan
·                    Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri Melayu perlu diakui semula
·                    Perundingan ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal Melayu
·                    Golongan radikal Melayu dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy
·                    Mereka berpendapat  Jawatankuasa Ekskutif tidak mewakili semua kaum
·                    Mereka menuntut konsep sebuah republik dan kemerdekaan penuh
·                    Golongan radikal menubuhkan AMCJA dan PUTERA bagi menentang British dan UMNO
·                    Mereka mengadakan ceramah politik, demonstrasi dan mogok
·                    Mereka mencadangkan Perlembagaan Rakyat
·                    British menubuhkan Jawatankuasa Perunding bagi mendapatkan pandangan dalam menyediakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
·                    Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 21 Januari 1948

(c)        Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh golongan radikal Melayu
melalui Perlembagaan Rakyat

·                    Singapura disatukan dengan Tanah Melayu
·                    Sebuah Kerajaan Pusat dan Majlis-Majlis Negeri dipilih
·                    Raja Melayu mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab kepada rakyat
·                    Kedudukan istimewa orang Melayu dikembalikan
·                    Adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu
·                    Kerakyatan yang sama rata
·                    Merah dan putih menjadi warna bendera Tanah Melayu
·                    Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
·                    Pertahanan dan hal ehwal luar negeri menjadi tanggungjawab British dan Tanah Melayu
·                    Warganegara Tanah Melayu dinamai Melayu

(d)       Ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

·                    Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri
·                    Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
·                    Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan
·                    Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk
·                    Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu
·                    Syarat kerakyatan diperketatkan.
·                    Kerakyatan jus soli hanya untuk Rakyat Raja Melayu dan Rakyat British    sahaja
·                    British mengiktiraf semula ketuanan Melayu
·                    Institusi raja dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang       jelas



(e)        Ciri-ciri pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948

·                    Perkongsian kuasa antara Majlis Raja-Raja dengan Pesuruhjaya Tinggi
di peringkat pusat
·                    Pesuruhjaya Tinggi dibantu oleh Majlis Eksekutif dan Majlis
Perundangan   Persekutuan
·                    Sultan menjadi ketua negeri
·                    Sultan berkuasa melantik Menteri Besar
·                    Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri
·                    Menteri Besar dibantu oleh Majlis Eksekutif Negeri dan Majlis        Perundangan Negeri

(f )       Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 .
                                                           
·                    Persekutuan Tanah Melayu menjadi asas pentadbiran negara selepasnya
·                    Perkongsian kuasa antara Majlis Raja-Raja dengan Pesuruhjaya
            Tinggi pada peringkat pusat
·                    Bidang kuasa dan kedudukan Raja-Raja Melayu dipulihkan
·                    Pada peringkat negeri, Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa
            melantik Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri
·                    Mengasaskan sistem pembahagian kuasa antara kerajaan pusat
            dengan kerajaan negeri
·                    Terbentuk Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
·                    Syarat kerakyatan diperketatkan
·                    British mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan       Persekutuan Tanah Melayu
·                    Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan
kedudukannya jelas dalam pentadbiran
·                    Setiap negeri Melayu mengadakan perjanjian dan perlembagaan bertulis      dengan British dikenali sebagai Undang-undang Tubuh Negeri
·                    Penerusan dasar perlindungan British terhadap kedudukan istimewa
orang Melayu
·                    Status quo Negeri-Negeri Melayu dilindungi
·                    Agama Islam dan adat istiadat Melayu teras ketuanan bangsa Melayu
·                    Prinsip yang dicadangkan oleh UMNO dan Raja-Raja Melayu menjadi       undang-undang bertulis
·                    Perkara ini menjadi asas kepada Kontrak Sosial antara British dengan         Raja-Raja Melayu dan orang Melayu



(g)       Tokoh-Tokoh Penggerak Persekutuan Tanah Melayu  & Peranannya

            Raja-Raja Melayu

·                    Sultan Badlishah(Kedah)
·                    Sultan Abdul Aziz(Perak)
·                    Sultan Ibrahim(Johor)
·                    Mereka menuntut supaya kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan seperti      sebelum tahun 1941
·                    Perlindungan kepada rakyat Melayu sebagai Rakyat Raja Melayu juga        patut dikekalkan
·                    Mereka tidak menolak kehadiran British tetapi menuntut supaya kuasa        mereka, perlindungan terhadap orang Melayu dan hal ehwal ketuanan         Melayu dipelihara

            Pembesar Tempatan

·                    Dato’ Onn Jaafar(Menteri Besar Johor & Yang Dipertua UMNO)
·                    Dato’ Nik Ahmed Kamil(Menteri Besar Kelantan)
·                    Mereka bertindak sebagai penasihat kepada raja
·                    Bersama-sama mendukung idea penubuhan Persekutuan Tanah Melayu       1948
·                    Bersama Raja-Raja Melayu mencadangkan dan mendesak British    melindungi kepentingan orang Melayu beserta Raja-Raja Melayu
·                    Kerjasama mereka membolehkan prinsip-prinsip politik, pentadbiran,           agama Islam dan bahasa Melayu serta pengekalan institusi Raja Melayu       berjaya dimasukkan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948

8 ulasan:

  1. Notes lah stupid chong jyy shyan mei chong

    BalasPadam
    Balasan
    1. How many times to tell u idiot
      Got no brain ah??
      Go and fuck some more

      Padam
  2. Tiada ke tuntutan orang melayu dalam penggubalan perjanjian persekutuan tanah melayu

    BalasPadam
  3. Sejauh manakah konsep "aur dengan tebing" dalam kalangan Raja-Raja Melayu dan para pemimpin Melayu yang dapat merialisasikan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

    BalasPadam