CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 30 Disember 2023

NOTA SEJ T3 BAB 5

 BAB 5 PENTADBIRAN BARAT DI SABAH DAN SARAWAK

 

5.1 LATAR BELAKANG PEMERINTAHAN TEMPATAN DI SARAWAK DAN SABAH

 

 Sistem Pemerintahan Tempatan

 a) Sistem Kesukuan

Pegangan dan kepatuhan kepada adat masyarakat

Sistem kesukuan Sarawak

-Melanau – Ketua Masyarakat Digelar Menteri

- Bidayuh – sumber autoriti ialah Tua Kampung

- patuh pada adat- Iban/Bidayuh/Kenyah/Kelabit/ Kayan

- Kenyah – ketua-peran lepo/

- Kayan – kelunan maren

- ketua dipilih melalui kebolehan peribadi

- tugas pemimpin – selesai masalah/ pertelingkahan/mengekalkan keharmonian

- Iban –pemimpin ialah tuai rumah/ ada autoriti/kuasa

 

Sistem kesukuan Sabah

·         Menjadi alat kawalan sosial

·         Peranan Orang Tua – mengekalkan keharmonian/ keamanan/kesejahteraan masyarakat

·         Masyarakat-Kadazan/Dusun/Murut/Bajau

·         Bajau – Matoo’a- pelindung adat dan kepentingan masyarakat

·         Mengandungi majlis kampung dan tukang adat

·         Tukang adat memastikan adat dilakukan dengan betul bagi mengelakkan bencana/ mudarat

·         Majlis kampung membantu Orang Tua dalam menguruskan adat dan kehidupan seharian

 

b) Sistem Pentadbiran tempatan

Pengaruh Kesultanan Brunei ketara di Sarawak dan Sabah

Wujud pengaruh Kesultanan Sulu di bahagian Pantai Timur Sabah

 

Sistem kedatuan di sawarak

§     Merupakan sistem pentadbiran tradisi/ tradisional

§     Berpusat di sekitar sungai Sarawak

§     Berkuasa mentadbir tanpa campurtangan kuasa asing/brunei

§     Gelaran – Datu Patinggi/ Datu Bendahara, Datu Temenggung

§     Tugas – mentadbir dan memajukan negeri

 

Sistem pemerintahan di sarawak

·         Kawasan pantai barat dikuasai Sultan Brunei

o   Berasaskan penguasaan tanah

o   Pentadbiran oleh pembesar tempatan/ wakili sultan/ pengeran/ pembesar

·         Kawasan pantai timur dikuasai Sultan Sulu

o   Sultan memiliki semua tanah/ pengaruh

o   Datu mewakili sultan dalam memerintah

o   Datu memiliki hamba/pengikut

 

SISTEM KETUA BEBAS DI SABAH

1.      Ketua bebas – apabila wujudnya seorang yang berani/ perwira/tokoh yang boleh melawan sultan di kawasannya

2.      Kadangkala terdiri daripada kerabat diraja Sulu atau Brunei

3.      Bertanggungjawab menjalankan pentadbiran di kawasan masing-masing

4.      Mempunyai peraturan/undang-undang sendiri

5.      Tidak mengiktiraf kuasa Sultan Sulu/Brunei

6.      Contoh Syarif Osman di Marudu dan Datu Kerunding- menguasai kawasan Tungku

 

5.2 PELUASAN KUASA REJIM BROOKE DI SARAWAK

·         Peluasan kuasa di lakukan oleh pihak persendirian- James Brooke

·         Tertarik untuk menguasai Sarawak kerana kaya dengan sagu, antimoni dan emas

·         Alasan perpecahan politik dan kegiatan pelanunan digunakan oleh James Brooke untuk kuasai Sarawak daripada Kesultanan Brunei

 

Sarawak Ketika Kehadiran James Brooke

1.      Kawasan Sungai Sarawak merupakan kawasan ekonomi yang penting

2.      Sultan Brunei menghantar Pengiran Indera Mahkota ke kawasan ini sebagai pembesar Brunei untuk menguasai ekonomi

3.      Tahun 1820: Masyarakat Melayu bertumpu di Lidah Tanah yang terletak di sekitar Sungai Sarawak

4.      Kawasan ini menjadi pusat perdagangan dan pentadbiran kerana strategik

5.      Mampu mengawal kegiatan perdagangan sungai dan kawasan pedalaman

6.      Beberapa individu yang terlibat dalam percaturan politik dan pemerintahan di Sarawak antara 1830-an hingga 1840-an:

7.      Sultan Omar Ali Saifuddin ( sultan Brunei )

a.       1827- sultan menguasai sarawak

b.       Mahu menguasai kegiatan perdagangan di sarawak

c.       Lantik Pangeran Indera Mahkota menjadi pentabdir di Kuching

d.       PIM mengenakan cukai yang tinggi dan melakukan kerahan tenaga

e.       Berlaku perbalahan antara PIM dengan pembesar tempatan

f.        Datu Patinggi Ali mengetuai pembebasan sarawak daripada Brunei

8.      Pangeran Raja Muda Hashim

a.       Dihantar oleh Sultan Brunei untuk menyelesaikan masalah perbalahan DPA dengan PIM

b.       Berusaha memujuk DPA dan pembesar mematuhi pemerintahan Brunei

c.       Gagal

d.       Minta bantuan James Brooke

9.      James Brooke

a.       Berusaha mendapatkan sarawak

b.       Merupakan pedagang/ mendapat sokongan British

c.       Menerima pelawaan PRMH untuk mententeramkan Kuching

d.       Syarat pertolongan – PRMH mesti serahkan sarawak kepada JB

10.  Datu Patinggi Ali

a.       Pembesar tempatan di Sarawak

b.       1836- menentang pemerintahan / wakil sultan Brunei/ SB di Sarawak

c.       Bersetuju berunding dengan JB untuk menamatkan penentangan terhadap SB

 

 

SISTEM PENTADBIRAN DI SARAWAK

1.      Dipengaruhi sistem kesultanan Brunei

2.      Pemerintahan dibahagikan kepada 3 – sungai kerajaan/ sungai tulis/ sungai kuripan

3.      Pentadbiran dijalankan oleh pembesar tempatan/ jadi wakil sultan

4.      Kawasan di sungai sarawak di tadbir Datu Patinggi/ Datu Bandar Dan Datu Temenggung sebagai wakil sb

5.      Pembesar lain – orang kaya

6.      Kuasa SB berasaskan penguasaan tanah

  

            2. James Brooke Mendapatkan Kuasa Pemerintahan

 

a) Rundingan

·         James Brooke berunding dengan Pengiran Raja Muda Hashim apabila diminta untuk menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku di Sarawak

·         Dalam rundingan Pengiran Raja Muda Hashim menawarkan Sarawak kepada James Brooke dan tawaran ini dilakukan sebanyak 2 kali sebelum James Brooke menerimanya

 

b) Ugutan

·         JB mengugut PRMH yang enggan menyerahkan sarawak kepadanya

·         Mahu menyerang bandar Kuching

·         PRMH setuju

·         Mengugut SB secara tidak langsung-pergi ke Brunei dengan angkatan tentera laut British

·         Mahu mengesahkan kehadiran JB/Ing di sarawak

·         SB terpaksa setuju menyerahkan S kepada JB/British

 

c) Perjanjian

·         Dua perjanjian terpenting berlaku pada tahun 1841 dan 1842

·         JB memerintah S dan menguasai hasilnya

·         Memelihara undang-undang dan adat Melayu

·         1842

·         SB serah kawasan Tanjung Datu – Sg Samarah kepada JB

·         JB beri ufti 2500 dolar kepada SB

·         JB tak campurtangan dalam halehwal adat dan agama penduduk tempatan

·         Kawasan yang diserah tidak boleh pindah milik kepada kuasa lain tanpa kebenaran SB

·         SB iktiraf JB sebagai Raja Putih Sarawak

 

 

