CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 9 April 2013

NOTA SEJ BAB 5 TING 5


BAB 5 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

           
PAKATAN MURNI

a)         Maksud Pakatan Murni

·                    Usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan
·                    Jalan  untuk menyelesaikan tuntutan dan masalah yang tersendiri
·                    untuk menyatukanpadukan pelbagai kaum


b)        Usaha-usaha / langkah-langkah ke arah Pakatan Murni

·                    penubuhan Jawatan Hubungan Antara Kaum ( CLC )
·                    Beberapa perkara telah dipersetujui

o        Penubuhan Lembagaa Pembangunan Industri Desa ( RIDA )
o        Kerakyatan Negeri 1951
o        Pilihanraya peringkat perbandaran , negeri dan Majlis Perundangan

·                    Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu
·                    Penubuhaan Parti Kemerdekaan Malaya ( IMP )
·                    Penubuhan Persidangan Kebangsaan
·                    Konvensyen Kebangsaan UMNO – MCA


c)         Kepentingan penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum ( CLC )

·                    Titik perrmulaan kerjasama antara kaum
·                    Memperlihatkan perubahan terhadap dasar UMNO kerana sanggup berunding dengan kaum lain
·                    Satu pendekatan baru dalam politik Persekutuan Tanah Melayu
·                    Meletakkan perpaduan kaum menjadi asas kemerdekaan yang akan dicapai


d)        Perkara yang dipersetujui dalam perrundingan UMNO - CLC

·                    Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa ( RIDA )
·                    Memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar
·                    Pelantikan Dato Onn Jaafar sebagai pengerusi pertama
·                    Kerakyatan Negeri 1951 diberikan kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu dengan syarat ibu bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu
·                    Pilihanraya di perringkat perbandaran , negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan akan diadakan pada masa yang sesuai


e)         Peranan Dato Onn Jaafar

·                    Mewakili orang Melayu dalam Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)
·                    Menjadikan perpaduan kaum sebagai asas kemeerdekaan yang akan dicapai
·                    Pengerusi pertama Lembaga Pembangunan Industri Desa ( RIDA )
·                    Membuka keahlian UMNO kepaada bukan Melayu
·                    Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya ( IMP )
·                    Membuka IMP kepaada semua kaum
·                    Menggunakan konsep kerjasama kaum dalam satu parti

f)         Sebab – sebab IMP gagal

·                    Kaum Cina. India dan kaum lain tidak merasakan mereka satu bangsa Tanah Melayu
·                    Rasa perpaduan terlalu asing bagi mereka
·                    Mereka sudah mempunyai parti mewakili kaum masing-masing

g)         Kejayaan Parti Perikatan

·                    Memenangi pihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952
·                    Memenangi Pilihanraya Majlis Perbandaran beberapa bandar utama
·                    Memenangi Pihanraya Negeri 1954
·                    Mengasaskan penubuhan Parti Perikatan 1955
·                    Mengangggotai Jawatankuasa Pilihanrayaa Majlis Mesyuarat Perundangan
·                    Memenangi pilihanraya Majli Perundangan Persekutuan 1955
·                    Menubuhkan kerajaan dan membentuk kabinet
·                    Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri
·                    Membahagikan kabinet daripada pelbagai kaum
·                    Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan rundingan kemerdekaan

Manifesto Parti Perikatan

·                    Mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun
·                    Mewajibkan pendidikan
·                    Menjadikaan perkhidmatan awam bercorak tempatan
·                    Menjaga hak asasi manusia
·                    Melindungi hak Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan





Peranan Suruhanjaya REID.

·                    Membincang perlembagaan Persekutuan
·                    Menyususn Perlembagaan Persekutuan
·                    Merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah melayu yang akan merdeka berpandukan beberapa isu
o        Kerjaan persekutuan yang kuat
o        Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu
o        Kedudukan Raja-Raja Melayu
o        Hak istemewa orang Melayu
o        Pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu
·                    Menerima 131 memorandum daripada pelbagai pihak
o        Raja-Raja melayu
o        Orang perseorangan
o        Pertubuhan politik
·                    Cadangan parti Perikatan diberi perhatian utama sebagai kerajaan
·                    Menerbitkan cadangan Suruhanjaya Reid pada Februari 1957
·                    Cadangan diterima oleh parlimen british Mei 1957
·                    Melahirkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957

Kerakyatan Jus soli

·                    Tuntutan orang dagang
·                    Tidak diterima oleh orang Melayu
·                    Prinsip kerakyatan yang sama rata kepada semua kaum
·                    Boleh melemahkan orang Melayu
·                    Raja-Raja Melayu telah menerima kerakyatan jus soli dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istemewa orang Melayu dalam Perelembagaan Persekutuan tanah Melayu
·                    Pakatan Murni antara kaum telah terbina di Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
·                    Agama Islam sebagai agama rasmi PTM
·                    Bahasa melayu sebagai bahasa Kebangsaan

Isi Penting Perjanjian Persekutuan Tanah melayu 1957

·                    Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan
·                    Pemisahan anatara kuasa kersekutuan dengan kuasa negeri
·                    Pemisahan melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
·                    Institusi Raja dijadikan Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan negara
·                    Tiga jenis kerakyatan diwujudkan
·                    Kedudukan istimewa orang melayu dikekalkan
·                    Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
·                    Tanah Simpanan Melayu dikekalkan
·                    Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
·                    Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara
·                    Demokrasi berparlimen sebagai pentadbiran negara
·                    Dewan rakyat dan Dewan Negara diletak di bawah kuasa Parlimen
·                    Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran peringkat negeri dibantu Dewan Undangan Negeri dan EXCO


Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

·                    Pakatan murni dicapai
·                    Wujud kerajaan demokrasi berkonsep Raja Berpelembagaan
·                    Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong pakatan ini
·                    Wujud perpaduan jitu antara kaum di PTM
·                    Keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan darah
·                    Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir negara yang merdeka mengikut acuan sendiri
·                    Setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti masyarakat yang merdeka
·                    Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan


Usaha para pemimpin negara dalam mencapai kemerdekaan

·                    Bijaksana dalam menuntut kemerdekaan
·                    Kemerdekaan tanpa pertumpahan darah
·                    Sikap bekerjasama
·                    Sentiasa mengutamakan perundingan
·                    Kata sepakat telah menjadi pendekatan terbaik masyarakat berbilang kaum

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

·                    Presiden UMNO
·                    Ketua parti Perikatan
·                    Perdana Menteri pertama
·                    Bijak mengendali pakatan murni antara kaum
·                    Mencapai kemerdekaan dengan penuh harmoni dan gemilang


Tun Abdul Razak

·                    Timbalan Presiden UMNO
·                    Timbalan Perdana Menteri pertama
·                    Perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London tahun 1956
·                    Perunding untuk menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957
·                    Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956
·                    Menggubal sistem pendidikan Kebangsaan Negara / Penyata Razak 1957
·                    Menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua 1970

Tun H. S. Lee

·                    Tokoh MCA
·                    Memulakan kerjasama antara kaum sehingga mencetus idea Parti Perikatan
·                    Berkerjasama dengan UMNO dan MIC untuk mendapat kemerdekaan
·                    Menteri kewangan pertama

Tun V. T. Sambanthan

·                    Sumbangan dalam menuntut kemerdekaan
·                    Presiden MIC
·                    Menyokong sepenuh dasar kerjasama kaum sebagai tonggak kemerdekaan negara
·                    Menyeru kaum India memberi kesetiaan tidak berbelah bagi kepada negara

Tiada ulasan:

Catat Komen