Tajuk :
Persetiaan Persekutuan 1895 : Ke arah penubuhan Persekutuan yang kukuh
Nama :
Haikal Bin Zamri
Pengenalan
Menjelang tahun 1874 British
melaksanakan dasar campur tangan secara langsung dalam pentadbiran
negeri-negeri Melayu. Namun begitu
langkah mencampuri urusan dalam negeri Melayu telah bemula lebih awal di Pulau
Pinang, Singapura dan Melaka melalui penubuhan Negeri-negeri Selat dan selepas
termeterainya Perjanjian Inggeris Belanda 1824. Antara sebab campur tangan
tersebut antara lain ialah kebimbangan Inggeris terhadap kuasa Eropah lain yang
sedang berada di Asia Tenggara seperti Perancis di IndoChina, Sepanyol di
Filipina, Belanda di Indonesia. British tidak mahu kepentingan ekonominya di
Negeri Melayu diancam oleh kuasa ini.
Natijahnya British berjaya menguasai negeri Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan terakhir ialah negeri Pahang. Di keempat-empat negeri ini British
melaksanakan sistem Residen sebagai cara pentadbiran atau pemerintahan.
Kejayaan British menguasai negeri tersebut banyak disebabkan oleh
pertelingkahan antara raja dan pembesar negeri di samping berebut pengaruh dan
kuasa.
Namun begitu sistem Residen memiliki beberapa kelemahan yang ketara yang
turut disedari oleh British sendiri. Bagi raja Melayu pada masa itu kuasa Residen
telah menjadi dominan dalam pentadbiran negeri. Residen mengambil alih kuasa pentadbiran
dan pungutan cukai. Hal ini terjadi kerana Residenlah yang menjalankan semua
urusan pentadbiran. Nasihat resdien sebenarnya merupakan kata putus yang perlu
diikuti oleh sultan. Namun ada sesetengah Residen juga turut campur dalam isu
berkaitan adat resam pembesar dan raja pada masa itu.
Sistem Residen juga bukanlah satu sistem yang terancang kerana kuasa Residen
di setiap negeri dilihat berbeza, tidak seragam dan tidak memiliki satu panduan
tugas yang sama antara keempat-empat buah negeri ini. Hal ini menyebabkan
terdapatnya idea menyatukan pentadbiran keempat-empat negeri ini dalam sebuah
pentadbiran.
Idea menyatukan pentadbiran negeri Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan
Selangor dikemukakan oleh Frank
Swettenham pada tahun 1892 kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith.
Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan
mencadangkan penubuhan persekutuan . Dalam laporan itu, beliau menegaskan
penubuhan persekutuan akan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi
politik, ekonomi dan sosial. Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan
mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar
Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan. Pada 1 Julai 1895, Sultan
tersebut menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896,
Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi
Gabenor Negeri-negeri Selat.
Faktor-faktor penubuhan
1. Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran
Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan Residen dilantik di Perak
pada 1874, Selangor ( 1874 ), Pahang (1888 ) dan Negeri
Sembilan(1895 ). Pada awalnya Residen dihantar sebagai penasihat untuk
menasihati sultan dalam semua hal kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama
Islam dan adat-istiadat orang Melayu. Walau bagaimanapun, Residen tidak diberi
garis panduan di dalam melaksanakan tugas di Negeri-negeri Melayu. Perlaksanaan
sistem Residen bergantung kepada sepenuhnya di atas kebijaksanaan Residen yang
dilantik. Kejayaan dan kegagalan menjadi tanggungjawab Residen. Akibatnya,
berlaku ketidakseragaman dalam pentadbiran di negeri Perak, Selangor, Pahang
dan Negeri Sembilan. Kemajuan di antara negeri ini juga tidak seimbang kerana
kebolehan dan cara pentadbiran Residen berbeza-beza.
Terdapat juga perbezaan-perbezaan dalam pentadbiran Undang-undang Tanah,
keadilan dan sistem cukai di antara negeri-negeri tersebut. Kemajuan juga tidak
seimbang di mana negeri yang kaya iaitu Perak dn Selangor lebih maju dari
negeri yang miskin seperti Pahang. Kerjasama antara negeri sukar dijalankan
sebab negeri ini mempunyai unit politik yang berasingan. Frank Swettenham
berpendapat penubuhan persekutuan akan mewujudkan keamanan dan kecekapan
pentadbiran kerana pentadbiran akan dijalankan mengikut arahan pusat. Perkara
yang berkaitan seperti sistem pentadbiran, cukai, undang-undang tanah dan
keadilan akan dapat disatukan dan
diselaraskan. Hal ini akan menjimatkan kos pentadbiran. Usaha memajukan sistem
perhubungan juga dapat dilaksanakan dengan menghubungkan jalan raya dan
keretapi di negeri tersebut. Pada dasarnya, penubuhan persekutuan akan
mewujudkan kerjasama ekonomi, politik dan sosial.
2. Menghadkan kuasa Residen
Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan perlantikan Residen di
keempat-empat negeri yang diperkatakan. Walaupun Residen dilantik sebagai
penasihat, mereka muncul sebagai kuasa paling berkesan kerana segala urusan
pentadbiran dijalankan atas arahan Residen. Sultan dan Majlis Negeri tidak
dapat menyekat kuasa Residen. Malah Sultan dan pembesar Melayu terpaksa merujuk
kepada Residen dalam menjalankan pentadbiran negeri. Majlis Mesyuarat Negeri
kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran kerana Residen mempunyai kuasa
mutlak.
Semua undang-undang yang diluluskan seperti Undang-undang Tanah mesti
ditandantangani oleh Residen sebelum berkuatkuasa. Gabenor Negeri-negeri Selat
juga tidak dapat mengawal kuasa Residen kerana beliau berada di Singapura dan
sibuk dengan urusan-urusan Negeri-negeri Selat. Penubuhan persekutuan akan
mengurangkan kuasa Residen kerana mereka terpaksa tertakluk kepada arahan
kerajaan pusat dan pentadbiran negeri.
3. Masalah kewangan Pahang
Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim dan K.G. Tregonning
berpendapat bahawa masalah kewangan Pahang menyebabkan British menubuhkan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu. British menduduki Pahang pada tahun 1886 di
mana J.P. Rodgers menjadi Residen pertama. British mengambil Pahang dengan
harapan Pahang mempunyai prospek ekonomi cemerlang. Apa yang sebenarnya ialah
Pahang merupakan negeri miskin dengan jumlah penduduk dan hasil bumi yang
kurang.
Pada tahun 1890-an, Pahang menghadapi masalah kewangan. Dalam menjalankan
pentadbiran, British mendapat bantuan kewangan dari Negeri-negeri Selat. Pada
akhir tahun 1891, hutang Pahang pada Negeri-negeri Selat ialah $600 ribu. Pada
akhir tahun 1892, hutang meningkat kepada $800 ribu. Masalah kewangan Pahang
semakin runcing apabila berlaku kebangkitan Pahang 1891-1895.
Diharapkan dengan penubuhan persekutuan, hasil negeri kaya seperti Perak
dan Selangor dapat digunakan untuk membantu negeri-negeri miskin seperti Pahang
jika negeri-negeri ini digabungkan sebagai satu unit politik. Frank Swettenham
dan C.D. Cowan (Pegawai Tanah Jajahan) menegaskan British tidak sepatutnya
berundur dari Pahang sebaliknya memajukan Pahang daripada hasil Perak dan
Selangor apabila ia bergabung.
4. Keselamatan
Sejarawan A.C. Miller menegaskan faktor keselamatan menyebabkan penubuhan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. British bimbang kekacauan
seperti Perang Perak pada 1875-an dan Kebangkitan Pahang 1891-1895 akan berlaku
lagi. Penubuhan persekutuan akan membolehkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
mempunyai kemampuan dan keupayaan dari segi ketenteraan, khususnya dalam
menjaga keamanan persekutuan tanpa mengharapkan bantuan luar.