James Brooke

1.      Mempunyai kekuatan tentera- sokongan tentera British

2.      Kapal perang British menghancurkan kubu Iban di Sg Sribas dan Sg Skrang

3.      Menentang kebangkita orang tempatan – anggap orang tempatan sebagai lanun/

4.      Menerima sokongan penduduk tempatan –orang Melayu/ sebagaian iban

5.      Pertelingkahan penduduk tempatan – memecahkan sokongan penduduk tempatan di Mukah

 Kronologi Peluasan Kuasa Dinasti Brooke

·         1841- kuasai Kuching/Tanjung Datu/ Sg Samarah

·         Batang Lupar/ Sg Saribas

·         1853- mengalahkan penentangan orang Iban di Saribas dan Batang Lupar

·         Menguasai Sadong, Kalaka

·         1861- SB serahkan Sg Rajang kepada JB dengan bayaran 4500 dolar ( Oya,Mukah,Tatau, Bintulu )

·         1883 – menguasai Baram setelah menewaskan orang Kayan – bayaran 4300 dolar setahun kepada SB

·         1885 – Sg Trusan bayaran 4500

·         1890 – Limbang- bayaran 600 kepada SB

·         1905- lawas

 

5.3 PERLUASAN KUASA SBUB DI SABAH

 Kedudukan Strategik Sabah

1.      Berada di laluan  perdagangan antara China dan Singapura

2.      Laluan kapal dagang – Pulau Palawan/ China/Jepun

3.      Merupakan kawasan dagangan asia

4.      Mempunyai kawasan pelabuhan semulajadi ( dalam/ terlindung daripada angin )/ memudahkan kapal berlabuh

Kekayaan Ekonomi

·         Banyak bahan dagangan / pedagang asing ramai

·         Produk – sarang burung /rotan/getah perca/gamat/sirip ikan yu- menjadi bahan dagangan

·         Sarang burung dapat permintaan tinggi dari China

·         Tanaman – indigo ( pewarna / mahal )dan kapas

·         Penanaman indigo dan kapas – kawasan dataran dan lembah/ mengiatkan ekonomi

 

Sabah Sebelum Penguasaan Syarikat Borneo Utara British (SBUB)

-            Sebelum pertapakan dan peluasan kuasa SBUB,  kawasan telah dimiliki oleh British iaitu:

Pulau Labuan dan Pulau Balambangan ( 1763 )

-            JB mahu meluaskan kuasa – buat perjanjian dengan SB

-            1846- SB serahkan Labuan kepada JB

-            JB tumpaskan lanun dan melindungi perdagangan mereka

-            JB dilantik menjadi Gabenor di Labuan

 

Pertapakan SBUB

1865 – SB sewakan Sabah kepad Charles Lee Moses selama setahun

1978- SB sewakan pantai timur sabah kepada Alfred dan Edward Dent ( peniaga )

1881- British North Borneo di tubuhkan . mendapat status piagam/ charter

1888 – Borneo Utara menjadi naungan British/ memerintah sehingga 1942

 

Peluasan Kuasa SBUB

a) Dua Matlamat Utama SBUB

·         Pembangunan Ekonomi melalui eksploitasi sumber yang terdapat di Sabah

·         Melindungi serta mempetahankan hak-hak masyarakat tempatan

 Melalui piagam ini, SBUB mempunyai kuasa mentadbir Sabah

Sir Rutherford Alcock menjadi presiden prtama, manakala Alfred Dent dilantik sebagai pengarah urusan

Kuasa sebenar syarikat terletak di tangan kalangan pemodal di London

Di Sabah, sistem birokrasi yang diterajui oleh Gabenor dibentuk bagi memastikan usaha syarikat untuk mengaut keuntungan

Gabenor pertama William Hood Treacher (1881-1887)

 

Chapter : Pentadbiran Barat di Sarawak dan Sabah

Topic : Pentadbiran Barat di Sarawak dan Sabah

 

5.4 BENTUK PENTADBIRAN BARAT DI SARAWAK DAN SABAH

Pemantapan Pentadbiran Barat di Sarawak dan Sabah

 a) Pembahagian Wilayah

Pentadbiran Dinasti Brooke menyusun semula sistem pentadbiran dengan membuat pembahagian terhadap wilayah-wilayah yang dikuasai

 

Sarawak

-               Mentadbir menggunakan bahagian- awal 3 kemudian 5 bahagian

-               Tujuan memudahkan pentadbiran ( sarawak negeri yang besar )

Sabah

-               SBUB melaksanakan pembahagian residensi- pantai Timur / Sandakan dan pantai Barat/ Jesselton

