Sabtu, 20 April 2013

Contoh hasil kajian - penternakan itik/ telur asin


1 Maklumat Asas

1.1.            Nama/jenis kegiatan ekonomi

Kegiatan ekonomi yang saya kaji ialah penternakan itik telur yang diusahakan oleh Encik Mohamadiah Bin Hashim .

1.2.            Sejarah/asal usul kegiatan ekonomi

Penternakan itik telur  ini telah dimulakan oleh Encik Mohamadiah Bin Hashim   dan Puan Yasmin Bt Abdullah  mulai tahun 1998. Pada masa tersebut beliau mengusahakan ternakan itik kira-kira 100 ekor .Beliau menternak itik  di bahagian  tepi rumahnya dengan keluasan  kira-kira suku ekar.

1.3.            Lokasi/tempat kajian
Lokasi atau tempat kajian ini dijalankan ialah di Kg Sawah Laku, Bukit Kepong Muar  Johor .
Lukiskan peta mudah seperti peta pada kad kerja kahwin tetapi detail sedikit yang menunjukkan arah  mana lokasi rumah Encik Mohamadiah  tu berada . Peta ini boleh diletakkan di bahagian 1.3 ini. Besar peta inisatu muka surat.

1.4.            Pihak yang mengusahakan/individu/ kelompok masyarakat yang mengusahakan

Penternakan itik ini  turut juga dijalankan oleh penduduk kampung ini di kawasan Kg Kecik Bukit Kepong iaitu kira-kira 6 kilometer dari rumah ini. Ada juga seorang pengusaha dari Kg Baru Batu 28 Lenga iaitu Encik Zainuddin Bin Jamal mengusahakan penternakan yang sama dengan beliau.  Bagi tujuan kerja kursus ini saya memilih Encik Mohamadiah Bin Hashim   kerana beliu merupakan antara orang yang lama  terlibat dengan penternakan itik telur  di kampung ini selain jarak rumahnya dengan rumah saya yang berdekatan bagi membuat kajian kerja kursus ini.

2.             Latar Belakang

2.1.            Tujuan dijalankan

Encik Mohamadiah  pada mulanya menternak itik  untuk digunakan sebagai sumber  makanan dan masakan sendiri. Penternakan itik telur ini  dilakukan kira-kira 100 ekor sahaja  pada peringkat awal. Encik Mohamadiah menggunakan itik telur  untuk membuat telur asin .

2.2.            Proses/cara pelaksanaan

Penternakan itik telur ini  sangatlah mudah kerana ianya tidak memerlukan perbelanjaan yang besar,keluasan tanah , modal, pekerja dan peruntukan masa bekerja yang banyak. Hal ini demikian kerana proses awal penternakan itik ialah penyediaan  atau pembelian benih itik  .

Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam.
2.2.3. PEMILIHAN BAKA
Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anak-anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya hendaklah diperolehi.
Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:-
  1. mempunyai daya hidup yang tinggi
  2. bebas dari kecacatan
  3. penghasilan telurnya adalah baik (kira-kira antara 260 – 300 biji setahun)
  4. menghasilkan telur yang berkualiti
  5. berat antara 65 – 75 gm sebiji
  6. kulit telur adalah keras
  7. warna kuning telur kemerah-merahan
  8. saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 – 1.8 kg
  9. ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.
Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Taiwan dan Australia.
2.2.4. PERUMAHAN DAN PERALATAN
Rumah itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:-
·         Peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis itik
·         Saiz rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jangan membina rumah itik dengan terlalu sempit atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3 – 4 kaki persegi.
·         Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih kurang 3 kaki dari paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan lapang. Tujuan pintu ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur dimerata-rata yang boleh menyebabkan telornya kotor dan hilang.
·         Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.
2.2.5. PERALATAN
Induk palsu antaranya:
·         Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah,
·         Bekas makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam)
·         Sarang bertelur
·         Lain-lain seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh makanan dan sebagainya
2.2.6. PEMAKANAN
Satu lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ialah pemakanan. Pemakanan adalah faktor yang boleh dikawal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Dari segi ekonominya pula makanan akan menentukan kos pengeluaran. Oleh itu penternak mestilah pandai menilai jenis-jenis makanan yang baik danmenjimatkan perbelanjaan di dalam mengendalikan projek.
Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur.
·         Makanan komersil
·         Makanan campuran sendiri
1.Makanan Komersil
Ialah makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang mana ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis ternakan
Semasa itik berumur 0-2 minggu makanan yang digunakan ialah jenis Duck starter , bagi usia 2-3 minggu ialah campuran antara duck starter dengan duck grower . Pada usia itik 4 hingga 6 minggu makanan yang sesuai diberikan ialah jenis duck grower manakala pada usia 16 minggu dan semasa bertelur itik diberikan makan jenis layer.

Berat makanan yang diberikan ialah berasaskan usia itik telur tersebut. Bagi usia di bawah 4 minggu itik makan lebih kurang 1.2  hingga 1.6 kilogram , 5 hingga 22 minggu ialah kira-kira 11.0 hingga 11.8 kilogram. Bagi itik yang berusia lebih 22 minggu mereka diberikan kira-kira 160 hingga 170gram makanan bagi setiap ekor.

Sesetengah penternak itik menggunakan makanan yang dicampur sendiri untuk diberikan kepada itik peliharaan mereka. Satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan itik boleh diambil kerana ianya murah dan mudah serta mudah diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan itik. Antara bahan yang digunakan ialah beras hancur , dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer premix vitamin dan galian , batu kapur, jagung , synthetic pigment dan lain-lain.

Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg.

2.2.7. KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT
Itik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah dilakukan bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit iaitu:-
  1. Menjaga kebersihan ladang setiap masa
  2. Memberi makanan yang baru bermutu dan tidak berkulat
  3. Memberi air bersih. Air yang mengandungi ubat ” antistress” harus diberi pada umur itik 1 – 3 hari.
  4. Itik yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun di takai
  5. Mencuci reban dengan pembasmi kuman seperti lysol, lindoress sebelum ketibaan anak- anak itik yang baru
  6. Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.
2.2.8. KEPERLUAN CAHAYA
Cahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya boleh didapati dari cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan iaitu lampu pada malam hari.
2 sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:-
·         Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang mudah terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana gelap.
·         Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telur
Itik-tik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 16 jam cahaya secara terus menerus. memandangkan tempoh cahaya pada waktu siang ialah lebih kurang 12 jam maka, adalah dicadangkan supaya tambahan 3 – 4 jam lagi boleh diperolehi dari cahaya lampu yang dipasang di dalam bangsal.
·         Keperluan cahaya/kuasa lampu letrik ialah sebanyak 250 watt/1000 kaki persegi.
·         Jarak di antara lantai dengan lampu letrik ialah 7 kaki
·         Jika perlu penternak boleh menggunakan suis jangka (time switch) bagi memudahkan pengurusan cahaya lampu ini.


Galeri Penternakan itik Muscovy
t_itik.gif
Ruang yang mencukupi bagi ternakan itik samaada didalam atau diluar reban

Sistem keselamatan dilengkapi dengan kawasan ternakan yang berpagar.
t_ternakan.gif
Antara bangsal ternakan itik muscovy.
t_anakdikdik.gif
Benih anak itik dimasukkan secara berperingkat bagi tujuan kawalan pengeluaran dan pemasaran.
Pemasukan benih dengan 3 peringkat kemasukan tiap satu berjumlah 1,000 ekor
t_itikmesini.gif
Kemudahan, pengawasan dan penyeliaan ternakan adalah dibantu oleh kakitangan Jabatan Veterina Daerah.

Pemasaran dan pasaran dirancang dengan kerjasama jabatan dan pemborong pihak FAMA

Pengangkutan dan pemasaran adalah sistem yang disediakan bagi menjamin kelangsungan projek.


( di sini anda boleh memasukkan gambar proses awal sebelum dan semasa itik ini diternak, dijaga  , membesar dan mengeluarkan telur. Gambar ini boleh diambil daripada internet untuk menunjukkan perjalanan proses penternakan  dijalankan – kalau boleh step by step. Pada bahagian bawah gambar tuliskan apa maklumat yang anda ingin nyatakan pada gambar yang kita ambil tu . kalau kita ada kamera boleh ambil gambar masa jumpa dengan orang yang bela itik  tu.)

2.3.            Peralatan/kaedah yang digunakan

2.3.1.                   PENGURUSAN
Pengurusan yang cekap menitikberatkan segala aspek pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos pengeluaran yang minima. Aspek-aspek ini melibatkan pengendalian:
·         Persediaan sebelum ketibaan anak itik
·         Pemeliharaan semasa perindukan
·         Pengurusan semasa membesar
·         Pengurusan semasa bertelur
Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik
·         Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat boleh memuatkan 500 ekor anak itik)
·         Sediakan abuk papan/jerami padi di dalam pembentung setebal 3 – 4 inci.
·         Sediakan air minum dan pasangkan alat pemanas 2 – 3 jam sebelum anak itik sampai.
Pemeliharaan Semasa Perindukan
·         Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam baharulah anak itik boleh diberi makan.
·         Masa perindukan adalah selama 20 – 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti biasa. Lihat taburan anak itik untuk menentukan tahap kepanasan yang diperlukan.
·         Beri antistress selama 3 hari.
·         Beri makanan duck starter crumble tanpa had
·         Pembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah bilangan bekas makan dan minum ikut kesesuaian.
·         Pastikan alas lantai sentiasa kering dan balik-balikan.
Pengurusan Semasa Membesar
·         Keluarkan alat pemanas dan pembentung
·         Tukarkan bekas makan dan minum dengan bekas yang besar
·         Alas lantai (habuk papan) hendaklah sentiasa kering
·         Beri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 – 2800k/cl
·         Timbang 2 – 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk menentukan berat .
·         Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal sukatan makanannya supaya tidak terlalu gemuk sehingga tidak boleh bertelur.
Pengurusan Itik Semasa Bertelur
Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 – 22 minggu. Oleh itu :-
·         Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 2600 – 2900 k/cl.
·         Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 – 5 minggu sebelum bertelur.
·         Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 – 170 gm sehari /ekor.
·         Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan sayuran elok dicampur sama
·         Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri)
·         Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik)
·         Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rata
·         Pungut telur setiap pagi sebelum diberi makan
·         Semak keperluan cahaya mengikut umur itik


( masukkan gambar orang menjaga itik  )
Masukkan gambar itik  – kecik sampai besar – boleh ambil dari internet  )


2.4.            Produk yang dihasilkan

Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik ialah :-
Telur Itik Segar
Boleh dijual kepada pemborong atau kedai membuat kek tempatan atau orang perseorangan. Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur Ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche) Telur yang bermutu di pasaran ialah di antara 13.6 – 15.0.
Telur Masin
·         Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan lama. harganya adalah lebih baik dari telur segar.
Produk yang dihasilkan ialah telur asin ( boleh ambil gambar telur asin daripada intenet . masukkan kat sini , tuliskan  maklumat  gambar tu. )

3.             Sumbangan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat


3.1.            Sumber pendapatan
Dengan mengusahakan penternakan itik ini Encik Mohamadiah  dapat menambah pendapatan keluarga beliau. Pada masa sekarang purata jualannya ialah sekitar  400 – 500 biji sebulan . Setiap biji telur asin ini dijual kepada pemborong dengan harga  RM 0.40 . Jadi pendapatan kasr daripada jualan telur asin  ini ialah sebanyak RM 160 hingga RM 200  sebulan .

3.2.            Memenuhi permintaan

Encik Mohamadiah  juga memenuhi permintaan masyarakat setempat untuk jamuan tertentu, kenduri kendara dan majlis perkahwinan. Beliau menyatakan bahawa tempatah dibuat mengikut jumlah tertentu sebelum majlis tersebut berlangsung. Beliau menyatakan anggaran tempahan telur asin  untuk majlis di atas ialah sekitar 50  ke 100  biji .
( masukkan gambar bunga telur daripada telur asin kat sini )

3.3.            Pembangunan kawasan setempat

Penglibatan penduduk kampung ini dalam penternakan itik  lain-lainnya telah menyebabkan kawasan ini dapat membangun dengan beberapa jenis perusahaan kecil dan sederhana.

3.4.            Peluang pekerjaan

Penternakan itik dan perushaan telur asin ini  tidak menyediakan peluang pekerjaan kerana dilakukan oleh beliau dan isterinya sahaja. Ianya pula dilakukan pada waktu lapang dan mengikut masa tertentu sahaja.


4.             Prospek

4.1.            Cabaran/kekangan yang dihadapi

Encik Mohamdiah  menyatakan bahawa beliau menghadapi masalah berkaitan dengan keluasan tapak ternakan . Beliau tidak memiliki kawasan tanah lapang yang sesuai dijadikan tapak menternak itik

Masalah lain yang beliau hadapi ialah kos makanan itik yang semakin meningkat . Kos makanan itik akan bertambah jika sekiranya beliau berhajat untuk menambah jumlah ternakan itiknya.

4.2.            Penglibatan pihak luar/galakan kerajaan atau swasta

Proses penternakan itik  ini  memerlukan bantuan dan nasihat daripada pihak jabatan haiwan kerana proses awalnya sedikit rumit dan memerlukan kaedah penjagaan tertentu. Hal ini demikian kerana terdapat beberapa penternak itik yang gagal mengeluarkan telur akibat cara pemakanan itik yang tidak sesuai. Ianya meyebabkan pengeluaran awal telur tidak dapat dikekalkan jumlahnya secara berpanjangan . Keadaan itik yang tidak mudah sakit menyebabkan usaha menjaga dan emmelihara itik ini sedikit mudah
( boleh masukkan mana yang sesuai galakan daripada badan atau agensi kerajaan dalam memastikan kejayaan usahawan / ternakan/ pertanian dll dapat dijayakan dengan lebih baik / kalau ada gambar lawatan daripada pegawai pertanian/ haiwan melawat reban itik lagi baik)

4.3.            Reaksi/penerimaan masyarakat

Masyarakat di kampung ini menternak itik untuk  keperluan sendiri terutama untuk masakan  harian .
( boleh masukkan kejayaan yang dicapai oleh pengusaha sepanjang dia mengusahakan tanaman/ ternakan/ usaha selama ini – terutama daripada segi sambutan/ kepercayaan pelanggan terhadap keluaran nya dsb )

4.4.            Saranan dan harapan

Encik Mohamadiah mengharapkan agar beliau dibantu daripada segi pajakan tanah untuk meluaskan penternakan itik / menambah jumlah belaan ) .

( boleh masukkan keperluan bantuan daripada pihak kerajaan daripada segi modal/ benih/ baja / sokongan input pertanian yang lain / bantuan kandang/ dll yang berkaitan ke arah membesarkan lagi perushaan ini )

98 ulasan:

  1. tolong buat untuk padi. macam mana dengan pengusaha padi yang tinggal jauh dari sawah padi tersebut. susah nak dapatkan maklumat

    BalasPadam
    Balasan
    1. adjustkan / ikut macam saya buat untuk pisang/ ubi dan itik. jadikan panduan. kawasan saya tak ada tanam padi. saya tak buatkan tajuk ini. cari bahan daripada internet.

      Padam
  2. cikgu rujukan nak tulis apa

    BalasPadam
  3. penternakan itik/ telur asin boleh tulis?boleh copy semua?...sekolah saya punya cikgu cakap tak boleh buat tentang makanan (folio sejarah)

    BalasPadam
    Balasan
    1. IKUT TAJUK SAYA - PENTERNAK ITIK. TELUR ASIN IALAH HASIL SAMPINGAN

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Cikgu , boleh tolong update hasil kajian tentang perniagaan nasi lemak pula ? Terima kasih :)

    BalasPadam
  6. macam mana nak buat hasil kajian tentang ubat cina?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yi xing saya tak biasa dengan tajuk ini. saya nasihatkan awak berbincang dengan cikgu awak. rasanya saya tak dapat membantu.

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Cikgu saya suruh buat saranan harapan kepada diri keluarga, masyarakat, kerajaan dan pandangan sendiri. wajib semua ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. awak buat tajuk apa?

      tak semestinya. contohnya
      penjual kuih
      - harapan - membesarkan lagi perniagaan/ menambah cawangan/ kedai/ restoran
      - mendapat bantuanmodal daripada agensi kerajaan/ benih/ baja/
      - padangan sendiri- saya berpendapat bahawa perniagaan beliau memiliki potensi yang besar kerana jumlah pelanggannya semakin bertambah dan permintaan terhadap bahan keluarannya begitu baik dan konsisten. lebih kurang mcm tu angeline.

      Padam
  9. Hi cikgu.nak tanya kerja kursus ini mesti sertakan ic peniaga dan lesen perniagaan ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lesen perniagaan kalau ada boleh photostat. ic ambik no aja. kadang-kadang diaorang tak bagi takut salah guna

      Padam
  10. Hi cikgu.saya nak tanya macam mana buat hasil kajian jika tajuk saya ialah menjual nasi lemak?Lokasi kajian semestinya nak peta?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lokasi kajian boleh tapak kedai dia berniaga tu mungkin kat pasar malam. tunjukan lokasi mudah aja. peta mudah maksudnya.

      Padam
  11. boleh tny skit..?
    hasil kajian..d bwh tjuk maklumat asas,sejarah,lokasi,kna dlm satu mka srt ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut panjang huraian yang awak dah buat. susunan yang betul penting. tapi tak cakap muka-surat berapa-berapa. tapi setiap sat contoh hasil kajian kena asing asing

      Padam
  12. Cikgu , boleh tolong update hasil kajian tentang perniagaan laksa pula ? Terima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak dapat tolong awak. laksa kat kedah. saya kat muar johor. tapi boleh adjust cara hurain yang saya buatkan tu.

      Padam
  13. cikgu... saya ingin bertanya..saya buat padi dan peta itu klau saya ltak x macam kad kahwin boleh tak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. peta lokasi kena masukkan dalam hasil kajian - lokasi . buat peta mudah aja.macam peta kad kahwin tu tapi detail sikitlah. jangan ringkas sangat. tuliskan petunjuknya apa nak ke tempat kajian awak tu. nama jalan, pertonas ke caltex ke , balai polis ke ..sebagai contoh

      Padam
  14. cikgu kalau tempat yang saya kaji tu jauh,saya kena buat peta lokasi dari rumah saya juga ka?tolong saya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Talk payah. Yg terdekat sahaja

      Padam
    2. Maksud says daripada kawasan yang Judah dihubungi sahaja. Buatkn nama tempt. s nak senang ikut macam stesen minyak, Taman, Jalan apa' lebih kurang macam calm mad kerja kawin tu tapi detail sikit

      Padam
  15. slm,,cikgu macam mane nk buat asal usul penoreh getah

    BalasPadam
    Balasan
    1. SEJAK BILA DIA MULA MENOREH GETAH, UMUR/ TAHUN. TANAH TU MCAM MANA DIA DAPAT WARISAN KE BELI KE ... ITU AJA

      Padam
  16. cikgu, x boley buat dalam perenggan ke? point maklumat asas contohnya... tak bole ke dijadikan satu perenggan?

    peta...wajib ade ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat satu satu huraiannya. jangan pakai point form.
      peta masukkan dalam bahagian hasil kajian bahagian latar belakang kalau tak silap saya( bahagian lokasi )
      peta perlu untuk cukupkan lampiran kita

      Padam
  17. slm,,,cikgu kalau saya temu ramah ayah saya boleh x??

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh. jadikan dia orang sumber.

      Padam
  18. terima kasih atas panduan yang diberikan. sangat membantu :)

    BalasPadam
  19. Boleh saya minta tolong sikit? saya buat tentang perniagaan sate.. tak tahu mcm mna nak buat sumbangan/pengaruh kepada keluarga atau masyarakat dengan prospek..

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk sate
      - permintaan tetap
      - boleh dijual di mana-mana sama ada kedai, pasar malam, pasar tani dsb
      - bentuk jualan boleh runcit/ kedai/ melalui tempahan dsb
      - harga daging dan ayam / perut/ sebagai bahan asas ( letakkan harga sekilo kat sini yang tetap mampu mengawal kenaikan kos pembuatan

      Padam
  20. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  21. klau tjuk penternakn lebah madu mcm mna?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut cara penulisan yang saya beri contoh.tak boleh buat untuk semua perkara

      Padam
  22. which one is better, using handwriting or computer ? -ty :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak ada markah tambahan/ kalau tulisan cantik boleh pakai tangan. ikut awak.

      Padam
  23. Assalamualaikum cikgu, cara buat rumusan cmna ?
    Tajuk saya "Kraftangan Mutiara"

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut mcm saya punya. kaitkan perushaan mutiara ini dari segi keperluan semasa / kehendak semasa pendduk negara ini.

      Padam
  24. Assalamualaikum cikgu , cara nak buat rumusan tntg penanaman padi mcm manew?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut mcam saya punya. kalau nak tambah masukkan penanaman padi penting supaya kita tidak mengimport beras dari negara luar/ makanan ruji negara ini

      Padam
  25. saya buat tentang kuih bahulu . kajian dah buat , gambar sume dah ade , tpi folio satu benda saya tak buat . saya tak tahu nk mule kan mcm mne . cikgu boleh tolong ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cara nak tulis ikut macam yang saya tunjukkan . susuk bahasanya lebih kurang macam tu

      Padam
  26. salam cikgu.hasil kajian yg latar belakang tu,proses/cara pelaksanaan boleh dibuat dalam bentuk point ke?contohnya,saya nak buat cara buat kuih karipap,nak kena tulis dalam perenggan atau tulis je dalam point?

    BalasPadam
    Balasan
    1. perenggan . jangan point. susah nak terangkan. tapi kalau point bawah dia kita buat penerangan pun boleh. panjang sikit

      Padam
  27. blog ni banyk membantu, terima kasih cikgu :)

    BalasPadam
  28. peta tu letak di lampiran cukup atau hasil kajian sini juga perlu letak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. pada hasil kajian aja. sekali aja cukup

      Padam
  29. Assalamu'alaikum,cikgu.
    Bahagian proses/cra pelaksanaa tu,kalau x taruh gambar pon x pe kn?Gambar haye perlu taruh pada Elemen1 dn Lampiran sje kn?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh masukkan kat hasil kajian dan lampiran ( pilih salah satu )

      lampiran elemen satu tak perlu banyak gambar - ikut mcam yang saya terangkan

      Padam
  30. Assalamu'alaikum,cikgu.
    Bagaimanakah nah buat Objektif kajian tentang kegiatan ekonomi tradisional tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat sejahtera cikgu razak,macam mana nak tulis hasil kajian dan maklumat kajian?Cikgu saya suruh buat rujuk lampiran 8.2 resipi.Apakah kita hendak buat di rujuk lampiran 8.2:resipi?

      Padam
  31. alo cikgu..boleh tolong update hasil kajian tentang labu sayong pula ? Terima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pon buat kajian sama....
      camner nk buat ek??

      Padam
  32. cikgu, mcm mna nk buat hasil kajian tentang labu sayong?
    cigu boleh bntu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Labu_Sayong

      ada maklumat sikit aja

      http://www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/ictic/labu/sejarah.html

      http://www.kraftangan.gov.my/main/content/77/?page_name=Proses_Pembuatan_Labu_Sayong_77&menuid=1

      Padam
  33. oh this is really great.....

    BalasPadam
  34. Balasan
    1. masa depan industri itu/ perushaan itu.
      sama ada boleh dimajukan lagi atau tidak.
      kalau boleh dimajukan macam mana. pembesaran perniagaan / pinjaman modal/ pinjaman daripada agensi kerajaan/ bantuan kepakaran/ kerjasama dengan syarikat swasta dll

      Padam
  35. Cikgu, saya buat tajuk nasi kuning. Jadi macam mana nak terangkan bahagian penglibatan pihak luar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada orang lain tak buat nasi kuning kat kawasan situ-situ. kalau ada namakan orangnya dan alamatnya sekali.

      contoh orang terengganu- buat keropok lekor - kawasan lain - seberang takir, kampung losong dll

      Padam
  36. cikgu boleh bagi contoh tak penanaman getah??? saya perlukan rujukan... tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_getah

      tengok kat sini

      Padam
  37. Cikgu, saya buat kerja kursus tentang padi. Macam mana nak buat peta kalau contohnya say duduk kat selangor dan lokasi kajian di perak? nak ambil peta negeri perak sekali ke dan nak kena lukis peta tempat kajian seklai ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. peta tempat kajian aja. kalau peta kampung buatkan nama kampung tu dan kat mana kawasan padi/ sawah tu berada. ta payah detail.

      Padam
  38. peta kg sawah laku bukit kepong muar johor dimana? nak kena reka ke petanya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan peta kampung
      - peta mudah ke tempat kajian sahaja
      - macam peta kad kerja kahwin tu , tapi yang ini detail sikit / ada nama jalan / ada bangunan penting dll

      Padam
    2. kg sawah laku bukit kepong muar johor tu wujud ke ? kalau reka je peta ke tempat kajian tu boleh ke ? atau cikgu sarankan tak payah buat peta tu kalau tak tahu ? tq.

      Padam
  39. cikgu macam mana nak buat hasil kajian tentang penternakan ikan air tawar?

    BalasPadam
  40. cikgu,saya buat tentang perniagaan nasi lemak.. tak tahu mcm mna nak buat 【Cabaran/kekangan yang dihadapi】 prospek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. masalah
      - kaedah pemasaran - secara kecil-kecilan/ hasil jualan tidak besar/ menyebabkan pendapatan bulanan tidak besar
      - pendapata hanya cukup untuk menyara keluarga
      - ada jualan tidak dapat dihabiskan setiap hari - rugi

      Padam
  41. cikgu kalau pasal nasi lemak macam mane?

    BalasPadam
  42. assalamualaikum, cikgu cmne nak uat hasil kajian pasal burger? yg ni je saye pening nak uat..semua da ade tapi hasil kajian je

    BalasPadam
    Balasan
    1. burger tak masuk dalam senarai makanan tradisional. kena tukar tajuk.

      Padam
  43. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  44. cikgu, jika tulis nasi lemak,apakah produk yang boleh dihasilkan dan bahagian prospek boleh macam mana tulis? Hanya ini dua bahagian lebih menyusahkan saya,bolehkah cikgu bagi contoh? Harap cikgu boleh balas saya secepat mungkin. terima kasih =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa depan perniagaan dia-
      nak majukan macam mana/ besarkan kedai/ tambah bilangan jualan/ tambah cawangan/ pelbagaikan menu / hidangan/ atasi masalah harga nasi lemak/ tingkatkan kualiti nasi lemak. boleh reka tapi lebih elok tangyakan pengusaha tu apa hasrat dia.

      Padam
    2. produk yang boleh dihasilkan- nasi lemak pelbagai jenis lauk. ambik gambar- nasi lemak ( ayam/ sotong/ kerang/ udang/ dll )

      Padam
  45. assalam..cg sy nak tnye klau kraftangan mcm mne ye..sy pening nk buat hasil kajian ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut macam cara saya huraikan dalam tulisan saya. ubah mana yang tidak sesuai.

      Padam
  46. kasih cikgu tunjuk ajar~
    tapi jika penglibatan pihak luar/galakan kerajaan atau swasta~cikgu sj saya cakap tulis anaknya bantu maknya membuat pinjaman~ ini boleh macam mana tulis?
    maaf ganggu lagi, cikgu >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. beliau juga mendapatkan bantuan daripada pelbagai pihak sama ada daripada kerajaan mahupun pihak swasta dalam usaha memperbesar perushaannya. Ianya dilakukan dengan bantuan daripada anak pengusaha sendiri.

      Padam
  47. objektif kajian perlu ada berpa ? ty :)

    BalasPadam
  48. hi Cikgu Razak. Boleh tak kasih sedikit contoh tentang reaksi masyarakat terhadap perlombongan bijih timah? Dan juga contoh tentang saranan/harapan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. masukkan keperluan bijih timah kepada negara ini rasanya itu lebih sesuai berbanding pendapat masyarakat. contohnya keperluan bahan mentah untuk industri tertentu ( rujuk internet - kegunaan bijih timah di malaysia.

      - biasanya harapan pengusaha ialah pengurangan kos pengeluaran dan kestabilan harga bahan mentah dipasaran antarabangsa. atau mempelbagaikan produk hasil daripada bijih timah

      Padam
    2. cikgu boleh tak bagi contoh esei elemen 3 tentang bahulu

      Padam
    3. ikut saya punya aja. elemen 3 tak perlu ikut elemen 2

      Padam
  49. Salam Ckgu..nak tnye rujukan nk buat mcm mne???

    BalasPadam
  50. assalamualaikum cikgu. Rujukan nk buat mcm mne ye cikgu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rujuk posting saya bawah label kerja kursus sejarah 2013 / pada sebelah kanan blog ini

      Padam
    2. rujukan

      1. buku - nama pengarang, tahun terbit, nama buku, tempat terbit, nama penerbit

      2. jurnal- nama pengarang, tajuk eseinya, tajuk jurnal, bilangan ke berpapa, bulan dan tahun terbit

      3. surat khabar- nama surat khabar, tarikh, muka surat

      4. orang sumber - nama orang sumber, umur,alamat penuh

      5. melawat tempat kajian- alamat penuh

      6. majalah- nama majalah, tarikh, tahun

      7. televisyen
      -tajuk program, tarikh siaran , masa, rangkaian berapa

      Padam
  51. salam cikgu..klu bt reban mn yg elokk...kat tanah atau yg mcm reban ayam daging

    BalasPadam