5. Dasar British
Memang menjadi dasar British pada akhir abad ke-19 untuk menggabungkan
negeri kecil di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai persekutuan.
Penubuhan persekutuan akan memberi kebaikan politik, ekonomi dan sosial kepada
British dan Negeri Melayu. Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan selepas
kejayaan British dalam penubuhan persekutuan di Amerika Utara, India, Afrika,
Australia dan New Zealand. Pendapat ini disokong oleh ahli sejarah seperti A.C.
Miller dalam bukunya “Federation Decision of 1895” dan Jagjit Singh dalam
bukunya “Administration of the Federation Malay States 1896-1920”.
Kesan-kesan
1. Mewujudkan keseragaman dan
kecekapan pentadbiran.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjaya mewujudkan keseragaman dan
kecekapan pentadbiran di seluruh persekutuan. Keamanan dan peraturan yang
stabil dan menyeluruh berjaya diwujudkan di seluruh persekutuan. Perkara yang
berkaitan dengan persekutuan seperti sistem pentadbiran, cukai, keadilan,
Undang-undang Tanah dapat disatu dan diselaraskan kerana semua urusan
pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat, khususnya arahan Residen
Jeneral yang mengenai persekutan. Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa jabatan
seperti kewangan, polism kastam, perhutanan, hal-ehwal orang Cina, kerja raya,
keretapi ditubuhkan. Frank Swettenham dilantik sebagai Residen Jeneral pertama
pada 1 Julai 1896.
2. Residen Jeneral menjadi kuasa pentadbir yang baru
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan Residen Jeneral muncul
sebagai orang paling berkuasa dalam persekutuan kerana semua urusan pentadbiran
dijalankan atas arahannya. Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak
dapat mengawal kuasanya. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam
menjalankan pentadbiran negeri.
Gabenor Negeri-negeri Selat yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan
juga tidak dapat mengawal kuasa Residen Jeneral kerana beliau berada di
Singapura untuk mentadbir Negeri-negeri Selat. Selain itu, sudah menjadi
kecenderungan Residen Jeneral menjalankan pentadbiran tanpa merujuk kepada
Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang diharap mengawal kuasa Residen
Jeneral tidak ditubuhkan sehingga tahun 1909.
Penubuhan persekutuan juga menyebabkan Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat
Negeri kehilangan kuasa. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam
menjalankan pentadbiran. Kuasa Sultan hanya dalam hal-ehwal agama Islam dan
adat resam Melayu. Residen tidak lagi bebas menjalankan pentadbiran negeri
kerana mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral. Majlis Mesyuarat
Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran.
Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi
undang-undang digubal oleh Pegawai Persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat
Undang-undang. Majlis Mesyuarat Negeri tiada kuasa pembatal dan terpaksa
meluluskan undang-undang yang dipersetujui. Penubuhan Jabatan Persekutuan telah
menyebabkan lebih ramai Pegawai British yang diambil tugas. Keadaan ini
menunjukkan seolah-olah Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditadbir secara langsung
oleh British.
Pemusatan kuasa yang keterlaluan telah menimbulkan bantahan Sultan,
contohnya, dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja Kedua di Kuala Lumpur pada tahun
1903, Sultan Idris (Perak) telah mengecam hebat pemusatan kuasa dan mendesak
diambil langkah melaksanakan desentralisasi (pengagihan kuasa) bagi
mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan Idris
juga mendesak lebih ramai orang Melayu dilantik dalam jabatan persekutuan.
Penubuhan persekutuan membolehkan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan bertemu dan berbincang bersama-sama kepentingan
bersama dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja sejak tahun 1897 dan Majlis Mesyuarat
Persekutuan sejak 1909.
3. kestabilan ekonomi
Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan kestabilan
politik telah membawa kepada kestabilan ekonomi. Keseragaman dan kecekapan,
keamanan dan keaturan serta pentadbiran yang berkesan telah menyebabkan lebihan
hasil dan hasil persekutuan dapat digunakan oleh semua negeri dalam semua
gabungannya.
Kedatangan pelabur dari luar juga telah menyebabkan berlakunya pertambahan
hasil di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, contohnya hasil Negeri-negeri Melayu
Bersekutu pada 1896 berjumlah $8.5 juta telah meningkat kepada $24 juta pada
tahun 1909. Pembinaan sistem jalan raya dan jalan keretapi terutamanya yang
menghubungkan negeri telah memajukan lagi kegiatan ekonomi Negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Pada tahun 1904, sudah terdapat jalan raya sepanjang 2400 km dan
jalan keratapi sepanjang 340 batu. Pada tahun 1903, terdapat jalan keretapi
dari Perai ke Seremban dan disambungkan ke Johor Bahru pada tahun 1909.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah memajukan perusahaan bijih
timah dan getah. Pada tahun 1889 eksport bijih timah dari negeri Perak, Pahang
Selangor dan Negeri Sembilan berjumlah 20000 tan. Dan menjadi 700000 tan pada tahun 1904. Ianya berdasarkan
faktor penggunaan kapal korek yang digunakan oleh pelabur tersebut.
Begitu juga dengan perusahaan getah
yang semakin berkembang selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada
tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar, 1905 – 50 ribu ekar dan 1909 meningkat
kepada 200 ribu ekar yang ditanami getah.
4. mewujudkan keamanan
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berjaya mewujudkan keamanan
dan peraturan. Jaminan keselamatan dan persamaan hak di sisi undang-undang
telah menggalakkan imigran Cina dan India memasuki bidang perlombongan bijih
timah. Dan perushaan getah .Kedatangan imigran telah menyebabkan pertambahan
penduduk di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Selain itu, kedatangan imigran juga mewujudkan masyarakat majmuk.
Orang-orang Cina dan India adalah masyarakat yang berasingan dan tidak dapat
mengasimilasikan diri dalam masyarakat Melayu. Penubuhan pesekutuan menyebabkan
perutmbuhan dan perkembangan . bandar-bandar seperti Taiping, Kuala Lumpur,
Kelang dan lain-lain lagi.
5. kemajuan perkhidmatan sosial
Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial seperti perhubungan,
kesihatan, pelajaran dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kemudahan sosial itu
mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia disediakan di kawasan yang mempunyai
kegiatan ekonomi. Pada tahun 1909, terdapat 52 buah klinik di persekutuan dan
1904 kemudahan perhubungan diadakan (2400 km jalan raya dan 340 batu jalan
keretapi).
Dalam bidang pelajaran, banyak sekolah-sekolah didirikan di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Pada tahun 1907, terdapat 266 buah sekolah Melayu, 1903
terdapat 15 buah sekolah Tamil dan 1911, 50 buah sekolah Cina. Selain itu,
terdapat sekolah Inggeris yang didirikan oleh kerajaan dan mubaligh.
Terima kasih cikgu.. Senang pelajar saya buat rujukan nanti.
BalasPadamTerima kasih :)
BalasPadamnak rumusan 😀😀
BalasPadamCikgu apa contoh peribahasa yang boleh dimasukkan dalam laporan?
BalasPadamterima kasih
BalasPadamcikgu ape contoh perkaitan perjanjian dengan malaysia kini?
BalasPadamcikgu saya benci
BalasPadamkenapa benci kak?
Padamtu la
Padamsaya suka hahaha
Padameh
PadamTerima kasih Cikgu halalkan apa yang saya amik dalam ni
BalasPadamCikgu terima kasih sbb ada esei pt3 dalam internet THANK YOU
BalasPadamthank you cikgu
BalasPadamThank you very much,Cikgu..It really really help me for doing my 'Esei'...Ianya sngat berguna for me...Thanks,Cikgu:)
BalasPadamterima kasih cikgu esei tersebut sangat berguna
BalasPadamtak ada rumusan.....
BalasPadambaik cikgu
BalasPadamterima kasih;:)
Padamlaporan akhir/?/??/?//
BalasPadamterima kasih cikgu
BalasPadamBanyak nyer isei ini
BalasPadam