CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 9 Oktober 2018

BM PT 3



E.Dalam petikan di bawah ini terdapat tiga kesalahan ejaan.
Petikan 1

Graduan perlu bersedia agar lebih berdaya saing untuk mendepani dunia pekerjaan dan karenah sesetengah organisasi. Harga serelong kesabaran hasil daripada minat yang mendalam ketika mengharungi alam pengajian perlu dimantapkan lagi apabila memasuki alam pekerjaan. Minda yang positive perlu dipupuk sebelum menyusuri alam kerjaya agar mereka lebih bersedia menerima cabaran dunia kerjaya yang lebih mencabar.


Petikan 2

Amira ialah pelajar yang datang dari keluarga susah kerana ayahnya hanya seorang penorih getah. Ayahnya terpaksa bekerja siang dan malam demi mencari pedapatan lebih semata-mata untuk menyediakan keperluan pelajaran anak-anak. Tidak suka melakukan perkara yang sia-sia, Amira memanfaatkan masa lapangnya dengan membuat kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran.


Petikan 3

Atau sindiran dan keiklasan telah bergumpal menjadi satu, Cikgu Harun tidak tahu. Namun sesuatu yang pasti, setiap kali bungkusan itu sampai, Cikgu Harun pun terkesima, membiarkan diri hanyut dalam arus ingatan ke zaman awal menjadi pendidik di sebuah kampung pendalaman. Lebih tiga dekad yang lalu, ketika kedaifan masih menjadi sinonim dengan kehidupan marhain di luar bandar.


Petikan 4

Mendengar basikal tua datuk berkeriyut di halaman, embah cepat-cepat berlari ke dapur dan membuka pintu. Tidak lama, datuk sampai di hadapan tangga yang curam dan embah turun hingga ke pertengahhan tangga. Datuk menyurung basikal ke atas dan segera disambut oleh embah.


Petikan 5

Sikap sesetengah pengguna jalan raya di bandar raya memburukan keadaan. Ada pemandu yang tidak mematuhi peraturan seperti meletak kenderaan sesuka-hati dan juga memotong di sebelah kiri. Sikap negative ini perlu dikikis kerana boleh membawa padah dan menyusahkan pihak lain.


F.Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


  1. Ikutlah rasmi padi, makin tunduk makin berisi.
  2. Emak menyediakan mee goreng untuk sarapan kami sekeluarga pagi tadi.
  3. Cikgu Hadi merupakan Ketua Panitia matapelajaran Sejarah di sekolah saya.
  4.  Mereka sekeluarga akan ke Pulau Pinang dengan menaiki keretapi.
  5. Setiap pelajar perlu mendapatkan tanda tangan ibu bapa atau penjaga sebelum dibenarkan menyertai lawatan itu.
  6. Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha membendung masalah kesesakan lalulintas di bandar-bandar besar.
  7. Para pelawat diminta berkumpul di cafeteria untuk satu taklimat ringkas.
  8. Semua pihak perlu menggembeleng tenaga dalam mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia.
  9. Campurtangan kuasa luar tidak digalakkan jika kita mahu menyelesaikan masalah ini dengan segera.
  10. Ramai yang tidak tahu bahawa Amir dan Amira adik beradik kembar.


G.Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


  1. Pasaraya yang baru dibuka itu sedang mengadakan jualan pembukaan.
  2. Kanak-kanak itu sedang dirawat di hospital kerana mengidap penyakit leukimia.
  3. Semua urusan jual-beli di sekitar masjid itu perlu dihentikan buat sementara waktu demi menghormati waktu solat.
  4. Pak Mat membuat beberapa batas baru di kebunnya untuk menanam kobis.
  5. Firman tidak ke sekolah hari ini kerana diserang demam selsema.
  6. Illustrasi menarik itu dilukis oleh seorang kartunis muda yang berbakat.
  7. Merida sedang menyediakan puding kastad kegemaran ibunya.
  8. Encik Mujahid sedang meneliti pelan insuran yang sesuai buat ahli keluarganya.
  9. Baucer buku itu boleh digunakan di semua kedai-kedai buku utama.
Syamil membeli dua puluh cocok sate daging di medan selera itu. 

BM PT 3 TB


A.Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


1.      Mahadzir memohon cuti dari majikannya untuk pulang ke kampung.
2.      Kerja-kerja memperlebarkan jalan itu perlu dilakukan dengan segera.
3.      Dr. Shanti adalah pensyarah di Universiti Malaya. Beliau berasal dari Sibu.
4.      Wan Liang mendapat tempat pertama di dalam pertandingan syarahan itu.
5.      Mini telekung yang dibeli oleh ibu di Bandung sangat halus corak sulamannya.
6.      "Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas tersebut," sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.
7.      Kawasan sawah padi di hujung kampung itu diusahakan oleh kami.
8.      Cahaya lampu dari rumah agam di atas bukit itu sangat terang-benderang.
9.      Dua orang perompak-perompak telah ditembak mati oleh pihak polis dalam satu insiden rompakan bank pagi semalam.
10.  Kuih yang enak itu dibuat dari tepung pulut dan santan.
11.  Adik memanggil abang berapa kali tetapi langsung tidak dibenakannya.
12.  Di hari raya, semua ahli keluarga saya akan berkumpul di rumah datuk dan bergotong-royong membuat persiapan hari raya.


B.Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


1.      Janganlah kamu membincangkan tentang perkara itu lagi.
2.      Wahida gemarkan masakan yang dimasak oleh kakaknya. 
3.      Sesetengah daripada pendapatannya dihantar kepada ibunya di kampung. 
4.      Beberapa orang pelajar – pelajar berada di perpustakaan. 
5.      Buku – buku di atas meja itu tebal – tebal belaka. 
6.      Beberapa helai dedaun kering berterbangan ditiup angin. 
7.      Abang berada pada rumah sepanjang hari ini. 
8.      Amir dengan Ashraf mengajak saya mandi di sungai itu. 
9.      Pekarangan rumah agam itu sangat terang-benderang. 
10.  Suasana di dalam kelas itu sangat riuh-rendah apabila guru keluar. 
11.  Ali terbongkok – bongkok berkali – kali mengutip buah yang gugur itu. 
12.  Adik menggaru – garu kakinya berkali – kali kerana gatal.

C.Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


1.      Ariyan perlu membuat keputusan samada mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara ataupun tidak.
2.      Murtabak yang dibeli oleh ayah petang tadi telah basi.
3.      Galakkan daripada ibu bapa banyak membantu meningkatkan prestasi murid.
4.      Mereka sekeluarga akan ke Pulau Pinang dengan menaiki keretapi.
5.      Adik saya perlu dimasukan ke dalam wad kerana demam panas.
6.      Encik Ganesh mahu memohon jawatan juru latih pasukan bola sepak negeri untuk musim itu.
7.      Tragedi yang mengorbankan banyak nyawa itu sungguh dasyat dan mengerikan.
8.      Pihak polis menggesahkan tiada mangsa yang cedera parah dalam kemalangan di simpang tiga semalam.
9.      Ibu tidak dapat menyembunyikkan kerisauannya apabila abang tidak pulang sejak semalam.
10.  Masalah-masalah itu akan dapat diselesaikan dengan pengurusan yang lebih sistemetik.
11.  Kamu berlu berfikir secara lojik sebelum membuat sebarang keputusan.
12.  Terdapat beberapa kesalahan ejaan pada bahagian pra-kata buku itu.

D.Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


1.      Seniwati termashur itu telah meninggal dunia malam tadi.
2.      Kerajaan akan mengawal pembelian minyak disel agar tidak berlaku penyeludupan ke negara jiran.
3.      Serunding yang dijual di gerai itu sangat lazat.
4.      Kakak saya suka membuat keraf kertas pada masa lapang.
5.      Jangan mudah terpedaya oleh sekim cepat kaya.
6.      Sessi soal jawab terpaksa dibatalkan kerana penceramah itu perlu pulang segera.
7.      Atif dan keluarganya tinggal di kawasan pendalaman.
8.      Egen hartanah itu merupakan abang saudara saya.
9.      Peresmian majlis itu disempurnakan oleh pengetua sekolah saya.
10.  Pakaiyan yang dijual di butik itu cantik-cantik belaka.
11.  Beribu-ribu orang penyokong Kelab Pemuda Selangor membanjiri stadiom itu.
12.  Selain mengutamakan aspek akedemik, sebagai pelajar kita juga perlu aktif dalam sukan.

Rabu, 1 Ogos 2018

soalan peperiksaan pertengahan tahun


Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah meningkatkan kemajuan sektor pelancongan kesihatan di Malaysia dan kesan-kesannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan
Pelancongan kesihatan merupakan satu lagi cabang ekonomi baru yang wajar diusahakan oleh kerajaan. Dengan kewujudan banyak hospital dan pusat kesihatan swasta, Malaysia sebenarnya mampu bersaing dengan negeri-negeri lain yang telah mempunyai prasarana kukuh dalam industri baru ini seperti Thailand, Jordan dan India. Kelebihan Malaysia ialah memiliki kepakaran yang tinggi untuk ditawarkan, selain kos perubatan yang rendah mengikut tukaran mata wang asing. Keindahan alam semula jadi yang dimiliki oleh negara ini juga penyumbang utama terhadap sektor pelancongan kesihatan. Dalam hal ini, beberapa buah syarikat swasta di negara ini telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menarik kedatangan pelancong luar.

            Pelancongan kesihatan mempunyai potensi besar berdasarkan kepada kejayaan negara menarik sebanyak 174,200 warga asing dan menjana pendapatan sebanyak RM105 juta pada tahun 2004 berbanding sebanyak 103,000 pelancong dengan jumlah pendapatan hanya RM59 juta pada tahun 2003. Dalam usaha mendorong pembangunan sektor pelancongan kesihatan tersebut pelbagai langkah telah diketengahkan oleh pihak kerajaan. Perkara utama yang diberikan perhatian ialah menyusun pakej pelancongan kesihatan dengan menyelaraskan tawaran hospital dan hotel di samping membentuk rujukan rangkaian antarabangsa.

            Malah dalam hal ini, pihak kerajaan menggalakkan hospital mendapat akreditasi dengan pusat perubatan terkemuka di dunia. Pendekatan yang lain ialah menggalakkan pembentukan syarikat multinasional Malaysia oleh pihak swasta. Apabila usaha sedemikian dilaksanakan perkembangan pelancongan kesihatan amat memberangsangkan terutamanya daripada pasaran Asia Barat dengan peningkatan mendadak jumlah pelancong dari Kuwait, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu. Usaha seterusnya yang dilakukan oleh pihak berkenaan ialah melonggarkan syarat imigresen bagi pakar perubatan dan terapi asing serta pesakit.

            Kerajaan juga turut memberikan sokongan penyelidikan klinikal di institusi Kesihatan untuk membina pusat kecemerlangan klinikal. Kerajaan juga sentiasa mengalu-alukan usaha pihak swasta mengendalikan promosi perkhidmatan rawatan dan kesihatan di hospital-hospital swasta tempatan. Misalnya pada tahun 2004, Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Pelancongan telah memberi kerjasama ekoran penubuhan Medical Services Coordination Sdn. Bhd(MSC) yang menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan kesihatan di negeri ini. Hal ini selari dengan dasar Persyarikatan Malaysia yang diamalkan oleh kerajaan.

            Secara tuntas, pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi menawarkan kualiti perkhidmatan kesihatan bagi menarik lebih banyak warga asing melalui produk pilihan khidmat kesihatan swasta di Malaysia. Pemantauan yang berterusan turut dilakukan termasuk menubuhkan Unit Pelancongan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan. Walau bagaimanapun mereka yang terlibat dalam industri ini haruslah mempunyai tanggungjawab sosial dan mengutamakan perkhidmatan yang berkualiti, di samping mengambil kira keuntungan yang diperoleh. 




Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata tanggungjawab sosial.  [2 markah]

(ii) Nyatakan faktor-faktor yang mendorong perkembangan pelancongan kesihatan di
Malaysia.                                                                                                                                 [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah kekangan-kekangan yang terdapat dalam proses
pelaksanaan pelancongan kesihatan ?                                                              [4 markah] 

Soalan 2(b) - Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Akhirnya, selepas berbulan-bulan lamanya Ahmad Mutawakkil menghilang, satu hari pecahlah berita tentang kepulangannya. Oleh sebab namanya sebagai wartawan masyhur disebut orang di sana sini, Tuan Booth mahu meraikan kejayaan itu.
Seperti biasa, kami dijemput sama. Di majlis itulah, seorang daripada kami secara ridak sengaja mendengar perbualan Ahmad Mutawakkil dengan anak gadis orang putih itu.
“Kalau bukan awak yang ajar saya menulis dan membaca,” kata Ahmad Mutawakkil, “tak mungkin saya jadi wartawan. Saya sangat terhutang budi.”
Gadir itu tersenyum, menjawab dalam bahasa Melayu yang fasih. “dari dulu, saya tau awak bijak…tapi saya tidak sangka, awak sehebat ini.”
Ahmad Mutawakkil terdiam, memandang tepat wajah gadis itu.
“Pujian itu terlalu besar. Selagi Tanah Melayu belum merdeka, saya tidak layak menerima apa-apa pujian, Sandra.”
Itulah kali terakhir kami menyertai Ahmad Mutawakkil ke rumah Sandra, anak gadis Tuan Booth. Sejak serangan berkembar di Estet Ephill dan Estet Sungai Siput pada 13 Jun 1948 yang mengorbankan tiga orang pengurus Inggeris, ketegangan merayap ke seluruh negaradan sampai juga di kampung kami.
Bermula pada 16 Jun 1948 di Perak dan tida hari kemudian di seluruh negara, di mana-mana, kebebasan mulai terbatas. Darurat diisytiharkan. Parti Komunis Malaya mulam menggila.
“Komunis, di negara kita hanya alat. Kalau kita pilih berjuang cara komunis, makanya, setelah Inggeris berundur, kita akan terjajah sekali lagi.”
Perkarangan surau terang-benderang disimbahi cahaya lampu pelita ayan yang tergantung pada setiap beranda, melimpah turun ke tangga.
“Ingat…cara kira berjuang berasaskan hati Melayu, maknanya kita berpegng kepada Islam. Selagi kita Melayu-Islam, komunis tak ada tempat di hati kita. Orang Melayu, kalau pilih cara komunis, bukan lagi Melayu-Islam.”
(Dipetik daripada cerpen”Cinta Ahmad Mutawakkil”
Oleh Zainal Rashid Ahmad, dalam antalogi Sejadah Rindu)
i) Apakah faktor yang mendorong Ahmad Mutawakkil menentang Parti Komunis Malaya daripada menguasai Tanah Melayu?                                                                      [2 markah]
ii) Pada pendapat anda, mengapakah perjuangan Parti Komunis Malaya sukar diterima oleh masyarakat di Tanah Melayu satu ketika dahulu?                [3 markah]
iii) Jelaskan satu persoalan yang diperoleh daripada petikan dan dua persoalan  daripada keseluruhan  cerpen “Cinta Ahmad Mutawakkil’.

Soalan 3(c ) - Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahu olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, “Terlalu banyak kelengkapan perahu Melakaini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.”
Maka kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum siang ini.”
Maka segala orang Siam pun kembalilah.

(Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”
dalam antalogi Sejadah Rindu)

i) Berikan maksud kelakuannya gila-gila bahasa.                                         [2 markah]
ii) Apakah tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Bendahara Paduka Raja untuk menakut-nakutkan tentera Siam itu?                                                                                    [3 markah]
iii) Pada zaman dahulu, berperang merupakan satu daripada cara untuk menyelesaikan konflik antara dua buah negara. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya peperangan?                                                                            [3 markah]



Soalan 2(d) - Puisi Tradisional

Baginda menitahkan orang besar empat
Membuat istana puri berkota
Lalu dipanggil Pawang Raja
Pawang mengarah orang bekerja
Empat puluh empat tukang dan utas
Siang dan malam tidak  berhenti

Tujuh bulan tujuh purnama
Istana siap dengan alatnya
Besar tersergamsembilan ruang
Sepuluh dengan rebat guntung
Sebelas dengan pancung serong
Dua belas dengananjung tinggi

Tiga sudut menteri delapan
Tiang panjang maharaja lela
Tiang tengah syukur menanti
Galang-galangnya ular berang
Kasau kecil puteri menyembah
Kasau lentik helang berbega

Berbunga sawa mengelempai
Bertakuk bersedeling gam
Berjenang berbatu kawi
Berselimpat ukir Jawa
Lilit-melilit akar Cina
Garam sebuku sisa jeragan
Bunga kenanga dimakan ular
Layang-layang di pintu Raja

Istana siap tukang pun mati
Tiada orang dapat meniru
Dipersembahkan kepada baginda suami isteri

i) Apakah maksud rangkat kelima seloka di atas?                              [2 markah]

ii) Seloka di atas menekankan kepatuhan dan kesetiaan terhadap pemerintah. Pada pendapar anda,mengapakah kita perlu patuh kepada pemerintah dalam hal berkaitan dengan keselamatan  negara?                                                                                       [3 markah}

iii) Jelaskan dua persoalan daripada seloka di atas.                [4 markah]


SOALAN 3 :  Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan.
a)         Tuliskan satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) tatasusila
(ii) tatacara
(iii) prasyarat
(iv) prasejarah
(v) dwibahasa
(vi) dwitahunan                                                                                                                                                                       [6 markah]

b)         Tukar ayat bersusunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Sudah ditetapkan pada usia 60 tahun persaraan kakitangan kerajaan.
(ii) Terletak di Bukit Perdana banglo mewah berharga RM3 juta itu.
(iii) Sungguh menakjubkan pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan    sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara.
                                                                                                                                                                                                            [6 markah]
c)         Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Dalam sinario di Malaysia, ungkapan bahasa asing sering diselitkan dalam bercakap harian,sama ada dalam situasi rasmi atau sebaliknya. Ada kalanya nahu bahasa Inggeris dicampuradukan dengan nahu bahasa Melayu. Amalan ini sudah tentu akan menjejas kedaulatan bahasa Melayu yang sudah berjaya menjadi bahasa ilmu. Oleh itu, langkah-langkah yang pro-aktif perlu diambil bagi menangani masalah ini.
                                                                                                                                                                                                            [6 markah]



d)         Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
 (i) Masalah kekacauan moral dalam kalangan remaja telah mendapat perhatian kerajaan sejak daripada dahulu lagi.
(ii) Sukan ialah satu wahana yang dapat mengeratkan penyatuan rakyat yang berbilang bilang kaum di negara kita..
(iii) Di antara matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk mengeluarkan
warganegara yang bersahsiah tinggi.                                                                                                  [6 markah]

e)         Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.
Amir : Ramai pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa
berkomunikasi
Sofea : Yalah, bukan itu sahaja! Media massa pun sering mengabaikan penggunaan Bahasa yang betul.
Amir : Jika kita sayang akan bahasa, kita mesti menggunakan bahasa yang betul pada
setiap masa dan keadaan, kerana……………(i)………………
Sofea : Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam
mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik, bak kata pepatah
` ………………(ii)…………………..
Amir : Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Media massa dapat menyalurkan idea dan
kritikan dengan lebih berkesan kerana………………….(iii)……………
                                                                                                                                                                                                            [6 markah]

Soalan 4: Novel
[ 15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :
i)          Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
ii)         Tirani karya Beb Sabariah

(a)  Pelbagai latar masyarakat yang dapat dikutip dalam sesebuah novel. Berikan dua latar masyarakat yang terkandung dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.                                                                                                                                                     [ 7 markah]

(b) Sesebuah novel  banyak memaparkan pelbagai peristiwa. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan tiga peristiwa yang boleh dijadikan teladan dan kemukakan alasan anda.                                       [ 8 markah]