MODUL PT3
BAHASA MELAYU
Latihan Set 1
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan
kesalahan
bahasa tersebut
dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disedikan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i. Jasa ibu bapa yang telah
mendidik kita terlalu besar sungguh dan tidak dapat dinilai
dengan harta.
terlalu besar /
besar sungguh
ii. Sultan Azlan Shah telah
bersetuju untuk menganugerahkan pingat kebesaran kepada
rakyat yang layak sempena Hari
Keputeraan baginda yang ke-60.
Berkenan
iii. Puan Haiza tidak turut serta
dalam majlis hari jadi di rumah Puan Jamilah kerana dia telah
membuat temu janji dengan doktor.
janji temu
iv. Buah mangga yang masak ranum
itu kami telah petik.
telah kami petik
[8 markah]
Latihan Set 2
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan
kesalahan
bahasa tersebut
dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disedikan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i. Anwar mengambil masa dua
setengah jam untuk menyiapkan lukisan pemandangan di
tepi pantai itu.
dua jam setengah
ii. Bahan-bahan lain yang mereka
bawa untuk menyertai perkhemahan perdana badan
beruniform itu ialah makanan,
minuman, dan pakaian mandi.
dibawa oleh
mereka
iii. Pemandangan pada waktu senja
di kawasan pergunungan ialah pemandangan yang amat
tercantik.
tercantik / amat
cantik
iv. Walaupun harga makanan yang
dijual di Ahmad Maju Restoran agak mahal, tetapi
makanan di restoran itu sedap.
Restoran Ahmad
Maju
[8 markah]
Latihan Set 3
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan
kesalahan
bahasa tersebut
dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disedikan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i. Puan Che Salmah terbangun dari
tidurnya apabila mendengar bunyi letupan yang kuat
dari belakang rumahnya.
Daripada
ii. “Saya berharap agar anda
dapat meminta maaf daripada Aiman kerana dia tidak bersalah
dalam hal ini,” kata Farah kepada
Raju dan Jun Yin.
Kalian
iii. Tengku Mahkota negeri itu
akan ditabalkan menjadi sultan untuk menggantikan ayahanda
baginda yang telah meninggal
dunia.
Mangkat
iv. Sayur-sayuran itu telah
dibungkus oleh saya dengan kertas supaya tahan lama.
saya bungkus
[8 markah]
Latihan Set 1
Dalam petikan dialog di bawah ini, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis
ejaan yang betul pada ruang jawapan yang
disediakan. Anda tidak perlu
menyalin petikan dialog itu semula.
Suzana : Siapakah yang
menyambut kehadiran deligasi dari Jepun pagi ini?
Kerani : Dua orang ekskutif
daripada Syarikat T&T cawangan Shah Alam telah
menyambut kehadiran mereka dari
lapangan terbang KLIA.
Suzana : Bagus.
Sekarang pastikan mereka mendapat kemudahan kelas pertama di
hotel negara kita yang bertaraf
antara bangsa.
i. delegasi
ii. eksekutif
iii.
antarabangsa
[3 markah]
Latihan Set 2
Dalam poster di
bawah ini, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti
kesalahan tersebut
dan tulis ejaan yang betul pada
ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
ayat dalam
poster itu semula.
‘
i. baucar
ii. dwibahasa
iii. ekslusif
Latihan Set 3
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis
ejaan yang betul pada ruang jawapan yang
disediakan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
i. Abang lewat ke sekolah kerana
terpaksa mengepam tayar basikalnya yang sudah
kempes.
Kempis
ii. Ayah terpaksa menjalani
rawatan dailisis sebanyak dua kali seminggu sejak disahkan
menghidap penyakit buah pinggang.
Dialysis
iii. Pelantikan jawatankuasa
urusetia kejohanan sukan mini pada peringkat sekolah itu telah
dimaklumkan oleh mereka kepada
pihak pengurusan sekolah.
urus setia
[3 markah]
Latihan Set 4
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis
ejaan yang betul pada ruang jawapan yang
disediakan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
i. Murid itu diminta untuk
berjumpa dengan kaunselur untuk membincangkan kesalahan
disiplin yang dilakukannya.
Kaunselor
ii. Stress dapat menyebabkan
emosi seseorang menjadi tidak stabil sehingga tidak mampu
menyelesaikan sesuatu masalah.
Stress
iii. Matahari terang benderang
ketika Pak Cik Andak pulang ke rumah sambil membawa
barang-barang dagangan.
terang-benderang
[3 markah]
Latihan Set 1
Tukarkan ayat
aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa
mengubah maksud asalnya.
i. Saya banyak menemukan kesalahan ejaan dalam karangan ini.
Kesalahan ejaan
banyak saya temukan dalam karangan ini.
ii. Kami telah dapat menikmati
pelbagai kemudahan berkat usaha gigih ketua kampung ini.
Pelbagai
kemudahan telah dapat kami nikmati berkat usaha gigih ketua
kampung ini.
iii. Encik Sulaiman menyusun
barang-barang terpakai itu di belakang rumahnya.
Barang-barang
terpakai itu disusun oleh Encik Sulaiman di belakang
rumahnya.
iv. Saya akan membuang
bekas-bekas plastik itu ke dalam tong kitar semula.
Bekas-bekas
plastik itu akan saya buang ke dalam tong kitar semula.
v. Beliau akan merasmikan pameran
robotik itu pada hari Sabtu ini.
Pameran robotik
itu akan dirasmikan oleh beliau pada hari Sabtu ini.
[10 markah]
Latihan Set 2
Kenal pasti dan
tulis subjek
dan
predikat
bagi
setiap ayat di bawah ini.
i. Ketiga-tiga orang murid itu
pengawas sekolah ini.
Subjek : ketiga-tiga orang
murid itu
Predikat : pengawas sekolah
ini.
ii. Daripada Kak Julia hadiah
perkahwinan ini.
Subjek : hadiah perkahwinan
ini
Predikat : daripada Kak Julia.
iii. Pada setiap pagi Selasa
rancangan ini disiarkan.
Subjek : rancangan ini
Predikat : disiarkan pada
setiap pagi Selasa.
iv. Wanita yang tinggi lampai
itulah kakak saya.
Subjek : wanita yang tinggi
lampai itulah
Predikat : kakak saya.
v. Kerana keletihan, dia tertidur
di atas sofa.
Subjek : dia
Predikat : tertidur di atas
sofa kerana keletihan.
[10 markah]
Latihan Set 3
Tukarkan ayat
pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa
mengubah maksud asalnya.
i. Penjenayah itu berjaya
ditangkap oleh pihak polis.
Pihak polis
berjaya menangkap penjenayah itu.
ii. Pelbagai perkara dibincangkan
oleh mereka dalam mesyuarat itu.
Mereka
membincangkan pelbagai perkara dalam mesyuarat itu.
iii. Pertandingan kuiz Matematik
itu disertai oleh beberapa orang murid dari kelas ini.
Beberapa orang
murid dari kelas ini menyertai pertandingan kuiz Matematik
itu.
iv. Kerja rumah yang diberikan
oleh Cikgu Aniza akan saya siapkan sebelum cuti raya.
Saya akan
menyiapkan kerja rumah rumah yang diberikan oleh Cikgu Aniza
sebelum cuti
raya.
v. Kerja kursus Sejarah ini perlu
anda siapkan sebelum hari Khamis.
Anda perlu
menyiapkan kerja kursus Sejarah ini sebelum hari Khamis.
[10 markah]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan