FRASA MENARIK DALAM KARANGAN
1.
Memanifestasikan fikiran - Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya
2. Menukilkan kata-kata - Menulis /
bercakap sesuatu
3. Memberikan impak - Mengakibatkan /
menyebabkan
4. Rentetan senario itu - Selepas
fenomena itu
5. Jika ditelusuri - Jika dikaji secara
mendalam
6. Penyalur ilmu - Pemberi banyak
pengetahuan
7. Alaf baharu - Masa terkini
8. Mutakhir ini - Pada masa kini
9. Seantero dunia - Seluruh dunia
10. Menikam sanubari - Merosakkan
perasaan
11. Meluaskan horizon pemikiran -
Meluaskan pandangan / pemikiran
12. Menggabungjalinkan elemen -
Menggunakan pelbagai aspek
13.Merangsang ekonomi - Mengaktifkan
proses jual beli
14. Lebih intelektual dan
berketerampilan - Lebih bijak dan berkebolehan
15. Bitara - Tiada tandingan / eksklusif
/ hanya satu-satunya
16. Simbiosis - Dua benda yang saling
berkaitan
17. Masih bermain dengan fantasi -
Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang
18. Mendabik dada - Kesombongan akibat
kejayaan / keangkuhan
19. Mengkodifikasikan undang-undang -
Menyelaras undang-undang / peraturan
20. Kestabilan spiritual dan fizikal -
Keseimbangan rohani dan jasmani
21. Mekanisme kawalan - Alat / aspek
yang mengawal sesuatu
22. Pandangan sarwa - Pemikiran biasa /
umum
23. Anjakan paradigma - Perubahan demi
kemajuan atau kebaikan
24. Relevan dengan kehendak zaman -
Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa
25. Landasan berfikir - Cara berfikir
26. Masyarakat konvensional - Masyarakat
umum / biasa
27. Mengaibkan diri - Memalukan diri
28. Alma mater - Sekolah / universiti /
tempat pelajar
29. Kemapanan fikiran - Keteguhan cara
berfikir
30. Alpukah - Daya usaha / inisiatif
31. Bacul - Tidak bersemangat
32. Badai kehidupan - Cabaran hidup
33. Inteligensia - Kumpulan manusia yang
pandai
34. Berkongkalikung - Bersepakat
35. Bukti yang konklusif - Bukti yang
kukuh
36. Praja - Kota / negeri
37. Prakarsa - Inisiatif / daya usaha
38. pramusaji - Pelayan tetamu di
restoran
39. Rutin harian - Kerja yang biasa
dilakukan dan sehari-hari
40. Nawaitu diri - Keinginan diri
41. Narsisistik - Terlalu memuji diri
sendiri
42. privasi - Keadaan atau suasana
bersendiri tanpa sebarang gangguan
43. Portfolio menteri - Tugas menteri
44. Pentas siasah - Dunia politik
45. Polemik - Bahas / debat / konflik
46. Melikwidasikan - Membubarkan /
memansuhkan
47. Linglung - Hilang ingatan
48. Falah - Kejayaan / kemenangan
49. interpretasi - Tafsiran / penjelasan
50. bersilengah - Bersikap tidak tahu
PENANDA WACANA
i) Penanda permulaan karangan
·
Pada era globalisasi ini,
·
Pada zaman pascakemerdekaan
ini,
·
Kini,
·
Dewasa ini,
·
Pada masa ini,
·
Sejak sedekad yang lalu,
·
Dasawarsa ini,
·
Dalam meniti kehidupan pada
marcapada,
·
Belakangan ini,
·
Sejak negara menikmati arus
kemerdekaan,
·
Kebelakangan ini,
·
Sejak akhir-akhir ini,
·
Dalam meniti arus kemodenan
ini,
ii) Penanda memulakan isi baharu
·
Selain itu,
·
Di samping itu,
·
Sementara itu,
·
Lebih-lebih lagi,
·
Dalam pada itu,
·
Lain daripada itu,
·
Pada waktu yang sama,
·
Dalam pada itu,
·
Seterusnya,
iii) Penanda huraian isi karangan
·
Hal ini demikian kerana
·
Hal ini berlaku kerana
·
Hal ini timbul apabila
·
Hal ini bersangkut-paut
dengan
·
Hal ini terjadi kerana
·
Hal ini disebabkan oleh
·
Hal ini wujud akibat
daripada
·
Hal ini berpunca daripada
·
Hal ini tercetus apabila
·
Hal ini timbul apakala,
iv) Penanda memberi contoh dalam
karangan
·
Misalnya,
·
Contohnya,
·
Sebagai contoh,
·
Tamsilnya,*sama maksud dgn
ibarat
·
Sebagaimana yang kita sedia
maklum,
·
Antaranya adalah seperti
v) Penanda menghuraikan contoh
·
Hal ini mengakibatkan
·
Hal ini menyebabkan
·
Oleh itu,
·
Maka,
·
Oleh sebab itu,
·
Jelaslah bahawa
·
Justifikasinya,
·
Oleh hal yang demikian,
vi) Penanda menutup isi
·
Kesannya,
·
Natijahnya,
·
Akibatnya,
·
Akhirnya,
·
Dengan itu,
·
Dengan berbuat demikian,
·
Dengan keadaan sedemikian,
vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu
ayat
Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh
masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua
pihak. (Huraian 2)
a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i)
malar-malar
viii) Penanda memulakan perenggan
penutup
·
Kesimpulannya,
·
Intihanya,
·
Secara total,
·
Secara tuntas,
·
Konklusinya,
·
Sebagai penutup wacana,
·
Sebagai penghias bicara
akhir,
·
Sebelum mengakhiri wacana
ini,
·
Secara keseluruhan,
ix) Penanda menerangkan huraian atau
pendapat yang berbeza
a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang
berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
h) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k)
Dari sudut lain,
x) Penanda memulakan atau memasukkan
peribahasa
a) Bak kata peribahasa,
b)
Bak kata peribahasa Melayu,
c) Bak kata orang tua-tua,
d) Bak kata mutiara,
e) Bak peribahasa,
f) Bak kata cendekiawan,
g) Persis kata peribahasa,
h) Persis kata peribahasa Melayu,
i) Persis kata orang tua-tua,
j)
Persis kata mutiara,
k) Persis peribahasa,
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa
n) Senario ini persis dengan peribahasa
Melayu, yakni
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan
peribahasa
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali
peribahasa
PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT
PENDAHULUAN KARANGAN
· Sedasarwasa ini sering meniti dari
bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu …
· Era pascaperindustrian dan
pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….
· Sudah terang lagi bersuluh, semakin
hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik
permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
· Dasawarsa ini, sama ada kita sedar
atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin
gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh
pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita
sendiri.
· Dalam dunia yang dilingkari kemajuan
sains dan teknologi ini …
· Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan
ini memang kita dapat menyaksikan …
PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR
PENDAHULUAN KARANGAN
· Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang
mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan
bersama.
· Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan
tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi
kebaikan bersama.
· Usaha pasti akan membuahkan hasil
kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk
mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
· Setelah meneliti dan mengkaji sehingga
ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….
· Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka
langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara
berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.
PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP
PERENGGAN
·
Kita dapat menyaksikan
betapa…
·
Kita seharusnya berterima kasih
kepada pihak kerajaan kerana…
·
Lazimnya, dalam keadaan …
·
Namun demikian, suatu hakikat
yang tidak boleh dikesampingkan ialah …
·
Pada hemat saya …
·
Pada pandangan saya …
·
Pada realitinya, memang tidak
dapat dinafikan bahawa …
·
Sebagaimana yang kita
ketahui
·
Sebagaimana yang kita
maklumi,
·
Sejak awal lagi
·
Sejak kebelakangan ini
·
Selain itu, pada masa ini
juga
·
Seperti yang telah
dinyatakan
·
Umum mengetahui bahawa
·
Lanjutan daripada huraian yang
telah dinyatakan di atas
PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN
SETERUSNYA DALAM KARANGAN
o
Bagi sesetengah orang …
o
Begitu juga dengan …
o
Begitu juga halnya dengan
…
o
Bertitik tolak daripada itu
…
o
Bukan itu sahaja …
o
Dalam hal ini …
o
Dalam konteks ini ..
o
Dalam zaman yang serba canggih
ini …
o
Daripada realiti ini dapat kita
katakan bahawa …
o
Dengan adanya …
o
Dengan berbuat demikian …
o
Dengan perkataan lain ..
o
Disebabkan hal itu
o
Disebabkan keistimewaan inilah
kita..
o
Hal ini berlaku disebabkan
·
Hal ini penting dalam
·
Hal ini serupa dengan
·
Hal yang serupa berlaku
apabila
·
Ini disebabkan
·
· Ini membuktikan bahawa ·
·
Ini menggambarkan bahawa
·
Ini secara tidak langsung
akan
·
Ini semua meninggalkan kesan
kerana
·
Ini tentu sekali membuatkan
·
Jadi kita perlu
·
Jadi kita hendaklah
·
Keadaan ini tentunya
·
Lantaran itu sehingga kini
·
Kesemua ini menyumbang
kepada
·
Kita mengakui hakikat
bahawa
·
Kita sering menonton di kaca
televisyen
·
Kita sering membaca di dada-dada
akhbar
·
Memandangkan keadaan yang
sedemikian
·
Namun sejak kebelakangan
ini
·
Oleh itu, bolehlah
dikatakan
·
Secara logiknya masa yang
·
Keadaan ini seharusnya
boleh
·
Sejak seawal usia kemerdekaan
negara ini lagi, kita
·
Walaupun demikian, sejak
akhir-akhir ini
·
Kendatipun demikian, kita
masih
·
Yang paling nyata ialah
·
Yang perlu kita pastikan ialah
PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN
STATISTIK
· Berdasarkan perangkaan terkini yang
diperoleh didapati sebanyak
· Bukti yang jelas dan terkini yang
berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
· Statistik yang sahih lagi tepat telah
dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………
PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH
· Sebagai contohnya
· Biar kita lihat
· Biar kita ambil contoh
·
Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
· Sebagai analoginya,
· Contoh yang ketara yang paling dekat
dengan kita ialah
PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN
· Intihanya,
· Sebagai menggulung segala yang telah
diperkatakan di atas
· Konklusinya,
· Dengan ini diharapkan
· Bukan itu sahaja
· Mudah-mudahan perkara ini
· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa,
kita yakin dan percaya bahawa
· Jika semua masyarakat berganding bahu,
ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan
…
· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan
2020, marilah kita bersama-sama
KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM
KARANGAN
01. baik kaya ialah kaya
hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan
sebesar-besar dosa ialah berdusta.
02. Kecantikan yang abadi terletak pada
keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan
pakaiannya. (Hamka).
03. Orang yang takut menghadapi
kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne
04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang
yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan
kesalahan kamu.
05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada
tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa
hamba. ~Usman Awang
06. "Dan berbuatlah kamu akan
kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:77
07. "Maka sifat sabar itu adalah
sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan"
~Surah Yusuf:18
08. Berunding cerdik dengan pandai,
faham dua menjadi satu.
09. Yang paling kita perlukan dalam
kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk
melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz
10. "Peristiwa itu memberi
pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional
dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku Habsah
Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)
11. "Satu perkara yang menakutkan
saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih
tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor
Diraja Ungku Aziz
12. Sabar penghilang penat, tekun
pembawa dekat.
13. Lebih berharga mutiara sebutir
daripada pasir sepantai.
14. Terbang bangau sepanjang hari, ke
tasik jua akhirnya dicari.
15. Biar kamu tidak cantik di mata
penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
16. Siapa yang banyak bicara, banyak
pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang
hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak
itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib
17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak
yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
18. Kita sering mengimbas kembali
kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
19. Manusia yang berbuat baik dengan
mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah
sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang
teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)
20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum
cuba untuk berlari.
22. Orang bakhil tidak akan terlepas
daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati
dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya
atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan
atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. -
SAIDINA ABU BAKAR
23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar
dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi
dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus
hilang.
24. Jadilah seperti pohon kayu yang
berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar
menjadi suluh hati.
“Lakukan
sesuatu yang bakal membuatkan anda yang berada pada masa hadapan berterima
kasih dengan diri anda yang sekarang ┏”