-               1992- 5 residensi- Kudat/ pantai Barat/ pedalaman/ Pantai timur dan Tawau

-               Ada 17 daerah

-               Ketua residensi- residen

-               Ketua daerah- pegawai daerah

b) Pengekalan Pembesar Tempatan

SARAWAK

·         Dinasti Brooke melibatkan kalangan pembesar tempatan dalam sistem pentadbiran atas nama dasar amanah

·         Dasar ini digunakan bagi mengisi kekurangan pegawai-pegawai Eropah yang jumlahnya kecil

·         Penglibatan orang tempatan seperti kalangan Datu, iaitu Datu Patinggi, Datu Bandar, Datu Temenggung serta dua jawatan baru, iaitu Datu Imam dan Datu Hakim

·         Ketika zaman Charles Vyner Brooke, beberapa gelaran diwujudkan, iaitu Datu Menteri, Datu Pahlawan, Datu Bentara dan Datu Amar

·         Para pembesar tidak lagi dibenarkan mengutip cukai, sebaliknya diberikan gaji dan peranan membantu pentadbiran

·         Mengekalkan semua undang-undang temaptan dan adat yang tidak bercanggah dengan sistem barat

 

 SABAH

·         Untuk kecekapan dan pentadbiran yang baik, SBUB membahagikan ketua peribumi kepada ketua yang diakui dan yang tidak diakui

·         Ketua Anak Negeri yang diakui diserapkan ke dalam sistem pentadbiran SBUB dan dibayar gaji, sementara Ketua Anak Negeri yang tidak diakui tidak dibayar gaji

·         Institusi peribumi yang utama ialah Institusi Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung dan Mahkamah Anak Negeri

·         Ketua bergaji akan memelihara keamanan dan peraturan serta mengutip cukai kepala dan mentadbir keadilan

·         Ketua Anak Negeri yang juga digelar Orang Kaya-Kaya (O.K.K) membantu Pegawai Daerah menjalankan pentadbiran pada peringkat daerah

·         Ketua Anak Negeri juga dilantik menjadi hakim di Mahkamah Anak Negeri dan bertugas dalam menjaga keamanan daerah mereka, memungut cukai dan mengurus pentadbiran pengadilan

 

c) Pentadbiran yang Berhierarki

·         Raja Brooke mengetuai pentadbiran dan dibantu Majlis Tertinggi  dan Majlis Negeri

·         Residen mengetuai pentadbiran bahagian (Kuching/ Sibu/ Simanggang/Marudi/ Lawas )

·         Pegawai daerah- mengetuai setiap daerah

·         Penghulu – ketua kampung

·         Sabah – ketua SBUB – Gabenor dibantu oleh Majlis Penasihat

 

d) Pentadbiran Berasaskan Kaum

 SARAWAK

·         Dinasti Brooke mengamalkan sistem pecah dan perintah

·         3 kategori masyarakat dikelompokkan iaitu Melayu, Iban dan Cina

·         Orang Melayu dalam pentadbiran, orang Cina dalam ekonomi dan orang Iban dalam keselamatan dan ketenteraan

·         Charles Brooke mewujudkan jawatan tertinggi masyarakat Iban iaitu Temenggung

·         Bagi orang Cina diwujudkan jawatan Kapitan dan Kangcu

 

SABAH

·         Pentadbir dikenali sebagai Penolong Pegawai Daerah

·         Pentadbiran berasaskan peribumi di Sabah

·         Ketua etnik berperanan dan dipilih berdasarkan personaliti dan kepakaran

·         Memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan peringkat tempatan

 

e) Perundangan

mahkamah di sarawak

-                  Mahkamah diwujudkan – raja dibantu oleh ketua majistret

-                  Undang-undang 8 perkara di perkenalkan

-                  Mahkamah residen – residen sebagai majistret

-                  Mahkamah adat- mengadili kesalahan masyarakat tempatan

-                  Mahkamah kaum Cina

 

Mahkamah Di Sabah

·         Menggunakan undang-undang barat dan tempatan

Mahkamah majistret ( pegawai daerah ) dan mahkamah anak negeri ( ketua anak negeri )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan