CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 29 Ogos 2017

TB PT3

LATIHAN 6
Cerakinkan ayat-ayat berikut kepada dua ayat tunggal.

1.      Puan Lina masuk ke dalam bilik mesyuarat lalu mengedarkan minit mesyuarat.
·         Puan Lina masuk ke dalam bilik mesyuarat.
·         Puan Lina mengedarkan minit mesyuarat.

2.      Rohana mengemaskan ruang tamu sambil mendengar radio
·         Rohana mengemaskan ruang tamu.
·         Rohana mendengar radio.

3.      Lai Meng dan Syarmila akan mewakili sekolah untuk pertandingan syarahan.
·         Lai Meng akan mewakili sekolah untuk pertandingan syarahan.
·         Syarmila akan mewakili sekolah untuk pertandingan syarahan.

4.      Ayah hendak ke Labuan pada hari Isnin atau Rabu?

·         Ayah hendak ke Labuan pada hari Isnin?
·         Ayah hendak ke Labuan pada hari Rabu?

5.      Klinik Gigi Sri Mutiara akan dibuka pada setiap hari  kecuali hari Ahad.
·         Klinik Gigi Sri Mutiara akan dibuka pada setiap hari.

·         Klinik Gigi Sri Mutiara tidak dibuka pada hari Ahad.

TB PT3 - HARI HARI TERAKHIR SEORANG SENIMAN

MEMBETULKAN KESALAHAN EJAAN
LATIHAN 1
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan  yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula

  1. Pertunjukkan kebudayaan itu dimulakan selepas ucapan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.
  2. Ayah dan ibunya sering menasihatkan Akmal agar belajar dengan bersunguh-sungguh jika ingin berjaya.
  3. Kami berjaya mencari rumah Anita berpandu peta yang diberikan oleh Anita.
  4. Kakak Salina akan keluar negara pada tahun depan untuk melanjutkan pelajaran.
  5. Lembu yang hendak disembeleh itu ditambat di belakang rumah Pak Akob.
  6. Bola-bola yang dimasukkan kedalam bakul itu akan disimpan di dalam stor ini.
  7. Yang Dipertuan Agung telah mencemar duli melawat kilang batik itu dan baginda diiringi oleh Raja Permaisuri Agong.
  8. Semua anggota jawatan kuasa itu mati akal memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah kewangan persatuan itu.
  9. “ Jemputlah masuk, Pak Cik. Ayah sedang bersiap di atas,” kata Yusri kepada Pak Cik Isa.
  10. Tiap hari Sabtu ibu akan ke pasar tani untuk membeli barang keperluan dapur.
  11. Tukang masak itu membubuh cili serbuk ke dalam masakan itu agar pedas.
  12. Kamal memang suka makan goreng pisang di gerai Pak Amid.
  13. Datuk hendak menanam lain-lain buah-buahan di kebun pisangnya itu.
  14. Puan Lee singgah di gerai itu untuk membeli mee goreng.
  15. Penanaman padi yang diusahakan secara mini estet dapat meningkatkan pendapatan petani.
  16. Ayah memasang alat penghawa dingin di dalam bilik tidur adik.
  17. Pengetua dan guru turut membincangkan lain-lain hal berhubung dengan masalah disiplin pelajar.
  18. Abang saya memiliki mini studio untuk digunakan sebagai tempat latihan nyanyian.
  19. Kakak menghadiri temuduga sebagai tukang masak di hotel terkenal itu.
  20. Plan pembangunan itu belum mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.
  21. Kempen anti jenayah dilancarkan untuk memerangi kegiatan jenayah.
  22. Kes penipuan sekim pelaburan melalui internet harus dipandang serius oleh pihak berkuasa.
  23. Setiap kali sebelum tidur kakak akan menyapu losyen di badannya.
  24. Adik dimarahi oleh ayah kerana menonton television terlalu dekat.
  25. Sania redha dengan takdir yang kematian kedua-dua orang tuanya dalam kemalangan semalam.
  26. Hubungan diplomasi antara negara Malaysia dengan negara China sudah terjalin sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
  27. Para pelancung dari Eropah itu  sedang menikmati keindahan alam di Pulau Perhentian.
  28. Adik menonton basikalnya setelah tayar basikalnya bocor.
  29. Kita mestilah berhemah ketika berbelanja bagi mengelakkan pembaziran.
  30. Kecelakaan jalanraya yang menimpa keluarga Ani menyebabkan dia menjadi yatim piatu.
  31. Jamil merasa cemburu melihat keakraban Marina dengan Sabri.
  32. Gadis itu kelihatan lemah-longlai orangnya dan disenangi oleh semua yang mengenalinya.
  33. Nian indah pemandangan di puncak Gunung Kinabalu ini.
  34. Ana berkulit hitam manis dan rambutnya kerinting.
  35. Terdapat beranika beg tangan dijual di pasar malam itu.
  36. Aidit yakin bahawa dia dapat memperdalami ilmu perakunan yang telah dipelajari ketika di sekolah.
  37. Pelayan Restoren Niza menghidangkan masakan Thai kepada pelanggannya.
  38. Pelbagai kuih-muih yang dijual di pasar tani itu kelihatan enak belaka.
  39. Kebanyakkan peserta SUKMA 2015 itu menginap di Kampus UITM Arau.
  40. Kebanyakan perkampungan pendalaman Sabah kini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas.
  41. Sheila mengirimi surat kepada keluarganya di kampung untuk bertanyakan khabar.
  42. Cikgu Zuraidah meminta anak muridnya mencari maksud berapa frasa berpandukan Kamus Dewan.
43.  Bimbingan insentif akan diberikan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam dari masa ke masa.
44.  Alimin menculik sos tomato di dalam piring dengan jemput-jemput yang dibuat oleh ibu mereka.

45.  Pembenaan jambatan di kampung itu tergendala selama beberapa bulan kerana masalah bekalan simen.

46.  Pengusaha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi suka hati kepada pemborong.

47.  Junaidah hanya terdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana tidak mahu kes itu berpanjangan.

48.  Satu lapuran lengkap tentang kejadian kemalangan ngeri itu akan diserahkan kepada Menteri Pengangkutan.

49.  Semua pelajar di sekolah diwajibkan melibat diri dalam kegiatan kokurikulum yang dijalankan.

50.  Kosmitik yang dibuat daripada bahan beracun tidak dibenarkan dijual di negara ini.

51.  Beranika jenis barang dijual di kedai yang terletak di hujung jalan itu dengan harga berpatutan.

52.  Atlit yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan bagi setiap pingat emas yang dimenangi.

53.  Pendidikan pra-sekolah diperkenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga 6 tahun bagi tujuan mendedahkan mereka pada persekitaran sosial.

54.  Pilihanraya kecil di kawasan itu bakal diadakan berikutan kematian ahli parlimennya pada awal minggu lepas.

55.  Walaupun tewas tetapi pasukan bola sepak remaja kebangsaan mempamirkan permainan yang menarik.

56.  Runtuh akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak dengan gejala gangsterisme.

57.  Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa melawat ke bilik seminar.

58.  Kami singgah di Restoran Dali untuk menikmati pelbagai masak tradisional Melayu pada minggu yang lalu.

59.  Lepasan sekolah teknik dan vokeysional akan diberi peluang bagi menceburkan diri dalam bidang perniangaan dan industri kecil.

60.  Kanak-kanak itu bertepok tangan sebaik sahaja persembahan nyanyian sempena sambutan kemerdekaan tanah air selesai.

TB PT3 - HAR I- HARI TERAKHIR SEORANG SENIMAN

MEMBETULKAN KESALAHAN AYAT
LATIHAN 1  

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tuliskan jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula

1.       “Terima kasih atas kesudian pihak sekolah mengundang kami untuk menyampaikan ceramah ini kepada murid-murid sekolah ini,” kata Datuk Ahmad.

2.       “ Kita ingin mengetahui tarikh dan tempat pengagihan bantuan kemanusiaan ini,” kata beberapa orang wartawan kepada pegawai itu.

3.       “ Sebagai anak, dia harus menghormati dan mendengar nasihat daripada ibu dan ayah,” kata Halim kepada Murad.

4.       Ketua Polis Daerah ini ialah yang berusaha Encik Osman bin Bahari dan beliau mula bertugas pada tahun 2010.

5.       Mengapakah tujuan penduduk kampung berkumpul di padang pada pagi itu?

6.       Siapa yang berminat menyertai pertandingan drama Komsas diminta menghadiri sesi uji bakat esok.

7.       “ Kamu perlu cari jalan terbaik  untuk mengatasi masalah ini,” kata ayah kepada abang.

8.       Puan Lim membawa ibunya bersiar-siar di taman untuk tenangkan hati ibunya itu.

9.       Pergerakan ahli perniagaan yang disyaki terlibat dalam pengedaran dadah itu diekori oleh pihak polis daripada masa ke masa.

10.   Program itu diadakan demi untuk memupuk amalan mebaca dalam kalangan murid.

11.   Para peserta kem itu tiba ke tapak perkhemahan tepat pukul 10.00 pagi.

12.   Dalam suasana yang kelam itu, kami tidak dapat mendengar nama yang dipanggil ke pentas.

13.   Ketiga orang budak yang hilang itu akhirnya ditemukan di sebuah rumah kosong di taman ini.

14.   Ada setengah peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan terkawal pada musim perayaan.

15.   Setiap petang, pemain-pemain badminton sekolah akan berlatih selama dua suku jam.

16.   Encik Jalil dan keluarganya tinggal di rumah pusaka itu sejak berpuluh tahun yang lalu.

17.   Murid yang ingin menyertai rombongan itu perlu mendapat pengesahan dari ibu bapa masing-masing.

18.   Romi menemui sejambak kunci yang sudah berkarat di tepi pagar rumahnya.

19.   Ketua pengawas mencuba untuk meleraikan pergaduhan di antara kedua-dua orang murid itu.


20.   Cantik sungguh tikar mengkuang yang ditenun oleh Nenek Piah.

21.   “Kita tidak dapat mengikuti lawatan ke Pusat Sains Negara,” kata Amir.

22.   “Patik berasa gembira kerana Hang Tuan berjaya mengalahkan musuh,” titah Raja Ali.

23.   “Perlawanan suku akhir ini amat penting untuk kami,” kata jurulatih bola jaring itu kepada pemain.

24.   Dua orang pelajar itu didenda oleh guru disiplin kerana kami merokok.

25.   Puan Kamilah memegang erat-erat anaknya semasa melintas jalan.

26.   Azlin terpaksa tidur berbantalkan dengan tangannya kerana tiada bantal.

27.   Barang-barang di dalam bilik itu saya sudah kemas pagi tadi.

28.   Jambangan bunga ini telah ayah hadiahkan kepada ibu.

29.   Abang agak comel apabila mengenakan baju Melayu serta samping.

30.   Oleh sebab ayah bertugas pada hari raya pertama dan kedua,  kami akan pulang ke kampung pada hari raya ke-empat.

31.   Usahawan muda itu disenaraikan sebagai orang paling terkaya di Malaysia.

32.   Anak bongsu Puan Halimah yang paling tercantik sekali antara adik-beradiknya yang lain.

33.   Susan terus berlari dengan deras untuk mencecah kaki di garisan penamat.

34.   Para pelajar tidak perlu menyalin semula soalan itu di dalam buku tulis.

35.   “Janganlah kalian tersingggung atas sikap Kak Lina,” kata Sarah  kepada rakannya Suri.

36.   Kerja yang sukar akan menjadi mudah jika sekiranya kita bekerjasama.

37.   Pembinaan kilang di kawasan itu dibatalkan sebab mendapat bantahan daripada penduduk kampung.

38.   Farid bekerja di pasar raya itu sambil menunggu keputusan peperiksaan.

39.   Saya yakin akan Aminah mampu mengendalikan program itu dengan jayanya.

40.   Suresh tidak dapat mengikuti lawatan itu kerana demam.

41.   Penerangannya nian jelas dan semua pihak berpuas hati.

42.   Datuk akan terus mengusahakan kebunnya sementara terdaya.

43.   Kami terkejut apabila diberitahu yang ayah terlibat dalam kemalangan jalan raya tadi.

44.   Ibu memasukkan santan bila daging itu sudah empuk.


45.   Dania sudah dua hari tidak datang ke sekolah sebab demam panas.

46.   “Ambillah mana buku yang kamu suka,” kata Sin Hui kepada rakannya.

47.   Tidak ada siapa pun di rumah Encik Kaasim pada hari itu.

48.   Saya yakin ada satu perkara yang berlaku antara Misnan dan Iqram.

49.   Cik Suria telah menyerahkan surat pekeliling itu ke ketua jabatan.

50.   Beliau akan membincangkan perkara itu kepada ahli lembaga syarikat.

51.   Ayah menunggu ibu di luar  bilik rawatan dalam perasaan berdebar-debar.

52.   Nenek suka duduk di sisi tingkap sambil memerhatikan kanak-kanak bermain.

53.   Kakak Farra memang sayang dengan kucing peliharaannya.

54.   Pasukan sorakan itu terdiri dari para pelajar sekolah kami.

55.   Buku latihan itu kami sudah serahkan kepada Cikgu Lee.

56.   Para pelajar itu sedang berlari di tengah padang untuk waktu Pendidikan Jasmani.

57.   Saya menunggu Faris selama satu setengah jam di kantin untuk pulang bersama.

58.   Keenam-enam  butir nangka di dalam piring itu untuk kakak.

59.   Penjenayah itu bersenjatakan sebatang pistol semasa merompak.

60.   Ada berapa orang pelajar sedang membantu guru membersihkan padang.

61.   Para pemain-pemain harus memiliki semangat kesukanan yang tinggi.

62.   Rambut adik sangat kusut-masai kerana dia baru bangun tidur.

63.   Para penduduk di kampung saya saling bantu-membantu antara satu sama lain.

64.   Sepanjang jalan ke kawasan itu ditanami banyak pepohon yang rendang.

65.   Para-para pelajar yang melanggar peraturan sekolah pasti akan dikenakan tindakan.

66.   Kakak sangat gembira menerima kasut baru daripada ayah.

67.   Pemeriksaan terkejut sering dijalankan di sekolah ini bagi mengelakkan kes-kes disiplin menular.

68.   Rambut Manimala kusut-masai kerana ditiup angin kencang.

69.   Perempuan yang cantik itu adalah kakak saya.

70.   Rombongan itu ialah dari negara jiran.

71.   Sekolah saya adalah sebuah sekolah yang terkenal di daerah ini.

72.   Bakat Azura ialah dalam bidang masakan.

73.   Saya tidak boleh tidur semalam kerana mengenangkan peperiksaan hari ini.

74.   Wanita yang berselendang biru itu tidak ibu saya, tetapi mak cik saya.

75.   Majalah yang baru dilancarkan itu ialah tentang budaya dan adat istiada Melayu.

76.   Oleh kerana abang pulang lewat semalam, dia dimarahi oleh ibu dan ayah.

77.   Ibu bapa haruslah memerhatikan perkembangan anak-anak dari masa ke semasa.

78.   Razak Restoran menawarkan potongan harga sempena cuti sekolah.

79.   Saya menerima surat dari abang saya yang menetap di England.

     80.Di zaman moden ini, semua manusia berlumba-lumba mencari harta kekayaan.