Ahad, 7 April 2013

contoh hasil kajian 1 - penanaman ubi kayu


1 Maklumat Asas

1.1.           1.1.  Nama/jenis kegiatan ekonomi

Kegiatan ekonomi yang saya kaji ialah penanam ubi kayu iaitu Encik Ali Bin Ahmad .

1.2.            1.2. Sejarah/asal usul kegiatan ekonomi

Penanaman ubi kayu ini telah dimulakan oleh Encik Ali Bin Ahmad  dan Puan Yasmin Bt Abdullah  mulai tahun 2000. Pada masa tersebut beliau menanamnya untuk kegunaan sendiri terutama untuk makanan seperti masak lemak pucuk ubi, ubi goreng,ubi rebus , kerepek ubi , tapai, getuk ubi dan sebagainya.Beliau menanamnya di belakang rumah dengan keluasan kira-kira suku ekar.

1.3.            1.3. Lokasi/tempat kajian
Lokasi atau tempat kajian ini dijalankan ialah di Kg Baru Bt 28 Lenga Muar Johor .
Lukiskan peta mudah seperti peta pada kad kerja kahwin tetapi detail sedikit yang menunjukkan arah  mana lokasi rumah Encik Ali tu. Peta ini boleh diletakkan di bahagian 1.3 ini. Besar peta inisatu muka surat.

1.4.            1.4. Pihak yang mengusahakan/individu/ kelompok masyarakat yang mengusahakan

Penanaman ubi kayu ini turut juga dijalankan oleh penduduk kampung ini di kawasan sekitar rumah mereka untuk tujuan yang sama seperti Encik Ali Bin Ahmad . Bagi tujuan kerja kursus ini saya memilih Encik Ali Bin Ahmad  kerana beliu merupakan antara orang yang lama  terlibat dengan penanaman ubi kayu di kampung itu selain usianya yang telah tua.

2.             Latar Belakang

2.1.            2.1. Tujuan dijalankan

Encik Ali Bin Ahmad pada mulanya menanam ubi kayu untuk digunakan sebagai sumber  makanan dan masakan sendiri. Penanaman ini dilakukan kira-kira 200 pokok sahaja pada awalnya.Encik Ali Bin Ahmad menggunakan ubi untuk membuat tapai, kerepek , ubi goreng, ubi rebus untuk keperluan keluarga sahaja.

2.2.           2.2.  Proses/cara pelaksanaan

Penanaman ubi kayu sangatlah mudah kerana ianya tidak memerlukan perbelanjaan yang besar,keluasan tanah , modal, pekerja dan peruntukan masa bekerja yang banyak. Hal ini demikian kerana proses awal penanaman ubi kayu ialah penyediaan tapak. Pada awalnya Encik Ali Bin Ahmad akan menyediakan tapak dengan cara menajak rumput/ lalang/ semak yang ada di tapak tersebut. Segala bahan itu kemudiannya akan dibakar.

Proses seterusnya ialah membuat batas . Batas ini dibuat bagi mengelakkan ubi ditanam di kawasan keras kerana mengikut beliau tanaman ubi ini memerlukan keadaan tanah yang gembur dan tidak terlalu kering. Setelah tanah digemburkan atau dibuat batas beliau akan menyediaka batang ubi kayu untuk dijadikan benih. Beliau selalu menggunakan batang ubi yang lama dan di potong kira-kira empat atau lima hari sebelum menanam. Setiap batang benih ubi kayu ini berukur lilit kira-kira 7 – 10 cm.Beliau menyatakan bahawa batang ubi yang dijadikan benih mestilah sedikit besar agar dapat hidup dengan cepat dan menghasilkan hasil ubi kayu yang baik.

Kemudian batang ubi kayu yang dijadikan benih itu akan dicucukkan pada tanah yang telah digemburkan itu. Jarak yang sesuai bagi setiap benih ialah kira-kira 3 – 4 kaki setiap batang.

Penanaman ubi tidak memerlukan baja kimia seperti mana tanaman yang lain . Oleh yang demikian beliau hanya menggunakan air hujan yang ditadah di kawasan kebunnya untuk membasahkan tapak benih. Beliau menyatakan bahawa hujan amat diperlukan bagi tumbesaran awal benih daripada batang ubi ini. Oleh yang demikian beliau memilih waktu tertentu bagi menanam benih baru.
Tanaman ubi kayu ini boleh dijalankan pada bila-bila masa selepas itu kerana ia tidak memiliki suatu jangkamasa tetap untuk ditanam. Contohnya apabila pokok ubi dicabut bagi mendapatkan hasil , batang ubi tersebut akan digunakan semula sebagai benih yang baru.




( di sini anda boleh memasukkan gambar proses awal sebelum dan semasa ubi kayu ini ditanam , membesar dan mengeluarkkan hasil. Gambar ini boleh diambil daripada internet untuk menunjukkan perjalanan proses penanaman dijalankan – kalau boleh step by step. Pada bahagian bawah gambar tuliskan apa maklumat yang anda ingin nyatakan pada gambar yang kita ambil tu . kalau kita ada kamera boleh ambil gambar masa jumpa dengan orang yang tanam ubi tu.)

2.3.           2.4.  Peralatan/kaedah yang digunakan

Peringkat awal penanaman ubi kayu menggunakan cangkul dan tajak sahaja .Ia digunakan bagi proses merumput dan membersihkan kawasan tanaman.  Selepas itu peralatan yang digunakan bagi peringkat penjagaan ialah tajak manakala bagi peringkat mengeluarkan hasil peralatan cangkul sahaja dan tenaga manusia sahaja digunakan.

( masukkan gambar orang menajak rumput )
Masukkan gambar benih pokok ubi membesar – kecik sampai besar )

Beliau tidak menggunakan racun rumpai bagi menghapuskan rumpai seperti rumput dan lalang bagi mengelakkan tanah menjadi tidak subur . Penanaman ubi juga tidak menggunakan baja kimia kerana menurut beliau ia akan menyebabkan hasil yang dikeluarkan akan berubah rasa. Penjagaan ubi kayu juga agak minima kerana tanaman ubi kayu jarang diserang penyakit seperti mana buah betik . Oleh yang demikian tumbesaran pokok ubi akan mencapai tahap matang dan boleh mengeluarkan hasil sekitar selepas 6 bulan penanaman dilakukan.

2.4.            Produk yang dihasilkan

Produk yang dihasilkan ialah kerepek ubi . Kerepek ini boleh dijadikan  kerepek ubi berperisa sambal, berperisa gula/ manis dan tapai ubi.
( boleh ambil gambar setiap satu daripada intenet . masukkan kat sini , tuliskan apa maklumat setiap gambar tu. )
Proses penghasilan salah satu boleh masukkan di sini – contoh saya tapai .

Encik Ali Bin Ahmad mengeluarkan tapai ubi sebagai pengeluaran sampingan.  Proses pembuatan tapai dimulakan dengan mengambil ubi daripada pokoknya. Beliau menyatakan bahawa ubi jenis kapas kerana ubi jenis ini  sesuai kerana warnaya yang putih dan dapat menghasilkan tapai bewarna putih.
Setelah ubi diambil dan dikerat sekitar 3-4 inci setiap satu maka ubi ini akan dibersihkan dengan air bagi mengelakkan kekotoran melekat pada bahagian ubi tersebut. Setelah itu ubi direbus beberapa ketika sehingga ia separuh masak. Kemudian ubi ini dituskan airnya agar tidak lembik. Seklepas  ubi ini direbus , ragi digunakan bagi proses penapaian dengan cara menjadikan ragi tersebut hancur dan digaulkan bersama ubi tersebut. Sukatan ragi ialah satu biji bagi setiap kilogram ubi kayu.Bekas berisi ubi ini hendaklah ditutup rapat bagi mendapatkan hasil tapai yang memuaskan terutama daripada rasa dan warna yang menarik.Proses penapaian akan berlaku selama 2 hingga 3 hari . Maka ia dapat menghasilkan tapai ubi Biasanya pelanggan yang menggemari tapai ubi akan memilih tapai ubi yang manis, berwarna putih bersih dan sedikit lembut. Oleh yang demikian Encik Ali Bin Ahmad amat menitikberatkan hal ini.
 Biasanya untuk jualan tapai ubi diisikan di dalam bungkusan daun pisang yang menjadi identiti yang mudah dikenali. Pada masa sekarang cara membungkusnya menjadi lebih mudah iaitu dengan menggunkan bekas plastik.

3.             Sumbangan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat


3.1.           3.1.  Sumber pendapatan

Dengan mengusahakan penanaman ubi Encik Ali Bin Ahmad dapat menambah pendapatan keluarga beliau. Pada masa sekarang purata jualannya ialah sekitar  100 bekas sebula. Setiap bekas beliau menjualnya dengan harga RM 120. Jadi pendapatan kasr daripada jualan ubi ini ialah sebanyak RM 1200 sebulan .
3.2.           
3.2. Memenuhi permintaan
Encik Ali Bin Ahmad juga memenuhi permintaan masyarakat setempat untuk jamuan tertentu, kenduri kendara dan majlis perkahwinan. Beliau menyatakan bahawa tempatah dibuat mengikut jumlah tertentu sebelum majlis tersebut berlangsung. Beliau menyatakan anggaran tempahan tapai ubi untuk majlis di atas ialah sekitar 250 ke 350 bekas.

3.3.            3.3. Pembangunan kawasan setempat
Penglibatan penduduk kampung ini dalam penanaman ubi dan lain-lainnya telah menyebabkan kawasan ini dapat membangun dengan beberapa jenis perusahaan kecil dan sederhana.

3.4.          3.4.   Peluang pekerjaan
Penanaman ubi oleh Encik Ali Bin Ahmad tidak menyediakan peluang pekerjaan kerana dilakukan oleh beliau dan isterinya sahaja. Ianya pula dilakukan pada waktu lapang dan mengikut masa tertentu sahaja.


4.             Prospek

4.1.           4.1.  Cabaran/kekangan yang dihadapi

Encik Ali Bin Ahmad menyatakan bahawa beliau menghadapi masalah berkaitan dengan keluasan tapak tanaman. Beliau tidak memiliki kawasan tanah lapang yang sesuai dijadikan tapak menanam ubi bagi proses pembesaran.
Beliau juga kadang-kadang gagal menyediakan tempahan apabila jumlah ubi yang berjaya dikutip hasilnya tidak mencapai berat yang dikehendaki. Apabila tempahan yang banyak diperlukan beliau terpaksa mengambil ubi daripada pokok yang kurang matang.
Jangka masa pokok ubi untuk matang selama 7 hingga 8 bulan mungkin menyebabkan bekalan ubi kayu tidak dapat dikekalkan di pasaran pada sepanjang masa seperti mana bahan/ barangan lain . Oleh yang demikian pengeluaran tapai ubi akan terganggu atau pengguna akan beralih kepada pengusaha tapai yang lain untuk mendapatkan bekalan.

4.2.         4.2.    Penglibatan pihak luar/galakan kerajaan atau swasta

Proses penanaman ubi yang tidak luas ini tidak banyak memerlukan bantuan dan nasihat daripada pihak jabatan atau agensi berkaitan dengan pemasaran seperti Mardi. Oleh yang demikian usaha penanaman ubi dan pengeluaran tapai ubi dilakukan oleh beliau mengikut pengalaman dan kemahiran yang dimiliki olehnya.
( boleh masukkan mana yang sesuai galakan daripada badan atau agensi kerajaan dalam memastikan kejayaan usahawan / ternakan/ pertanian dll dapat dijayakan dengan lebih baik )

4.3.          4.3.   Reaksi/penerimaan masyarakat

Masyarakat di kampung ini menanam ubi untuk keperluan sendiri terutama untuk masalan harian dan pembuatan kuih muih bagi hidangan keluarga sahaja.
( boleh masukkan kejayaan yang dicapai oleh pengusaha sepanjang dia mengusahakan tanaman/ ternakan/ usaha selama ini – terutama daripada segi sambutan/ kepercayaan pelanggan terhadap keluaran nya dsb )

4.4.         4.4.    Saranan dan harapan

Encik Ali Bin Ahmad mengharapkan agar beliau dibantu daripada segi pajakan tanah untuk meluaskan penanaman benih / pokok ubi .
( boleh masukkan keperluan bantuan daripada pihak kerajaan daripada segi modal/ benih/ baja / sokongan input pertanian yang lain / bantuan kandang/ dll yang berkaitan ke arah membesarkan lagi perushaan ini )

81 ulasan:

  1. Salam,cikgu. Saya buat tntg tukg jahit SBB ibu saya seorg tukg jhit sampingan. Bolehkah saya tulis kaedah melawat kajian sdgkn saya temu ramah ibu di rumah? Dan kalau majalah,adakah sya hanya perlu fotostat muka dpn shaja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kaedah temu ramah/ orang sumber boleh .
      melawat tempat kajian boleh ambil gambar kat kedai tempat mak awak jahit baju/ kat kedai ke( kalau ada)
      majalah
      - depan
      - isi pasal jahitan baju ( ada dua helai cukup )

      Padam
  2. Salam,cikgu. Kos pengendalian melibatkan APA ye klau menjahit baju?

    BalasPadam
    Balasan
    1. upah pekerja ( kalau dia ada pekerja ), sewa bangunan, bil air/ api/ telefon (kalau dia ada sewa bangunan kecik atau besar ) dll benang / elektrik / membaiki mesin jahit , jarum dll
      kalau tak ada tuliskan kos yang minima kerana tidak memiliki premis perniagaan/ bekerja di rumah sendiri

      Padam
    2. Salam,cikgu nk tanya sikit. Boleh x saya buat rncgn realiti tv project runway sbgai sumber televisyen?

      Padam
    3. tajuk apa yang awak buat. kalau ada kaitan dengan tajuk awak rasanya boleh. masukkan sebagai rancangan televisyen pada elemen satu. pada bahagian rujukan masukkan televisyen - nama rancangan , bila siarannya, siaran berapa, tarikh siaran .
      tanya cikgu awak boleh tak

      Padam
  3. cikgu , boleh tolong buat contoh untuk penanaman padi ? Dan macam mana nak buat dialog untuk elemen 1 yg sumber kita ialah orang sumber?

    BalasPadam
  4. macam mana pula dengan padi? saya tak tahu siapa pengusaha padi tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cari seorang orang sumber. bukan boleh reka-reka orang sumber. kalau bohong macam mana nak buat hasil kajian. pilih orangnya. cari siapa. kalau tak cari orang lain. macam mana awak boleh pilih tajuk ni ?

      Padam
  5. Salam cikgu , boleh bagi tahu macam mana nak tulis untuk hasil kajian yang pihak yang mengusahakan/individu/kelompok tu ? Saya buat jahit sebab ibu saya tukang jahit secara individu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pihak yang mengusahakan .
      katakan awak dah jumpa orang tukang jahit tu. tuliskan nama dia , umur, alamat dia . kalau ada orang lain kat kawasan tu yang ada tukang jahit namakan kedai lain tu. carilah 3 ke 4 nama lain.

      Padam
  6. Salam Cikgu boley x tlom saya nak buat kos pengendalian.. Sya x tau mcm mne.. Tolong cikgu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu kalau tak buat org sumber kat elemen 1 boleh ker sbb kawan saya ckp kalau tak buat org sumber tak dpt markah bonus

      Padam
    2. tak ada markah bonus. markah ikut spesifikasi yang ada dalam senarai elemen 1 tu. dia cakap bohong

      Padam
    3. cikgu tlg buat kan pengedalian utk saya.. saya xtahu nk buat mcm mana .

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Asalamualaikum, macam mana nak buat hasil kajian tentang penanaman padi ?

    BalasPadam
  9. cikgu , tyouu setakat ni saya faham . tetapi hasil kajian ni aku bingung sikit . soalan kata pilih empat aspek . aspek apa ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. baca perlahan-lahan apa yang saya cuba tuliskan dalam hasil kajian tu. ada contoh dia. jangan cakap macam ni..... terukrasanya

      Padam
  10. as salam, mintak izin guna kerja kursus ni sebagai panduan utk pelajar saya.

    BalasPadam
  11. Rumusan,Lampiran dan Rujukan takde ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengok entri terkini saya. dah ada

      Padam
  12. cikgu buatlah contoh hasil kajian pasal perikanan

    BalasPadam
  13. cikgu boleh x tlong sye untuk tjukk hasil kajiann penanaman swh padi?

    BalasPadam
  14. Amat mmbntu ckgu..trima kasih..

    BalasPadam
  15. cikgu, hasil kajian boleh ditulis dlm bentuk point atau diwajib kan ditulis dalam bentuk esei??

    BalasPadam
  16. cikgu tolongla buat tentang penanaman padi..saya sangat memerlukan :(

    BalasPadam
  17. cikgu, hasil kajian ni hanya berkait dgn satu bahan sahaja ke?

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum, saya nak minta tolong sedikit. Saya agak tak faham dalam bahagian hasil kajian.
    Dalam hasil kajian ada bahagian kena buat 'maklumat asas' kan? jadi, dia minta buat semua yang dia minta atau pilih salah satu ?
    Saya agak tak faham bahagiaan 'prospek' jugak.
    kena pilih salah satu or buat semua yang dia minta ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dalam semua bahagian tu pilih empat sahaja. yang saya punya tu dah siap pilih empat.

      Padam
  19. cikgu,sya buat perniagaan krepek ubi kayu,yg dkat produk yg d'hasilkan nk kene tulis apa?krepek prisa sambal,masin,manis tu ke?dan nk kena terangkan psal apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak payah. masukkan gambar aja. ambik dari internet. masukkan

      Padam
  20. cikgu, macam mana nak buat hubungan kemasyarakatan tentang batik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. batik digunakan oleh semua lapisan masyarakat terutama golongan dewasa dan pekerja. batik yang mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pelanggan ialah jenis batik ......harga batik juga boleh menjangkau ..... dan mampu menjana pendpatan. batik sesuai dipakai dalam majlis rasmi dan tidak rasmi seperti.....

      Padam
  21. cikgu ,jika saya membuat tentang betik...bagaimana betik memenuhi permintaan??

    BalasPadam
    Balasan
    1. betik dapat memenuhi permintaan masyarakat tempatan terutama boleh dijual di tepi jalan, di pasar/ pasar raya dan kedai makan.

      Padam
  22. cikgu mcm mana nak tulis pasal proses ternak ikan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tanya awak punya orang sumber cara penjagaan ikan dia buat macam mana. jumpa betul betul orang tu. makan macam mana/ penjagaan air macam mana/ kekerapan makan/ jangka masa tumbesaran ikan/ saiz ikan yang boleh dijual/ jenis penyakit/ penjagaan kolam ikan macam mana dll

      Padam
  23. kenapa cikgu tidak buat
    kos pengandalian dalam tajuk ubi kayu tu???

    BalasPadam
  24. Salam cikgu gambar kawasan tempat kajian kena letak dekat elemen 1 dengan lampiran ke?Peta tempat menjual pun kena ke?Borang soal selidik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua dalam elemen 2
      pada hasil kajian. ada bahagian tertentu . rujuk pada soalan.
      soal selidik sahaja yang masuk elemen 1 tapi bukan soal selidik - temuramah dengan orang sumber

      Padam
  25. cikgu , bleh bg contoh krja khusus penanaman padi ?

    BalasPadam
  26. cikgu buat lahh tentang perikanan

    BalasPadam
  27. salam.. bg contoh krja khusus penanaman padi bgi elemen 2..

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum, boleh saya gunakan makcik saya yang berniaga kuih tradisonal yang tinggal di singapura? Beliau orang malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh. tak mesti warganegara pun janji tajuk betul. teruskan.

      Padam
  29. assalammualaikum... cikgu terima kasih atas maklumat yang diberikan... ia amat berguna kpd saya....

    BalasPadam
  30. thanks cikgu, berguna sangat.

    BalasPadam
  31. cikgu, apa kena buat utk tempat memproses batik & kos pengendalian?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ambik gambar tentang tempat memproses batik. cari daripada internet pun boleh. kos membatik biasanya upah pekerja/ elektrik/ api/ sewa bangunan / beli bahan mentah seperti cat/ kain/ kayu dll.
      boleh tanyakan dengan orang sumber awak berapa belanjanya. jangan reka-reka gitu-gitu aja

      Padam
  32. Salam Cikgu , macam mana nak buat 4.prospek bagi perusahaan keropok lekor ? Saya keliru lah cikgu .

    BalasPadam
    Balasan
    1. prosepek tu maksudnya apa harapan pengusaha keropok lekor ini pada masa depan.
      mungkin dia berhajat untuk memperbesar perniagaan/ perusahaannya/ menambah pekerja / menambah cawangan dll. mungkin boleh meluaskan pasaran dengan cara membuat perjanjian dengan pasar raya ke dll

      Padam
  33. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  34. Salam cikgu , kalau nk ltak gambar untuk proses
    ataupun cara pelaksanaan tu .. Adakah kita prlu buat pndahuluan tu juga ataupun kita ltak je trus gambar dan proses tu ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. gambar yang dimasukkan mesti ada kaitan dengan apa yang kita tuliskan dalam hasil kajian tu. contohnya cara dia memberi makan itik. boleh ambik gambar dalam internet aja untuk itik tengah makan/ makanan apa yang dia makan/ kandungan/ tumbesaran itik mengikut saiz dll boleh ambik dari internet aja

      Padam
  35. cikgu , bolehkah cikgu beritahu kpd saya tntang proses penanaman sawah padi ??? Sbb saya x tahu la tntng proses trsebut .. kalau cari dlm google ade yg x sma dya punya proses . Saya minta tolong ye ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk hasil kajian jangan reka-reka macam tu aja sebab kita buat kerja kursus ni tak boleh bohong. mesti ada orang sumber untuk rujukan. awak dah salah buat. kerja kursus tak boleh karang-karang gitu-gitu aja. nasihat saya cari seorang pesawah padi. tanyakan maklumat tentang penanaman padi kepadanya. kalau dalam wikipedia memang ada tapi kita mesti ada orang sumber kalau nak buat kerja kursus ini.

      Padam
    2. trima kasih .. orang sumber tu saya ade tp trlupa plak nk tanya kat dia ttntg proses tu ..

      Padam
    3. cuba cari kat internet proses penanaman padi.

      Padam
  36. cikgu saya tak faham macam mana nak buat hasil kajian...saya buat pasal pisang goreng...tolong ehhh cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut cara yang saya dah buat. sesuaikan dengan tajuk awak. saya tak boleh buat setiap kali ada orang order buat itu ini.jadikan hasil kajian saya sebagai panduan sahaja. bukan salin bulat-bulat. saya sekadar membantu

      Padam
  37. can show me where to find the ubi kayu picture ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah saya masukkan dalam blog saya sebelum ini. cuba tengok. kalau tak dapat cari buka google/ yahoo kemudian cari ubi kayu pada bahagian imej
      - kumpulkan gambar yang sesuai
      - print
      - masukkan dalam hasil kajian awak

      Padam
  38. Cikgu macam mana nak buat sumbangan/pengaruh kepada keluarga atau masyarakat untuk sumber pendapatan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk tukang jahit secara individu

      Padam
    2. - pekerjaan sebagai tukang jahit mampu menyara kehidupan memandangkan pendapatannya adalah kekal jika sesroang melakukannya secara besar-besaran terutama menjelang musim perayaan
      - jika penjahit memiliki gerai/ kedai jahitan pendapatan purata bulanan boleh mencecah Rm xx
      - kebanyakan pelanggan lebih suka membeli kain untuk dibuat baju sebab sukakan corak kain yang dibeli berbanding baju yang sudah siap.
      - pelanggan boleh terdiri daripada lelak dan perempuan termasuk semua lapisan umur ( kecil hingga dewasa)

      Padam
  39. cikgu boleh ajarkan saya macam mana nak buat prospek tentang keropok lekor ? boleh cikgu tolong ajarkan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya dah saya jawab soalan ini.
      - permintaan pelanggan yang berterusan sebab boleh dijual dimana sahaja dan boleh disejukbekukan dalam proses penjualannya
      - permintaan mungkin meningkat pada musim perayaan
      - kebanyakan pelancong dalam dan luar membeli dengan banyak keropok lekor untuk dibawa pulang setelah melawat kawasan perusahaan / pembuatan keropok lekor ini

      Padam
  40. terima kasih kerana sudi menolong saya pada waktu cemas...selamat sempat bukak laman web ni lagi 12 jam nak ke na hantar thanx

    BalasPadam
  41. Cikgu macam mana duat versi padi sawah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rujuk posting terbaru saya bulan jun

      Padam
  42. macam mana nak buat hasil kajian?

    BalasPadam
  43. kerja kursus karipap
    download kt sini>....
    http://adf.ly/Rp636

    BalasPadam