CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 2 April 2013

KERJA KURSUS SEJARAH - ELEMEN 1 .... dah fikir nak buat apa tak ?


Dah fikir nak buat apa ... step 2

Contoh tajuk – penjual kuih di pasar malam.( sebagai contoh aplikasi sahaja )

-      Tindakan - Buat elemen 1
a.   Keperluan elemen 1

- Buat atau pilih empat sahaja
- biasanya kita pilih majalah / buku / akhbar / internet


1. buku / majalah / jurnal

a. cari buku berkaitan dengan tajuk kita- contohnya buku berkaitan dengan pekedai/ peruncit / penjual di pasar malam
b.   Tak semestinya buku yang 100% berkaitan dengan tajuk peniaga kuih ini sebab memang tak akan ada tajuk macam tu
c.   tunjukkan guru sama ada sesuai atau tidak
d.   kalau buku itu sesuai
e.   photostat muka depan sekali
f.     phostat muka dalam yang ada nama pencetak dan tahun cetakan
g.   photostat mukasurat yang ada kaitan dengan tajuk tugasan  ( ada cerita/ huraian tentang peniaga kuih
h.   catatan - majalah yang sesuai-  kuih traadisional di Malaysia/ kuih muih di negeri-negeri tertentu dan lainnya.
i.     Kalau buku resepi cara nak buat kuih tu mungkin cikgu bagi/ tak bagi. Kena tanya cikgu boleh atau tidak



2. akhbar
a. cari maklumat yang sesuai dengan tajuk- peniaga kuih di pasar malam/ pasar minggu/ pasar tamu/ kedai runcit/ kedai makan dll
b.   Kat harian metro banyak cerita pasal perkara ini.
- photostat bahagian yang ada cerita tentang tajuk
- pada surat khabar itu mesti ada pernyataan dengan gambar
c.   Ada tajuk yang ada kaitan dengan peniaga kuih
kalau gambar sahaja - mungkin tak diterima
masukkan / potongkan juga tarikh surat khabar diambil dan dari surat khabar mana
d.Jadikan satu muka surat baru kat kertas A4
e. Susun / tampal dengan elok
f. Kalau kawan dah ada surat khabar tapi kita tak jumpa akhbar tu , kita photostat aja yang dia punya- dianggap boleh


3. orang sumber

a. pergi ke rumah orang yang menjual kuih tu
b. temuramah dia tentang sejarah penglibatan dia dalam usaha menjual kuih daripada awal hingga pada masa itu
c. Tanyakan juga tentang masalah yang dia hadapi dan cara dia mengatasi masalah itu
d. Tanyakan juga cara dia menguruskan daripada awal hingga akhir – mula buat kuih hingga menjual
e. Tanyakan juga jumlah kuih yang dia sediakan/ harian/ jadikan sebulan jumlah pendapatan
f. Ambil gambar awak dengan dia di rumah/ atau kedai tempat dia berniaga
- pada gambar itu tuliskan maklumat di bawahnya  tarikh / tempat / masa temu ramah
- trasnskrip temuramah disediakan- daripada jawapan penjual kuih tadi kita buatkan ayat penuh macam kita buat karangan wawancaratu
g.   Mula dengan beri salam/ minta izin temu ramah/ perkenalkan diri/ latar belakang penjual kuih/ umur/ lama berniaga dll
- kalau boleh panjang lebih 2 muka / langkau 2 baris
- soalan yang kita tanyakan tu mestilah ada kaitan dengan hasil kajian


d. internet

- cari kat internet tentang tajuk kita- kuih tradisional di malaysia
-      Pilih dapatan yang sesuai dengan kerja kursus kita
- web wikipedia .com boleh jadi bahan rujukan yang sesuai
-
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Kuih_tradisional_Melayu
-      print apa yang kita dapat
- tanya cikgu boleh atau tidak
- pastikan ada cetakan http pada hasil cetakan kita
- jangan potong-potong hasil internet tu/ print dan terus masukkan dalam elemen 1 bahagian internet
-      Untuk internet elemen 1 yang paling mudah sekali


e. melawat tempat kajian

- pergi ke rumah/ tapak penjual kuih itu membuat kuih/ menjual kuih

- ambil gambar di sign board/ papan tanda niaga pengusaha
- tuliskan tarikh lawatan / masa / tempat
- ambil gambar proses pembuatan bahan / produk- daripada awal hingga akhir masa dia bekerja buat kuih sampai dia menjual kuih
-      Kalau ada masalah cari gambar daripada intenet – serch imej


180 ulasan:

  1. cikgu,orang sumber tu kena ambil pengusha punya photostat kad pengenalan tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ambil no kad pengenalan, nama dan alamat penuh sahaja dah memadai/ cukup sebab kadang-kadang orang tak nak bagi kad pengenalan dia pada orang lain, takut salah guna

      Padam
    2. cikgu, tak der ker elemen 1 yang complete

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. cikgu,laman web untuk aktiviti pertanian sawah padi apa

    BalasPadam
  4. cikgu, kalau pasal welder/kimpalan besi boleh tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak. dia moden. tapi kalau buat parang/ pisau/ keris boleh

      Padam
  5. Cikgu boleh terangkan lebih mendalam lagi tentang elemen 1 dari sumber internet? Saya kurang faham

    BalasPadam
    Balasan
    1. awak buat tajuk apa. contoh penternak kambing. search kat internet penternakan kambing. kalau boleh yang ada kaitan dengan jabatan kerajaan/ agensi yang ada nama/ pertubuhan peladang dll. printkan hasilnya. pada bahagian adress copy paste kat bahagian rujukan( elemen 2 )

      Padam
    2. Saya buat tentang tukang jahit sebab mak saya menjahit. So sumber internet tu kena amik yang berkaitan dengan tukang jahit ke ?

      Padam
    3. cIKGU, kalau kraf tangan mcm mne?

      Padam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. assalamualaikum..cikgu sy krang phm lah..kan kite ambk ic,lesen..dll...bende tu kne ltak kat elemen bape?

    BalasPadam
    Balasan
    1. masukkan dalam lampiran elemen 2 hujung sekali selepas rujukan

      Padam
  8. Cikgu, kalau jenis kegiatan ekonomi perkhidmatan macam mana nak buat sejarah/asal usul ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. AWAK BUAT TAJUK APA?
      KALAU PASAL PENANAM SAYUR CONTOHNYA TANYA PENANAM SAYUR TU MACAM MANA DIA MEMULAKAN USAHA DIA MENANAM SAYUR / TAHUN BERAPA MULA/ BERAPA KELUASAN/ SIAPA TOLONG/ MODAL BERAPA/ DLL

      Padam
  9. cikgu,majalah tu nak ambil pencetak dan tahun cetakan termasuk muka depan sahaja kan?cuma nak photostat aja kan?klau print boleh x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. PHOTOSTAT MUKA DEPAN
      PHOTOSTAT MUKA DALAM ( BAHAGIAN BELAKANG MUKA DEPAN )
      PHOTOSTAT MUKA YANG ADA CERITA PASAL KERJA KURSUS KITA

      Padam
  10. salam cikgu kalau orange sumber tu staff kedai Yang kite nak kaji boleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya tak boleh sebab dia pekerja bukan orang yang mengusahakannnya

      Padam
  11. Cikgu, saya buat pasal cendol. salah satu dari sumber saya ialah akhbar. jadi saya mengambil keratan akhbar tentang cendol. tapi cikgu saya kata keratan akhbar tu kenalah ada kaitan dengan orang sumber?? bukan ke "skala meniaga kecil-kecilan" mana ada masuk surat khabar kan? lagipun sye buat pasal cendol bukan pasal peniaga cendol tu. so mcm mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak semestinya ada kaitan dengan orang sumber sebab tajuk aja nak kena sama. kalau mcm tu orang lain pun tak pernah masuk surat khabar mcm mana ? sebenarnya boleh asalkan merujuk pada perushaan cendol sahaja sebagai tajuk rujukan.buat pasal peniaga cendol bukan pasal cendol. awak dah salah. jadi kena ada orang yang dirujuk .... tajuk kajian saya ialah penjual cendol iaitu encik a bin b.

      Padam
  12. Assalamualaikum,kalau Encik.A tu sebelumnya mengusahakan pencetakan baju dan gelas, key-chain,lukisan selepas tu baru dia buka gerai kraftangan dan kesenian , boleh ka kita masukkan sejarah perusahaannya yang sebelum ni ke 'sejarah/asal usul kegiatan' dan kaitkan dengan perusahaan yang skrg ?Tapi perusahaan dia ni bukan hasil sendiri tapi dia tempah ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. fokuskan pada pengusaha / penggerai kecil kecilan - baru buat penjual kraftangan. masih boleh. pada huraian tuliskan sejarah awal penglibatan dia dalam buat baju / gelas kemudian terangkan kenapa dia beralih kepada perusahaan yang baru

      Padam
  13. Cikgu, kalau buat sumber melawat tempat kajian, gambarnya mesti ada muka kami? ataupun gambar tempat sana saja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau boleh bersama dengan orang yang kita kaji bersama kita. sebab kadang-kadang cikgu tak terima mungkin kita bohong ke

      Padam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. Cikgu saye buat tntang kuih karas . klau x buat sumber dri bku/majalah boleh x? sbb tk jumpe psal kuih karas . dan sumber akhbar diambil dari akhbar online boleh tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh ambil daripada internet, orang sumber , melawat tempat kajian dan satu lagi pilih yang mana sesuai.
      sumber akhbar tak boleh ambik daripada internet sebab dia bukan kertas surat khabar- metro utusan berita harian aja yang boleh

      Padam
  16. Encik A mengusahakan kraftangan tetapi bukan hasil usaha sendiri, cuma tempah sahaja. Jadi apa yang peru ada pada hasil kajian? barang yang beliau jual? / dari mana sumber tempahan? /berapa kos bagi setiap penempahan?

    BalasPadam
  17. Lokasi kajian/tempat kajian, tempat orang tu mengusahakan sesuatu kah ? Kalau dia menjual di dua tempat pada hari yang berlainan. cth : Hari2 biasa d rumh, pada hari minggu di Pasar tani . Macam mana mau hurai lokasi kajiannya ??????

    BalasPadam
    Balasan
    1. ambik yang pasar tani aja pun tak apa. ambik gambar dia kat pasar tani. lagi ok.
      lokasi kajian - kat pasar tani mana dia berniaga

      Padam
  18. assalamualaikum,, saya nak tnya,, elemen 1 nie kena letak kat bahagian rujukan ye???

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk rujukan nanti saya bagi contoh . saya ada masalah dengan pdf di komputer saya. dalam minggu ni saya masukkan.

      maaf.

      Padam
  19. macam mana nak buat nilai patiotisme?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya dah masukkan elemen 3 .

      untuk bahagian rumusan juga saya dah masukkan. cuba tengok

      Padam
  20. cikgu. kalau gambar proses tu, kena ambil smpai abis proses pembuatan ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau boleh ikut susunan . katakan dia menjahit baju. daripada kain , ukuran , memotong, menjahit masukkan gambar. tuliskan apa proses kat gambar tu.biasanya paling banyak 5 - 6 aja

      Padam
  21. cikgu saya buat tntg gerai menjal kuih boleh kan cikgu ?? jurnal tu pula nak cari mcam mana cikgu ... TQ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. jurnal macam susah sikit nak ada benda jual jual kuih ni. nak senang cari surat khabar , majalah, buku yang ada kaitan dengan tajuk kita. jurnal agak susah nak jumpa. kalau library besar baru ada.

      Padam
  22. Cikgu kalau jurnal tu bahasa inggeris takpe ke ?

    BalasPadam
  23. CIKGU ADA KA BGI CONTOH RUMUSAN?? HRAP BLAS :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah saya masukkan minggu lepas. rujuk bahagian contoh itik

      Padam
  24. cikgu mcm mne nak buat kaedah kajian??
    sye x tau cara nak buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. kaedah kajian merujuk pada empat yang kita gunakan untuk buat elemen satu. rujuk cara saya tuliskan macam mana caranya. dah ada

      Padam
  25. cikgu , kalau buat tentang kajian cendol , macam mana ye ? saya kurang faham laa .

    BalasPadam
  26. cikgu kalo psal sate mcm mne :/ saya x reti lah :p

    BalasPadam
  27. tolong bagi contoh contoh elemen 1 tentang sate dan contoh elemen 3 :) inbox di facebook saya :)

    http://www.facebook.com/alittlelonelygirlz

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sate


      untuk eklemen 1 internet

      Padam
  28. Cikgu kalau tukang gunting rambut pun kene tunjuk proses dia memotong rambut?

    BalasPadam
  29. Elemen 1 tu bahagian yang mana? Penghargaan, Objektif Kajian, Kaedah Kajian tu semua elemen 1 ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya dah pecahkan huraian saya tentang elemen satu , dua dan tiga. cuba tengok balik.

      Padam
  30. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  31. cikgu saya buat tentang makanan tradisional iaitu sate cikgu.. I tak tahu nak buat apa untuk elemen 1 dan 2.. Boleh cikgu terangkan sikit?

    BalasPadam
  32. assalamaualaikum, cikgu..tjuk saya perusahaan kerepek pisang...jdi kalau nak cari sumber internet, cari dr segi kaedah pembuatannya atu lain2....??

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye. proses pembuatan, pembungkusan, ambik gambar jualan kerepek di kedai/ pasar malam dll

      Padam
  33. Balasan
    1. gambar atas tu tentang apa yang kita maksudkan. setiap gambar kena ada penerangan

      Padam
  34. E.melawat temptan kajian
    Hanya leak imej kah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. atas gambar
      bawah dia tuliskan
      - tempat
      - masa
      - tarikh

      Padam
  35. assalamaualaikum, cikgu bole tak buat kajian tentang penanam kelapa sawit

    BalasPadam
  36. salam cikgu .. harap cikgu baca dan bals dgn segera .. untuk elemen 1 tu , buku dan jurnal xboleh asing2 ke?

    BalasPadam
  37. cikgu.. laman web ikan hiasan ape??

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://ikanhiasanmalaysia.blogspot.com/2011/09/pengenalan_26.html

      rasanya cukup. mungkin tak banyak

      Padam
  38. salam, cikgu.. elemen 1 nih isi-isi dia apa? semuanya berdasarkan temu ramah ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya dah masukkan dalam huraian saya. sila rujuk pada bahagian label kerja kursus sejarah 2013.dah saya buatkan/ huraikan satu satu

      Padam
  39. cikgu razak nie bgus lah hmpir satu tingkatan 3 nie dok cerita ttg cikgu punya keje kursus sejarah...mmg terbaekk lah cikgu razak

    BalasPadam
  40. salam..nk tanye..gambar melawat tempat kajian diletakkan di bahagian elemen 1 atau di bahagian lampiran utk elemen 2

    BalasPadam
  41. Salam, cikgu. Saya buat pasal jahitan. Jadi boleh tak saya nak buat proses membuat sulaman kerawang, saya masukkan dalam buku ilmiah. Sebab saya ada buku yang terangkan proses menjahit sulaman kerawang. Ni dalam elemen 1.

    Tapi untuk cara memproses dalam elemen 2, saya nak buat pasal cara menjahit kebaya??boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh. tak ada masalah. elemen satu ada cerita pasal jahitan dah dianggap memadai

      Padam
  42. macam mana nak buat eleman 3..??sye krg faham

    BalasPadam
  43. Balasan
    1. tengok pada hasil kajian saya. dah ada contoh.

      kaitkan dengan apa yang awak kaji
      RUMUSAN


      Kajian yang dilakukan selama kira-kira 2bulan ini memberikan saya pelbagai pengalaman baru dan menarik. Tugasan ini menggerakkan saya untuk mempelajari tentang tatacara bagi mendapatkan bahan untuk keperluan kerja kursus ini. Melalui kajian ini, saya menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai seperti Malaysia.

      Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada kemajuan pesat ekonomi negara kita dalam pelbagai bidang adalah natijah daripada kepimpinan negara yang mengambil berat terhadap nasib dan masa depan bidang pertanian di negara ini. Di pihak pengurusan kejayaan beliau ialah hasil daripada kotmitmen yang jitu terhadap bidang tugasnya selama ini.

      Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat bertanggungjawab, tabah, cekal dan prihatin . Pada masa yang sama, saya sedar bahawa banyak perkara sebenarnya mampu menyumbang kepada kemajuan negara.

      Padam
  44. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  45. cikgu klau tajuk perniagaan runcit nk buat elemen 1 mcm mna?

    BalasPadam
  46. cikgu boleh buat tentang perniagaan keropok ubi di tanjung sepat tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak sempat peixin. maaf.ikut cara huraian saya kemudian adjust untuk awak punya. yang pisang tu sesuai.

      Padam
  47. Cikgu.. Adakah jika saya mengambil sumber dari surat khabar online, ianya masih dikira sebagai sumber surat khabar atau internet?

    BalasPadam
  48. cikgu saya nak buat tentang nasi lemak boleh cikgu tolong saya..saya memang tidak tahu boleh cikgu bagi satu contoh

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Nasi_lemak

      dalam sini banyak maklumat. boleh masukkan dalam hasil kajian awak terutama dalam bahagian proses penyediaan

      Padam
  49. Assalamaualaikum... cikgu, saya membuat folio mengenai nasi lemak... bole x bagi contoh-contoh elemen 2... susah sangat nk dapat hasil dan dapatan kajian...

    BalasPadam
    Balasan
    1. awak kena jumpa penjual nasi lemak. ada beberapa perkara yang awak kena dapatkan maklumat daripada dia. bukan karang-karang gitu aja kat hasil kajian. kalau mcm tu sampai bila tak boleh buat.

      saya dah buat tentang pisang/ ubi. daripada ditu awak buat. kena jumpa orang buat nasi lemak. tanyakan betul betul apad soalan dalam hasil kajian tu.

      Padam
  50. cikgu klau saya buat berkaitan dengan pisang boleh ?

    BalasPadam
  51. cikgu, semua gambar kene masuk kat lampiran ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak semestinya.
      - pada hasil kajian ada bahagian dia yang kita boleh masukkan gambar. tapi kalau dah terbuat boleh masukkan gambar kat lampiran. tengok contoh hasil kajian itik saya , buat macam tu

      Padam
  52. Assalamualaikum cikgu, saya masih tak faham nak buat macam mana. Dalam bentuk perenggan atau point. Boleh terangkan pada saya sebab saya tak mula apa lagi.

    BalasPadam
  53. Assalamualaikum cikgu,kalau drpd sumber buku, makanan tradisional, boleh x kita ambil resepi?

    BalasPadam
  54. cikgu , nak buat rujukan mcam mna ?

    BalasPadam
  55. cikgu kalau buat sumber dari tv nak macam mana buat? sebab penjual tu pernah ditemu oleh tv

    BalasPadam
  56. Cikgu, jika aspek orang sumber, ape maksud tu transkripsi perbualan?

    BalasPadam
  57. Cikgu laman web apa untuk penoreh getah

    BalasPadam
  58. assalamualaikum cikgu,
    saya buat berkaitan dengan nasi lemak,
    saya kene ceritakan pasal pengusaha nasi lemak ni dekat elemen berapa.

    BalasPadam
  59. Aslkm , Cikgu , yang ELEMEN 1 ni saya tak paham sebenarya , sbb saya ye tajuk Nasi Lemak and then camne nak letak gamabr tu ? cigku sejarah saya kata Pilih tajuk , ltk isi berkenaan dgn Nasi Lemak tu .. habis tu camne Cikgu saya Rungsing sangat ni , plz cikgu bantu saya .. Jasa Cikgu Amat saya HARGAI ;)

    BalasPadam
  60. assalamualaikum , cikgu . saya ingin tanya , kalau saya ambil akhbar itu dari internet boleh tak ? maksdunya , akhbar online . adakah ia dikira sumber drpd internet ?

    BalasPadam
  61. assalamualaikum , elemen satu perlu diletak dihadapan dan diikuti elemen 2 pastu 3 kan ? kalau begitu , kesemua ranskripsi perbualan , gambar dah letak kat elemen 1 , kat lampiran letak apa ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. gambar letak kat hasil kajian/ elemen 2 atau lampiran. mana yang sesuai ikut tajuk awak. untuk lampiran lain masukkan bahagian lampiran seperti lesen perniagaan/ pamplet perniagaan / lokasi tempat kajian.

      Padam
  62. ataupun elemen satu sememangnya termasuk dalam lampiran ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. elemen 1 dan dua tak sama. rujuk saya punya huraian.

      Padam
  63. Cikgu mana boleh dapat buku ilmiah untuk sate?

    BalasPadam
  64. cikgu,adakah saya perlu membuat ulasan dan huraian tentang setiap sumber bagi element1?

    BalasPadam
  65. slm cikgu...saya nak buat hasil kajian getah macam mne?

    BalasPadam
  66. assalamualaikum,cikgu nak nak tanya sikit...kalau buat pengusaha IKS,kena ada lesen sekali ke untuk lampiran?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dia ada lesen masukkan dalam lampiran. kalau tak ada tak apa

      Padam
  67. Assalamualaikum cikgu..saya nk Tanya..perlu ke pergi ke kilang?

    BalasPadam
  68. Cikgu gambar kita brsama org sumber dan di tempat kajian yg diambil letak di bahagian lampiran ataupun di elemen 1 ?

    BalasPadam
  69. cikgu,laman web untuk aktiviti nelayan apa ??..

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Nelayan

      http://ms.wikipedia.org/wiki/Industri_perikanan

      Padam
  70. camne nak wat tuk tukang jahit?? x fhm sgtlahh

    BalasPadam
  71. Cikgu,jika saya buat nasi lemak, hasil kajian ke3 Sumbangan kepada keluarga atau masyarakat boleh tulis apa

    BalasPadam
  72. cikgu boleh tak terangan lebih lagi tentang elemen 1 pasal:

    melawat tempat kajian
    internet
    buletin
    akhbar

    BalasPadam
  73. Cikgu boleh tak gambar majalah tu kite amek dari internet je ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dalam internet tak boleh jadikan majalah untuk elemen 1. kalau untuk hasil kajian semua gambar dalam internet yang sesuai boleh dijadikan lampiran .

      Padam
  74. Nak number boleh? Saya lebih faham melalui kata2 daripada baca..

    BalasPadam
  75. cikgu,laman web untuk char koay teow ini kan? https://en.wikipedia.org/wiki/Char_kway_teow

    BalasPadam
  76. Alhamdulillah...berkat pertolongan cikgu akhirnya saya dapat menyiapkan kajian ini.. blog cikgu ini bener-benar membantu...Terima Kasih...:)

    BalasPadam
  77. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  78. Cikgu, kalau peniaga tu jual buah-buahan tp nk buat tajuk nanas boleh tak?

    BalasPadam
  79. cikgu tolong bagi contoh tajuk penanaman sayur.

    BalasPadam
  80. cikgu,macamana nak cari internet pasal pertanian

    BalasPadam
  81. assalamualaikum cikgu.saya ada rakam proses urutan tradisional dan saya letakkan ia di dalam CD-R..di mana harus saya letakkan CD tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. pada elemen satu.buatkan kertas sempadan . tuliskan sumber cakera padat.
      lekatkan satu sampul surat saiz cd. masukkan cd dat dalamnya.

