CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 11 April 2013

Hasil kajian - pisang


5.1) Maklumat Asas.


5.1.1- Jenis Kegiatan Ekonomi

Kegiatan ekonomi yang saya kaji ialah  penanaman pisang oleh Encik Ayub Bin Sahat di Felcra Bukit Kepong.

5.1.2- Sejarah Asal Usul Kegiatan Ekonomi.

Penanaman pisang ini telah dimulakan oleh Encik Md Ayub  dan Puan Salmi suami isteri mulai tahun 1998 . Oleh yang demikian beliau telah mengendalikan penanaman pisang ini hampir 15 tahun lamanya. Pada masa tersebut, beliau menanamnya untuk kegunaan sendiri seperti untuk masakan dan untuk dijual di kedai di kawasan perkampungannya. Beliau telah mengusahakan penanaman pokok pisang berdekatan rumahnya di Felcra Bukit Kepong sehingga beliau mendapat hasil . Pada masa sekarang kebun pisangnya ialah kira-kira  5hektar yang dimana 1hektar bersamaan 500 pokok pisang.
5.1.3- Lokasi/Tempat Kajian
Lokasi di Felcra Bukit Kepong berkediaman No. 365 Jalan Mawar Felcra Bukit Kepong, Muar. Beliau yang berusia 53 tahun dan isterinya 50 tahun. Lokasi kediaman beliau terletak di luar Bandar. Bandar terdekat ialah Bandar Labis . Jarak rumah beliau dengan  pekan Labi sialah  kira-kira 15km.
5.1.4-Pihak yang mengusahakan/individu/ kelompok masyarakat yang mengusahakan

Penanaman pisang  ini turut juga dijalankan oleh penduduk kampung ini di kawasan sekitar rumah mereka untuk tujuan yang sama seperti Encik Ali Bin Ahmad . Bagi tujuan kerja kursus ini saya memilih Encik Ali Bin Ahmad  kerana beliu merupakan antara orang yang lama  terlibat dengan penanaman pisang  di perkampungan ini.

5.2- Latar Belakang

5.2.1- Tujuan dijalankan

Encik Md Ayub b. Sahat pada mulanya menanam pisang  untuk digunakan sebagai sumber  makanan dan masakan sendiri. Kemudian, beliau menjual pisang tersebut ke  kedai-kedai di Felcra Bukit Kepong. Beliau menjual semua jenis pisang yang ditanam. Antara jenis pisang tersebut adalah pisang tanduk, pisang berangan, pisang nangka dan pisang nipah. Beliau menjual kira-kira  100kg pisang setiap kali penjualan dilakukan ke kedai dengan harga  sekitar RM 1.30- 1.50 sekilogram kira-kira dua kali  sebulan.Oleh yang demikian kita boleh menganggap hasil atau pendapatan Encik Ayub ialah kira-kira RM260-300 sebulan.

5.2.2-Peralatan/kaedah yang digunakan

Dalam bidang menanam pisang, beliau telah membeli sebuah kubotar yang berharga kira-kira RM 7000.00 untuk kemudahan beliau meneruskan penanaman pisang. Beliau menggunakan kubotar untuk mengembur tanah pada mula mengusaha dan setiap kali proses penanaman semula.Kubotar ini juga digunakan untuk meratakan kawasan kebun pisangnya. Selain itu peralatan lain yang digunakan olehnya ialah cangkul dan tajak terutama untuk menajak rumput dan membersihkan kawasan lading.

5.2.3-Tempat Kawasan

Encik Md Ayub mendapatkan kemudahan air dari  rumahnya. Beliau berasa beruntung kerana jarak kebun dengan rumahnya adalah bersebelahan sahaja. Oleh yang demikian beliau tidak perlu membeli kalbat atau mengorek parit bagi mendapatkan bekalan air bagi kegunaan meracun rumput . Beliau juga telah memasang pagar berduri untuk menggelakkan dari daripada haiwan perosak. Justeru, beliau mengambil langkah drastik untuk memasang pagai berduri sebagai perlindung daripada serangan dan ancaman binatang perosak.Antara haiwan perosak yang sering mengganggu tanamannya ialah babi hutan, lembu , monyet dan kambing.

5.2.4-Kos Pengendalilan

Benih pokok pisang diambil dari pokok-pokok pisang yang telah matang dan mampu menghasilkan anak-anak pokok pisang . Racun dan baja dibeli sendiri dan dan proses penjagaan seperti memangkas pelepah yang rosak, membungkus pisang dilakukan bagi mengekalkan kualiti . Kadang kala beliau menggunakan  baja kimia tertentu  untuk mengemukkan pokok pisang.

5.3-Sumbagan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat.

5.3.1- Sumber pendapatan utama dan sampingan

Dengan penanaman pisang ini, pekebun memperoleh kira-kira RM300 sebulan sebagai pendapatan sampingan. Pekebun hanya mengedar dan menjual hasil kebunnya kepada penjual buah-buahan di Felcra Bukit Kepong.

5.3.2- Memenuhi Permintaan.

Dengan  menanam pisang, beliau dapat memenuhi permintaan segelintir masyarkat setempat terutama pada musim perayaan, kenduri-kendara atau majlis perkahwinan. Oleh hal demikian, ia telah memudahkan penduduk kampng untuk memperoleh buah pisang dan dapt menghasilkan produk seperti :-
à Kek Pisang
à Pisang Goreng
-à Kerepek Pisang

5.3.3-Penerusan Tradisi Keluarga

Penanaman pokok pisang ini adalah penerusan turun-temurun tradisi keluarga. Pengusaha mewarisi pengurusan tersebut daripada bapanya.

5.3.4-Peluang Perkerjaan

Dengan menubuhkan sebuah kebun penanaman pisang, penduduk kampung terutama sekali kepada penganggur boleh mendapat peluang perkerjaan di kebun pisang tersebut. Antara perkerjaaan yang boleh didapati di kebun pisang adalah menanam semula anak-anak pokok, membaja dan sebagainya. Oleh itu, penduduk yang menganggur dapat memenuhi masa yang terluang dengan perkara yang boleh mendatangankan manfaat.

5.4- Prospek

5.4.1-Cabaran/ kekangan yang dihadapi.

Antara cabaran yang dihadapi bagi pengusaha pisang dalah haiwan-haiwan perosak yang boleh memberi impak yang negatif seperti memakan hasil penanaman dan merosakkan hasil penanaman. Antara haiwan perosak adalah :-

                  àMonyet
                      àUlat Gulung Daun
àLembu
àKumbang
àLalat Buah



àOdioporus longgicolis

Selain daripada haiwan perosak, pekebun juga memperoleh masalah penyakit pisang:-

àTisu Vaskular menjadi perang atau kehitaman
àBuah hitam dan repuh

5.4.2-Penglibatan Pihak Luar/Galakan kerajaan swasta.

Pihak kerajaan memberi bantuan kepada pengusaha kebun pisang dalam bentuk  subsidi, kewangan dan sebagainya. Pihak kerajaan juga telah memberi ruang dan peluang kepada pengusaha untuk melakukan aktiviti pertanian agar dapat mengurangkan tahap pengangguran.

5.4.3-Reaksi/ Penerimaan Masyarakat.

Masyarakat di kampung ini menanam pisang untuk keperluan sendiri terutama untuk masakan harian dan pembuatan kuih muih bagi hidangan keluarga sahaja. Kadangkala, ada juga ia menghasilkan produk seperti kerepek pisang, kek pisang dan sebgainya yang dihantar ke kedai-kedai di Felcra Bukit Kepong.

5.4.4- Saranan dan harapan.

Encik Md Ayub berharap agar dapat memperluaskan lagi kawasan tanaman pisang tersebut. selain daripada itu, dapat menambahkan kuantiti pokok pisangnya. Selanjutnya, beliau juga berusaha menjaga penanaman tersebut agar dapat diteruskan oleh  anak-anak beliau dan tidak dibiarkan begitu sahaja dan berharap agar masalh-masalah yang pernah dihadapinya dapat dikurangkan.



RUMUSAN


        Kajian yang dilakukan selama kira-kira 2bulan ini memberikan saya pelbagai pengalaman baru dan menarik. Tugasan ini menggerakkan saya untuk mempelajari tentang tatacara bagi mendapatkan bahan untuk keperluan kerja kursus ini. Melalui kajian ini, saya menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai seperti Malaysia.
       
  Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada kemajuan pesat ekonomi negara kita dalam pelbagai bidang adalah natijah daripada kepimpinan negara yang mengambil berat terhadap nasib dan masa depan bidang pertanian di negara ini. Di pihak pengurusan kejayaan beliau ialah hasil daripada kotmitmen yang jitu terhadap bidang tugasnya selama ini.
       
Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat bertanggungjawab, tabah, cekal dan prihatin . Pada masa yang sama, saya sedar bahawa banyak perkara sebenarnya mampu menyumbang kepada kemajuan negara.

64 ulasan:

  1. Assalamualaikum cikgu, bolehkah cikgu memberikan isi2 atau contoh untuk Elemen 3? Sekian, terima kasih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut saya punya pun boleh dah siap. kalau nak ubah sikit -sikit pun boleh

      Padam
  2. Salam cikgu , bagimana pula dengan perusahaan makanan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ada masa nanti saya masukkan. kalau tak sempat awak adjust saya punya panduan ni

      Padam
  3. cikgu bagaimana dgn keropok lekor??

    BalasPadam
  4. Cikgu macam mana kalau nasi lemak? Boleh tak ckgu tolong saya?

    BalasPadam
  5. ini boleh tiru bulat2 ke,cikgu?

    BalasPadam
  6. cikgu kalau anyaman bakul macam mana nak buat ?

    BalasPadam
  7. blh tk cikgu berikan elemen 1 tentang pisang...?"?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau internet

      http://ms.wikipedia.org/wiki/Pisang

      cari kat sini
      print aja hasil dia. terus file print

      Padam
  8. Terima Kasih .. atas tunjuk ajar..

    BalasPadam
  9. assalamualaikum cikgu, mcm mana nak buat contoh rujukan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rujukan

      1. buku - nama pengarang, tahun terbit, nama buku, tempat terbit, nama penerbit

      2. jurnal- nama pengarang, tajuk eseinya, tajuk jurnal, bilangan ke berpapa, bulan dan tahun terbit

      3. surat khabar- nama surat khabar, tarikh, muka surat

      4. orang sumber - nama orang sumber, umur,alamat penuh

      5. melawat tempat kajian- alamat penuh

      6. majalah- nama majalah, tarikh, tahun

      7. televisyen
      -tajuk program, tarikh siaran , masa, rangkaian berapa

      Padam
  10. Terima kasih atas tunjuk ajar. Semoga Allah merahmati usaha murni ini.

    BalasPadam
  11. alhamdulillah .. atas bantuan cikgu siap juga folio saya .. terima kasih .. :D

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum . kalau guna pc . boleh tak tulisan paling 20 . paling kecik 16 . times new roman

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk huraian hasil kajian/ objektif/ rumusan/ kaedah kajian guna font 12.
      itu wajib.
      kalau tajuk-tajuk kecik boleh besarkan sikit . tak apa asalkan ikut cakap cikgu awak .

      Padam
    2. Cikgu , lakaran dia nak apa ?

      Padam
    3. Maksud awak lakaran APA.kalau PETA lokasi me temp at kajian masukkan dalam hasilnkajian elements 2.

      Padam
    4. letak kat hasil kajian.. kalau kat lampiran letak peta jugak kan?? letak peta apa?

      Padam
  13. a'kum cikgu...cikgu sekolah saya kata kena ada dialog utk elemen 1 orang sumber...boleh bagi contoh tak cikgu...terima kasih ...

    BalasPadam
  14. cikgu,macam mana nak buat folio mengenai penternakan kambing ? Harap bantu.

    BalasPadam
  15. saya mahu pengusaha labu sayong,cikgu
    harap cikgu dapat mengatasi masalah saya.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. amir / norr soleyha/ darrenraj
      - baca hasil kajian saya sepenuhnya.
      - gunakan cara huraian saya untuk buat yang awak punya. cara huraian lebih kurang sama sahaja.
      cuba dapatkan orang sumber terlebih dahulu lepas baca hasil kajian saya sebagai panduan.
      lepas tu buat/ tulis hasil kajian.
      - saya tak boleh bohong gitu-gitu aja.

      Padam
  16. assalamualaikum.. cikgu macam mana nak buat folio mengenai keropok lekor ? harap bantu..

    BalasPadam
  17. cikgu mcm mne klu nk wat penanaman padi

    BalasPadam
  18. cikgu macam mana klaw belacan?

    BalasPadam
  19. cikgu...kalau saya buat pasal lemang boleh kan cikgu??
    yang hasil kajian tu memang dalam karangan eh cikgu???harap cikgu dapat jawab..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia ada nombor dan huraian. ikut macam contoh saya buat.

      Padam
  20. cikgu,macam mana kalau nak buat prospek bagi penanaman padi tapi kita tak pergi melawat tempat kajian atau tahu siapa yg mengusahakan. :/

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya kita boleh masukkan
      - adanya penciptaan benih baru padi yang lebih berkualiti
      - harga pasaran agak memuaskan
      - bantuan oleh kerajaan- subsidi baja/ benih
      - petani mudah memasarkan padi/ beras

      Padam
  21. salam cikgu nak tanya utk elemen satu kan kena selitkan dialog..macam mana cikgu,,contoh dialog kita dengan perngusaha pisang?? saya kena hantar lepas cuti nim cikgu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorry lambat balas. saya buat umrah sepanjang cuti.
      dialog yang sesuai antara awak dengan pebgusaha / penanam pisang tu
      - macam mana dia mula terlibat/ modal awal/ pekerja berapa orang/ proses penanaman macam mana/ kos macam mana/ hasil dia macam mana

      Padam
  22. bahagian lampiran kena letak peta ,, peta tu kita lukis atau yang biasa je.. nak peta lokasi atau peta daerah??

    BalasPadam
  23. kene buat temu bual tu betul2 k?tye betul2?klu reka je boleh?

    BalasPadam
  24. salam. boleh tak kalau cg masukkan elemen 1 yg cg gunekan untk kmpul mklumat ni?

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum cikggu, maaf mengganggu. Saya nak tanya ni, mcm mana kalau saya buat tentang makanan nasi ayam ye? resepi boleh ambik di internet atau kena resepi orang yg kita temu ramah tu? harap bolehg balas dengan segera. terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. resepi tak jadi masalah mana-mana boleh rujuk. masukkan gambar bahan nasi ayam dan proses memasak nasi ayam. ambik dari internet aja.

      Padam
  26. cikgu mcm mne nk buat objektif kajian...saye x fhm mcm mn nk buat perenggan tu..

    BalasPadam
  27. terima kasih cikgu sangat2... sangat membantu

    BalasPadam
  28. TERIMA KASIH CIKGU . IA SANGAT MEMBANTU .

    BalasPadam
  29. cikgu, peta kawasan saya patut letak di bahagian lampiran atau lokasi/tempat kajian pada maklumat asas atau tempat/kawasan pada latar belakang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. pada maklumat asas -lokasi. peta mudah pun boleh. mesti ada petunjuk

      Padam
  30. cikgu kalu nama responden raja fatimah kena letak ym ke

    BalasPadam
  31. cikgu, kalau ekonomi sawah padi camne?

    BalasPadam
  32. asslamualaikum cikgu..maaf mengganggu...kalau nk buat pengusahaan kuih bahulu mcm mne?adakah dia sama dengan isi-isi yng cikgu bgi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cara hurian hampir sama tapi isi tak sama sebab saya ikut tajuk saya awak tajuk awak

      Padam
  33. assalammualaikum cikgu ,saya mengambil tajuk Pertukangan Penjahit ,orang sumber yang saya ambil ialah ibu saya ,boleh ke cikgu ...

    BalasPadam
  34. Cikgu, kalau buku ilmiah saya dalam bahasa inggeris, saya wajib menerjemahkan ke bahasa melayu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya kita pakai buku bvahasa melayu/
      tanya cikgu awak boleh ke tak
      kalau untuk elemen satu buku tu tak payah translate
      terus photostat macam saya cakap tu

      Padam