      Padam
  82. cikgu,,laman web untuk penoreh getah apa??

    BalasPadam
  83. Cikgu, kalau elemen 1 tu, kita tak buat orang sumber, tapi kita boleh rujuk internet, jurnal dan lain lain, boleh ke?

    BalasPadam
  84. Boleh tak sekiranya saya buat mengenai penternakan ayam berhawa dingin?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak kisah. fokuskan pada penternakan ayam sahaja. bahagian kaedah / pengurusan dan peralatan yang diperlukan masukkan bahagian berhawa dingin / masukkan gambar yang sesuai

      Padam
  85. cikgu terima kasih sebab membantu

    BalasPadam
  86. Salam Cikgu.. disini saya ada beberapa soalan mengenai kerja kursus..minggu depan sekolah kami diminta hantar kerja kursus nie tapi masih ada lagi saya tak faham..

    soala saya,

    1. apakah yang dimaksudkan dengan langakau 2.0 ? Adakah setiap ayat tu kena langkau 2.0? atau ia bermaksud untuk setiap perenggan jer?

    2. Boleh x saya dapatkan contoh Kaedah kajian dan Objektif Kajian untuk kerja kursus ini?

    Saya amat berharap agar cikgu dapat memberi sedikit sebanyak jawapan tentang soalan saya ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohon cikgu dapat jawab secepatnya. Terima kasih membantu

      Padam
    2. untuk hasil kajian sahaj perlu langkau dua baris dan esei.

      contoh
      pada hasil kajian ( dah tulis semua )
      - select all
      - pergi kat pareagraph
      - tengok bahagian line spacing
      - pilih double
      - tekan ok
      - dah jadi

      kaedah kajian dan objektif kajian dah saya masukkan. cuba tengok posting berlabel kerja kursus sejarah 2013

      Padam
  87. cikgu, kalau org yg menanam padi dipanggil petani bagaimana pula dgn org yg menanam jagung??

    BalasPadam
  88. cikgu kalau buat pertanian tapi campur semua jenis tanaman boleh tak cikgu contohnya padi koko tembakau dan lain lain lagi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tuliskan sahaja petani ( apa yang paling banyak dalam kebun dia ) kemudian hasilkan yang satu ini sahaja huraiannya. ini lebih senang pada saya.

      Padam
  89. cikgu,mesti ada berapa elemen yang diperlukan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya dah huraikan
      elemen 1, elemen 2, elemen 3. tai jadikan satu folio masa kita combinding tu

      Padam
  90. Assalamualaikum,cikgu...saya nak tanya,kalau orang sumber tu wajib pengusaha dia ke?kalau pekarja dia tak boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak semestinya kalau pekerjanya tahu banyak perkara berkaitan dengan perushaan itu, tapi untuk soalan latar belakang dan maklumat kena jumpa juga tuan punya tersebut, terpulang , mungkin isteri dia boleh

      Padam
  91. cikgu,wajibkah ada dialog temuramah dalam orang sumber?

    BalasPadam
  92. cikgu , laman web untuk kraftanggan apa?

    BalasPadam
  93. cikgu kalau pembuat kuih tradisional boleh tak?

    BalasPadam
  94. cikgu tajuk kajian saya adalah perniagaan tradisional...kalau saya letak perniaagan kuih bahulu bole x ?

    BalasPadam
  95. Cikgu, saya tak tahu nak buat Objektif Kajian. Macam mana?

    BalasPadam
  96. Cikgu saya nak tanya ..
    elemen 1 --> Internet untuk kegiatan nasi lemak ape ye ?
    esok sy dah kne hantar .
    Harap cikgu dapat membantu saya .

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Karipap

      pergi kat sini
      printkan
      alamat dia masukkan kat rujukan

      Padam
  97. Cikgu macam mana nak bina tajuk kerja kursus untuk tema kedatangan kuasa barat....saya dah tak tahu nak buat apa dah

    BalasPadam